Orang Cina Tiada Aspirasi Nasional ( Berita Harian)
Permintaan kaum Cina supaya peraturan baru untuk mempertingkatkan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tahap dua diteliti semula untuk pelajar tahun Empat sehingga Enam, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) mulai tahun depan boleh ditafsirkan sebagai mempunyai sifat negetif, selain tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa negara ini.
Peraturan baru ini terangkum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang antara matlamat utama ialah untuk menyelaraskan kurikulum di semua sekolah rendah kerajaan. Untuk ini, waktu pendidikan Bahasa Melayu dipertingkat daripada 180 minit pada masa kini kepada 270 minit seminggu. Begitu juga hal dengan pendidikan Bahasa Inggeris dari 120 minit kepada 150 minit.
Kaum Cina melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan mereka, meminta masa untuk pendidikan Bahasa Melayu hanya berada pada 210 minit. Dengan ini ia diperturunkan daripada 270 minit, manakala untuk Bahasa Inggeris, masa yang mereka mahu ialah 210 minit. Ia dipertingkatkan dari 150 minit.
Mengapa sifir sebegini diguna pakai? Alasan diberikan ialah masa 210 minit bagi kedua-dua matapelajaran sejajar dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia bukan saja konsepsi salah, malah memperlihatkan sikap yang tidak mengendahkan kedudukan bahasa Melayu yang lebih tinggi daripada bahasa Inggeris dalam dasar bahasa kita.
Membelakangkan Bahasa Melayu
Sebenarnya kaum Cina tidak pernah mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu. Ia dapat dilihat sejak persetujuan pemilihan bahasa Melayu melaui Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan sehingga kini. Ia jelas kelihatan pada tindak tanduk mereka yang selalu membelakangkan bahasa melayu walaupun pengakuan mereka sebaliknya.
Seruan untuk kaum Cina menerima bahasa Melayu dengan menguasainya pada tahap yang lebih tinggi daripada bentuk bahasa pasar, tidak pernah diendahkan. Malah, selepas 56 tahun merdeka masih ada kalangan kaum Cina dalam golongan muda yang tidak boleh berbahasa Melayu.
Persekitaran bahasa Melayu yang begitu agam di negara ini tidak pun dimanafaatkan oleh mereka ini, untuk menguasai bahasa Melayu dalam bentuk yang jelik. Kalau kefasihan bahasa Melayu dijadikan ukuran keseetiaan, mereka ini boleh dianggap sebagai tidak pernah mempunyai hasrat untuk memiliki perasaan sedemikian.
Sehubungan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan bahaawa asas kesetiaan kepada negara ikut merangkumi kepatuhan kepada bahasa negara, sudah tentu pada tahap tertinggi.
Sebenarnya, peraturan baru ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang rata-ratanya adalah rendah sekali dalam kalangan pelajar Cina di SJK, antaranya akibat penggunaan kurikulum lama. Ini sudah pasti membantu apabila mereka melanjutkan pelajaran di sekolah menengah, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Adakah kaum Cina tidak dapat melihat kewarasan matlamat ini ? Ke mana perginya sifat pragmatik yang selalu dikaitkan dengan dengan mereka? sebaliknya sifat ini diperlihatkan apabila mereka sendiri menambah waktu bahasa Inggeris. Ini memperlihatkan mereka mempunyai sikap positif terhadap bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan ini, sikap negetif mereka terhadap bahasa Melayu tidak dapat dinafikan lagi. Tindakan mereka yang tidak bersetuju dengan peraturan baru ini dan lain-lain sebelum ini jelas memperlihatkan bertapa tidak pedulinya mereka terhadap bahasa kita.
Dengan sikap acuh tidak acuh ini dari dulu sehingga kini satu soalan penting yang perlu ditanya pada kaum Cina ialah apakah matlamat kewujudan mereka di negara ini. Adakah ini dianggap tanah air mereka? Kalau ya, mereka perlu memperlihat siakp positif terhadap bahasa Melayu.
Sehubungan ini banyak tindak tanduk mereka boleh ditafsirkan sebagai mereka masih lagi memiliki pemikiran sebagai orang asing. Ini jelas kelihatan apabila mereka dikehendaki ikut sama dalam merialisasikan aspirasi nasional, khususnya berkaitan bahasa Melayu.
Persetujuan untuk menerima peraturan baru ini, bukan saja akan memperlihatkan sikap kaum Cina yang positif terhadap bahasa Melayu.
Ia sesungguhnya adalah semangat nasionalisme yang amat dinanti-nantikan daripada mereka, untuk ikut bangga, sayang dan setia kepada bahasa negara kita.
No comments:
Post a Comment