Sunday, July 21, 2013

BERITA BAIK DARI PENGERUSI SPAD UNTUK KUALA BESUT

Masalah Persatuan Kebajikan dan Pemandu Teksi Daerah Besut tentang kesukaran membaharui lesen dan kad pemandu telah diberi perhatian oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dengan mencadangkan pihak Pos Malaysia untuk bekerjasama memberi perkhidmatan tersebut. Berita baik ini diberi ketika beliau mengadakan sesi dialog bersama 80 pemandu teksi di Kuala Besut.


Langkah ini adalah  bertujuan mengurangkan beban masa dan kos pengangkutan bagi mereka yang tinggal jauh dari ibu negeri atau bandar besar di mana pemandu teksi terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan lebih RM50 hanya untuk pergi ke pejabat SPAD bagi memperbaharui permit dan Kad Pemandu.

Pihak SPAD memahami masalah tersebut dan menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pengurusan Pos Malaysia bagi menyelesaikan isu berkenaan memandangkan Pos Malaysia juga memberi perkhidmatan pembayaran cukai jalan.

Cadangan yang dikemukakan ini, bukan saja untuk kemudahan rakyat Kuala Besut tetapi satu nikmat kepada pemandu-pemandu teksi di luar bandar. Kebijaksanaan Pengerusi SPAD dan prihatin kerajaan bagi menangani masalah pemandu-pemandu teksi di seluruh negara di mana kita maklum terdapat pejabat-pejabat Pos di merata tempat terutama di kawasan-kawasan luar bandar.
Kereta Sapu dan Ulat teksi akan disita... AWAS!

Tan Sri Syed Hamid juga memberi maklum balas kepada masalah persaingan di antara teksi sapu dan kereta sewa yang berleluasa di kawasan Besut apabila pesaing mengambil penumpang tanpa mempunyai permit yang sah yang memberi kesan kepada pendapatan mereka di mana teksi-teksi sapu ini mengenakan tambang yang jauh lebih murah.

Menjawab soalan mengenai kereta sapu yang menjadi masalah utama dibangkitkan rakyat, Tan Sri Syed memberi jaminan bahawa SPAD akan mengambil perhatian dan bertindak untuk menyita kenderaan yang tidak mempunyai lesen teksi. Memandangkan masih tidak ada kawasan untuk meletakkan kenderaan yang disita, pihak SPAD akan usahakan mencari tanah persendirian secepat mungkin.

Satu perkara yang masyarakat harus sedar, tindakan mereka yang memilih untuk menaiki teksi sapu bukan sahaja memberi kesan kepada pemandu teksi berdaftar tetapi juga menyusahkan diri sendiri dari aspek keselamatan kerana kebanyakan teksi sapu tidak dilindungi insurans dan berdaftar.


No comments: