Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Monday, March 14, 2016

#RAFIZI MASIH BERHUTANG JAWAPAN SOALAN MP BN KOTA TINGGI


Kelaziman perangai ahli-ahli Parlimen dari PKR dan DAP akan mengambil kesempatan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan ketika berbahas. Mereka anggap itu adalah arena ceramah politik mereka, namun apabila ada celahan pertanyaan dan memohon penjelasan dari pihak ahli parlimen Barisan Nasional, seperti biasa samada rakan mereka akan cuba timbulkan kekecohan atau tidak menjawab langsung kerana tiada kemampuan menjawab.

Seperkara ahli-ahli parlimen pembangkang terlupa yang setiap patah perkataan yang diucapkan di parlimen akan rekodkan di dalam hansard. Di sini rakyat akan mampu menilai betapa mereka ini sebenarnya lebih banyak menipu dari memberi kenyataan yang benar.

Di dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 10 Mac lalu, kenyataan Rafizi telah menarik MP Kota Tinggi Datuk Ehsanuddin kerana membawa isu Tabung Haji (TH). Untuk memahami sepenuhnya boleh baca... DI SINI

Rafizi pada awalnya cuba mengelirukan dewan yang kononnya Tabung Haji mampu meningkatkan keuntungan setiap tahun bukan kerana pelaburan perniagaan yang dijalankan tetapi peningkatan simpanan dari penabung. Sekaligus Rafizi ingin menunjukkan kelemahan pengurusan perniagaan Tabung Haji di mana seolah-olah setiap pelaburan perniagaan organisasi ini mengalami kerugian yang sangat besar.

Sedangkan Tabung Haji telah pun mengumumkan kadar dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2015 kepada pendeposit mereka dan kesemuanya berjumlah RM3.23 bilion. 

Ketika sidang perbahasan, parlimen dikunjungi dan ditonton mahasiswa USM, jika Datuk Ehsan tidak menegur dan menuntut penjelasan tuduhan-tuduhan Rafizi, kesannya pasti akan mampu memberi persepsi negatif terhadap Tabung Haji.

Persepsi yang ternyata berniat jahat ini telah diminta Datuk Ehsan untuk diperjelaskan kerana angka-angka yang telah diberikan Rafizi agak tidak tepat malahan tersasar. Kemudian Datuk Ehsan menyusuli dengan pertanyaan jika terdapat pertambahan tabungan setiap tahun dan dividennya pun meningkat, pastilah per kapitanya lebih besar, maka berapakah per kapitanya?

Kemudian Rafizi cuba timbulkan kelemahan pengurusan TH yang seolah-olah sentiasa mengalami kerugian pelaburannya dengan memberi fokus beberapa contoh kerugian sahaja. Namun apa yang sengaja disembunyikan adalah kejayaan-kejayaan yang melebihi daripada kerugian pelaburan TH. Jika benar Rafizi merujuk kepada Laporan Tahunan TH ketika membentangkan angka-angka kewangan, mengapa harus disembunyikan portfolio pelaburan TH yang mencatatkan keuntungan juga?

Logik yang diberi Datuk Ehsan, sekiranya setiap tahun  secara konsisten TH mampu mengeluarkan dividen yang agak tinggi kepada pendepositnya, ini bermakna TH telah pun menunjukkan petanda aras yang positif pada setiap tahun. Oleh itu di manakah kelemahan ketara pengurusan TH yang sengaja ditimbulkan Rafizi?

Cuba baca apa yang dilaporkan portal Free Malaysia Today dengan petikan dari Bloomberg;
“People in the rural heartlands (many of whom are contributors to TH) are the pockets of voters crucial in the next elections. If anything happens to Tabung Haji, a lot of people will feel insecure and angry”. Kenyataan ini membawa maksud; kebanyakan pendeposit Tabung Haji adalah dari pengundi di luar bandar dan sekiranya sesuatu berlaku kepada Tabung Haji, maka ia mampu memberi kesan kepada BN yang bergantung kepada mereka. Selanjutnya boleh dibaca ... DI SINI

Perlu kita ingat, Rafizi bukanlah seorang ahli perniagaan dan ahli koporat tetapi seorang ahli politik di pihak pembangkang yang masih gagal menawan Putrajaya walaupun di PRU13 yang lalu adalah apa yang dianggap sebagai "MOTHER OF ALL ELECTIONS". Menyedari kekuatan Barisan Nasional mampu menawan majoriti Parlimen terutama di kawasan luar bandar, maka menakut-nakutkan pendeposit Tabung Haji adalah satu strategi politik pembangkang.

Ini bukan pertama kali Rafizi cuba kelirukan dewan malahan dalam siri-siri ceramah politiknya pun, pelbagai isu yang dibawa hanya bertujuan politik dan pembohongan adalah keutamaan. Tidak siapa akan lupa dengan isu cincin RM24 juta yang pernah dikelirukannya sehingga sekian lama ramai yang hampir percaya.

Setiap pandangan yang datang dari Rafizi bukan sekadar untuk menuntut penjelasan malahan ia lebih bermotifkan politik semata-mata. Pada masa yang sama juga, Bloomberg telah senaraikan CEO Tabung Haji sebagai salah seorang calon Gabenor Bank Negara untuk mengganti Tan Sr Zeti yang akan mengakhiri kontraknya pada April akan datang.

Jelas sekali, apabila Rafizi menyambut isu Tabung Haji ini yang dibawa Bank Negara terutama datangnya dari Tan Sr Zeti, kita boleh jangkakan selain mempersoal kredibiliti organisasi ini, ia juga secara langsung memberi kesan kepada kredibiliti Tan Sri Ismee Ismail dan seandainya Tan Sri terpilih, maka dengan mudah pihak pembangkang akan menjadikannya sebagai isu politik mereka.

Inilah pembangkang, setiap yang kerajaan lakukan adalah bahan permainan politik semata-mata. Pihak Backbenchers Barisan Nasional sangat beruntung dengan adanya seorang ahli parlimen seperti Datuk Ehsan yang peka dan teliti dengan setiap angka-angka yang dibawa Rafizi. Mungkin Rafizi boleh berbohong dan menghasut di pentas ceramahnya tetapi di parlimen, Datuk Ehsan is watching you very closely!

Rafizi masih berhutang jawapan Datuk Ehsan...

Friday, November 14, 2014

MP KOTA TINGGI BUKAN AHLI PARLIMEN "MEDIOCRE"

Datuk Ehsan - Ahli Parlimen Kota Tinggi
Menilai prestasi seseorang pemimpin samada beliau seorang ahli korporat mahupun seorang ahli politik, kejayaan seseorang itu akan dinilai samada mereka seorang 'mediocre' atau 'superior' kerana ini bakal menentukan masadepan bukan sahaja karier mereka tetapi masadepan organisasi atau institusi yang dipimpin.

Kita akan berjumpa ramai jenis pemimpin, tetapi ramai pemimpin terutamanya ahli-ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai 'mediocre'. Apa itu 'mediocre'?



Ahli parlimen pro-kerajaan Barisan Nasional tidak sunyi melahirkan pelapisnya dan yang pasti, mereka bukan dari kategori 'mediocre'. Lihat dulu video ini... 




Celahan beliau berfakta dan berani menegur Anwar kerana cuba mengelirukan dewan.

Baru-baru ini, Datuk Ehsan telah mencabar 2 Ahli Parlimen dari DAP dan PKR...




Mantra telah membuat sedikit kajiselidik mengenai Datuk Ehsan dan ingin berkongsi maklumat profilnya;

Nama - Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid

Tempat Lahir - Kem Batu Tiga,Kluang

Jawatan Akhir - Pengarah Seranta ( FELDA )
Jabatan Perdana Menteri

Pendidikan:

1970-1974 : Sek Rendah Inggeris Jalan Mersing,Kluang
1974-1975 : Masjid Tanah English School
1976-1980 : Maktab Rendah Sains Mara Seremban
1981-1986 : Southern lllinois University, Carbondale USA
(Civil Engineering And Mechanics )

Maklumat Kegiatan Luar/Masyarakat:

1982 - Pengerusi Biro Pendidikan Kelab UMNO USA

1996 - Penyelaras Daerah,Rukun Tetangga Daerah Kluang

1998 - Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Kluang

1998 - Ajk Pemuda UMNO Bahagian Kluang

2000-2008 - Ketua UMNO Cawangan Bandar Kluang

2001 - Pengerusi Acara Malaysia Book Of Records,Permainan Kompang Paling Ramai Di Malaysia,Di Stadium Kluang.

2001-2012 - Pengerusi Bantuan KAS1H Felda

2003 - Naib Pengerusi Acara Malaysia Books Of Records,Himpunan Keluarga Terbesar Malaysia 2003 Di Padang Temu,Melaka

2004-2006 - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang

2005-2009 - Naib YDP PESAKA Negeri Johor

2006 - Ajk UMNO Bahagian Kluang

2008-Kini - Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pengajian Al-Quran Daerah Kluang

2010-Kini - Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Tasik,P18K,Presint 18,Putrajaya

2012 - Pengerusi Bersama Karnival Iktiraf ( Ikatan Hati Warga FELDA ) 20011/2012

2013 - Pengerusi Sektretariat 1 Malaysia A Round the World

2013 - Pengerusi Jawatankuasa KAS1H Felda

Dan terkini, beliau adalah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) semenjak 30 Ogos 2013. Pelantikan Datuk Ehsan dibuat berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam pembangunan dan pemerkasaan belia melalui pelbagai platform khususnya ketika bertugas sebagai Pengarah Seranta (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri. Ketika menyandang jawatan tersebut, beliau giat melaksanakan aktiviti pembangunan belia khususnya generasi kedua FELDA melalui jawatan dalam beberapa program seperti berikut:

Pengerusi Bersama Anugerah Belia FELDA Malaysia Tahun 2008; Pengerusi Bersama Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) Tahun 2009 dan Tahun2010;

Pengerusi Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan;

Pengerusi Bersama Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) 2011;

dan Pengerusi Sekretariat 1Malaysia Around The World.

Baru-baru ini, Felda diminta mewujudkan skim perumahan berkualiti dan mampu dimiliki untuk penduduk Felda generasi kedua dan ketiga di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara. Cadangan itu merupakan antara 12 resolusi yang diluluskan dalam Konvensyen Gaprof yang merupakan sebuah forum pemikir yang menghimpunkan anak-anak Felda daripada golongan profesional.

Mantra juga terbaca artikel yang ditulis di AgendaDaily yang memetik kata-kata Datuk Ehsan mengenai keupayaan warga Felda memiliki rumah mampu milik;

Ehsan mengakui FELDA amat dekat dihatinya dan beliau akan memastikan tranformasi FELDA berterusan.

“Waktu dulu peneroka tak ada tanah. Selepas itu mereka dapat miliki tanah, kemudian rumah dan terkini ada saham. Ramai yang sudah jadi usahawan dan saya yakin menjelang Malaysia menjadi negara maju, ramai golongan berpendapatan tinggi melebihi AS$15 ribu akan datang dari kalangan orang FELDA."

Dengan penjelasan ini, maka tidak timbul ketidakupayaan generasi kedua dan ketiga Felda untuk memiliki rumah dan jelas sekali transformasi yang sedang berlanjutan bakal melihat Felda sedang mengorak langkah ke hadapan dengan lebih deras dari dijangkakan.

Sebagai seorang yang berpengalaman di dalam perniagaan pemaju perumahan, adalah tepat sekali apabila Datuk Ehsan dilantik sebagai Pengerusi Perumahan Felda dan berjuang memastikan setiap generasi kedua dan ketiga Felda akan dapat memiliki rumah yang lebih selesa dan berkemampuan.

Oleh itu, selain daripada dilantik rakyat Kota Tinggi sebagai Ahli Parlimennya, Datuk Ehsan telah melaksanakan tugas dengan berani dan bijak menepis segala tohmahan parti pembangkang. Kini, tugas sebagai seorang pemimpin Felda yang lebih mencabar sedang menanti. Bukan saja warga Felda yang perlu berbangga namun seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga kerana Datuk Ehsan bukanlah pemimpin rakyat di dalam kategori 'mediocre'.

Tuesday, July 02, 2013

BONUS RM200 JUTA ...MALAYSIA INSIDER TIPU RAKYAT

Apa niat Malaysia Insider?

Lihat saja pada tajuk, rasa-rasanya apa perasaan kita sebagai rakyat? Bonus untuk petugas SPR? Amboi mewahnya kerajaan berbelanja untuk satu pilihanraya!

Membaca tajuk saja memang mampu menimbulkan lagi kemarahan rakyat terhadap SPR dan itu kenyataan seorang Menteri pula? Tetapi benarkah apa yang dilaporkan Malaysian Insider?

Bandingkan apa sebenar yang dijawab Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya yang diedarkan di Dewan Rakyat pada pagi Isnin seperti berikut;


“Dan mereka membelanjakan (peruntukan tersebut) seperti berikut, iaitu RM204.1 juta untuk elaun para petugas pilihanraya (di bayar kepada) seramai 240,000 petugas. Elaun lebih masa sebanyak RM5 juta, sewaan dan pelbagai kelengkapan yang digunakan, sebanyak 98.4 juta dan lain-lain kos adalah sebanyak RM92.3 juta" ... sepenuhnya boleh dibaca DI SINI dan DI SINI

Di mana Menteri menyebut perkataan atau ayat yang menyatakan atau ada persamaan dibayar yang bermaksud bonus? Atau Malaysia Insider samakan elaun itu adalah bonus?

Ingin belajar Bahasa Malaysiakah Malaysia Insider? Adakah laporan ini memang bertujuan menimbulkan lagi kebencian dan keraguan terhadap SPR, Menteri dan Kerajaan BN?

Memang benarlah, ramai yang telah pun menjauhkan diri dari Malaysia Insider kerana integriti dan etika kewartawanan mereka sentiasa ditahap yang diragui. 

Sebagai lidah rasmi parti pembangkang, strategi MI mudah dibaca... cari tajuk yang sensasi, melaporkan sebahagian saja kenyataan dan fokus kepada keburukan dan kelemahan kandungan kemudian terbitkan dahulu. Sekiranya didapati salah... mudah, buat kenyataan, IT WAS MISQOUTED! WE ARE SORRY!!!

Penting sekali, dihebahkan dahulu laporan menipu supaya rakyat resah dan marah!

Kepada Dato Seri Shahidan, jangan tunggu lama! Ambil tindakan undang-undang ke atas laporan menipu tersebut tanpa belas ehsan. Disebabkan mereka maka rakyat sentiasa dalam situasi tidak yakin dengan kerajaan dan jika dibiarkan bakal menggugat keselamatan negara.

Terima kasih kepada Dato Seri Shahidan yang pro-aktif dan cepat mengeluarkan kenyataan dan diharap MP-MP BN yang sedang bersidang juga turut sama memantau apa yang dilaporkan portal berita pembangkang terutama Malaysian Insider.

Wednesday, June 26, 2013

TONY PUA DAN AMBIGA ... MINYAK BABI LEBIH BAGUS!!!

Soalan Lim Lip Eng, MP Segambut;


Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjawab kepada soalan kandungan bahan-bahan kimia dalam dakwat kekal;

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan. 

Namun jawapan ini telah menjadi bahan ketawa di Twitter oleh MP Segambut;

@limlipeng via Twittter : EC's 'indelible ink' is edible, bemaksud dakwat kekal SPR boleh dimakan...

Seperti biasa, rakan bersorak Twitter beliau pun tidak menunggu lama untuk memberi komen;



Tony Pua aka RBA lupa, dakwat yang dibuat bahan jenaka itulah yang beri kemenangan kepada beliau dan seperti biasa tidak seorang dari gang RBA yang mampu menjawab pertanyaan saya... 

Bos Bersih pun tidak mahu ketinggalan membuat komen;


Malangnya, orang seperti Ambiga yang tidak tahu bezakan antara undi elektoral dan undi popular di dalam sistem pemerintahan Malaysia cuba membuat lawak yang tidak berapa lawak. Lagi memalukan apabila seorang rakan twtiter @shook1974 juga mempersoalkan samada Ambiga juga telah keliru antara Bangla dan rakyat Malaysia.

Inilah perangai kepala-kepala RBA yang masih tidak menghormati dan menerima keputusan kekalahan mereka di PRU13. 

Apa masalahnya jika SPR mengguna bahan pewarna makanan jika ia lebih sesuai untuk dicalitkan di jari umat Islam? Apakah Tony Pua dan Ambiga lebih berpuas hati jika SPR sebaliknya mengguna minyak babi atau minyak binatang yang tidak diketahui halal atau haram sembelihannya?

Datuk Seri Shahidan Kassim juga menjelaskan bahawa kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu dan ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.



Jika pembangkang masih ingin persoal keberkesanan pewarna makanan menyebabkan dakwat kekal tidak kekal, mengapa Tony Pua dan Ambiga serta Lim Lip Eng tidak membuat laporan  polis untuk buktikan ia tidak kekal?

Harus kita ingat apabila SPR mencadangkan penggunaan kaedah biometrik yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beria-ia menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal yang hanya digunakan di negara-negara seperti Kemboja dan Afghanistan. Apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13, pembangkang juga yang beria-ia pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut. 

Kepada DAP dan kuncu-kuncunya, dengan mempertikai kekal atau tidak dakwat yang digunakan ketika PRU13, TIDAK AKAN DAPAT MERUBAH KEPUTUSAN PRU 13 DAN HANYA MENYEBABKAN SEGELINTIR KAMU SEKADAR MAMPU BERSORAK TETAPI BN TETAP MENANG... SO, LAIN KALI LAH!
 



Tuesday, June 25, 2013

GELAGAT ANWAR ... ANDA KECEWA?


Mungkin ramai penyokong-penyokong Black 505 mengharapkan Anwar tidak akan melakukan upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada pagi ini....

Tetapi....

Betulkah ini Anwar?
 Dan laporan ini mengesahkannya....


Mungkin terpaksa...???
Tetapi lebih mengecewakan apabila...

Anwar terpaksa hulur tangan dahulu... Sinis senyuman TSMY

Gelagat Anwar tidak habis di situ, tetapi bersambung ....

DS Najib dan TS Muhyiddin... kita gelakkan saja!!!!

Betul kata Tun Daim... Hang ni memang 'Pandir'

40,000 bangla??? Piraaah

Maka, Speaker pun belajar supaya jangan stress sangat bila berhadapan dengan Anwar.... Terbukti dia seorang Pandir...



Sedikit untuk renungan...

Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Apakah Kit Siang, Karpal, Hadi Awang, Guan Eng dan pengundi-pengundi Cina serta mereka yang sanggup bersesak nafas untuk Anwar mampu tersenyum setelah membaca TRANSKRIP PENUH DI SINI?


Monday, June 24, 2013

HARI PERTAMA DI PARLIMEN ... ANWAR MENGAKU KALAH!

Setelah Black 505 gagal sasar target 300,000 pada 22 Jun lalu, mereka ubah sandiwara untuk berkhemah di Padang Merbok yang hanya bertahan hingga pagi Ahad.

Kini, sandiwara Black 505 membuat kecoh di pintu masuk Parlimen dengan tujuan protest upacara angkat sumpah.


Proses pertama hari ini ialah melantik Speaker Dewan Rakyat yang juga kecoh setelah pada mulanya wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru. 

Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13 dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi. 

Kesemua barisan Ahli Parlimen telah berjaya mengangkat sumpah yang didahului oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak.


Akhirnya, Anwar akur dan tunduk dengan keputusan PRU13.... 

SIAPA NI????

Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi
"Saya Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan."

Ini bukti, Anwar mengaku kalah dan segala sandiwara Black 505 telah berakhir!