Tuesday, July 23, 2013

#KUALABESUT : MASIH MENGIRA GUNA EXCEL

Selepas dimaklumkan ceramah demi ceramah di PRK Kuala Besut oleh PAS tidak mendapat sambutan rakyat di sana, mereka kebuntuan strategi. Kisahnya Di SINI.... Ceramah di pentas adalah umpama talian hayat PAS di mana-mana kempen pilihanraya.

Kuala Besut terletak di sempadan Kelantan dan di negara itu, ceramah politik PAS tidak pernah gagal mendapat sambutan. Ada antara rakan-rakan di Kelantan yang pernah mengatakan, jangan hairanlah jika ceramah politik PAS di Kelantan tak pernah lengang kerana rakyat Kelantan tidak ada hiburan lain melainkan berkumpul ramai-ramai, seronok-seronok dan dengar badut bercakap. Sesungguhnyakah begitu?

Berkumpul ramai-ramai rakyat Kelantan sambil berhibur dengan ceramah PAS telah cuba di serapkan di PRK Kuala Besut dan blogger @nurislah juga tidak ketinggalan merakamkan kehadiran penontonnya;

Superstar pihak pembangkang datang dan 3,000 hadir dan di kubu kuat UMNO. Maka, disambut dengan gembira oleh Ong Kian Ming. OKM nampaknya sangat percaya.

Sedikit cerita mengenai Ong Kian Ming... Dialah manusia yang memastikan apabila dirinya disebut, mesti ada Doktornya. Dia ni juga yang bertanggungjawab atas kesilapan pengiraan semula CEC DAP dan meletakkan kesalahan kiraan kerana Excel.

Dari mana datangnya 3,000 yang hadir ceramah superstar pembangkang ni?

Di sini....


dan di sini?


Jika blogger @nurislah mengguna Excel, 3 ribu memang adalah agaknya tapi yang pasti tiada gambar menyeluruh dari pentas ceramah dan hanya mampu menunjukkan gambar-gambar close-up. Paling ramai pun sekitar 700 yang hadir dan diberitahu hanya 15% sahaja adalah pengundi Kuala Besut dan selebihnya dari negeri Kelantan.
Semoga bila mengira keputusan nanti, elakkan dari mengira mengguna EXCEL...

Dikhabarkan juga, setiap hari Pas memohon 10-12 permit ceramah tetapi hanya mengguna 3-4 permit sahaja. Dan dikhabarkan juga Bapak segala superstar ceramah hanya mampu berceramah selama 20 minit sahaja walaupun dengan suara yang terpekik terlolong di pentas... 


Kenapa rakyat Kuala Besut enggan keluar mendengar sentuhan semangat dari superstar pembangkang ni? Jawapannya di SINI...

Hanya satu saja yang dapat dibanggakan di cerama PAS kali ini, tin-tin milo tidak kelihatan... Syabas PAS, itu namanya SATU TRANSFORMASI!

No comments: