Siapa faham... melainkan kaumnya saja!!! |
Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan. Namun demi menghormati bangsa-bangsa lain, semenjak 56 tahun BN sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia tidak menafikan hak mereka terutama untuk berinteraksi di sekolah-sekolah vernakular yang mewakili bangsa mereka.
Kerajaan juga selama 56 tahun telah membenarkan mereka mengguna aliran bahasa ibunda mereka menerbitkan akhbar-akhbar vernakular mereka.
Namun, apa yang membimbangkan hari ini nampaknya akhbar-akhbar vernakular ini telah mengambil kesempatan menyalur fahaman perkauman untuk membenci kerajaan BN yang dipelopori bangsa Melayu.
Menyedari hakikat ini, Kelab Wartawan Muda Malaysia telah menggesa akhbar vernakular di negara ini
menyediakan artikel terjemahan atas talian untuk semua berita bagi
memudahkan masyarakat memahami kandungan akhbar itu.
Pengerusinya, Dzulkarnain Taib, menyifatkan akhbar vernakular
berbahasa Mandarin dan Tamil yang didakwa bersikap perkauman dan
biadap.
Bercakap pada sidang media hari ini, beliau mendakwa, akhbar
sedemikian turut berani mempersoalkan hak keistimewaan orang-orang
Melayu dan Raja-raja mereka.
"Pembaca keseluruhannya tidak memahami kandungan dan ini menjadikan
akhbar berkenaan bersikap tidak adil kepada masyarakat umum di Malaysia.
"Ramai yang berpendapat akhbar vernakular bersifat perkauman,
menyentuh hak istimewa orang Melayu, keistimewaan Raja Melayu dan mirip
fahaman pembangkang," katanya.
Janganlah apabila Melayu mempersoal perkara seperti ini dikata racist tetapi apabila mereka menyentuh mengenai hak istimewa Melayu dan keistimewaan Raja Melayu ia adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai kepada kerajaan.
Apakah bangsa Melayu yang terdiri daripada 60% rakyat Malaysia perlu tunduk dengan kehendak 25% bangsa Cina selama-lamanya?
No comments:
Post a Comment