Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Tuesday, July 02, 2013

BONUS RM200 JUTA ...MALAYSIA INSIDER TIPU RAKYAT

Apa niat Malaysia Insider?

Lihat saja pada tajuk, rasa-rasanya apa perasaan kita sebagai rakyat? Bonus untuk petugas SPR? Amboi mewahnya kerajaan berbelanja untuk satu pilihanraya!

Membaca tajuk saja memang mampu menimbulkan lagi kemarahan rakyat terhadap SPR dan itu kenyataan seorang Menteri pula? Tetapi benarkah apa yang dilaporkan Malaysian Insider?

Bandingkan apa sebenar yang dijawab Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya yang diedarkan di Dewan Rakyat pada pagi Isnin seperti berikut;


“Dan mereka membelanjakan (peruntukan tersebut) seperti berikut, iaitu RM204.1 juta untuk elaun para petugas pilihanraya (di bayar kepada) seramai 240,000 petugas. Elaun lebih masa sebanyak RM5 juta, sewaan dan pelbagai kelengkapan yang digunakan, sebanyak 98.4 juta dan lain-lain kos adalah sebanyak RM92.3 juta" ... sepenuhnya boleh dibaca DI SINI dan DI SINI

Di mana Menteri menyebut perkataan atau ayat yang menyatakan atau ada persamaan dibayar yang bermaksud bonus? Atau Malaysia Insider samakan elaun itu adalah bonus?

Ingin belajar Bahasa Malaysiakah Malaysia Insider? Adakah laporan ini memang bertujuan menimbulkan lagi kebencian dan keraguan terhadap SPR, Menteri dan Kerajaan BN?

Memang benarlah, ramai yang telah pun menjauhkan diri dari Malaysia Insider kerana integriti dan etika kewartawanan mereka sentiasa ditahap yang diragui. 

Sebagai lidah rasmi parti pembangkang, strategi MI mudah dibaca... cari tajuk yang sensasi, melaporkan sebahagian saja kenyataan dan fokus kepada keburukan dan kelemahan kandungan kemudian terbitkan dahulu. Sekiranya didapati salah... mudah, buat kenyataan, IT WAS MISQOUTED! WE ARE SORRY!!!

Penting sekali, dihebahkan dahulu laporan menipu supaya rakyat resah dan marah!

Kepada Dato Seri Shahidan, jangan tunggu lama! Ambil tindakan undang-undang ke atas laporan menipu tersebut tanpa belas ehsan. Disebabkan mereka maka rakyat sentiasa dalam situasi tidak yakin dengan kerajaan dan jika dibiarkan bakal menggugat keselamatan negara.

Terima kasih kepada Dato Seri Shahidan yang pro-aktif dan cepat mengeluarkan kenyataan dan diharap MP-MP BN yang sedang bersidang juga turut sama memantau apa yang dilaporkan portal berita pembangkang terutama Malaysian Insider.

Wednesday, June 26, 2013

TONY PUA DAN AMBIGA ... MINYAK BABI LEBIH BAGUS!!!

Soalan Lim Lip Eng, MP Segambut;


Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjawab kepada soalan kandungan bahan-bahan kimia dalam dakwat kekal;

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. 

Namun jawapan ini telah menjadi bahan ketawa di Twitter oleh MP Segambut;

@limlipeng via Twittter : EC's 'indelible ink' is edible, bemaksud dakwat kekal SPR boleh dimakan...

Seperti biasa, rakan bersorak Twitter beliau pun tidak menunggu lama untuk memberi komen;



Tony Pua aka RBA lupa, dakwat yang dibuat bahan jenaka itulah yang beri kemenangan kepada beliau dan seperti biasa tidak seorang dari gang RBA yang mampu menjawab pertanyaan saya... 

Bos Bersih pun tidak mahu ketinggalan membuat komen;


Malangnya, orang seperti Ambiga yang tidak tahu bezakan antara undi elektoral dan undi popular di dalam sistem pemerintahan Malaysia cuba membuat lawak yang tidak berapa lawak. Lagi memalukan apabila seorang rakan twtiter @shook1974 juga mempersoalkan samada Ambiga juga telah keliru antara Bangla dan rakyat Malaysia.

Inilah perangai kepala-kepala RBA yang masih tidak menghormati dan menerima keputusan kekalahan mereka di PRU13. 

Apa masalahnya jika SPR mengguna bahan pewarna makanan jika ia lebih sesuai untuk dicalitkan di jari umat Islam? Apakah Tony Pua dan Ambiga lebih berpuas hati jika SPR sebaliknya mengguna minyak babi atau minyak binatang yang tidak diketahui halal atau haram sembelihannya?

Datuk Seri Shahidan Kassim juga menjelaskan bahawa kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu dan ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.



Jika pembangkang masih ingin persoal keberkesanan pewarna makanan menyebabkan dakwat kekal tidak kekal, mengapa Tony Pua dan Ambiga serta Lim Lip Eng tidak membuat laporan  polis untuk buktikan ia tidak kekal?

Harus kita ingat apabila SPR mencadangkan penggunaan kaedah biometrik yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beria-ia menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal yang hanya digunakan di negara-negara seperti Kemboja dan Afghanistan. Apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13, pembangkang juga yang beria-ia pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut. 

Kepada DAP dan kuncu-kuncunya, dengan mempertikai kekal atau tidak dakwat yang digunakan ketika PRU13, TIDAK AKAN DAPAT MERUBAH KEPUTUSAN PRU 13 DAN HANYA MENYEBABKAN SEGELINTIR KAMU SEKADAR MAMPU BERSORAK TETAPI BN TETAP MENANG... SO, LAIN KALI LAH!
 



Monday, June 24, 2013

HARI PERTAMA DI PARLIMEN ... ANWAR MENGAKU KALAH!

Setelah Black 505 gagal sasar target 300,000 pada 22 Jun lalu, mereka ubah sandiwara untuk berkhemah di Padang Merbok yang hanya bertahan hingga pagi Ahad.

Kini, sandiwara Black 505 membuat kecoh di pintu masuk Parlimen dengan tujuan protest upacara angkat sumpah.


Proses pertama hari ini ialah melantik Speaker Dewan Rakyat yang juga kecoh setelah pada mulanya wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru. 

Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13 dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi. 

Kesemua barisan Ahli Parlimen telah berjaya mengangkat sumpah yang didahului oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak.


Akhirnya, Anwar akur dan tunduk dengan keputusan PRU13.... 

SIAPA NI????

Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi
"Saya Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan."

Ini bukti, Anwar mengaku kalah dan segala sandiwara Black 505 telah berakhir!


Tuesday, June 11, 2013

HOI HOI YA HOI ... PENYAMUN UMNO GUMBIRA???

Liriknya begini...

hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata


Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera


hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata

..... dan Al kisah ceritanya adalah;

Ini surat saya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM
Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.

Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan. Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun. Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.
Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Dan di pejabat PM pula Dato’ Sri Farid Ridwan juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.

Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini.
Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.
ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak.
Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta. Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan. Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.
Soalan saya,
1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lesen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?
3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri. Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’.
Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Sekian, terima kasih
HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH
***************
mantra:

1. Benar atau tidak surat ini, pihak SPRM mesti jalankan siasatan.

2. Di antara blogger yang prihatin berkenaan surat di atas adalah DI SINI dan DI SINI

3. Sebelum Rafizi dan gang Red Bean Armynya memburukkan lagi keadaan, biarlah kami bersuara untuk mendapat kesahihan surat ini.

4. Walaupun ini melibatkan soal parti BN, janganlah dijadikan alasan ini soal dalaman parti kerana perkara seperti inilah yang menyebabkan moral UMNO/BN rosak di mata rakyat yang bakal mengakibatkan UMNO/BN menerima padah yang lebih teruk di PRU 14 nanti.

5. Jika yang terlibat adalah rakan, saudara atau pun sahabat handai.... SALAH TETAP SALAH tetapi untuk berlaku adil, seseorang itu tidak akan didapati bersalah sehingga beliau terbukti didapati bersalah.

6. Di harap pada PAU akan datang, isu ini dapat diutarakan demi survival maruah UMNO/BN

Thursday, June 06, 2013

METOS SAKMONGKOL DIJAWAB!

Selepas PRU13 pada 5 Mei lalu, memang banyak maklumat-maklumat yang tidak betul dan terpesong dikeluarkan oleh mereka-mereka yang mengelar dirinya 'penganalisa'. Ini tidak terkecuali dari Ahli Parlimen Melayu DAP yang baru dari Raub, Mohd Ariff Sabri @blogger Sakmongkol yang memutarbelit dalam tulisannya Metos Kejayaan UMNO

Di dalam tulisan beliau penuh dengan logik yang tidak masuk akal dan pembohongan yang terang-terangan. Malahan setiapa angka yang diwujudkan adalah rekaan semata-mata.

Beginikah rupanya penganalisa mencipta angka mereka sendiri?
Kita akan semak sebahagian daripada pembohongan beliau seperti yang telah didedahkan oleh blogger Oik65's

Antaranya;

Sakmongkol:
Dalam tahun 2008, umno telah mendapat 2 juta undi orang melayu. Ketika itu jumlah pengundi melayu ialah 5.7 juta. Lebih ramai orang melayu sejak 2008 sudah pun menolak umno. Erti nya, ketika itu umno hanya memperolehi 35% dari undi orang melayu.

Oik65's:
Samada Sakmongkol menipu atau memang bodoh. Adakah 5.7 juta Melayu tinggal di kesemua kerusi di mana UMNO bertanding? 

UMNO peroleh 0 undi, contohnya di Pandan, kerana Pandan adalah calon MCA. Adakah ini bermakna di parlimen itu tidak ada penyokong UMNO di sana? Untuk pembandingan yang lebih tepat, jumlahnya tidak termasuk kerusi yang UMNO tidak tanding.


Sakmongkol:
Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.

Oik65's:
Sekali lagi, hanya lebih kurang 6 juta Melayu mengundi. UMNO hanya bertanding di 120 kerusi daripada 222 kerusi sahaja. Oleh itu, mustahil untuk kebanyakan undi Melayu untuk UMNO walaupun berkemungkinan mereka akan mengundi UMNO. MCA hanya mendapat
899,420, MIC  291,814 dan Gerakan 153,081.... seterusnya di SINI


Seterusnya bandingkan pula dengan perincian analisa dan maklumat yang menunjukkan peratus undi Melayu di Semenanjung Malaysia yang berpihak kepada BN ialah sebanyak 63.3%, undi Cina 10.8% dan undi India ialah 43.2%. Butiran untuk negeri-negeri dan wilayah adalah seperti berikut;

Pengundian Mengikut Kaum

Sokongan padu kaum Melayu  kepada BN di aras 63.3% dengan Johor mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan  undi berbanding PRU 12 dan  fenomena ini mampu  menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN  di semenanjung pada kadar 61%.

Undi dari kaum Cina,  malangnya untuk BN telah jatuh di luar jangkaan sama sekali, ke paras 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Kaum Cina begitu yakin yang  mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang  diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan  menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini  hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

Penyokong PAS pula hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%. Sebenarnya penentangan  ekstrim dari kaum India masih  wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain  sokongan mereka  meningkat hingga ke paras 59.1% di Johore dan  68.5%  di  Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama  Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.
  Kekurangan kerusi Parlimen BN  sebenar disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina. Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi.

Komposi Ahli Parlimen  mengikut Parti dan Kaum



Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai  122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera  dari Barisan Nasional dan  hanya 41 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh  bukan Bumiputera 48 kerusi termasuk 39 kerusi dari kaum Cina.

Angka diatas menunjukkan ada seramai 163 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. 

Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.

Kredibiliti blogger Sakmongkol juga dipertikai di blog Hidup Tuah dan antara penerangannya ialah;

Jum 3.2 juta undi yang Umno dapat itu (jika benar) adalah merujuk kpd 120 parlimen yang Umno bertanding (atau merujuk di 88 parlimen yang Umno menang?) Sedangkn ahli Umno berselerak di 191 parlimen. Undi dari ahli Umno ini dia tak kira sbb Umno tidak bertanding di 71 parlimen lain (191 -120 = 71).

Angka tidak akan menipu kita tetapi Sakmongkol cuba menipu kita dengan memutarbelit dengan angka yang direkaciptanya sendiri.


Tuesday, June 04, 2013

KEPADA ANWAR, KIT SIANG DAN GUAN ENG ..... HA HA HA HA HA HA

Kedutaan Bangladesh hari ini menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan (IC) melalui proses secara sah.

Dalam sidang media hari ini, Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40 ribu pengundi warga tersebut adalah tidak munasabah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman

“Saya mahu jelaskan di sini ia adalah tidak munasabah laporan mengatakan 40,000 warga Bangladesh datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

“Saya juga mahu tegaskan tidak menerima maklumat tentang warga Bangladesh mengundi secara salah atau jahat,” kata Atiqur semasa sidang media di Kedutaan Bangladesh hari ini.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Saya pasti ianya hanya satu kepalsuan dan jelas satu fakta yang mengelirukan,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Atiqur tidak menolak ada sebilangan kecil warga negara tersebut yang diberikan secara sah setelah melalui proses yang ditetapkan dalam undang- undang Malaysia.

“Jika terdapat rakyat Bangladesh yang memiliki kriteria diberikan IC, mereka bukan lagi warganegara Bangladesh sekarang ... mereka adalah warganegara Malaysia sekarang.

“Ada yang dapat, tapi dalam kes kami tidak besar... mungkin dalam seratus, sekitar jumlah itu mungkin,” terang Atiqur lagi.

Atiqur juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan rakyat negara tersebut yang berada di Malaysia ekoran tuduhan tidak berasas tersebut.

“Usaha manipulasi politik tersebut mengaitkan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu mungkin menyebabkan rakyat kami yang tidak bersalah terancam.

“Propaganda xenophobic tersebut juga menyebabkan kumpulan sasaran khususnya warga Bangladesh yang bekerja berisiko terdedah kepada penderaan fizikal dan mental,” tambahnya lagi.

Isu pengundi hantu timbul selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya mendakwa terdapat 40 ribu pengundi diragui, termasuk rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Inikah antara 40,000 yang dimaksudkan?
Ambiga dan Banglanya.... Konspirasi Terancang PR?

Selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, antara punca utama yang diberikan ialah mengenai kewujudan pengundi asing sebagai salah satu sebab utama.

Selain itu, di laman sosial dan media pro-PR juga menyiarkan dan mendedahkan bukti bergambar dan rakaman video bagi menunjukkan kewujudan pengundi hantu semasa pilihan raya lalu.

“Tidak, tidak terima aduan ataupun laporan daripada pembangkang tentang warga Bangladesh yang mengundi,” kata Atiqur selepas ditanya sama ada pembangkang ada menghubungi mereka untuk membuat pengesahan tentang isu tersebut.

Pejabat Perdana Menteri telah menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan PR tentang rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi.

 Syarikat penerbangan nasional MAS juga telah menafikan dakwaan ia akan menggerakkan penerbangan sewa khas untuk mengangkut pengundi hantu - MD

Sunday, June 02, 2013

BILA ANWAR DIPIMPIN DAP DAN HUTANG PIUTANGNYA....

Hamid Awaludin adalah Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia dari 2004 hingga 2007 ketika Jusuf Kalla ada Timbalan Presiden Indonesia dan Duta Indonesia ke Rusia dan Belarus pada 2008 hingga 2011.


Anwar Ibrahim  memaklumkan bahawa Jusuf Kalla yang telah menemui beliau manakala Jusuf Kalla pula berkata Anwar yang mula menemui beliau. Mana yang benar?

Saya hadir ketika perbincangan di antara Jusuf Kalla dan Anwar serta Najib. Jusuff Kalla telah menerima cadangan Anwar agar beliau adalah pengantaranya. Bukan beliau yang mengambil inistiaf bertemu Anwar. Jusuff Kalla tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam politik atau ekonomi Malaysia. Beliau terlalu sibuk dengan hal ehwal di Indonesia. Maka, apa perlunya beliau ambil inisiatif dan bertemu Anwar? Tidak logik langsung.

Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai rakan baik. Beliau ingin membantu kerana pertandingan di antara mereka terlalu sengit. Ini pandangan beliau.

2. Anwar mendakwa ada beberapa ‘pra syarat’ di dalam perjanjian tersebut seperti pilihanraya bebas, keadilan media dsb. Bolehkah tuan nyatakan pra syarat tersebut?

Hamid Awaludin:
Saya sangat pasti tidak ada pra syarat yang dibincangkan di antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, janji tetap janji. Dan ada perjanjian yang kedua-dua pihak iaitu Anwar dan Najib telah bersetuju.

Ada orang akan sentiasa cuba dan mencari kelemahan selepas pertemuan itu, atau alasan untuk tidak menunaikan janji. Mereka ni berlainan sikap kepada yang lain.

3. Sekarang Anwar mendakwa Najib tidak tandatangan perjanjian itu dan ia tidak sah. Jusuf Kallah menyatakan PM telah beri kata persetujuan secara lisan dan dipersetujui kedua belah pihak, dan ia adalah sah. Adakah Anwar atau Jusuf Kalla yang benar?

Hamid Awaludin:
Anwar tahu Najib tidak tandatangan perjanjian itu. Najib mempunyai alasan politik yang munasabah untuk tidak tandatangan perjanjian tersebut dan Anwar memahaminya dan menerimanya.

Tetapi Najib berjanji untuk menunaikan perjanjian tersebut. Beliau bersetuju dengan perjanjian tersebut. Moralnya, mengajar kita bahawa kata-kata seseorang itu lebih penting dari sebuah tandatangan. Perlaksanaan adalah lebih penting dari mana-mana deklarasi. Najib telah tunaikan janjinya. Beliau telah menyeru untuk perdamaian rakyat ketika mengumumkan keputusan pilihanraya. Najib telah laksanakan kata-katanya.


4. Pada hari pilihanraya lalu, adakah anda fikir perjanjian tersebut masih sah? Adakah apa-apa yang berlaku sebelum hari pilihanraya untuk membatalkan perjanjian tersebut?

Hamid Awaludin:
Saya sangat pasti tidak ada apa-apa pun yang merosakkan perjanjian tersebut sebelum hari pilihanraya dan pada hari pilihanraya. Perjanjian tersebut tetap sah. Keadaan berubah setelah Najib diumumkan menang. Walaupun setelah pada hari kemenangan Najib, secara peribadinya saya optimis yang janji tetap janji, dan kedua-dua belah pihak mesti mematuhi perjanjian tersebut. Tetapi Anwar telah ingkar. Mungkin beliau tidak mampu mengatasi penyokong-penyokongnya, terutama apabila DAP telah memenangi lebih kerusi daripada penyokong-penyokong parti Anwar. Anwar tahu beliau dalam keadaan yang terdesak. Tapi seorang pemimpin mesti memimpin bukan dipimpin.

5. Adakah anda dan Jusuf Kalla rasakan Anwar telah menginkari perjanjian tersebut? Jika benar, bagaimana?

Hamid Awaludin:
Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima reality politik. Mungkin dia ada perkara yang beliau tidak nyatakan kerana tidak ingin mengguris orang lain. Mungkin.

6. Adakah anda rasakan Anwar sebelum dan selepas ini ingin kepada pendamaian rakyat di Malaysia?

Hamid Awaludin:
Saya percaya Anwar ikhlas dan saya berharap beliau juga akan ikhlas.

7. Apa yang menyebabkan Anwar mengingkari perjanjian tersebut, tidak menerima kekalahan dan menganjurkan protes di seluruh Malaysia?

Hamid Awaludin:
Dari awal lagi, Anwar telah meyakinkan dirinya yang beliau akan memenangi pilihanraya ini. Beliau telah berjuang sekelian lama dan dia berfikir bahawa inilah penghujung perjuangannya. Dia fikir yang dia akan menang dan mampu mengalahkan Barisan Nasional. Beliau yakin dengan kekuatan undian pandangan yang sentiasa menyebelahi beliau. Dan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan Anwar telah menarik sebilangan besar untuk berhimpun. Tetapi akhirnya, pilihan rakyat adalah faktor mutlak dalam demokrasi.

Anwar percaya beliau akan menang pilihanraya ini dan takut Najib akan menolak dan tidak akan membuat peralihan kuasa. Maka, Anwar inginkan satu kepastian. Itulah sebabnya Anwar adakan cadangan perjanjian ini.

mantra:

1. Apa yang boleh didapati di sini bahawa Anwar hidup dalam ilusi dan bukan realiti.

2. Anwar hanya mampu menjual ilusinya kepada orang luar terutama kepada mereka yang tiada kepentingan politik dan ekonomi negara. 

3. Anwar berhutang kepada DAP dan pengundi-pengundi Cina.

4. DAP pula berhutang kepada pengundi-pengundi Cina.

5. Percaturan pemimpin-pemimpin politik bukan lagi satu rahsia kepada rakyat Malaysia...

6. Adalah menjadi satu kesilapan terbesar rakyat Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri apabila dengan jelas beliau sekarang ini dipimpin dan berketuakan parti DAP yang terbukti parti chauvinis kiasu Cina.

7. Anwar bukan seorang yang ikhlas memimpin masa depan rakyat Malaysia tetapi hanya sekadar nafsu dan hutang piutangnya kepada pihak ketiga!


Wednesday, May 22, 2013

SPR : DAKWAT KEKAL, BLACKOUT, BANGLA ...



KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

1. Sebagai maklumat  tambahan untuk mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seorang pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggunakan dakwat kekal dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13).  Walau bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi.

2. Berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR  yang mengadakan Mesyuarat SPR pada hari ini,  21 Mei 2013 telah memutuskan untuk menubuhkan satu Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13 untuk meneliti hal-hal yang berkaitan dengan dakwat kekal itu.  Di antaranya berkaitan aspek ramuan, syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal, kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian-ujian yang telah dibuat sebelum dihantar ke Malaysia dan selepas dakwat  itu sampai di Malaysia.  SPR berharap, dengan penubuhan pasukan khas ini, ia akan dapat membantu SPR mengenalpasti perkara-perkara yang menyebabkan  dakwat itu tidak kekal lama di jari setelah dicalit. Tempoh Pasukan Khas itu menyiapkan penyiasatannya dalam tempoh satu bulan.

3. SPR juga memandang serius perbuatan pihak-pihak tertentu yang telah menyebarkan rakaman video, tulisan dan gambar melalui laman sosial, media cetak dan portal berita berhubung dengan tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenai SPR.  Di antara tuduhan dan dakwaan itu adalah seperti yang berikut:
(a)   warganegara asing mengundi dalam PRU Ke-13;
(b)   kejadian lampu padam semasa pengiraan undi;
(c)  berlaku tiga tong undi hilang di pusat penjumlahan rasmi undi di Putrajaya;
(d)  peti undi diturunkan dari helikopter dengan tujuan memenangkan pihak yang tertentu;
(e) kenderaan SPR membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi dengan tujuan untuk memanipulasi keputusan pengundian;
(f)  petugas SPR meminta agen calon menandatangani Borang 14 sebelum tamat proses pengiraan undi;
(g)  terdapat pengundi hantu yang mengundi dalam PRU Ke-13; dan
(h)  pengundi dari Sabah dan Sarawak  diangkut dan dihantar untuk mengundi di beberapa negeri.

4. SPR mendapati semua tuduhan dan dakwaan itu adalah tidak berasas, tidak benar dan  boleh mengelirukan rakyat  serta mendatangkan ketidaktentuan dalam negara.  Satu laporan Polis telah dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria pada 16 April 2013  bagi menjaga nama baik  dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya. Salinan laporan Polis disertakan.

5. SPR akan meneruskan sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu PRU Ke-13 bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah termasuk melalui media massa.  SPR juga menasihatkan orang ramai supaya menapis maklumat-maklumat yang dibaca terutamanya dari media sosial. Jika perlu, orang ramai boleh menghubungi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu isu itu.

Sekian dan terima kasih.

…………….t.t………………
(TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
21 Mei 2013

mantra:

1.  Ong Kia Meng, DAP MP of Serdang had used Chua as an
 example of foreigners being given Malaysian identity cards

2. Nurul Izzah dan Tian Chua - dakwat tidak kekal ditunjuk pada pukul 7.55 pagi?


Dan Nurul Izzah ada cara untuk menghilangkan dakwat kekal, saksikan DI SINI

3. DAP rancang operasi 'blackout' PRU13 .... di SINI

4. Semua bukti untuk SPR ambil tindakan ada di SINI...

5. Google search saja penipuan demi penipuan Pakatan Rakyat!



Monday, May 13, 2013

PEMBANGKANG TAK BACA PERKARA 118???


Rakyat perlu tahu, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihanraya boleh memfailkan petisyen pilihanraya di Mahkamah Tinggi.

Pada 5 Mei yang lepas melalui Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) 85% rakyat telah buat keputusan melalui peti undi di bawah sistem pilihanraya yang berlandaskan kepada perlembagaan negara.

Semua undang-undang pilihanraya telah dibukukan dan dibaca oleh semua cerdik pandai di negara ini. Baik peguam mahupun pemimpin politik semua membaca buku yang sama.

Jika mana-mana pihak  tidak puashati dengan keputusan pilihanraya dan mahu mempertikaikannya, undang-undang juga menyebut, gunakanlah saluran undang-undang, iaitu mahkamah. (rujuk Artikel 118).

Lepas 21 hari keputusan diwartakan, kumpulkan bukti, bariskan segala peguam yang terbaik, berhujahlah di mahkamah daripada meraung memekik sana sini kata tak puashati dengan keputusan.

Apa akan jadi kepada proses demokrasi di negara kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar  rakyat, generasi muda kita melanggar undang-undang. Sepatutnya pemimpin bimbing mereka supaya mematuhi undang-undang…

Pilihanraya telah selesai dan rakyat telah membuat keputusan. 

Yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang!

Saturday, May 11, 2013

Undi Popular vs Undi Elektoral

i
Ada rakan bertanya: “Apa kah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?”

Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: Sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas.

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii
Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral?

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif (kuantiti). Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif (kualiti).

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat simplistik dan individualistik. Tiada sebarang pemberat disuntik sebagai penambah nilai. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat).

iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok minoriti yang lemah dan kecil.

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral melindungi kepentingan komuniti terpencil; e.g. mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi.

Tidak boleh hanya menumpukan pada satu 'comfort zone', mentang-mentang ia ada kekuatan kuantiti.

v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk target satu niche penduduk, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata tertentu demografi Malaysia.

Contoh tarikan populist?

Ok, ini yang mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma.

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya.

vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna.

Jangan anggap semua penduduk Malaysia ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga. Pergelutan hidup penduduk cirinya amat pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam. Agar suara hati mereka diangkat dengan pemberat yang sama.

Sekadar contoh. Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.

 

Rakyat Malaysia - Katakan CUKUP ! Pada Anwar ...


SUDAHLAH ..... 

Saya ingin cadangkan rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, sesiapa saja yang inginkan keamanan dan yang dah fed-up dengan politik jalanan tanpa henti ini, agar bersatu hati dan bersuara menentang apa yang cuba dibawa oleh Anwar ini. 

Bukan menentang secara direct kepada Anwar tapi melalui gerakan yang seiring tapi tak sehaluan, sebagai mesej kepada Anwar yang rakyat sudah jelak dengan politik jalanan.
 
Kami Mahu Keamanan ... Bukan Politik    atau omputehnya

We Want Peace .... Not Politics.
 
PS 10:45pm - Mohon sebar2kan kepada semua saudara dan sahabat - KATAKAN PADA ANWAR - CUKUP !

Kali ini biar RAKYAT yang BERSUARA - CUKUP ! 
 
Cadangan oleh Din Turtle