Showing posts with label MLKN. Show all posts
Showing posts with label MLKN. Show all posts

Friday, January 01, 2016

DATUK EHSAN - KESATUAN HATI UNTUK MALAYSIA MAKMUR DI 2016



Bertepatan dengan perutusan Tahun Baru 2016 YAB Perdana Menteri DS Najib Razak, yang telah menyeru kita semua untuk bekerjasama bagi memastikan negara kita lebih selamat, makmur dan lebih saksama, dan sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi dan merangkap Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negera, Datuk Ehsan juga memandang isu keselamatan bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

Maka dengan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)  yang telah diluluskan di Parlimen bagi memastikan organisasi itu wujud secara perundangan ia merupakan antara langkah transformasi kerajaan dalam mengkaji semula peranan MKN.

Oleh kerana ancaman keganasan merupakan ancaman yang nyata dan kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam menangani ancaman tersebut, maka kerajaan kini dalam proses mengukuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisien dan berkesan dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara.

Ketika menjawab pertanyaan Datuk Ehsan di Parlimen yang  meminta Perdana Menteri menjelaskan proses transformasi yang ingin diambil Kerajaan terhadap MKN agar ia lebih efektif dalam mendepani cabaran masa kini, DS Najib akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi MKN akan disemak semula bagi memastikan arahan yang dikeluarkan masih relevan dengan cabaran masa kini.
 
Pengukuhan mekanisme SOP ini juga akan dilaksanakan di peringkat negeri dan satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara.

Bagi mengikuti perkembangan aktiviti Datuk Noor Ehsan dan warga Kota Tinggi... seterusnya ikutilah FBnya dan aktiviti-aktiviti  di FB Mesra Kota Tinggi



Datuk Ehsan juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Felda, dan dikesempatan ini ingin mengucapkan...





Friday, November 14, 2014

MP KOTA TINGGI BUKAN AHLI PARLIMEN "MEDIOCRE"

Datuk Ehsan - Ahli Parlimen Kota Tinggi
Menilai prestasi seseorang pemimpin samada beliau seorang ahli korporat mahupun seorang ahli politik, kejayaan seseorang itu akan dinilai samada mereka seorang 'mediocre' atau 'superior' kerana ini bakal menentukan masadepan bukan sahaja karier mereka tetapi masadepan organisasi atau institusi yang dipimpin.

Kita akan berjumpa ramai jenis pemimpin, tetapi ramai pemimpin terutamanya ahli-ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai 'mediocre'. Apa itu 'mediocre'?



Ahli parlimen pro-kerajaan Barisan Nasional tidak sunyi melahirkan pelapisnya dan yang pasti, mereka bukan dari kategori 'mediocre'. Lihat dulu video ini... 




Celahan beliau berfakta dan berani menegur Anwar kerana cuba mengelirukan dewan.

Baru-baru ini, Datuk Ehsan telah mencabar 2 Ahli Parlimen dari DAP dan PKR...




Mantra telah membuat sedikit kajiselidik mengenai Datuk Ehsan dan ingin berkongsi maklumat profilnya;

Nama - Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid

Tempat Lahir - Kem Batu Tiga,Kluang

Jawatan Akhir - Pengarah Seranta ( FELDA )
Jabatan Perdana Menteri

Pendidikan:

1970-1974 : Sek Rendah Inggeris Jalan Mersing,Kluang
1974-1975 : Masjid Tanah English School
1976-1980 : Maktab Rendah Sains Mara Seremban
1981-1986 : Southern lllinois University, Carbondale USA
(Civil Engineering And Mechanics )

Maklumat Kegiatan Luar/Masyarakat:

1982 - Pengerusi Biro Pendidikan Kelab UMNO USA

1996 - Penyelaras Daerah,Rukun Tetangga Daerah Kluang

1998 - Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Kluang

1998 - Ajk Pemuda UMNO Bahagian Kluang

2000-2008 - Ketua UMNO Cawangan Bandar Kluang

2001 - Pengerusi Acara Malaysia Book Of Records,Permainan Kompang Paling Ramai Di Malaysia,Di Stadium Kluang.

2001-2012 - Pengerusi Bantuan KAS1H Felda

2003 - Naib Pengerusi Acara Malaysia Books Of Records,Himpunan Keluarga Terbesar Malaysia 2003 Di Padang Temu,Melaka

2004-2006 - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang

2005-2009 - Naib YDP PESAKA Negeri Johor

2006 - Ajk UMNO Bahagian Kluang

2008-Kini - Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pengajian Al-Quran Daerah Kluang

2010-Kini - Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Tasik,P18K,Presint 18,Putrajaya

2012 - Pengerusi Bersama Karnival Iktiraf ( Ikatan Hati Warga FELDA ) 20011/2012

2013 - Pengerusi Sektretariat 1 Malaysia A Round the World

2013 - Pengerusi Jawatankuasa KAS1H Felda

Dan terkini, beliau adalah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) semenjak 30 Ogos 2013. Pelantikan Datuk Ehsan dibuat berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam pembangunan dan pemerkasaan belia melalui pelbagai platform khususnya ketika bertugas sebagai Pengarah Seranta (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri. Ketika menyandang jawatan tersebut, beliau giat melaksanakan aktiviti pembangunan belia khususnya generasi kedua FELDA melalui jawatan dalam beberapa program seperti berikut:

Pengerusi Bersama Anugerah Belia FELDA Malaysia Tahun 2008; Pengerusi Bersama Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) Tahun 2009 dan Tahun2010;

Pengerusi Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan;

Pengerusi Bersama Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) 2011;

dan Pengerusi Sekretariat 1Malaysia Around The World.

Baru-baru ini, Felda diminta mewujudkan skim perumahan berkualiti dan mampu dimiliki untuk penduduk Felda generasi kedua dan ketiga di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara. Cadangan itu merupakan antara 12 resolusi yang diluluskan dalam Konvensyen Gaprof yang merupakan sebuah forum pemikir yang menghimpunkan anak-anak Felda daripada golongan profesional.

Mantra juga terbaca artikel yang ditulis di AgendaDaily yang memetik kata-kata Datuk Ehsan mengenai keupayaan warga Felda memiliki rumah mampu milik;

Ehsan mengakui FELDA amat dekat dihatinya dan beliau akan memastikan tranformasi FELDA berterusan.

“Waktu dulu peneroka tak ada tanah. Selepas itu mereka dapat miliki tanah, kemudian rumah dan terkini ada saham. Ramai yang sudah jadi usahawan dan saya yakin menjelang Malaysia menjadi negara maju, ramai golongan berpendapatan tinggi melebihi AS$15 ribu akan datang dari kalangan orang FELDA."

Dengan penjelasan ini, maka tidak timbul ketidakupayaan generasi kedua dan ketiga Felda untuk memiliki rumah dan jelas sekali transformasi yang sedang berlanjutan bakal melihat Felda sedang mengorak langkah ke hadapan dengan lebih deras dari dijangkakan.

Sebagai seorang yang berpengalaman di dalam perniagaan pemaju perumahan, adalah tepat sekali apabila Datuk Ehsan dilantik sebagai Pengerusi Perumahan Felda dan berjuang memastikan setiap generasi kedua dan ketiga Felda akan dapat memiliki rumah yang lebih selesa dan berkemampuan.

Oleh itu, selain daripada dilantik rakyat Kota Tinggi sebagai Ahli Parlimennya, Datuk Ehsan telah melaksanakan tugas dengan berani dan bijak menepis segala tohmahan parti pembangkang. Kini, tugas sebagai seorang pemimpin Felda yang lebih mencabar sedang menanti. Bukan saja warga Felda yang perlu berbangga namun seluruh rakyat Malaysia perlu berbangga kerana Datuk Ehsan bukanlah pemimpin rakyat di dalam kategori 'mediocre'.

Wednesday, October 29, 2014

604 PELATIH PLKN TIDAK BOLEH BERCAKAP BAHASA MELAYU TELAH DIATASI



Kajian mengenai 604 pelatih PLKN yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu telah ditimbulkan semula oleh Prof Dr Tewo Kok Seong, seorang pensyarah dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM adalah suatu perkara yang bukan sekadar membimbangkan tetapi telah menjadi tandatanya bagaimana mereka layak melepasi peperiksaan SPM dan seterusnya layak sebagai pelatih PLKN.

Rupanya kajian yang ditimbulkan semula ini adalah kajian pada tahun 2010. Dan kita juga tertanya-tanya apakah pelatih-pelatih yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu di dalam kategori tidak boleh menyebut langsung perkataan-perkataan Melayu, tidak langsung boleh mengucapkan Selamat Pagi dan seterusnya tidak langsung mampu mengucapkan perkataan semudah "terima kasih" atau "nama saya Lim Kit Siang"?

Walaubagaimanapun, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid telah menjelaskan bahawa jabatan telah pun mengatasi masalah ini.

Modul I-Smart yang telah pun diperkenalkan pada tahun 2011 bukan sekadar menumpukan kepada pelatih yang tidak boleh berbahasa Melayu namun modul khas ini telah pun membantu pelatih yang buta huruf sepanjang menjalani latihan di kem seluruh negara. Pelatih yang buta huruf akan dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira melalui kelas petang yang diadakan selama sejam selepas tamat latihan harian mereka.

Ada lima tahap yang digunakan dalam program ini bagi membolehkan tahap celik huruf mereka diukur dan dipertingkatkan bagi mempersiapkan mereka di alam pekerjaan
nanti.

Sebelum ini pengambilan pelatih PLKN dibuat secara rawak di mana ada yang tidak bersekolah, ada yang belajar sehingga Tingkatan Tiga sahaja. Namun, menurut Datuk Ehsan, kaedah pengambilan pelatih PLKN akan dikaji semula dan langkah ini adalah untuk membuka peluang kepada belia-belia yang berminat secara sukarela menyertai program ini.

Nampaknya program khidmat negara ini  telah berjaya mengesan pada peringkat awal remaja-remaja yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu mahupun buta huruf. Justeru, adalah lebih efektif sekiranya bakal-bakal pelatih ini melalui satu ujian mudah samada lisan atau menulis sebelum diterima menyertainya.

Di dalam usaha untuk penambahbaikan dari segi modul, penyertaan pelatih dan kemudahan infrasturtur mencapai sasarannya, PLKN akan dinilai secara berterusan dengan melantik beberapa pasukan. 

Sunday, September 14, 2014

TRANSFORMASI PROGRAM PLKN UNTUK PERSEDIAAN GEN-Y MENGHADAPI CABARAN MAKLUMAT TANPA SEMPADAN


Komunikasi dunia hari ini semakin pantas dan lebih terbuka. Segala-galanya adalah di hujung jari kita. Senario cara hidup hari ini terutama generasi Y banyak bergantung kepada komunikasi di hujung jari di mana hampir setiap remaja di era ini memiliki alat hubungan komunikasi samada sebuah telefon bimbit, telefon pintar, tab dan jugalaptop. Dengan penyediaan infrastruktur jalur lebar, segala maklumat mudah saja diperolehi mereka.

Inilah cabaran hebat yang sedang dihadapi kerajaan apabila segala maklumat dan komunikasi yang terdedah kepada Gen Y tanpa batasan, tanpa kesahihan kebenaran, tanpa sekatan dan juga tanpa tanggungjawab.

Bagaimana pula pihak kerajaan mampu membuat persediaan menghadapi senario komunikasi dan penyebaran maklumat yang lebih pantas dan terdedah ini terutamanya kepada generasi Y di dalam tempuh 10 tahun akan datang? Di dalam tempoh 5 hingga 10 akan datang, Gen Y ini akan menentukan masadepan dan hala tuju negara apabila mereka akan layak memilih kerajaan di dalam pilihanraya nanti.

Pengguna media sosial di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan penglibatan Gen-Y didapati tinggi peratusannya. Di sinilah sumber maklumat tidak dapat dipastikan kesahihannya. Di sini juga Gen-Y mudah dipengaruhi kerana ada di antara maklumat berikut sekadar membeli jiwa dan ada kalanya sangat memenuhi naluri orang muda, terutama sesuatu yang berunsur memberontak.

Oleh itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan kerajaan sejak 10 tahun lalu memainkan peranan sangat penting di mana pelatih-pelatih adalah terdiri daripada Gen-Y lepasan SPM terpilih untuk menyertainya.

Di sinilah bermulanya cabaran kerajaan. Gen-Y hari ini bukan lagi seperti 10 tahun yang lalu. Dengan kemajuan teknologi internet yang pesat dan cepat, mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis maklumat. Di sinilah cabaran sebenar kerajaan mempersiapkan langkah-langkah untuk mempersiapkan mereka menghadapi cabaran maklumat tanpa sempadan dan tanpa tapisan.

PLKN merupakan platform yang terbaik untuk Gen-Y memupuk jati diri, ketahanan jiwa yang cintakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Walaupun objektif utama PLKN 10 tahun lalu telah mampu memastikan pelatih-pelatih ini meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan kaum dan juga melahirkan generasi yang cergas dan penuh keyakinan diri, namun oleh kerana tuntutan cabaran hari ini, MLKN akan melakukan transformasi secara berperingkat untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
dengan mengambil kira keperluan lima ke sepuluh tahun akan datang.

Selaku Pengerusi MLKN, Datuk Ehsanuddin memastikan transformasi yang akan dilakukan dengan penambahbaikan termasuk modul, penyertaan pelatih dan kemudahan  infrastuktur yang selari dengan perubahan zaman dan maklumat terbuka ini.

Adalah sangat kritikal bagi kerajaan untuk menambahbaik modul PLKN di mana nilai bertanggungjawab dan menghormati undang-undang negara di samping mengamalkan kebebasan bersuara. Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara hendaklah ditekankan di dalam modul di mana sejarah tanahair hendaklah juga diberi perhatian. Apabila seseorang pelatih memahami sejarah tanahair, maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi gejala-gejala negatif yang cuba mempersoalkan hak Melayu, hak ugama Islam dan hak Raja-Raja Melayu.


Di dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional di masa akan datang, pemahaman asas perlu diberi kepada Gen-Y agar mereka bersiap sedia apabila perbahasan di media sosial dijadikan rujukan pula. Gen-Y perlu didedahkan dengan maklumat yang tepat dan tiba masanya Gen-Y dilibatkan sama dalam isu-isu semasa terutamanya yang boleh membawa terjejasnya perpaduan dan keamanan negara.

Bersesuaian dengan salah satu modul PLKN tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat, maka dilihat transformasi MLKN perlu diberi lonjakan baru bagi memastikannya kekal relevan sebagai satu instrumen utama dalam mempersiapkan Gen-Y negara menghadapi cabaran masa depan disamping membimbing pelatih kearah kehidupan yang lebih sempurna..

Oleh itu, saranan Pengerusi MLKN untuk meneliti semula bagi membolehkan semua pelajar lepasan SPM dapat mengikuti latihan itu mulai tahun depan adalah dialu-alukan.

Golongan Gen-Y yang dipilih menyertai PLKN diingatkan supaya tidak menganggapnya semata-mata untuk memenuhi kewajipan kerajaan atau ia sesuatu yang tidak penting dalam kehidupan mereka. Ia perlu dianggap sebagai hak istimewa dan ia perlu diterima dengan serius kerana program transformasi itu adalah perlu bagi menyuntik kekuatan dan hala tuju baharu untuk menghadapi perubahan semasa dan kemajuan teknologi.
 

Monday, August 25, 2014

#MALAYSIAKU BERDAULAT UTAMAKAN PERPADUAN KAUM ADALAH MODUL BARU PROGRAM KHIDMAT NEGARA


Fenomena perkauman kaum khususnya di kalangan belia hari ini telah mengakibatkan nilai-nilai perpaduan semakin tenggelam di bawah sentimen politik dan polarisasi kaum sehinggakan ada yang tidak mahu bergaul dengan belia lain yang berlainan ideologi mahupun dari kalangan kaum berbeza.

Oleh kerana itu, Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) sedang mengkaji semula kurikulum program dengan memberi penekanan kepada perpaduan kaum yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat. 


 

Di dalam setiap modul ini juga menumpukan kepada dua aspek lain iaitu kesukarelawan dan memupuk semangat cintakan negara.

Ia juga bertepatan dengan objektif latihan PLKN untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional di samping meningkatkan semangat patriotisme, membentuk perwatakan positif, menyemarakkan semangat kesukarelaan serta melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

Demi membina kekuatan jati diri di kalangan remaja, pihak MLKN juga sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan modul pembelajaran bagi melahirkan sukarelawan yang cekap dalam bantuan kecemasan berikutan insiden pesawat MH370. Pelatih-pelatih juga akan diberi kefahaman tentang bagaimana negara akan terdedah kepada kefahaman kemungkinan ancaman luar seperti pengganas.


Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid adalah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) semenjak 30 Ogos 2013. Perlantikan Datuk Ehsan adalah berdasarkan penglibatan aktifnya di dalam pembangunan dan pemerkasaan belia melalui pelbagai platform khususnya ketika bertugas sebagai Pengarah Seranta (FELDA) di Jabatan Perdana Menteri.

Jumlah keseluruhan pelatih di seluruh negara pada tahun ini telah mencecah seramai 90,000 setelah mereka tamat SPM. Dalam kumpulan 3 siri ke-11 program PLKN ini, seramai 14,000 pelatih telah memulakan latihan mereka di 81 kem latihan di seluruh negara.

Untuk memberi peluang kepada kesemua pelajar yang tamat SPM dapat mengikuti latihan ini, MLKN juga sedang mengkaji agar tempoh latihan dipendekkan.

Setelah PLKN dilaksanakan lebih 10 tahun, maka sewajarnya kajian ini dibuat sebagai sebahagian dari plan transformasinya.