Jarak di antara Kota Tinggi dan pembangunan di Pengerang di mana adanya projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) hanyalah 40 minit dan Iskandar Malaysia juga tidak berapa jauh dari Kota Tinggi.
Kedua-dua projek mega ini bersempadan dengan Kota Tinggi yang berpotensi besar sebagai pelengkap kepada zon transformasi ekonomi negeri Johor. Kejayaan pelaksanaan projek ini amat penting kerana ia bakal mengubah secara keseluruhan landskap ekonomi Malaysia dan khususnya negeri Johor.
Manafaat PIPC terhadap ekonomi Johor dan negara keseluruhannya adalah amat besar, dengan rakyat tempatan bakal menerima pelbagai peluang ekonomi hasil daripada perlaksanaan projek terbabit.
Oleh itu, bertepatan dengan saranan Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi kepada murid-murid yang bakal menduduki SPM tahun hadapan di dalam satu program "Motivasi Mesra: Insan Gemilang SPM 2015" agar mereka menganggap ia sebagai permulaan untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Dikatakan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang tahun 2017 di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dan tahun 2025 di Iskandar Malaysia, dari pelbagai jenis bidang seperti petroleum, kejuruteraan, perniagaan, pengurusan.
Program yang dihadiri murid-murid dari sekolah-sekolah dari 2 DUN (DUN Sedili & DUN Johor Lama), SMK Tan Sri Jaafar Albar, SMK Bandar Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, SMK Lokman Hakim, SMK Air Tawar, SMK Seri Aman, telah diberi suntikan motivasi dan semangat oleh Datuk Ehsan agar mereka mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri dan bersedia lebih awal untuk menghadapi SPM tahun hadapan.
Adalah menjadi harapan Datuk Ehsan agar pencapaian keputusan SPM bagi sekolah-sekolah seluruh Kota Tinggi dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.
Program ini adalah inisiatif Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kota Tinggi dan PIBG SMK Tan Sri Jaafar Albar untuk mempersiapkan anak-anak Tingkatan 4 dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.