Sunday, April 30, 2017

PERLINDUNGAN INSURANS: KEPADA UBER DAN GRABCAR, SILA DAFTAR DAHULU DENGAN SPAD




Selepas pihak SPAD umumkan klasifikasi semula lesen teksi beberapa hari lalu di mana perkhidmatan kereta sewa yang popular di masa kini seperti Uber dan Grabcar boleh mendapatkan lesen untuk beroperasi, dalam program mitigasi industri teksinya, pihak kerajaan telah meluluskan skim insuran iaitu Skim Bencana Pekerjaan.

Skim perlindungan insurans ini mampu dimanfaatkan oleh 100,000 pemandu teksi, Uber dan GrabCar yang bekerja sendiri tetapi untuk mereka layak menyertainya, syarat utama adalah mereka perlu berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat atau SPAD.

Skim Bencana Pekerjaan ini berkuat kuasa pada 1 Jun ini diwujudkan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara.

Sekali gus melenyapkan dakwaan dan tuduhan yang kerajaan mahupun SPAD cuba memberi keutamaan kepada syarikat Uber dan GrabCar dan pemandu teksi pula dianiaya apabila dibebankan dengan permit dan insurans. Skim insuran ini juga bukan kelulusan automatik untuk mana-mana pihak yang terlibat di mana pendafataran dengan SPAD dijadikan syarat utama oleh pihak kerajaan.

Pelancaran Skim Bencana Pekerjaan ini juga membuktikan yang pihak kerajaan mendengar segala keluhan di peringkat pemandu, syarikat operator dan juga rakyat yang menjadi pelanggan utama mereka. Justeru, kerajaan bukan sekadar mendengar malahan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian agar semua pihak tidak tertindas malahan dimanfaatkan pula.

Inilah salah satu cara agar pemandu-pemandu kereta sewa dihalalkan di negara dan penumpang tidak berasa ragu akan keselamatan mereka. Bagi pemandu teksi pula, mereka juga tidak lagi perlu ragu dan rasa tertindas dan terkesan dengan wujudnya perkhidmatan kereta sewa kerana kedua-dua perkhidmatan ini mampu diperbaiki dan diperbaiki.

Oleh yang demikian, tidak wujud langsung sebarang tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang SPAD melindungi Uber dan GrabCar apabila mereka juga perlu berdaftar dengan SPAD dan telah dikategorikan di bawah program klasifikasi semula lesen.

Saturday, April 29, 2017

KEPIMPINAN PM NAJIB RAZAK DI MATA BN DAN UMNO


Adakalanya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO dan juga parti komponen BN ditanya, mengapa terlalu yakinkan kepimpinan PM Najib Razak sehingga mereka sukar untuk dipengaruhi pembangkang dan terkini, kempen anti-Najib yang digerakkan Tun Mahathir dan Lim Kit Siang. Apakah benar mereka telah dibayar atau memakan dedak seperti yang sering dituduh atau apa sebenarnya?

Memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO, yang berkongsi pandangan tentang Presiden UMNO ini, beliau telah memulakan dengan ayat pertamannya iaitu ... "kini segalanya telah membuahkan hasil dan rakyat sedang menikmatinya kerana pendekatan Perdana Menteri DS Najib yang sabar, fokus serta pengurusan hal ehwal negara secara berhemah dan bijaksana".

Akhirnya, segala percubaan pembangkang untuk mengguna strategi fitnah, kempen membenci dan menakut-nakutkan rakyat dengan cerita rekaan mereka, bukan saja gagal malahan rakyat semakin meraguinya dan terus menolak.

Jika masih ada yang meragui keadaan ekonomi negara semakin mantap, lihat sahaja pengkitirafan dunia kepada pentadbiran PM Najib yang diletakkan sebagai "THE BEST PERFORMING ASIAN CURRENCY" sejak awal tahun kerana berjaya mengukuhkan matawang negara melebihi 3%. Pelan Transformasi Ekonomi negara bukan saja telah menunjukkan kesan positif malahan kini membuahkan hasil yang lumayan.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memuji bosnya tetapi ini satu realiti apabila PM Najib yang fokus dan istiqamah dengan pelakasanaan GST dalam usaha mentransformasi sistem percukaian negara serta memperluaskan asas pendapatan negara. Malaysia diletakkan sebagai negara pada kategori dan rating/penarafan yang sangat baik dan berterusan mengekalkan di tahap pusat dagang dan pelaburan yang sihat di dalam perdagangan antarabangsa.

Di samping itu, kenyataan Tan Sri Annuar telah disahkan oleh Jack Ma, boss e-commerce AliBaba, yang memuji negara sebagi paling mesra untuk di dunia telah bersetuju menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau ekonomi digital dan sekali gus menerima perlawaan PM Najib untuk dilantik sebagai penasihat di dalam ekonomi digital kepada kerajaan.

Di dalam mengharungi segala pembohongan, tuduhan palsu dan pelbagai cerita rekaan tentang 1MDB yang dikaitkan dengan PM Najib, Tan Sri Annuar melihat sikap PM kita yang sangat sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini. Walaupun dinyatakan PAC yang 1MDB sebagai 'business model' yang salah tetapi ia telah diperbaiki dengan penuh bertanggungjawab apabila PM Najib sendiri mengusulkan satu pelan rasionalisasi sehingga segala hutang diselesaikan tanpa membebankan pihak kerajaan.

Terbaru, penyelesaian IPIC-1MDB adalah kejayaan terbesar untuk memulihkan bukan saja imej syarikat kerajaan ini, ia juga termasuk maruah PM Najib. Lebih dari itu, kejayaan 1MDB ini telah bertukar menjadi mimpi ngeri pembangkang yang sangat berhasrat menjadikannya satu 'Polong Politik' untuk menakut-nakutkan rakyat. Sebaliknya, pada masa akan datang, 1MDB bakal muncul sebagai satu entititi pelaburan strategik yg berjaya.

PM Najib bukan saja seorang yang fokus dalam menyelesaikan krisis tetapi beliau juga dilihat Tan Sri Annuar sebagai seorang yang tenang dan berdiplomasi dalam perhubungan antarabangsa. Hubungan negara dengan Amerika, China, EEU, Arab Saudi dan India, terus kukuh di bawah "NAJIBLOMATIC" yang cukup  dihormati.

UMNO telah pun melepasi konflik yang dicetuskan team Dr Mahathir dan Tan Sri Annuar melihat ia diselesaikan dengan kebijaksanaan Presidennya yang menekankan sikap wasatiyyahnya. Ia bukan saja berkesan kepada UMNO malahan parti-parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman ugama serta budaya, kepimpinan PM Najib Razak semakin diyakini.

Ringkasnya, bagi Tan Sri Annuar, kepimpinan PM Najib Razak yang istiqamah, berwasatiyyah serta keupayaannya mengerahkan segala pengalaman yang begitu lama di timba dibawah pimpinan terdahulu kini umpama SEGELAS PENAWAR DAN SEBIJI GELIGA bagi pelbagai masaalah negara. 

Oleh itu, rakyat berhak mendapat yang terbaik dan seorang pemimpin negara yang terbaik dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat juga.
 

Friday, April 28, 2017

MCA DESAK KERAJAAN DEDAHKAN PENIPUAN 'JJPTR' YANG BERPANGKALAN DI PULAU PINANG


Setelah satu pendedahan mengenai satu 'permainan wang' atau 'money game' yang dikenali sebagai  ‘JJ Poor to Rich’ (JJPTR), melaporkan kerugian RM500 juta secara tiba-tiba dan bakal gulung tikar hanya dengan membuat pengakuan di laman Facebook, lebih banyak lagi serupa skim forex telah didedahkan yang membimbangkan lagi adalah kerugian pelabur yang telah mencapai hingga berbilion ringgit.

Setelah diberi janji-janji manis dengan pulangan yang lumayan pada setiap bulan tetapi rata-rata telah mengadu yang mereka menerima bayaran untuk beberapa bulan pertama dan sejak akhir-akhir ini bukan saja tidak menerima bayaran, malahan ada di antaranya telah menghilangkan diri. Di antara skim yang telah didedahkan selain daripada JJPTR adalah Change Your Life (CYL), Richway Global Venture and BTC I-system.

Bukan menuduh tetapi agak pelik apabila kebanyakan kegiatan aktiviti oleh JJPTR berlaku di kawasan taklukan DAP terutamanya di Pulau Pinang dan di  Perak dan ada juga di Kedah dan Johor. JJPTR dikendalikan oleh seorang anak muda Johnson Lee dari Georgetown.

Oleh itu, kedua-dua kepimpinan tertinggi MCA, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengemukakan kebimbangan ini di dalam mesyuarat kabinet menteri. Mereka menuntut agara pihak berkuasa meningkatkan lagi penguatkuasaan serta siasatan ke atas skim-skim pelaburan yang mencurigakan.

MCA juga menyarankan agar segala tipu-helah skim pelaburan ini didedahkan kepada umum agar rakyat dapat berhati-hati sebelum termakan pujuk rayu mereka mahupun tawaran-tawaran yang tidak masuk akal. Bank Negara telah pun mempunyai garis panduan yang jelas. Pulangan pelaburan yang  ditawarkan JJPTR setinggi 20% adalah tidak logik. Namun syarikat-syarikat seperti ini terus menggunakan pelbagai taktik untuk menipu rakyat untuk mempercayai skim cepat kaya mereka.

Samada benar atau tidak, satu laman web berbahasa cina telah mengaitkan JJPTR dengan Lim Guan Eng ... DI SINI, di mana dikatakan kegiatan 'wang haram' disalurkan ke Taiwan melalui satu lagi syarikat iaitu MBI dan pemiliknya Teddy Teow. Walau apa pun ini perlu diberi perhatian dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.



Wednesday, April 26, 2017

PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH 1MDB-IPIC, PEMBANGKANG BELUM HABIS MENIPU



Masih ramai yang dikelirukan pembangkang apabila Kementerian Kewangan terlibat di dalam perundingan penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) di antara 1MDB dan IPIC, ia pasti akan melibatkan duit rakyat kerana ia adalah hutang persekutuan. Sebelum pergi jauh butir penyelesaian di antara 1MDB dan IPIC, kita semak semula apakah benar kerajaan Malaysia dan rakyat terpaksa menanggung segala hutuang piutang 1MDB.

Pihak 1MDB tidak pernah menafikan yang ia adalah sebuah syarikat milik kerajaan dan dalam rancangan rasionalisasi untuk menyusun semula hutangnya, seawal Januari 2016, menerusi tiga urus niaga yang berjaya maka hutang yang pada asalnya sebanyak RM42 bilion, kini berkurangan sebanyak kira-kira RM40.4 bilion. Malah, hutang jangka pendek termasuk hutang kepada kerajaan sebanyak RM950 juta juga telah selesai.

Kini 1MDB diambil alih oleh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) di atas saranan PAC selepas penyiasatan dilakukan. Maka bagi anggapan pembangkang yang cuba dipengaruhi Tony Pua adalah semua lebihan hutang 1MDB terutamanya dengan IPIC akan ditanggung kerajaan dan ini bagi mereka pasti melibatkan duit rakyat.

Perlu kita ketahui yang hutang 1MDB dan projek-projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Persekutuan dan jumlahnya pula tidak menyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. Ini telah dijelaskan Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Seri Johari Abdul Ghani di dalam Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

Di dalam laporan PAC juga telah menjelaskan hutang yang kekal dalam lembaran imbangan 1MDB adalah sukuk RM5 bilion, bon US$3.0 bilion serta bon International Petroleum Investment Co (IPIC) sebanyak AS$3.5 bilion dan pembayaran hutang akan dibuat menerusi aliran tunai dan bukan seperti apa yang di dakwa Tony Pua yang mendakwa Putrajaya “menyelamatkan” 1MDB dengan mengambil alih hutang bernilai lebih RM3.2 bilion.

Kini untuk sekian kali Tony Pua mengulangi pembohongan yang sama apabila kes arbitrari antara 1MDB dan IPIC diselesaikan di luar mahkamah beberapa hari lalu kononnya kerajaan mengguna duit rakyat membayar jumlah hutang AS$3.5 bilion bersamaan RM 25.18 Bilion (IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion).

Di dalam ucapan Tahun Baru 2017 lalu, PM Najib juga telah menyatakan yang di antara kejayaan plan rasionalisasi 1MDB termasuk perjanjian yang dipersetujui dengan IPIC di mana bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) diambilalih mereka iaitu IPIC.

Pada awalnya, IPIC telah menafikan menerima sebarang bayaran dari 1MDB, maka inilah permulaan pertikaian dan isu utama dalam aribitrari (timbang tara) sehingga di bawa ke mahkamah. Namun, setelah diselidiki oleh pihak 1MDB, kekuatan kes ini bakal berpihak kepada mereka dan akhirnya IPIC mengakui bayaran telah diterima memandangkan terdapat dokumen sahih seperti dijelaskan oleh 1MDB ... DI SINI

Pada Tony Pua, 1MDB masih perlu membayar bon bernilai US$3.5 bilion (RM15 bilion) tetapi beliau sengaja tidak menjelaskan yang jumlah yang pernah dinafikan IPIC telah diperakui penerimaan melalui syarikat lain. Tony Pua beranggapan yang bon US$3.5 bilion ini tidak dibayar kepada IPIC. Sebenarnya wang
US$3.5 bilion ini, kemudiannya akan digunakan 1MDB untuk menjelaskan bon tersebut apabila tempohnya telah matang dalam lima tahun lagi pada 2022.

Walaupun telah dijelaskan secara rasmi di dalam Dewan Rakyat, yang segala hutang 1MDB bukanlah hutang kerajaan yang akan ditanggung rakyat tetapi Tony Pua dan pembangkang enggan menerima penjelasan. Pada masa yang sama, Tony Pua sengaja sembunyikan yang nilai aset 1MDB terkini yang kini dimiliki MoF Inc melebihi hutangnya.

Pokoknya, penyelesaian yang dilakukan MoF Inc terhadap IPIC telah membuktikan segala dakwaan Tun Mahathir dan rakan-rakan pembangkangnya sebagai satu pembohongan di mana selama ini, mereka terlalu terdesak menuduh Datuk Seri Najib menyamun wang 1MDB sehingga dikaitkan dengan penyaluran kepada pihak ketiga yang melibatkan Jho Low dan anak tirinya Reza.

Datuk Seri Najib juga cuba disabitkan dengan 'money laundering' sehingga pihak berkuasa Amerika, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain dipengaruhi untuk menyiasat tetapi akhirnya, bermula dengan Singapura yang hanya menjatuhkan hukuman terhadap kakitangan USB dan kemudian Switzerland pula telah menggugurkan siasatan mereka.

Dengan penyelesaian ini juga, kita bakal menyaksikan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri akan menjadi tidak relevan sepertimana tindakan AG Switzerland. Penyelesaian IPIC dan 1MDB ini juga adalah pengakhiran kepada fasa kritikalnya.

Kita tidak mengharapkan Dr Mahathir, Tony Pua dan kuncu-kuncunya enggan menerima hakikat yang Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan wang 1MDB tetapi yang lebih penting, rakyat kini telah faham dan telah mula mencurigai segala yang pernah dan bakal mereka katakan nanti kerana itulah, mahkamah juga tidak menerima pakai sebarang tulisan Dr Mahahtir yang dianggap ... ANDAIAN TANPA BUKTI NYATA!

Apabila pembangkang belum habis menipu, apakah kita akan terus membenarkan diri kita ditipu?

Tuesday, April 25, 2017

INILAH MCA, BILA DITEGUR KESILAPAN ...DENGAN SEGERA DIPERBETULKAN


Kesilapan yang tidak sengaja dilakukan MCA Bahagian Taiping kerana mengeja perkataan 'pertabalan' tetapi telah dicetak sebagai 'perbatalan' telah disedari dan mendapat teguran, telah dengan segera diperbetulkan oleh pihak yang terlibat. Pada masa yang sama, pihak MCA Taiping telah mengeluarkan mesej memohon maaf seperti berikut;
Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.
 
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada
Cik Ang Sui Eng,
Pengerusi MCA Bahagian Taiping

Di dalam rakyat Malaysia meraikan upacara pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara yang kaya dengan sejarah dan penuh istiadat ini, MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan turut bangga. Istiadat yang diadakan hanya sekali setiap lima tahun ini pastinya menjadi tumpuan bukan saja rakyat Malaysia malahan disaksikan juga di seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, seperti yang dijelaskan pihak MCA Bahagian Taiping, kesilapan mereka menaikkan banner yang tersilap itu bukanlah sesuatu yang disengajakan dan ia hanyalah kekhilafan manusia biasa. Oleh itu, seharusnya tidak ada mana-mana pihak terutamanya dari pihak parti-parti pembangkang mengambil kesempatan kesilapan yang tidak disengajakan ini memandangkan MCA Bahagian Taiping telah memohon maaf dan diperbetulkan kesilapan dengan segera.

Jelas pihak MCA Bahagian Taiping bukan sengaja mengeja perkataan 'pertabalan' ke 'perbatalan' kerana perkataan 'perbatalan' tidak membawa apa-apa maksud mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia sekadar kesilapan yang bukan dibuat-buat tetapi kekhilafan manusia yang terlepas pandang.

Keikhlasan MCA Bahagian Taiping mengaku kesilapan mereka dan segera mencetak banner yang lain dengan pembetulan perkataan serta meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang lebih tepat, harus diterima dan menjadi contoh kepada kita apabila ditegur rakyat, segera memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan mereka.

Tindakan segera yang diambil oleh pihak MCA Bahagian Taiping ini juga menunjukkan betapa mereka menghormati dan memahami sensitiviti masyarakat pelbagai bangsa di negara terutama orang Melayu. Pasti MCA berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan peka dengan segala yang  berlaku walaupun ia bukan disengajakan.

Syabas MCA, demi menjaga keharmonian semua rakyat Malaysia, apabila ditegur... segera bertindak!
 

Sunday, April 23, 2017

APAKAH SUMBER DR DZULKEFLY DARI SPAD BOLEH DIPERCAYAI?


Jika ada yang mempercayai dakwaan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor yang ingin mempertikai laporan World Economic Forum (WEF) yang telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, kemudian mendakwa tidak seperti apa yang diperolehi dari kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam menunjukkan 48 peratus pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan... ia bukan sekadar satu pembohongan malahan
cubaan untuk mencalarkan kewibaan dan imej kerajaan dan SPAD.

Siapa itu Dr Zulkefly yang ingin pertikai laporan dari badan dunia ini dan apa kelayakannya untuk berbuat demikian? Sebagai seorang yang dikenali sebagai seorang pemimpin pembangkang yang angkuh dan beberapa kali didapati berbohong, selayaknya beliau telah ditolak rakyat di dalam PRU13 lalu. Kerana terlalu terdesak untuk kembali relevan di arena politik, setelah gagal mendapat tempat di dalam kepimpinan PAS, kini beliau mencuba nasib bersama parti baru tajaan DAP dan dengan kepimpinan Mat Sabu.

Laporan WEF bukan dipetik dari mana-mana laporan akhbar tetapi telah menjalankan kajian mereka sendiri. WEF adalah satu badan dunia yang saban tahun, forum anjuran mereka dihadiri oleh lebih daripada 2,500 pemimpin-pemimpin utama negara, bos-bos dunia perniagaan, ahli-ahli politik dan ekonomi serta wartawan-wartawan dari seluruh pelusuk dunia membincangkan isu-isu semasa dunia.

Yang pasti Dr Zulkefly tidak pernah dijemput sebagai panel mahupun menghadiri WEF ini walaupun beliau bangga memperolehi PhD berbanding PM Najib yang tidak pernah terlepas dijemput sebagai salah seorang panel.

Kajian yang didakwa Dr Zulkefly diperolehi dari SPAD juga ternyata satu pembohongan malahan beliau gagal memberi sebarang bukti sumber maklumatnya. Pihak SPAD juga mendakwa yang mereka tidak pernah membuat kajian seperti yang didakwa Dr Dzulkefly dan sekiranya ada, beliau perlu memberitahu sumber sebenarnya.

Kedua, satu lagi kedangkalan dalam Kenyataan Media yang dibuat oleh Dr Dzulkefly adalah mempersoalkan mengenai RM11.69 bilion untuk KTMB dan mendesak agar Laporan Tahunan KTMB bagi 3 tahun. Ini pasti satu desakan yang melucukan apabila beliau sendiri atau sesiapa saja boleh memperolehi Laporan Tahunan KTMB yang kini telah tersenarai di BSKL.

Jika benar RM11.69 bilion ini hilang, tunjukkanlah bukti yang ia tidak terdapat di dalam Laporan Audit dan Kewangan KTMB. Malangnya, Dr Dzulkefly sekadar membuat andaian dan yang pasti beliau ingin menimbulkan keresahan dan keraguan rakyat.

Mungkin ada yang akan mendakwa agar kerajaan, SPAD dan KTMB mengambil tindakan undang-undang terhadap pembohongannya namun Dr Dzulkefly bukanlah seorang pemimpin yang diiktiraf negara tetapi sekadar pemimpin parti pembangkang yang kecewa dan terdesak untuk meletakkan dirinya semula di dalam dunia politik setelah disuramkan PAS dan rakyat. Dengan lain perkataan... tidak berbaloi berhadapan dengan orang seperti Dr Dzulkefly dengan tindakan undang-undang tetapi sekadar dilondehkan pembohongannya dari penulis blog saja.
 

Saturday, April 22, 2017

DAKWAAN SALAH PEGUAM PAN TERHADAP 'MATA DEMERIT' DIPERJELAS DATUK LIOW



Jika menggunakan platform politik samada untuk memberi pandangan mahupun mengkritik dasar-dasar kerajaan, maka pasti akhirnya ia akan berakhir dengan matlamat untuk berpolitik juga. Maka, apabila Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN), Faiz Fadzil cuba bercakap secara terbuka tanpa membuat rujukan kepada pihak berkuasa JPJ, akhirnya bukan saja beliau telah memberi pandangan yang salah malahan beliau yang mewakili PAN, kelihatan memilih pembohongan untuk kelirukan rakyat.

Kerajaan hari ini bukanlah seperti di zaman Dr Mahathir yang menyekat sebarang kritikan dari pihak pembangkang tetapi apabila kebebasan ini gemar disalahgunakan, maka kenyataan yang salah pasti bertujuan mewujudkan kemarahan rakyat. Adalah lebih baik jika Faiz Fadzil ini berjumpa dan minta penjelasan dari pihak JPJ mahupun menteri sebelum beliau terus-terusan kelirukan rakyat.

Faiz Fadzli yang juga seorang peguam mendakwa sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara) bagi kesalahan trafik adalah bertentangan dengan perlembagaan negara atau 'double jeopardy' seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan di mana pesalah trafik akan menghadapi dua hukuman serentak.

Dakwaan yang salah ini bertentangan dengan penjelasan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 membolehkan pesalah jalan raya dikenakan dua hukuman serentak iaitu kompaun dan pemotongan mata demerit seperti yang dilaksanakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

JPJ mula melaksanakan sistem mata demerit pada 15 April lalu terhadap pemandu yang melakukan dua jenis kesalahan jalan raya iaitu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju.

Manakala 'double jeopardy' yang dimaksudkan Faiz Fadzil ini pula adalah mengenai dakwaan berganda di mahkamah atas kesalahan yang sama, sebaliknya di bawah sistem Awas, pesalah hanya akan dikenakan satu dakwaan sahaja. Sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara) bersama-sama dengan sistem penguatkuasaan automatik (AES), iaitu rangkaian kamera bagi merakamkan kenderaan yang melebihi had laju, membentuk sistem keselamatan kesedaran automatik (AWAS).

Sekiranya ada di pihak pembangkang yang masih tidak yakin dengan penjelasan menteri kerana terlalu fobia dengan menteri Barisan Nasional, ini pula penjelasan dari Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron;

"Pelaksanaan mata demerit tidak ada kaitan dengan kompaun atau sabitan oleh mahkamah bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Ketua Pengarah JPJ () mempunyai kuasa menggunakan budi bicaranya untuk menggantung atau membatalkan lesen berdasarkan beberapa syarat yang ditetapkan Seksyen 35 dan Seksyen 35A Akta Pengangkutan Jalan, dalam menentukan seseorang pemandu itu masih layak atau tidak untuk memegang lesen memandu.

"Di bawah Seksyen 35 dan Seksyen 35A Akta 333 ini juga ditetapkan cara untuk Ketua Pengarah menentukan seseorang pemandu itu masih layak atau tidak untuk memegang lesen memandu iaitu melalui pemberian mata demerit. Justeru, sistem mata demerit ini tiada kaitan dengan penetapan hukuman (kompaun atau sabitan oleh mahkamah).

"Ini kerana kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung atau membatalkan lesen hanya diguna berdasarkan mata demerit yang terkumpul dan bukannya terus ditetapkan berdasarkan sesuatu kesalahan yang dilakukan," katanya.

Sehubungan itu, JPJ menjelaskan bahawa bagi sistem mata demerit, isu 'double jeorpardy' tidak berbangkit sama sekali dan tiada kaitan dengan kuasa Ketua Pengarah dalam menggantung atau membatalkan lesen di bawah seksyen 35 dan 35A Akta 333.

Apakah tiada persamaan penjelasan di antara menteri BN dan Ketua Pengarah JPJ? Alangkah lebih baik jika pemimpin muda PAN ini mendapatkan penjelasan sebelum beliau kelihatan sebagai seorang ahli politik dan peguam yang kurang berilmu dan terlalu terpengaruh dengan politik pembohongan.

Tuesday, April 18, 2017

PEMBAHARUAN KLASIFIKASI LESEN TEKSI, RAMAI BERPUAS HATI DENGAN CADANGAN SPAD


Dengan pengumuman pihak SPAD untuk mengklasifikasikan lesen teksi dari 5 yang sebelum ini untuk teksi-teksi airport, bajet, eksekutif, premier dan 1Malaysia sekarang diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu teksi, kereta sewa dan limosin sahaja. Ini bermakna kadar tambang juga akan semakin jelas dan lebih mudah dikendalikan oleh pihak operator dan pemandu manakala pihak penumpang pula pasti tidak keliru.

Pada masa yang sama, pihak SPAD juga telah memberi perhatian kepada kereta sewa yang merangkumi perkhidmatan popular terkini seperti Uber dan GrabCar. Bermula Mac 31 ini, klasifikasi lesen teksi baru ini terpakai secara rasminya selepas tempuh 10 tahun dan kini mereka boleh memilih untuk dikategorikan di bawah teksi, kereta sewa ataupun limosin.

Bagi pihak syarikat operator pula, apabila hayat kenderaan telah mencapai 10 tahun ataupun lebih, terpulang kepada mereka untuk memilih mana-mana kategori di dalam tempuh 6 bulan dari sekarang. Ini adalah salah satu matlamat SPAD untuk melihat proses migrasi teksi berjalan lancar.

Pada masa lalu, SPAD mendapati oleh kerana terlalu banyak kategori di bawah teksi sehingga mengelirukan ramai pihak, namun bagi yang masih memegang lesen teksi di dalam kategori lama, mereka masih boleh meneruskan tetapi ketika memperbaharui lesen baru, pihak SPAD tidak akan meneruskan kategori yang lama tetapi dengan kategori baru.

Pihak SPAD memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat operator yang mempunyai kenderaan 3 tahun ke bawah kerana memahami kos yang agak tinggi dan membebankan jika digesa untuk mengikuti kategori baru dan mereka dibenarkan meneruskan skim yang lama.

Program ini juga bertujuan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat yang mampu memberi manfaat kepada pemandu, syarikat operator dan juga penumpang.

Kejayaan pihak SPAD untuk meklasifikasikan lesen teksi mendapat pujian dari Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mampu mengatasi masalah asas yang dihadapi industri penting pengangkutan awam darat. Pujian ini sepertimana yang ditulis sendiri oleh Menteri bertajuk "Walking on The Edge", program mitigasi SPAD ini diwujudkan untuk membantu pemandu teksi agar mereka tidak lagi bergantung kepada sistem pajak yang selama ini menelan sebahagian besar pendapatan mereka.

Program mitigasi SPAD ini juga mampu menggalakkan e-hailing yang telah pun diperkenalkan untuk pemandu teksi dalam memberi perkhidmatan yang lebih selamat dan terbaik untuk penumpang mereka nanti.

 

Friday, April 14, 2017

RUU 355 : WALAUPUN SEKADAR PERSOAL KEBENARAN SPEAKER, DAP TETAP DENGAN WAJAH ANTI-ISLAMNYA


Sikap anti-Islam DAP tidak akan mampu ditutup rapi walau apa pun susunan strategi Pakatan Harapan dalam cubaan menggagalkan pembentangan usul persendirian untuk kali ke2 oleh MP Marang Datuk Seri Hadi Awang pada Jumaat lalu.

Setelah dibenarkan Speaker untuk Haji Hadi membaca usul, Kit Siang adalah orang pertama yang bangun untuk membantah kononnya telah melanggar peraturan mesyuarat. Kemudian dituruti dengan gangguan dari  Gobind Singh Deo, Lee Boon Chye, Gooi Hsiao-Leung dan N Surendran, kesemua mempersoal kewajaran Speaker membenarkan Hadi Awang membaca usulnya untuk kali kedua.

Setelah Speaker menjawab semua persoalan mereka, Hadi Awang berjaya membentangkan usul pindaan RUU355 ini dan perbahasan ditangguh selepas rehat tengahari.

Seolah-olah seperti telah mengetahui apa yang bakal disindir dan dibongkar oleh Setiausaha Agong PAS dan juga MP Kota Bharu Takiyuddin bin Hassan ketika berbahas untuk menyokong usul pindaan RUU355, DAP dan Ahli-Ahli Parlimen anti-Hadi Awang sengaja tidak hadir di sesi petang perbahasan ini. Jika ada yang hadir, mereka hanya berdiam diri.

Di dalam perbahasan menyokong usul Hadi Awang, MP Kota Bharu PAS telah membuka sejarah Akta 355 di mana pertama kali telah dibawa oleh Tun Abdul Rahman bin Yakub dari Sarawak. Kemudian disokong  oleh Haji  Abdul Hamid Khan bin Sakhawat Ali Khan daripada Batang Padang, dan seterusnya dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen yang kesemuanya adalah Islam sehingga diluluskan pada tahun pada 1965.

Menariknya, ketika itu ahli-ahli Parlimen seperti Lee  Kuan  Yew untuk Singapura, Dr. Tan Chee Kun Ahli Parlimen Batu, Lim Chong  Eu Ahli Parlimen Tanjong, Encik CV Devanaya daripada  Bangsar, tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini di mana jelas menunjukkan hormat mereka terhadap kepentingan masyarakat Islam.

Seterusnya Pindaan Pertama Akta 355 telah dibuat dan diluluskan pada tahun 1984 dan yang menariknya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw turut berada sebagai Ahli Parlimen tetapi tidak menentang mahupun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sepertimana pada tahun 1965, hanya ahli-ahli parlimen Islam saja yang berbahas dan begitu juga ketiak pindaan pertamanya pada tahun 1984.

Apa yang ingin dikatakan YB Takiyuddin adalah sejak mula Akta 355 dibaca dan dibahas di Parlimen, walaupun ketika itu ahli-ahlinya terdiri daripada bukan berugama Islam tetapi mengambil pendekatan untuk menghormati ugama Persekutuan ini, justeru tiada bantahan dan juga mempersoal tindakan Speaker.

Namun hari ini berbeza. Kit Siang yang dahulu tidak membantah tetapi hari ini mengetuai barisan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang bukan Islam untuk cuba menghalang usul pindaan undang-undang Islam ini. Apakah Kit Siang sengaja terlupa dan cuba menggalakkan Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam yang lain untuk mencampuri hal ehwal ugama persekutuan ini?

Kita pasti yang Kit Siang juga membuat homeworknya ke atas sejarah Akta 355 di mana Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mengambil bahagian dalam perbahasan dan ini bakal dijadikan subjek perbahasan Takiyuddin. Mengetahui kebenaran ini, maka Kit Siang dan anti-Hadi Awang tiada pilihan lain, melainkan cuba menghalangnya sebelum dibentangkan dengan mempersoal kewajaran Speaker membenarkan ia dibentang.

Pokoknya, ia adalah cubaan Kit Siang dan DAP untuk menghalang dan lebih teruk lagi adalah niat mereka untuk mencampuri hal ehwal ugama Islam. Kita hanya ingin bertanya, jika beliau dan kuncu-kuncunya bukan anti-Islam dan anti-Melayu, apa perlu tindakan Speaker dipersoalkan? Bukankah sekiranya Speaker gagal menjawab dakwaan mereka, maka usul ini juga akan turut dibatalkan?

Walau apa pun yang cuba Kit Siang dan DAP selindungkan, sikap anti-Islam mereka tetap terserlah dan telahan Tan Sri Annuar Musa untuk mengatakan yang Kit Siang adalah seorang diktator yang anti-Melayu dan anti-Islam adalah benar belaka.
 

Thursday, April 13, 2017

SPAD YAKIN PELABURAN PENGANGKUTAN AWAM MAMPU BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT DALAM JANGKA PANJANG



Berpolitik bagi Barisan Nasional bukan sekadar menabur janji di kala menjelang pilihanraya 5 tahun sekali tetapi merancang dan membangunkan negara untuk dinikmati rakyat mengatasi segala-galanya. Menerusi Transformasi Ekonomi khususnya pengangkutan awam darat, ia adalah salah satu janji yang ditepati kerajaan Barisan Nasiona untuk terus dipertingkatkan. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pula telah ditubuh kerajaan agar apsirasi kerajaan bagi memastikan perhubungan pengangkutan awam darat mampu dipermudah dan perjalanan di darat adalah selamat dan selesa.

Pada masa yang sama, kemampuan kerajaan dan rakyat juga diambilkira serta dititikberatkan tatkala keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu yang mengakibatkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Maka negara ini memerlukan barisan kepimpinan yang berpandangan jauh untuk memastikan satu plan pengangkutan awam darat yang efisien, menyeluruh dan tidak membebankan kerajaan mahupun rakyat.

Dengan ini, SPAD telah ditubuh dengan barisan kepakaran dalam pengangkutan awam bukan saja di dalam operasi dan kajian malahan menjadi sebahagian daripada pemantau di dalam menentukan pelaburan negara.

Dalam cita-cita kerajaan Barisan Nasional menuju ke negara maju pada 2030 nanti dan dijangka pertambahan penduduk di Malaysia juga akan meningkat sehingga 32.5 juta. Begitu juga kepadatan penduduk akan bertambah di setiap kawasan bandar terutamanya di Lembah Kelang. Oleh itu, di dalam kajian SPAD, masalah yang pasti dihadapi masyarakat bandar dan luar bandar adalah perhubungan jalan darat dan jika tidak diatasi, negara bakal berhadapan dengan satu fenomena mobiliti masyarakat yang sentiasa tersekat di mana akhirnya perkembangan ekonomi negara juga akan turut terjejas.

Untuk meningkatkan pembangunan negara, pihak SPAD juga telah menekankan yang sejarah telah membuktikan hubungan di antara bandar dan luar bandar memerlukan akses perjalanan yang teratur dan jelas di mana pada awal pemerintahan Barisan Nasional, jalan-jalan raya baru dibuka dan diteruskan dengan pembinaan lebuhraya. Namun, ia masih tidak dapat mengatasi kepesatan dan kesesakan jalanraya setelah kerajaan lalu hanya menumpukan kepada automobil nasional dan lambakan kenderaan-kenderaan lain di jalan raya.

Maka, kerajaan Barisan Nasional dengan kepimpinan PM Najib Razak bersama-sama kajian SPAD, telah merancang satu Pelan Pengangkutan Awam Nasional yang mampu mengatasi segala rintangan perjalanan rakyat bukan saja untuk penduduk di bandar tetapi juga untuk rakyat di seluruh pelusuk negara. Oleh itu tercetuslah perancangan untuk pengangkutan alternatif yang pasti menepati kemampuan rakyat iaitu membangunkan infrastruktur rel.

Di dalam perancangan Pelan Pengangkutan Awam Nasional ini, kerajaan telah memperluaskan pembinaan infrastruktur rel mengelilingi sekitar Lembah Kelang dan juga meliputi di kawasan-kawasan berhampirannya. Dengan terbinanya rangkaian Mass Rapid Transit (MRT) yang mampu menghubungi dari Sungai Buloh ke Kajang kemudian ke Putrajaya serta dipermudahkan lagi dengan perkhidmatan feeder seperti ETS dan KTM Komuter, masyarakat bukan saja dapat mengharpakan perjalanan yang saling berhubung malahan lebih menjimatkan masa dan kos perjalanan.

Malaysia bukan sebuah negara yang terpinggir dari arus pembangunan ekonomi dunia di mana setelah Republik China mengumumkan inisiatif ekonomi globalnya di dalam rancangan 'One Belt One Road', Malaysia bersedia untuk menyertainya. Inisiatif oleh kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia ini telah dimanfaatkan kerajaan Barisan Nasional apabila Republik China bersetuju bekerjasama dengan Malaysia di dalam projek ECRL yang mampu meluas dan mempermudahkan perhubungan di sekitar Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Bagi rakyat di Selatan Semenanjung Malaysia pula, kerajaan telah mengumumkan satu perancangan yang boleh dikatakan menyamai standard pengangkutan dunia apabila projek High Speed Rail (HSR) KL-Singpura bakal dimulakan. Keretapi yang berkelajuan tinggi ini mampu membawa penumpangnya dari Kuala Lumpur ke Singapura dalam jangkamasa 90 minit sahaja.

Kesemua pelaburan pembinaan infrastruktur pengangkutan rel ini pasti akan menelan belanja yang sangat tinggi tetapi manfaat jangka panjangnya akan dinikmati rakyat akhirnya. Kini, dunia telah mengiktiraf usaha kerajaan Barisan Nasional apabila baru-baru ini satu laporan dari Forum Ekonomi Dunia (WEF), di dalam sektor pengangkutan, Malaysia berada di kedudukan ke-11 di antara 138 negara.

WEF memperakui yang rakyat Malaysia bukan sekadar menikmati kualiti infrastruktur pengangkutan rel bertaraf dunia malahan dengan kadar tambang yang tidak membebankan langsung. Dengan ini, Malaysia telah berjaya mengatasi kedudukan standard pengangkutannya berbanding negara-negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Di dalam mengutamakan kepentingan rakyat, polisi kerajaan Barisan Nasional adalah inklusif yang pasti mengambil berat pembangunan di Sabah dan juga Sarawak. Oleh itu, pengiktirafan WEF juga melihat perancangan kerajaan yang melangkaui projek infrastruktur mega Lebuhraya Pan Borneo sebagai satu lagi faktor penting di dalam Indeks Pengangkutan.

Pembangunan pengangkutan awam bukanlah satu topik yang popular untuk dicanang di dalam kempen-kempen politik malahan terdapat usaha-usaha pembangkang dan media-media mereka yang kerap mempersoalkan perbelanjaan infrastruktur bertaraf dunia ini. Hanya kerajaan yang mengutamakan rakyatnya saja yang akan berani mengambil cabaran ini.

Dengan mengutamakan kepentingan masa depan rakyat yang mengatasi populariti politik, maka kepimpinan segala yang dirancang dan kajian rapi dari kepakaran dalam barisan SPAD, mereka yakin yang rakyat akan terus melihat perancangan pengangkutan ini sebagai satu 'game changer' yang mampu dimanfaatkan dalam masa jangka panjang.

Kita tidak hairan dengan pelbagai tuduhan dan juga kritikan di pihak pembangkang kerana suatu  hari nanti, mereka juga akan bersama-sama memanfaatkannya. Yang penting, kerajaan hari ini telah membuktikan yang mereka telah diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh untuk dihargai rakyat.

Wednesday, April 12, 2017

DR MAHATHIR HAS TO DO WHAT KIT SIANG DID TO BE PATRIOTIC



If anyone who wishes to concede themselves as patriotic to his country, they should first initiate with the spirit of Rukun Negara but are Kit Siang and Dr Mahathir worth the self-proclaimed as patriotic when they patently defy this national declaration and in particular the principle of ‘Loyalty to King and Country?

When the two went abroad and toured all over the country to discredit his own nation with their varieties of vilifying statements and false pretence, are these what Kit Siang claimed as saving Malaysia and his patriotic stance?

These are the two leading the oppositions who have been leveraging on Sarawak Report and WSJ stories with anonymity resources and stolen doctored documents to malign our leaders and PM Najib’s administration. During his reign, Dr Mahathir denounced WSJ and foreign media reports but after being in the opposition bloc, he does what Kit Siang did to promote foreign media reports as his main reference.

Is this how Kit Siang considers he and Dr Mahathir as patriotic?

Lim Kit Siang and Dr Mahathir are archenemies for more than 3 decades but are driven to jointly oust PM Najib Razak who is democratically elected. Notwithstanding the strategies that they have done previously either merged and then split and recombine into a different group with new names, the reality is the majority rakyat have decided that they should remain on the opposition seat since the past 13 general elections.

Failing to conquer Putrajaya even during their claimed greatest victory in GE12 and GE13, the oppositions are in fact have a lot to explain to their voters.

As for Dr Mahathir, he too has colourful rainbows in his political history that he was successful only with the support of UMNO, the leading party in Barisan Nasional. Devastated to purge UMNO from PM Najib Razak, Dr Mahathir left with no choice but to befriend his archenemy Lim Kit Siang and DAP who is well known to be his most fierce critics during his 22 years helm as the Prime Minister.

Today Dr Mahathir has to do what Kit Siang did for the past 50 years, that is to demonise the ruling party leaders. But to assassinate their opponents character seems to be not too workable when Malaysians tend to compare Dr Mahathir’s iron fist style which includes Kit Siang’s dictatorship in his own party and even among his ‘Pakatan’ allies.

Therefore, the country’s economy needed to be sabotaged. With all the wild accusations that Malaysia is leading to a failed state, our bank performances are deteriorating, EPF and Tabung Haji is close to being penniless, are these patriotic and a show of loyalty to the country and King?

When these two senior politicians have deliberately refused to understand and carry out the principles of Rukun Negara, they actually are the elements that are harmful to the security, safety and welfare of all Malaysians.

Instead of supporting the country, this duo seniors are now tarnishing the nation image with their relentless lies. Thus for Kit Siang to self-proclaim that he and Dr Mahathir as patriotic are contrary to their own actions. The most accurate title for them is, they are the national traitors.

HANNAH YEOH (DAP) SERLAHKAN DIRINYA SEBAGAI AGEN TERBAIK UNTUK TABUR FITNAH

Dalam kegusaran DAP melihat gerakan MCA yang semakin agresif mengkritik dan mendedahkan segala salahlaku serta pembohongan mereka, untuk kali keduanya cubaan memfitnah dan mencalar nama MCA telah sengaja dilakukan oleh pihak media pro-pembangkang.

Setelah FMT mengeluarkan satu artikel yang kononnya MCA keluar dari Barisan Nasional (baca DI SINI) untuk tujuan AprilFool, kini dengan sewenang-wenangnya Hannah Yeoh dilaporkan mengaitkan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dalam isu yang hangat dikritik rakyat ke atas garis panduan kerajaan pembangkang Selangor dalam menetapkan tempat-tempat ibadah bagi bukan Islam.

Cadangan garis panduan Selangor ini telah diumumkan oleh Exco Selangor dari DAP Teng Chang Khim sememangnya telah mendapat kritikan bukan saja dari MCA malahan dari MIC juga. Namun, tanpa rujukan yang sahih, Hannah Yeoh telah memetik laporan Berita Daily kononnya Datuk Wee telah mengeluarkan kenyataan mengkritik cadangan Teng.

Di dalam laman Facebooknya, Hannah Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor dan Ahli DUN Subang Jaya dari DAP telah pada awalnya membidas ke atas kritikan yang ditulis Berita Daily dan akhirnya memohon maaf setelah dihubungi sendiri oleh Datuk Wee untuk menjelaskan perkara sebenar. Tindakan Hannah Yeoh ini juga telah dijawab Datuk Wee dalam kenyataannya seperti berikut;
I have not issued any official statement on the new guidelines on non-Muslim worship place in Selangor as I had been on working trip overseas.

However to my surprise, I was informed that YB Hannah Yeoh had condemned me on a non-existent statement purportedly made by me on this issue.

I stress that I have made no such comments to any publication or portal.

I called Hannah Yeoh immediately and she said her statement was made based on an online news article by the Berita Daily news site.

I contacted the editor of Berita Daily and they had admitted that they mistakenly quoted me and had already published a correction.

Hannah Yeoh had also reflected the correction via her Facebook.

It is absolutely deplorable that I had been erroneously made to be seen to make a statement that I did not in the first place.

I hope the other news portal that published the news would make a similar correction and urge all parties to also check their facts and sources before making any false assertions.

 
Malangnya, walaupun Hannah Yeoh telah memohon maaf di laman Facebooknya, namun kenyataan awal beliau yang telah dilaporkan oleh beberapa portal berita seperti Free Malaysia Today dan The MalayMail masih tetap mengekalkan artikel di mana Hannah Yeoh mengkutuk Datuk Wee. 

 

Permainan jahat pembangkang terserlah. Di sini kita dapat lihat Hannah Yeoh dari DAP ini telah menggunakan sumber yang tidak pasti untuk menonjolkan seolah-olah MCA mengkritik secara semborono sedangkan beliau sendiri yang melakukannya.

Sekadar memohon maaf tanpa menyatakan kesal ke atas perbuatannya serta gagal menyiarkan kemaafannnya di media, jelas Hannah Yeoh tidak ikhlas terhadap Datuk Wee tetapi menyerlahkan sikap sebenar seorang pemimpin DAP yang rakus mengkritik MCA bersandarkan laporan-laporan palsu dan seterusnya dijadikan untuk menghasut rakyat terutama di kalangan masyarakat Cina.

Ini adalah satu permulaan strategi baru RBA, sebar dan hasut rakyat dengan berita-berita palsu kemudian memohon maaf yang lebih kurang. Ini bukan sekadar kesalahan yang tidak disengajakan oleh Hannah Yeoh malahan satu bentuk strategi baru RBA dan DAP dalam propaganda mereka. Natijahnya, MCA dan BN perlu diburukkan, bila ada pemimpin yang tangkas perbetulkannya, jika didapati kesalahan yang jelas - mereka mohon maaf walaupun dengan sambil lewa.

Pokoknya, MCA dan BN perlu diserlahkan keburukan mereka terlebih dahulu walaupun tidak benar dan jika ada yang terus mempercayainya, itu bukan tanggungjawab DAP. Bayangkan strategi sebegini digunakan RBA dan DAP sehari sebelum hari mengundi, apakah rakyat tidak akan terpengaruh?

Tuesday, April 11, 2017

WEE KA SIONG : DAP SEBENARNYA BERLAKON SAJA MEMBANTAH PINDAAN RUU355



Segala jerit pekik dari blok pembangkang terutamanya DAP ketika pembentangan pindaan RUU355 hanya sekadar kebiasaan mereka menonjolkan lakonan murahan untuk menutup perkara sebenar yang mereka menyokong apa yang PAS lakukan. Itulah hakikatnya!

Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong tidak terperanjat dengan tindakan Kit Siang dan DAP yang kononnya membuat cubaan menentang keputusan speaker Dewan Rakyat membenarkan Presiden PAS membuat pembentangan di saat-saat akhir persidangan dewan. Jika dilihat pada sejarah RUU355, Kit Siang mahupun Karpal Singh tidak langsung keluarkan sepatah perkataan mempersoal ketika RUU355 dipinda sebanyak dua kali pada tahun 1984 dan 1989.

Malahan ketika DAP bekerjasama dengan PAS di dalam 2 pilihanraya umum lalu, DAP benar-benar menyokong hukum hudud. Segalanya telah dibuktikan dan rakaman video beberapa pemimpin mereka juga jelas cuba pertahankan hukum hudud. Kini mereka perlu bantah pindaan RUU355 yang dibawa MP Marang selaku Presiden PAS Hadi Awang, untuk apa?

Lebih memualkan lagi apabila DAP membuat serangan bertalu-talu terhadap kerajaan terutama pihak MCA.

Apakah apabila Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, Pakatan Harapan dengan jelas menyatakan yang mereka tidak membantah pindaan RUU tersebut, DAP sebagai ahli terkuat mereka tidak pula membantah. Apakah DAP takut apabila pendedahan perjanjian di antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum pilihan raya lepas di mana PAS diberi kebebasan untuk meneruskan matlamat negera Islam?

Berbeza sekali dengan pendirian MCA yang secara aktif menyuarakan bantahan dan kebimbangan orang bukan Islam berhubung perkara ini, sebaliknya tidak banyak yang dilakukan Ahli Parlimen DAP selain menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan MCA.

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili BN dan kerajaan telah memutuskan agar tidak ada wakil kerajaan akan membentangkan Pindaan Akta 355, bagi Datuk Wee membuktikan Barisan Nasional (BN) mementingkan semangat kebersamaan dengan mengambilkira semua pandangan parti komponen.

Ia adalah keputusan yang berdasarkan konsensus yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan bukan seperti Pakatan Harapan yang berbeza-beza keputusannya di mana DAP mengambil pendirian menentang tetapi PKR pula bersetuju dan kononnya Pakatan Harapan membuat keputusan untuk
bersetuju.

Benarlah kata Datuk Wee yang pembangkang terutamanya DAP hanya berlakon. Di khalayak ramai konon menentang tapi di belakang terus menikus apabila berhadapan PAS dan PKR. Apabila MCA menyerang balas dengan pelbagai pendedahan dan bukti, mereka sanggup kata MCA tidak bertanggungjawab.

Berbeza sekali di dalam amalan Barisan Nasional, MCA dan beberapa parti komponen lain berani menyatakan keresahan mereka tanpa sebaran sekatang  dan sentiasa menghormati segala keputusan yang dibuat secara sebulat suara. Tidak ada istilah MCA takut kepada sesiapa seperti yang sering didakwa DAP yang MCA takut kepada UMNO. Apa yang berlaku di bawah kepimpinan DS Najib sebagai Presiden BN yang terbuka kepada pandangan dan sentiasa mengamalkan keputusan konsensus manakala MCA dibawah kepimpinan DS Liow Tiong Lai, mereka sentiasa berani mewakili suara dan aspirasi bangsa Cina.

Maka siapa sebenarnya yang jelas gagal bersatu dan sentiasa berlakon di hadapan rakyat?

Monday, April 10, 2017

PERTANDINGAN ESEI RM50,000 - SIRI 'MELAYU SCREW MELAYU'


Dengan adanya pertandingan yang dianjurkan Tan Sri Annuar Musa, maka menepati apa yang pernah 'Superman' Hew Kuan Yau kata ketika kempen di pilihanraya Sarawak pada May 2016 lalu yang “Malays to screw the Malays” sememangnya strategi politik DAP. Lantas ia disahkan oleh Ketua DAP Lim Kit Siang apabila membiarkan Dr Mahathir dan Wan Azizah menerajui Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, agak malang bagi Kit Siang apabila ramai yang menyedari taktik anti-Melayunya ini.

Jangan kita lupa yang Kit Siang satu-satunya pemimpin senior DAP sanggup mempertahankan kenyataan rasis Hew walaupun ramai yang mempersoalkannya dan termasuklah dari pihak MCA. Alasan Kit Siang juga adalah rasis apabila bersetuju yang Hew memberi gambaran seolah-olah hanya bangsa Melayu ini saja yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Bayangkan jika ayat yang sama datang dari mana-mana pemimpin UMNO walaupun beliau hanya berjawatan di peringkat bahagian, pasti DAP tidak akan tunggu walau sesaat pun untuk mengutuk dan seterusnya mendesak pihak polis menahan mereka. Tetapi bila kenyataan rasis sebegini keluar dari ahli DAP yang sedang berkempen di pentas mereka, mereka pertahan dan lebih menjijikkan apabila menyerang mereka yang membantah.

Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah bekas Timbalan Pengerusi DAP dan beliau adalah juga rakan Kit Siang. Beliau adalah satu-satunya yang pemimpin yang paling tepat untuk bercakap mengenai politik Kit Siang memandangkan yang beliau pernah menduduki salah satu kerusi tertinggi di dalam DAP. Penerimaan beliau ke dalam DAP dan lantikan beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam DAP juga adalah usaha dan restu Kit Siang.

Kita semua tahu yang Tunku Aziz telah meninggalkan DAP kerana bertelagah dengan anak Kit Siang yang dikatakan seorang yang angkuh dan biadap. Ironinya, Kit Siang sendiri telah membuat percubaan untuk memujuk Tunku Aziz kembali semula ke DAP tetapi gagal.

Kini walaupun Kit Siang enggan untuk menerajui Pakatan Harapan pada zahirnya tetapi di belakang tabir, beliau tetap akan mengatur dan menetapkan segala strategi politik rakan gabungan Pakatan Harapan yang kebanyakannya terdiri daripada bangsa Melayu dari PKR, PAN dan PPBM. Perkara yang sama telah pun berlaku semasa Pakatan Rakyat di mana Kit Siang sendiri telah mengumumkan pembubaran PR sehingga sanggup membelakangkan Wan Azizah sebagai Ketuanya.

Tidak mustahil apabila insiden yang sama mampu berulang di dalam Pakatan Harapan walaupun dengan kehadiran Dr Mahathir. Sikap diktator Kit Siang dan memanipulasi bangsa Melayu ini dengan mudah mampu dikesan rakannya Tunku Aziz. Apa yang pernah berlaku di Pulau Pinang juga menjadi pengajaran setelah berjaya menguasai negeri tersebut, Kit Siang akan sanggup melanggar apa saja termasuk peraturan partinya asalkan kuasa dapat digenggam. Kit Siang akan sanggup melanggar apa saja termasuk peraturan partinya asalkan kuasa dapat digenggam. Jangan pula Kit Siang ingin menafikannya apabila tegas melantik anaknya sendiri sebagai Ketua Menteri.

Oleh itu, sekiranya Kit Siang tegas ingin menafikannya, Tunku Aziz pula ingin mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenai sikap diktatornya di dalam DAP. Bagi pihak DAP pula, ahli-ahlinya perlu menggalakkan Kit Siang menyahut cabaran ini demi membuktikan kesilapan dakwaan Tunku Aziz dan pada masa yang sama menunjukkan kepada dunia yang parti ini benar-benar mengamalkan demokrasi di dalam partinya sepertimana yang dilambangkan sebagai 'Democratic Action Party'. Jika tiada sambutan dari pihak DAP, dengan sendirinya parti ini telah dan sedang dikuasai oleh seorang diktator bernama Lim
Kit Siang sejak 51 tahun lalu.
 

Wednesday, April 05, 2017

MESEJ SEBENAR TAN SRI ANNUAR MUSA DALAM PERTANDING ESEI RM50,000 - SIRI DIKTATOR

https://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Kit_Siang
Masih ada 2 bulan lagi sehingga akhir bulan Mei nanti, esei mengenai Kit Siang seorang diktator, anti-Melayu dan anti-Islam dengan ganjaran RM50,000, terbuka luas untuk rakyat Malaysia mengenali - Apa itu Kit Siang? Tawaran ini dibuat Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang mempunyai mesej yang sangat jelas untuk rakyat Malaysia mengetahui mengapa, bagaimana dan untuk apa Kit Siang masih bertakhta di dalam DAP sehingga sekarang selama 51 tahun.

Jika kita melihat sejarah hayat kepimpinan diktator dunia, Kim Il-sung adalah pemimpin utama Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah menguasai politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto mencengkam kuasa di Indonesia selama 30 tahun. Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba'ath beliau selama 30 tahun. Franois Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun dan di tanah air kita pula, Dr Mahathir adalah PM Malaysia dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Kit Siang nampaknya telah memecah rekod dunia kerana bertahan melepasi 50 tahun menguasai DAP dan bagaimana beliau lakukannya? Senarai di atas yang pernah disebutkan TSAM di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini adalah contoh pemimpin-pemimpin diktator dunia. Kini tanyalah diri kita, apakah DAP yang kononnya sebuah parti politik demokratik pada namanya sahaja sehingga Kit Siang enggan melepaskan kuasanya selepas 51 tahun?

UMNO bakal meraikan ulangtahunnya yang ke71 dan kepimpinan tertingginya juga telah bersilih-ganti sebanyak 7 kali di dalam amalan demokrasinya. Bagaimana dengan DAP? Apabila meraikan ulang tahunnya yang ke60, siapakah yang masih duduk di pentas utama selama lebih 50 tahun jika bukan diktatornya, Lim Kit Siang?

Jika kita terlepas pandang, inilah satu-satunya tuduhan yang beliau sebagai seorang diktator di dalam DAP ...TIDAK PERNAH DISANGKAL DAN DINAFIKAN!, oleh mana-mana pemimpin dan ahli DAP termasuklah dirinya sendiri, maka itulah juga mesej yang ingin disampaikan oleh TSAM dalam tawarannya.

Sekiranya Kit Siang mahupun pemimpin-pemimpin di dalam CEC DAP ingin menyangkal dakwaan yang beliau seorang diktator, mereka harus berani membatalkan pemilihan semula CEC yang pernah dipertikaikan ahli-ahlinya sendiri pada tahun  2012. Jika diadakan semula dan Kit Siang masih ingin menegakkan yang beliau bukan seorang diktator, beliau jangan bertanding.

Jika bukan kerana sikap kuku besinya di dalam DAP, Guan Eng bukanlah orang yang layak dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan anak tempatan negeri itu dan juga bukan Pengerusi DAP negeri. Mungkin Kit Siang juga teringin untuk menduduki kerusi tertinggi pentadbiran negeri itu tetapi memandangkan usianya yang agak lanjut dan ingin mengaburi mata ahli DAP lain, maka anaknya diputuskan Kit Siang untuk mewakili dirinya.

Sepertimana yang didakwa Kit Siang yang TSAM tidak ada bukti yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik, itu bukan mesej sebenar TSAM tetapi TSAM telah membuka mata semua rakyat Malaysia yang DAP dan Kit Siang tidak pernah berhujah untuk menafikan dakwaan ini.

Bayangkan dengan sikap diktator Kit Siang berjaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang disarankan Dr Mahathir, bukan saja DAP mampu digenggamnya malahan gabungan didalam Pakatan Harapan juga pasti dipaksa mengikut arahannya. Maka apa akan terjadi kepada kita rakyat Malaysia? Jika ahli-ahli DAP ada telah bertahun-tahun setia dengan parti Cina itu telah sanggup keluar parti kerana hilang kepercayaan kepimpinan anak Kit Siang, apakah kita masih yakin yang Dinasti Lim tidak wujud di dalam DAP?

Oleh itu, ambillah peluang tawaran TSAM bukan sekadar untuk ganjarannya tetapi memberi peluang untuk berkongsi fakta yang Kit Siang tidak pernah menafikan dirinya seorang diktator di dalam DAP.

Tuesday, April 04, 2017

SPAD : 300 PEMANDU TEKSI KINI TELAH KELUAR DARI KEPOMPONG SISTEM PAJAK


Salah satu tanggungjawab SPAD yang telah diberi amanah untuk mengatasi segala permasaalahan industri teksi ialah mengatasi dan memperbaiki masa depan pemandu-pemandunya. Kejayaan usaha terkini SPAD untuk menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat kontrak pajak mereka jelas membuktikan program transformasi industri teksi semakin hari menuju matlamatnya.

Jika selama ini, terdapat rungutan dari pemandu-pemandu teksi yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri dan terpaksa menyewa daripada syarikat-syarikat lain, pendapatan mereka adalah terhad kerana sebahagiannya terpaksa diperuntukkan untuk membayar sewa. Kini dengan memperolehi lesen individu, 300 pemandu teksi ini tidak lagi terikat dengan sistem pajak tetapi pendapatan yang mereka perolehi adalah milik mutlak mereka.

300 pemandu teksi yang telah menerima Surat Tawaran Kelayakan (STK) ini merupakan kumpulan pertama daripada 3,007 permohonan yang telah diterima sejak Ogos 2016 dan ini merupakan kaedah yang terhasil melalui kajian yang telah dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015.

Kenyataan Media SPAD adalah seperti berikut;


SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA PEMANDU TEKSI YANG KELUAR SISTEM PAJAK DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran yang adil dan sihat bagi industri. Suruhanjaya dengan itu telah mengumumkan kelulusan 300 lesen teksi individu.
 

Kumpulan penerima lesen individu pertama pada hari ini, merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016. Kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesanan SPAD yang direka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara.
 
Sebagai satu pelaksanaan di bawah TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu juga akan menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Bajet 2017. 

Di dalam majlis hari ini, 300 Surat Tawaran Kelulusan (STK) telah diserahkan kepada kumpulan penerima lesen individu pertama. Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar menegaskan bahawa pemberian STK ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan industri teksi Malaysia yang progresif.
 

“Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kita berharap akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing; pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan ‘trend’ yang mendorong permintaan pasaran hari ini,” katanya.
 

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak lama. Sistem tersebut telah menyumbang kepada masalah struktur dan cabaran dalam mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan.
 

“Berikutan kajian yang dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015, kami telah mencadangkan pengeluaran lesen individu bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat sebagai satu cara untuk memajukan industri. Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan pengesyoran TITP tersebut pada hari ini,” katanya lagi.
 

Secara keseluruhan, TITP menjadi satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan.
 

Pada 1 April 2017, model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan diliberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta yang lebih luas pada harga yang kompetitif bagi pemegang lesen. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) (atau penarafan yang setaraf dengannya),boleh digunakan bagi perkhidmatan teksi. Ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti bagi pemandu teksi ketika menggantikan kenderaan lama mereka serta berpotensi mengurangkan kos operasi.
 

Bagi pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak, SPAD akan mengawal selia kontrak pajak mereka. Kontrak pajak tersebut juga akan ditambah baik dan diseragamkan dengan standard yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.
 

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sedang dilakukan bagi membolehkan peraturan syarat-syarat kontrak dilaksanakan ke atas pengendali. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Maka tercapailah hasrat kerajaan dan telah dijayakan SPAD untuk melihat lebih ramai usahawan teksi yang pasti bijak untuk bersedia berdaya saing dan sentiasa ingin meningkatkan keupayaan serta pendapatan mereka. Walau apa pun persaingan yang bakal mereka hadapi, kini 300 pemandu teksi yang telah keluar dari kepompong sistem pajak, mereka bersedia untuk bersaing, menentukan hasil pendapatan sendiri serta menyahut cabaran kerajaan.

RBA APRIL FOOL NEWS SCORNED BY MALAYSIANS

Usually, people will be cautious with the advent of 1st April as some are trying to impose their family and peers with a variety of prank that now DAP’s propaganda group, the Red Bean Army (RBA) tried with their fake news with MCA and Barisan Nasional (BN) as their April Fool’s distraction.

News that is quoted as though that MCA has eventually left BN’s coalition to have has spread since yesterday coincided with April Fool’s day throughout Whatsapp and also on Facebook while linked to the pro-opposition news portal FMT but when the shared link is clicked, you are left with ‘404 error’ and a message that the page you are looking for does not exist.

It is even more apparent that it is a fake news propagated by none other than DAP and their propaganda troops RBA when the writer called himself as Neo Tar Pean which is obviously an anon. Tar Pean is a Chinese word for Big Toilet or poop or faeces whereas ‘Neo’ could be ‘New’.

In their lengthy article dated 31 March 2017, they wrote that MCA President Dato’ Sri Liow Tiong Lai has resigned from his post as Minister of Transport instantly and hence the Central Committee instructed other leaders in the government ministerial to relinquish their positions and failing to do so, MCA considers them as cast out members.

Without even reading further, we know that this is a false alarm which is outlined not only to mess up cooperations among component parties in BN but also, an opportunity for the netizens to denounce MCA.
Instantly when Malaysians produced a twitter message from Railway Minister of India, under the Narendra Modi government Mr Suresh Prabhakar Prabhu welcoming Dato Liow in a meeting held in his office in India for a mutual cooperation with our government, FMT removed the article and this proven that the DAP RBA’s Neo Tar Pean is truly full of nonsense.

DAP RBA’s Neo Tar Pean is evidently trying to incite doubts and odds to UMNO and MCA by questioning ministerial position allocations that MCA has always been regarded as an equal partner to a minion.

The only political party existed since independence avid disputing Malay rights is the chauvinist DAP and in this article, they once again argued the ‘Ketuanan Melayu’. Their next favourite topic to condemn MCA is on Chinese education in which DAP should be very ashamed of themselves to question MCA’s continuous resolute efforts to fight for SJKCs.

MCA ought to be proud of their efforts that they are able to establish UTAR but if we look at the DAP, not only do they fail to establish even a single school but not a single sen is contributed to these Chinese independent schools. MCA once disclosed that all their ‘tin milo’ collections are merely meant for their party centres.

Previously DAP often challenged MCA  to leave BN if Umno and PAS jointly present RUU355 in Parliament but this article seems to miss the fact that BN has agreed to allow PAS to lead the motion upon consensus from all component parties including UMNO and not just MCA.

It is DAP who is now fleeing away from their challenge to MCA, but since RUU355 will be solely Hadi Awang’s private motion, DAP should do their part to distract it and not continue to deceive the Chinese as they had lied to them in the hudud issue.

Since the article is a severe defamation, SKMM should take serious action to those who disseminate it and when FMT has removed this article from their portals, it is clear that it is an inverse propaganda by DAP through their RBA troopers.

Monday, April 03, 2017

CUBAAN BERITA 'APRIL FOOL' RBA TIDAK JEJASKAN MCA LANGSUNG

RBA kembali mengganas dan setelah dikatakan yang DAP sedang rekrut 500 ahli baru, cubaan April Fool mereka untuk menggugat kredibiliti kepimpinan dan ahli-ahli MCA tidak tergugat malahan tidak terjejas langsung. Selalunya ramai akan berhati-hati dengan kedatangan 1 April yang sinonim dengan pelbagai usikan untuk mengena rakan-rakan mereka, tapi DAP sedang mencuba dengan berita palsu yang direka oleh Red Bean Army (RBA) dalam misi propagandanya.

Berita yang tersebar di Whatsapp dan Facebook kononnya MCA telah meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang bertepatan pada hari 'April Fool'. Manakala pada awalnya portal berita pro-pembangkang FMT telah memetiknya tetapi apabila link yang dikaitkan dengan berita tersebut, yang ada hanyalah '404 error' yang memberi maklumat - 'the page you are looking for does not exist' dengan membawa maksud yang artikel ini telah dikeluarkan dari
berita mereka.

Artikel yang dikatakan sebagai berita tergempar ini jelas sebagai berita palsu apabila penulis RBA ini hanya mengguna namanya sebagai Neo Tar Pean dan di dalam bahasa cina 'Tar Pean' bermaksud tandas besar atau najis manakala 'Neo' mungkin dimaksudkan sebagai baru.

Didalam artikel yang panjang bertarikh 31 Mac 2017, mereka menulis bahawa Presiden MCA Dato 'Sri Liow Tiong Lai telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dengan serta-merta dan Jawatankuasa Pusat kononnya mengarahkan pemimpin lain dalam kerajaan untuk turut melepaskan kedudukan mereka dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian, MCA menganggap keahlian mereka secara otomatik terbatal.

Tanpa membaca lanjut, kita tahu ini adalah berita palsu yang sengaja direka bukan sahaja untuk merosakkan kerjasama antara parti-parti komponen BN tetapi turut memberi peluang kepada netizen untuk mengutuk MCA.


Rakyat Malaysia hari ini telah sedar dengan kehadiran propaganda DAP yang berbentuk berita-berita palsu dan dengan serta-merta seorang netizen telah berkongsi gambar Presiden MCA selaku Menteri Pengangkutan sedang berbincangan dengan Menteri India Suresh Prabhakar Prabhu di pejabatnya di India dan dalam rangka lawatan rasmi bersama PM Najib Razak.

Oleh kerana Datuk Liow kini berada di India, Timbalan Presidennya Datuk Wee Ka Siong telah mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar dan penulis berita palsu ini. Menyedari ia adalah berita palsu dan arahan dari MCA telah dikeluarkan, FMT pun menarik keluar artikel tersebut dengan serta merta.

Kandungan artikel RBA oleh Neo Tar Pean adalah jelas cuba untuk menimbulkan keraguan ke atas setiakawan UMNO dan MCA dengan mempersoalkan peruntukan jawatan menteri MCA yang kononnya dianggap sebagai tidak pernah dihargai.

Satu-satunya parti politik yang wujud sejak kemerdekaan yang gemar mempertikaikan hak Melayu adalah DAP dan didalam artikel ini juga, mereka sekali lagi membangkitkannya. Topik kegemaran mereka untuk mengutuk MCA adalah isu pendidikan Cina di mana DAPlah sepatutnya malu untuk mempersoal keazaman MCA yang dari awal lagi telah berjuang untuk SJKC sehingga terbinanya UTAR manakala DAP pula sekadar pandai menyalak tanpa berbuat apa-apa.

DAP sering mencabar MCA untuk meninggalkan BN jika Umno dan PAS RUU355 bersama-sama membawa usul ini ke Parlimen tetapi artikel ini sememangnya silap apabila BN telah bersetuju secara bulat suara yang hanya PAS saja yang akan membentang cadangan ini sebagai usul persendirian. Konsensus yang dibuat bukan saja melibatkan MCA tetapi termasuk UMNO juga.

Hakikatnya DAP yang kini sedang melarikan diri dari cabaran mereka sendiri dan cuba mengalihkan perhatian rakyat untuk terus menipu masyarakat Cina sepertimana mereka telah berbohong dalam isu hudud.

Oleh kerana artikel itu adalah satu fitnah yang tidak boleh dikompromi dan mampu menggugat keharmonian di dalam BN khususnya dan negara amnya, SKMM perlu mengambil tindakan yang serius walaupun kepada mereka yang menyebarkannya. Ia jelas satu propaganda songsang oleh DAP melalui kumpulan RBA mereka yang kini telah mula mengganas semula menjelang PRU14.