Monday, July 22, 2013

PRK KUALA BESUT ... PALING TENANG TAPI....

Rahmat di bulan Ramadhan, PRK Kuala Besut bakal dijadikan contoh terbaik untuk semua PRK pasca PRU13 kerana dikatakan PRK yang paling tenang.




“PRK N.01 Kuala Besut sehingga kini tercatat sebagai pilihan raya kecil paling tenang dengan hanya empat kes dilaporkan setakat ini,” ujar YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri ketika dalam rangka lawatan kerja sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Besut telah sampai melawat ke IPD Besut, Terengganu dan Markas Taktikal PDRM.

Dalam rangka lawatan kerja tersebut, beliau telah disambut oleh Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, dan Dato’ Haji Jamshah Bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu, serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Semasa di IPD Besut, beliau telah diberi taklimat berkaitan isu keselamatan sepanjang PRK N.01 Kuala Besut oleh Dato’ Haji Jamshah Bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu di Pusat Media, IPD Besut, Terengganu.

Sejurus selesai taklimat tersebut, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri meneruskan sesi lawatannya ke Markas Taktikal PDRM.

Beliau meluangkan masa melawat bilik-bilik operasi yang di buka di Markas Taktikal dan beramah mesra bersama petugas-petugas PDRM.

Dalam satu sidang media di Markas Taktikal PDRM, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri berharap trend tenteram buat masa ini akan berlanjutan sehingga selepas hari mengundi di mana PDRM akan sentiasa memantau dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua. 

Walaubagaimanapun, dalam keadaan tenang ini ada pula desas desus bahawa setiap ceramah PAS walaupun yang hadir adalah SUPERSTAR seperti Mat Sabu dan Hadi Awang, tidak mampu mengumpulkan lebih dari 200 orang... DI SINI

Oleh yang demikian, PAS bakal membawa SUPER SUPER RAJA LAWAK aka Ustaz Cari Makan bagi menghidupkan gelanggang ceramah yang hampir pupus... tidak lain dan tidak bukan, 

Selain siap sedia duit untuk dengar ceramahnya, UAI juga ingin cukupkan kouta calon ke 4... mungkin rezeki anak dara Kuala Besut?


No comments: