Saturday, June 15, 2013

TAHANAN POLIS DILAYAN SEBAGAI BUKAN PESALAH....


Pihak PDRM akan berusaha untuk memastikan pegawai-pegawai mereka yang berurusan dengan tahanan-tahanan polis sebagai orang tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Prinsip ini mesti dilaksanakan oleh setiap pegawai PDRM.

"Kami prihatin tentang kebajikan semua, termasuk tahanan-tahanan dalam penjara. Mereka tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah," kata Pengarah NKRA PDRM, Ayob Yaakob. 

Sekiranya inginkan mereka lebih profesional dalam menjalankan tugas,  mereka haruslah terdahulu dilengkapi dengan  latihan lengkap dengan ilmu pengetahuan dan tahap keyakinan serta kemudahan-kemudahan.

Bukit Aman akan bertindak sebagai fasilitator di dalam perkara ini dan menyediakan segala keperluan. Adalah tidak adil dengan hanya memberi arahan tetapi tidak melengkapkan mereka dengan maklumat dan latihan kerja.
Maklumbalas yang diterima mengenai kesalahan tindakan polis, masalah-masalah di dalam tahanan adalah perit untuk didengar, tetapi ia mestilah dijelaskan untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

Rakyat masih beri kepercayaan kepada polis. 

Memang sesuatu yang bagus jika mereka menegur kerana ini menunjukkan mereka masih meletak kepercayaan kepada polis dan mereka inginkan penambahbaikan dan juga pihak berkuasa yang boleh mereka percayai. 

Oleh yang demikian bagi pihak PDRM, beliau menyarankan semua pegawai-pegawai polis mematuhi prosedur operasi standard yang sedia ada, membantu pegawai-pegawai atasan memperbaiki prestasi mereka ke arah kebaikan perkhidmatan badan beruniform dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.
Beliau juga mengumumkan satu syarikat perunding antarabangsa, Frost & Sullivans telah dilantik untuk membuat kajian bagaimana pandangan rakyat terhadap lelaki dan wanita yang beruniform biru.

"Kita ingin menilai persepsi rakyat terhadap PDRM dan apakah mereka berasa selamat di bawah pengawasan polis."
Enam bulan pertama hasil kajian, akan digunakan untuk membentuk satu pelan tindakan bagi menngenalpasti apa-apa kelemahan.

Kedua, adalah penilaian persepsi rakyat yang berterusan serta maklumbalas di mana satu jangkamasa akan ditetapkan dan jika perlu akan dilanjutkan.

Hasil dari kajian ini akan dijadikan kayu pengukur bagi pihak PDRM merancang  pembaharuan dan inisiatif-inisiatif baru.

Peruntukan bagi perlaksanaan ini adalah dari peruntukan khas yang disediakan untuk pelaksanaan NKRA.

No comments: