Wednesday, May 01, 2013

#SPAD : LESEN TEKSI INDIVIDU PERINGKAT KE 2

Seperti yang telah diumumkan oleh YAB PM pada  24 Mac yang lalu, pemberian lesen individu ini merupakan salah satu langkah dalam memartabatkan industri teksi di negara. Selain daripada itu, SPAD juga telah mewujudkan beberapa langkah-langkah yang juga terkandung di dalam rancangan Transformasi Industri Teksi (TIS).

Bagi menunaikan janji YAB Perdana Menteri, janji kerajaan Barisan Nasional kepada pemandu-pemandu teksi dan membuktikan komitmen dan keikhlasan kerajaan dalam membantu memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, 300 permit diserahkan kepada pemandu-pemandu teksi yang telah layak di dalam Majlis Penyerahan Lesen Teksi Individu pada 24 April lau oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.


Selebih, SPAD akan memproses permohonan dan seterusnya diberikan mengikut peringkat negeri-negeri.

Di dalam ucapan Tan Sri, beliau menaruh harapan penuh agar pemandu teksi sekelian  menjaga nama baik negara dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penumpang, termasuklah pelancong-pelancong luar negara agar mereka merasa selesa dan selamat menggunakan perkhidmatan  teksi.

Ini adalah kerana pelancongan merupakan sumber pendapatan yang besar kepada ekonomi negara. Apabila negara kita maju, pendapatan kita akan meningkat selaras dengan pembangunan yang kita kecapi.

Penglibatan semua adalah penting dalam kita mencapai taraf negara maju menjelang tahun
2020. Adalah menjadi hasrat Tan Sri Syed Hamid untuk melihat teksi di Malaysia menjadi satu penanda aras kepada teksi-teksi di seluruh dunia dan akan menjadi setaraf ataupun lebih baik lagi daripada negara-negara maju, seperti the London Black Cab yang dikenbali di seluruh dunia..


Tan Sri juga menegaskan kerajaan sentiasa berpegang teguh kepada janji yang dilafazkan kepada rakyat. Janji mesti ditepati. Itulah kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri.

No comments: