Wednesday, June 26, 2013

TIADA KOMPROMI KEPADA PEMANDU TEKSI YANG DEGIL

Pemandu teksi yang degil sering menjadi topik keresahan rakyat  terutama di sekitar kawasan 'Golden Triangle' Kuala Lumpur. 

Dengan kerjasama aduan dari rakyat, maka SPAD dengan tindakan pro-aktif  dan ketegasan melaksanakan undang-undang, baru-baru ini Operasi Tegas Bersepadu dengan kerjasama PDRM, JPJ dan DBKL telah diadakan di sekitar Pavillion, Bukit Bintang dan KLCC.

Balai Polis Trafik Jln H.S.Lee

Operasi kedua ini dilakukan  secara bersepadu dengan semua agensi penguatkuasaan. Seramai  12 pegawai dan 75 anggota yang terlibat terdiri daripada   4 pegawai 22 anggota dari PDRM, 1 pegawai dan 8 anggota dari JPJ, 2 pegawai dan 11 anggota DBKL dan 5 pegawai dan 34 anggota dari SPAD. Modus operandi Operasi Tegas ini ialah cara penyamaran dan seramai  20 pasukan penyamaran digunakan.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan pemandu-pemandu teksi ini adalah kesalahan yang sama seperti tidak menggunakan meter, beroperasi di luar kawasan dan gagal menunjukkan kad memandu serta permit. Dan operasi kali ini telah berjaya menangkap seorang warga Pakistan namun beliau berjaya melarikan diri. 

Datuk Paduka Che Hasni

"Kita berjaya tangkap 15 teksi yang tidak mengguna meter. 1 teksi kita dapati tidak ada permit langsung. Esok kita akan panggil pengusaha teksi itu untuk mengetahui sebab-sebab teksi itu tiada permit. Lebih teruk, teksi ini dipandu oleh rakyat Pakistan yang berjaya cabut lari," jelas Mej. Jen. (B) Datuk Paduka Che Hasni bin Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD.

Selanjutnya beliau berkata, "Sampai di balai kita tak sempat nak kejar. Sebab bila sampai saja sini, pegawai kita yang menyamar keluar pintu, pada masa yang sama dia keluar pintu dan terus cabut lari laju."

Datuk Che Hasni juga menegaskan bahawa operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membanteras kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini terutama di KL dan yang utama sekali ialah memberi kesedaran kepada pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab. Kegiatan ini bukan sahaja menipu orang tempatan, orang asing, tetapi juga telah menjejaskan imej negara kita memandangkan tempat-tempat dijalankan operasi adalah keutamaan kunjungan pelancong.

Pihak aduan SPAD telah menerima banyak aduan teksi yang tidak mengguna meter tetapi ada kalanya aduan yang diterima tidak cukup butiran. SPAD melancarkan operasi ini hasil daripada aduan-aduan yang telah diterima. Minggu lepas  SPAD telah mengadakan operasi yang serupa dan berjaya menangkap 13 teksi yang tidak mengguna meter. Minggu sebelumnya di Subang hingga ke KL, Kelana Jaya, Midvalley, KL Sentral dan sebanyak 16 tangkapan telah dibuat di mana mereka tidak mengguna meter.

HUKUMAN KE ATAS KESALAHAN

Jika mereka disabitkan kesalahan, hukuman yang bakal dihadapi pemilik teksi, paling rendah ialah denda RM1 ribu dan paling maksimum RM500 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kepada pemandu yang ada meter tetapi tidak mengguna meter atau menetapkan harga, boleh didenda sehingga RM50 ribu.

Ada di antara mereka yang  caj 100 peratus dan ada yang lebih dari itu. Contohnya tambang yang sepatutnya hanya RM6 tapi dicaj RM30.

Oleh kerana perangai segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan imej industri ini tercalar.

Terdapat juga di mana salah seorang pemandu yang tidak serik telah ditangkap di Bukit Bintang mengulangi kesalahan yang sama.

APA ALASAN STANDARD MEREKA?

Alasan yang biasa sering diberi iaitu bila balik teksi kosong dan juga alasan "jem". Bagi pihak SPAD yang lebih arif dengan alasan-alasan ini mengetahui walaupun dalam keadaan kenderaan sesak namun meter tetap berjalan dan alasan sedemikian tidak boleh diterima.

Kepada rakyat yang prihatin, buatlah aduan dengan maklumat lengkap dan semua aduan boleh terus dial seperti nombor berikut;


No comments: