Thursday, May 30, 2013

SPAD : JANGAN BIARKAN 'ULAT TEKSI ARAB' ROSAKKAN SUSU SEBELANGA

Dari semasa ke semasa SPAD sentiasa memantau agar perkhidmatan teksi terutamanya di sekitar Kuala Lumpur berada di tahap yang memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat rungutan di kalangan pemandu-pemandu teksi tempatan dengan kewujudan 'Ulat Teksi Arab' yang telah merampas periuk nasi mereka. 

Mangsa Ulat Teksi Arab

Beroperasi sebagai pemandu pelancong

Malaysia adalah salah satu desitnasi pelancongan kegemaran dari rakyat negara-negara Arab. Kemasukan pelancong-pelancong Arab ini dilihat dapat menjana ekonomi negara. Namun, terdapat rungutan wujudnya pula yang dipanggil "Teksi Ulat Arab" di mana, teksi-teksi ini dikendalikan sendiri secara aktif oleh bangsa-bangsa Arab di kawasan tumpuan pelancongan negara seperti di sekitar Bukit Bintang. 

Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi. 

Dikatakan juga caj yang dikenakan ke atas pakej perjalanan eksklusif untuk pelancong Timur Tengah yang ingin bercuti di destinasi-destinasi peranginan negara seperti ke A Famosa Resort, Melaka, Genting Highlands dan Pulau Langkawi mencecah sehingga RM5,000. Pakej itu termasuk penginapan seperti hotel dan pemandu pelancong. Ulat-ulat teksi Arab ini mendapat tempahan melalui Internet selain mempunyai pejabat urusan di Jalan Sultan Ismail. 

Ulat teksi Arab aktif terutama ketika musim ketibaan pelancong (Timur Tengah) pada Jun dan Julai. Malah, setiap pembelian sebanyak RM1,000 oleh pelancong di destinasi tertentu, ulat teksi Arab ini turut mendapat komisen dianggarkan RM400. 

Modus operandi ulat teksi arab ini pula dengan menyewa kereta atau van daripada pengusaha tempatan dengan bayaran RM1,800 sebulan sebelum menjalankan kegiatan itu. Kereta disewa untuk kegunaan peribadi, tetapi ia disalahgunakan dengan menawarkan pakej pengangkutan. Bukan saja tiada lesen memandu, malah dalam sesetengah kes, ulat teksi Arab terbabit turut memalsukan cukai jalan. 

APA TINDAKAN SPAD? 

Bagi pihak SPAD pula, operasi membasmi kegiatan lambakan ulat teksi Arab yang semakin aktif di sekitar Bukit Bintang akan sentiasa dipertingkatkan dan diberi perhatian serius kerana ini akan menjejas pendapatan pemandu teksi tempatan. 

Sebagai agensi bertanggungjawab menguruskan kenderaan darat, SPAD aktif menangani masalah ulat teksi di ibu kota dan ia tidak terhad kepada ulat teksi warga asing. 

Dalam perkembangan lain, mengikut syarat ditetapkan pihak SPAD, pemandu teksi di Bukit Bintang tidak dibenarkan membawa pelancong ke destinasi peranginan melainkan hanya di Lembah Klang. 

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menangkap mereka dan menghadapkan merekake mahkamah, apatah lagi semua dilakukan secara tersembunyi. Mereka (ulat teksi Arab) juga beroperasi seperti pengusaha agensi pelancongan dan uruskan pengangkutan sesama mereka apabila ada pelancong Arab. Pemandu teksi kita pula tak boleh berbahasa Arab. Ini yang menyebabkan pelancong- pelancong Timur Tengah lebih senang memilih pakej sebegini dan berurusan dengan mereka. 

KEMPEN SPAD 

KEMPEN SPAD ... di SINI

Baru-baru ini, sekali lagi SPAD telah mengadakan kempen “Perangi” Ulat Tiket, Tambang Lebih dan Bas Sekolah Haram. Tujuannya adalah bagi memaklumkan kepada semua pengguna kenderaan awam bahawa mereka boleh mengambil tindakan terhadap ketelusan penyedia perkhidmatan saperti teksi yang menaikkan tambang atau mengenakan caj berlebihan atau pun terdapatnya perkhidmatan bas sekolah haram dan juga kegiatan ‘Ulat Tiket’. 

Setiap aduan perlulah melalui saluran SPAD yang betul, tindakan akan diambil dengan segera setelah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima maklumat lengkap. 

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) En Azmi Abdul Aziz, tindakan ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan pemandu dan pengendali perkhidmatan awam saperti Teksi dan Bas, dalam masa yang sama menjaga kebajikan kumpulan pemandu teksi yang benar benar menjalankan tugas mereka mengikut lunas undang undang. 

Dengan kempen SPAD ini, kegiatan-kegiatan ulat tiket seperti yang berlaku di kalangan pemandu-pemandu asing terutamanya, "Ulat Tiket Arab" tidak akan berjaya dibendung sekiranya kita sebagai pengguna tidak bersama-sama membiarkan mereka menjejaskan SUSU SEBELANGA... 


No comments: