Monday, July 15, 2013

TIKET BERSEPADU DIPERKENAL UNTUK DI MANA SAJA DAN BILA-BILA MASA...

Bayangkan perjalanan kita dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui pengangkutan awam samada melalui bas, keretapi atau kapalterbang dengan hanya mengguna satu tiket sahaja. Bayangkan berapa banyak masa yang akan terselamat? 


Kita juga akan dapat mengelak daripada beratur dalam barisan panjang, tidak lagi akan terpaksa berhadapan dengan pelayan pelanggan yang kadang-kadang tidak membantu dan kita terpaksa memegang berkeping-keping tiket-tiket yang berlainan dari kaunter-kaunter tiket yang berlainan. Sekiranyan kita mengalami masalah untuk membuat tempahan awal, maka ini semua bakal menjadi sejarah.

Semua ini telah diseragamkan apabila pihak syarikat ERL telah melancarkan satu aplikasi mobil tiket bersepadu. Dengan tagline, 'Buy anywhere, anytime', perjalanan akan lebih selesa dan terjamin apabila ERL telah mencipta satu penyelesaian untuk mempunyai akses mudah membeli tiket secara online atau mengguna aplikasi telefon daripada lokasi di seluruh dunia.

Dengan aplikasi yang diperkenalkan ERL, tiket boleh diperolehi samada di kaunter, aplikasi telefon, kiosk layan diri atau melalui website www.KLIAekspres.com, ia juga menyediakan pelbagai saluran bayaran yang dibenarkan. Sistem ini juga akan menyimpan profil peribadi untuk memudahkan pembeli mendapatkan tiket dengan cepat dan juga untuk pembelian ulangan.


Inilah harapan SPAD, kata Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melancarkan Sistem Tiket Baru ERL dan Aplikasi Mudah Alih KLIA Ekspres pada 8 Julai lalu untuk melihat pengusaha-pengusaha kenderaan terus menaiktaraf perkhidmatan dan kemudahan mereka demi keselesaan perjalanan penumpang. Aplikasi Mobil Tiket Bersepadu ini memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada penumpang-penumpang tetapi kepada pihak syarikat juga, dengan meletakkan Malaysia sebagai yang terunggul di dalam industri ini.

Salah satu objektif Suruhanjaya adalah untuk melihat perkembangan sistem pengangkutan awam di seluruh negara, dan dengan pelancaran perkhidmatan teknologi canggih sistem tiket di KLIA Ekspres dan KLIA Transit ini, merupakan satu langkah yang positif untuk mencapai sistem pengumpulan tambang yang efisien di mana ia memberi faedah kepada kedua-dua pihak iaitu syarikat dan penumpang. Ini juga akan meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan keretapi yang telah pun mencatatkan prestasi ketepatan masa yang sangat cemerlang pada 99.7%.

Peningkatan dalam kualiti dan prestasi sistem pengangkutan awam kita akan terus menggalakkan rakyat untuk menaikki pengangkutan awam.


No comments: