Tuesday, June 04, 2013

KEPADA ANWAR, KIT SIANG DAN GUAN ENG ..... HA HA HA HA HA HA

Kedutaan Bangladesh hari ini menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan (IC) melalui proses secara sah.

Dalam sidang media hari ini, Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40 ribu pengundi warga tersebut adalah tidak munasabah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman

“Saya mahu jelaskan di sini ia adalah tidak munasabah laporan mengatakan 40,000 warga Bangladesh datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Saya juga mahu tegaskan tidak menerima maklumat tentang warga Bangladesh mengundi secara salah atau jahat,” kata Atiqur semasa sidang media di Kedutaan Bangladesh hari ini.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Saya pasti ianya hanya satu kepalsuan dan jelas satu fakta yang mengelirukan,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Atiqur tidak menolak ada sebilangan kecil warga negara tersebut yang diberikan secara sah setelah melalui proses yang ditetapkan dalam undang- undang Malaysia.

“Jika terdapat rakyat Bangladesh yang memiliki kriteria diberikan IC, mereka bukan lagi warganegara Bangladesh sekarang ... mereka adalah warganegara Malaysia sekarang.

“Ada yang dapat, tapi dalam kes kami tidak besar... mungkin dalam seratus, sekitar jumlah itu mungkin,” terang Atiqur lagi.

Atiqur juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan rakyat negara tersebut yang berada di Malaysia ekoran tuduhan tidak berasas tersebut.

“Usaha manipulasi politik tersebut mengaitkan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu mungkin menyebabkan rakyat kami yang tidak bersalah terancam.

“Propaganda xenophobic tersebut juga menyebabkan kumpulan sasaran khususnya warga Bangladesh yang bekerja berisiko terdedah kepada penderaan fizikal dan mental,” tambahnya lagi.

Isu pengundi hantu timbul selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya mendakwa terdapat 40 ribu pengundi diragui, termasuk rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Inikah antara 40,000 yang dimaksudkan?
Ambiga dan Banglanya.... Konspirasi Terancang PR?

Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, antara punca utama yang diberikan ialah mengenai kewujudan pengundi asing sebagai salah satu sebab utama.

Selain itu, di laman sosial dan media pro-PR juga menyiarkan dan mendedahkan bukti bergambar dan rakaman video bagi menunjukkan kewujudan pengundi hantu semasa pilihan raya lalu.

“Tidak, tidak terima aduan ataupun laporan daripada pembangkang tentang warga Bangladesh yang mengundi,” kata Atiqur selepas ditanya sama ada pembangkang ada menghubungi mereka untuk membuat pengesahan tentang isu tersebut.

Pejabat Perdana Menteri telah menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan PR tentang rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi.

 Syarikat penerbangan nasional MAS juga telah menafikan dakwaan ia akan menggerakkan penerbangan sewa khas untuk mengangkut pengundi hantu - MD

No comments: