Pada hari Isnin yang lalu, SPAD telah mengumumkan kebenaran kepada teksi bandar untuk mengambil dan menghantar penumpang KLIA bermula 15 Mei seperti posting di SINI.
Namun, pada hari yang sama juga apabila SPAD membenarkan perkhidmatan teksi bandar untuk mengambil dan menghantar penumpang di KLIA, DAP telah cuba menjadi hero kononnya membela nasib pemandu-pemandu limo KLIA seperti laporan di SINI dan menyebar propaganda mereka di SINI.
"Limousine taxis face stiff competition from city cabs,who pay far less in rental fees."
Fong Kui Lun - MP DAP Bukit Bintang dan Bendahari DAP |
MP DAP Kluang, Liew Chin Tong - anak emas Guan Eng |
Isu yang diketengahkan ialah persaingan yang sengit dari teksi bandar dan kadar bayaran sewa limosin KLIA. APAKAH INI BENAR?
Pengumuman oleh SPAD membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA telah mendapat maklumbalas yang sangat baik terutama di kalangan penumpang seperti yang dilaporkan di SINI.
Di antara yang memberi maklumbalas positif ialah;
"Dengan adanya teksi bandar di KLIA ini, pelanggan macam saya ada
pilihan memilih sama ada nak naik teksi limousin atau teksi bandar, lagi
pun saya tidak perlu tunggu lama-lama," kata Fazilah Siraj, 54 tahun.
Hayat Ali Mohamad, 41, berkata, langkah SPAD itu membuka ruang
kepadanya termasuk pemandu teksi yang lain menjana pendapatan lebih.
"Sebelum ini teksi bandar hanya dibenarkan menghantar penumpang
sahaja ke KLIA dan tidak boleh mengambil penumpang. Tetapi selepas ini
pemandu teksi macam saya bila hantar penumpang tidak perlu balik dengan
kosong lagi ke KL (Kuala Lumpur) seperti sebelum ini yang ada pembaziran
tol dan minyak," katanya.
Kadar bayaran sewa limosin KLIA yang tinggi berbanding teksi bandar, KENAPA?
Kadar bayaran sewa limosin KLIA yang tinggi berbanding teksi bandar, KENAPA?
Menurut kenyataan Ketua Exco Badan Kebajikan Sosial Airport Limo (M) Sdn. Bhd., Azlan Rais yang dibuat di SINI, kadar sewa RM153 sehari adalah berpatutan memandangkan jumlah itu merangkumi pelbagai potongan seperti insurans, sistem penyelenggaraan berjadual (SPB), badan kebajikan dan sebagainya.
Dengan kadar sewa itu, mereka tidak perlu lagi mengeluarkan duit ketika menyelenggara kenderaan, malah jika berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian, waris akan menerima insurans berjumlah RM120,000.
Dan ini pula, kenyataan Pengerusi Eksekutif Airport Limo (M) Sdn. Bhd.
25,500 Penumpang Sehari Di KLIA Berbanding 900 buah Limo KLIA - SEMAREMAS |
Berdasarkan statistik semasa, seramai 25,500 orang penumpang
kapalterbang menggunakan KLIA dalam sehari. Pada pengiraan kasar, 900
buah teksi berbanding 25,500 penumpang sehari bermakna sebuah teksi
memberikan perkhidmatan kepada 28 orang dalam 24 jam.
Dari situ kita dapat melihat satu persaingan yang amat sengit di antara pengendali teksi limo di KLIA dan penumpang teksi sendiri. Amalan kebiasaan yang kita saksikan ialah sebuah teksi selalunya mengambil seorang penumpang sahaja pada satu-satu masa.

Persoalannya di sini, adakah MP DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan MP DAP Kluang, Liew Chin Tong benar-benar cuba membela nasib rakyat secara menyeluruh atau golongan tertentu sahaja?
Janganlah demi sesuatu kelompok kaum dan janji-janji kosong yang ditaburkan semasa PRU13 lalu, DAP mempolitikkan isu-isu pengangkutan awam. Ini adalah isu rakyat.
Seandainya pemandu-pemandu limo tidak berpuas hati, mereka boleh menulis kepada SPAD dan pasti akan dikaji dan dibincang di mana pandangan di pihak syarikat yang mengendali Airport Limo juga perlu didengarkan dan bukan melalui parti-parti politik pembangkang yang sentiasa menunggu untuk mengerohkan keadaan.

No comments:
Post a Comment