Sunday, May 26, 2013

TAN SRI SYED HAMID ALBAR - PENDEKATAN PENGERUSI SPAD BERJIWA RAKYAT


Apabila bertemu Tan Sri Syed Hamid Albar, kita akan rasakan masa selalu dicemburui kerana pendekatan beliau yang mudah mesra dan tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Dilahirkan pada 15 Januari, 1944), Tan Sri adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sejak pulang membawa ijazah undang-undang dari Inns of Court, London pada 1970, pelbagai bidang telah diceburi oleh Tan Sri. Selepas pulang dari London, dia dilantik sebagai majistret, sebelum beralih angin ke bidang perbankan, kembali kepada guaman dan ke kancah politik.

"Bagaimanapun saya seronok berinteraksi dengan orang awam. Ia bukan kerana wang, tetapi bagaimana kita dapat berkhidmat kepada masyarakat. Yang paling penting, apabila negara maju, kita dapat merasakan apa yang telah kita sumbangkan, walaupun sedikit. Itulah kepuasannya," kata Tan Sri Syed Hamid ketika ditemubual oleh Agenda Daily pada 25 Ogos 2011.

Kini pada 3 Jun 2013, perlantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah genap 3 tahun. Namun cabaran yang telah diberikan kepada Tan Sri oleh Perdana Menteri diterajui dengan pendekatan yang sama iaitu sentiasa mendengar pandangan dari pengurusan dan seterusnya mengembeling idea idea yang bernas untuk di jadikan sesuatu yang boleh di guna pakai bagi memantapkan lagi pembangunan sistem Pengangkutan Kenderaan Darat.

“Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih dahsyat daripada ketika saya menjadi menteri! Yelah, pasal kita berurusan dengan orang awam secara direct."

“Orang suka tengok hasil perubahan, tetapi pada masa yang sama sentiasa menentang perubahan. Bila benda itu bagus, dia puji…Wah..bagus! Tetapi selepas itu mula komen dan kritik."

“Mula-mula kena kritik yang pedas-pedas aja. Sakit juga. Tetapi lama kelamaan saya fikir, semua orang ada pendapat. Bagi saya, berbeza pendapat bukan satu perkara yang luar biasa,” katanya.

Dan dalam tempoh tiga tahun ini, tiada secebis kesal pun dirasainya di dalam mengemudi SPAD sebaliknya beliau seronok kerana dapat melihat proses pembangunan itu berlaku di depan matanya sendiri. Berkat daripada keikhlasan itulah yang menghasilkan apa yang telah dicapai SPAD selama ini seperti yang ditulis SUARA KETAM betapa ceria dan bersemangatnya Tan Sri berkongsi cerita. 

Tan Sri Syed Hamid yang sentiasa dalam mood bercerita
Apakah pencapaian SPAD, semenjak Tan Sri menduduki kerusi Pengerusi?

Ketika mula-mula masuk ke pejabat, beliau terkejut apabila mendapati hampir semua staf di bawahnya, dari eksekutif sehingga ke pengurus terdiri daripada eksekutif muda.

“Tetapi itu yang bagusnya. Saya puashati bekerja dengan golongan ini sebab mereka bertenaga dan banyak idea bernas. Kejayaan yang dikecapi SPAD sekarang bukan kerana saya sahaja, tetapi juga kerana mereka ini,” katanya.

Banyak perkembangan yang dapat dilihat hari ini seperti perkembangan Mono Rel, LRT, ERL, Rapid, Komuter yang di naik taraf. Ini semua nya dapat kita lihat perubahan dan kemajuaannya, dan di jangkakan pada tahun 2017 rakyat Malaysia akan dapat melihat MRT (My Rapid Transit) juga dikenali sebagai Aliran Transit Massa yang pertama.

Kejayaan ini sebenarnya adalah kerana SPAD sentiasa memainkan peranan penting dengan mendapatkan maklumat dari orang ramai dan penguna kenderaan awam, kesemua maklumat di kumpul dan di jadi kan rujukan untuk SPAD memperbaiki sistem perkhidmatan kenderaan awam darat ini.

Tan Sri Syed Hamid telah membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia mempunyai ‘sucsess story’ tersendiri dalam membangunkan negaranya seperti dilaporkan di SINI...

Cabaran terbaru?
 
Mendengar pendapat orang ramai dan NGO-NGO adalah menjadi perkara utama apabila beliau mula menerajui Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat ini. Kesemua perkara ini beliau akan menghadapinya dengan hati yang terbuka. Kerana beliau sedar bahawa rakyat Malaysia sekarang ini adalah bijak didalam menilai sesuatu perkara. Dengan itu akan banyaklah soalan soalan yang akan timbul, dan SPAD tidak boleh mengenepikan sahaja soalan mereka, ini juga merupakan cabaran beliau.

Sebagai Pengerusi SPAD, beliau berpendapat bahawa isu pengangkutan awam ini adalah isu kepentingan awam dan ianya harus di bina secara bersama , ia bukan isu kepentingan politik dan bukan isu parti politik, isunya ialah bagaimana kita hendak menambahbaikkan. Bila melibatkan orang politik perkara haruslah di fokus kepada kepentingan awam dan bukan menjadikan isu politik, supaya pihak Suruhanjaya boleh mendengar pandangan dan mengambil keputusan.

Bagaimanapun katanya, masalah lebih besar ialah apabila ada pihak cuba mempolitikkan isu pengangkutan awam darat.

“Kalau boleh, dalam isu pengangkutan awam ini kita tidak berpihak..Kita mahu bebas, tetapi pada masa yang sama menuruti dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. SPAD nak buat apa-apa program pun kena dapat dana dari kerajaan. Jadi kita kena ambilkira pandangan kerajaan.Kalau datang parti politik, susahlah.”

Gesaan DAP supaya SPAD diletak di bawah kementerian pengangkutan, Tan Sri berkata parti itu sering berubah pendirian.

“Saya tak tahu apa DAP hendak. DAP ini berubah ubah. Saya tengok mula-mula Tony Pua kata tak nak MRT. Dia kata penyelesaian untuk pengangkutan awam Kuala Lumpur ialah bas. Selepas itu dalam manifesto, dia masukkan MRT pula. Jadi saya tak faham.

“Tujuan SPAD diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana fungsi kita merentasi kementerian dan agensi. Orang yang mengawasi keseluruhan kementerian dan agensi adalah Perdana Menteri. Tetapi kita bekerja rapat dengan Kementerian Pengangkutan kerana Bidang Keberhasilan Utama Negeri (KRA) di bawah kementerian itu.

“Pada saya itu bukan isu. Saya tak tahu apa agenda DAP. Tiba-tiba saja sayang kepada Kementerian Pengangkutan. Selalunya dia attack kementerian itu. Kalau dia nak undang-undang ditukar, dia kena bawa pindaan. Jangan politikkan SPAD. Tugas kita mengatasi politik. Tetapi kita kena bertanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah.” 

Walaupun Tan Sri Syed Hamid baru meneraju SPAD dalam tempoh 3 tahun, namun pencapaian dan perubahan untuk Transformasi perkhidmatan pengangkutan darat ke tahap "world class" telah terserlah dan ini membuktikan pendekatan berjiwa rakyat Tan Sri Syed Hamid adalah pendekatan yang sangat berkesan lagi progresif.

 

1 comment:

Anonymous said...

Jangan sebut rangkai kata "World Class" dengan sissia.Tubuhkanlah Pengangkutan "world Class" sabelun cakap cakap.