Setelah PAS bersekongkol dengan DAP, kedudukan Melayu dan Islam di
Malaysia semakin lemah. Walaupun kerajaan masih lagi diterajui UMNO,
perpecahan Melayu menyebabkan UMNO juga seolah-olah tidak begitu mampu menahan
asakan perpaduan kaum Cina.
Ditambah pula dengan sikap pemimpin yang ‘segan’ untuk membela
Melayu kerana bimbang dituduh rasis sedangkan kaum Cina pula langsung tidak
segan untuk mendesak dan menuntut apa saja atas dasar rasis.
Bermula dari Namewee yang biadap tetapi akhirnya dijulang sebagai
ikon oleh kerajaan, orang-orang Melayu terus memendam
kemarahan. Walaubagaimanapun, orang Melayu tetap memberi sokongan
kepada UMNO dalam PRU-13 yang lalu kerana bimbang keadaan yang lebih teruk
menimpa Melayu di tangan pembangkang.
Nazri Aziz gagal sekat biadap Namewee |
Bertitik-tolak dari Namewee, semakin ramai kaum Cina yang secara
terbuka menghina Islam dan Sultan-sultan di laman-laman sosial
mereka. Namun, apa yang berlaku ialah, hari ini mereka dilaporkan,
esok mereka disoal-siasat, dan lusa mereka lepas bebas.
Kitaran ini berulang-ulang menjadikan mereka semakin hari semakin
melampau dan benar-benar percaya yang undang-undang tidak mampu mengapa-apakan
mereka. Kemarahan yang diluahkan oleh rakyat terhadap mereka
di laman-laman sosial menjadikan mereka bertambah teruja.
Sememangnya, itulah matlamat mereka iaitu membuat orang-orang
Melayu/Islam marah.
Dalam keterujaan, mereka menjadi semakin lupa diri maka terjadilah
kes mengajak orang Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.
Alvin dan Vivian - Ini adalah disengajakan |
Namun, orang-orang Melayu sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa
dari kerajaan untuk membela Islam dan mempertahankan maruah orang-orang
Melayu. Orang Melayu tidak lagi menjangkakan yang pasangan Bak Kut
Teh Alvin dan Vivian akan dikenakan tindakan.
Oleh yang demikian, nama dan alamat mereka kini disebarkan di
internet, pastinya dengan niat menunggu adanya seorang Melayu yang berani
menjalankan hukuman ke atas mereka. Khabarnya, mereka juga
sudah menerima ancaman bunuh.
Dalam penantian itu, dengan tidak disangka-sangka rupanya sudah
ada yang menerima hukuman atas kesalahan menghina Islam. Beliau
dikenalpasti sebagai penjaga cybercafé, Ng Mun Tatt 24 tahun, yang diculik,
dibogelkan dan ditinggalkan di tepi jalan dengan tubuhnya diconteng “Saya Hina
Agama Islam”.
Beliau bagaimanapun tidak cedera dan barangan peribadinya juga
diserahkan kepada teman wanitanya.
Kejadian ini membawa dua pengertian iaitu:
1. Orang
Melayu itu ada kesabaran dan hanya memberi amaran walaupun kes penghinaan
terhadap agama Islam dan Melayu sudah berpuluh kali berlaku.
2. Kesabaran
itu pasti ada hadnya.
Cara orang Melayu melepaskan kemarahan juga boleh terjadi dengan
dua kemungkinan iaitu:
1. Mengamuk terhadap sesiapa sahaja yang
berani menghina Islam dan Melayu lagi selepas ini.
2. Menolak UMNO yang
dilihat lemah dan tidak mampu membela Islam dan Melayu lagi.
Justeru, apa yang terjadi kepada Mun Tatt sebenarnya bukan sahaja
merupakan amaran terhadap kaum Cina yang biadap, tetapi juga amaran terhadap
kerajaan dan pihak berkuasa agar lebih tegas. Tidak mustahil keadaan
akan menjadi lebih buruk jika semua yang menghina agama Islam tidak dikenakan
tindakan.
Ini hanyalah amaran:
Apapun, kes ini tidak harus dipandang remeh atau diketepikan
sebagai ‘kes orang Melayu yang emosi’. Sesungguhnya hanya
orang yang paling bodoh dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup mengangkat
orang yang menghinanya sebagai ikon!
Oleh itu, atas dasar cinta kita pada UMNO dan BN, inilah
diingatkan bahawa kemarahan orang-orang Melayu terus memuncak dan mungkin akan
meletup menjelang PRU-14 nanti. Pada waktu itu, pemberian BR1M
berjumlah RM5000 seorang juga tidak akan mampu melembutkan hati mereka
lagi.
No comments:
Post a Comment