Showing posts with label Datuk Ehsanuddin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ehsanuddin. Show all posts

Monday, March 14, 2016

#RAFIZI MASIH BERHUTANG JAWAPAN SOALAN MP BN KOTA TINGGI


Kelaziman perangai ahli-ahli Parlimen dari PKR dan DAP akan mengambil kesempatan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan ketika berbahas. Mereka anggap itu adalah arena ceramah politik mereka, namun apabila ada celahan pertanyaan dan memohon penjelasan dari pihak ahli parlimen Barisan Nasional, seperti biasa samada rakan mereka akan cuba timbulkan kekecohan atau tidak menjawab langsung kerana tiada kemampuan menjawab.

Seperkara ahli-ahli parlimen pembangkang terlupa yang setiap patah perkataan yang diucapkan di parlimen akan rekodkan di dalam hansard. Di sini rakyat akan mampu menilai betapa mereka ini sebenarnya lebih banyak menipu dari memberi kenyataan yang benar.

Di dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 10 Mac lalu, kenyataan Rafizi telah menarik MP Kota Tinggi Datuk Ehsanuddin kerana membawa isu Tabung Haji (TH). Untuk memahami sepenuhnya boleh baca... DI SINI

Rafizi pada awalnya cuba mengelirukan dewan yang kononnya Tabung Haji mampu meningkatkan keuntungan setiap tahun bukan kerana pelaburan perniagaan yang dijalankan tetapi peningkatan simpanan dari penabung. Sekaligus Rafizi ingin menunjukkan kelemahan pengurusan perniagaan Tabung Haji di mana seolah-olah setiap pelaburan perniagaan organisasi ini mengalami kerugian yang sangat besar.

Sedangkan Tabung Haji telah pun mengumumkan kadar dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2015 kepada pendeposit mereka dan kesemuanya berjumlah RM3.23 bilion. 

Ketika sidang perbahasan, parlimen dikunjungi dan ditonton mahasiswa USM, jika Datuk Ehsan tidak menegur dan menuntut penjelasan tuduhan-tuduhan Rafizi, kesannya pasti akan mampu memberi persepsi negatif terhadap Tabung Haji.

Persepsi yang ternyata berniat jahat ini telah diminta Datuk Ehsan untuk diperjelaskan kerana angka-angka yang telah diberikan Rafizi agak tidak tepat malahan tersasar. Kemudian Datuk Ehsan menyusuli dengan pertanyaan jika terdapat pertambahan tabungan setiap tahun dan dividennya pun meningkat, pastilah per kapitanya lebih besar, maka berapakah per kapitanya?

Kemudian Rafizi cuba timbulkan kelemahan pengurusan TH yang seolah-olah sentiasa mengalami kerugian pelaburannya dengan memberi fokus beberapa contoh kerugian sahaja. Namun apa yang sengaja disembunyikan adalah kejayaan-kejayaan yang melebihi daripada kerugian pelaburan TH. Jika benar Rafizi merujuk kepada Laporan Tahunan TH ketika membentangkan angka-angka kewangan, mengapa harus disembunyikan portfolio pelaburan TH yang mencatatkan keuntungan juga?

Logik yang diberi Datuk Ehsan, sekiranya setiap tahun  secara konsisten TH mampu mengeluarkan dividen yang agak tinggi kepada pendepositnya, ini bermakna TH telah pun menunjukkan petanda aras yang positif pada setiap tahun. Oleh itu di manakah kelemahan ketara pengurusan TH yang sengaja ditimbulkan Rafizi?

Cuba baca apa yang dilaporkan portal Free Malaysia Today dengan petikan dari Bloomberg;
“People in the rural heartlands (many of whom are contributors to TH) are the pockets of voters crucial in the next elections. If anything happens to Tabung Haji, a lot of people will feel insecure and angry”. Kenyataan ini membawa maksud; kebanyakan pendeposit Tabung Haji adalah dari pengundi di luar bandar dan sekiranya sesuatu berlaku kepada Tabung Haji, maka ia mampu memberi kesan kepada BN yang bergantung kepada mereka. Selanjutnya boleh dibaca ... DI SINI

Perlu kita ingat, Rafizi bukanlah seorang ahli perniagaan dan ahli koporat tetapi seorang ahli politik di pihak pembangkang yang masih gagal menawan Putrajaya walaupun di PRU13 yang lalu adalah apa yang dianggap sebagai "MOTHER OF ALL ELECTIONS". Menyedari kekuatan Barisan Nasional mampu menawan majoriti Parlimen terutama di kawasan luar bandar, maka menakut-nakutkan pendeposit Tabung Haji adalah satu strategi politik pembangkang.

Ini bukan pertama kali Rafizi cuba kelirukan dewan malahan dalam siri-siri ceramah politiknya pun, pelbagai isu yang dibawa hanya bertujuan politik dan pembohongan adalah keutamaan. Tidak siapa akan lupa dengan isu cincin RM24 juta yang pernah dikelirukannya sehingga sekian lama ramai yang hampir percaya.

Setiap pandangan yang datang dari Rafizi bukan sekadar untuk menuntut penjelasan malahan ia lebih bermotifkan politik semata-mata. Pada masa yang sama juga, Bloomberg telah senaraikan CEO Tabung Haji sebagai salah seorang calon Gabenor Bank Negara untuk mengganti Tan Sr Zeti yang akan mengakhiri kontraknya pada April akan datang.

Jelas sekali, apabila Rafizi menyambut isu Tabung Haji ini yang dibawa Bank Negara terutama datangnya dari Tan Sr Zeti, kita boleh jangkakan selain mempersoal kredibiliti organisasi ini, ia juga secara langsung memberi kesan kepada kredibiliti Tan Sri Ismee Ismail dan seandainya Tan Sri terpilih, maka dengan mudah pihak pembangkang akan menjadikannya sebagai isu politik mereka.

Inilah pembangkang, setiap yang kerajaan lakukan adalah bahan permainan politik semata-mata. Pihak Backbenchers Barisan Nasional sangat beruntung dengan adanya seorang ahli parlimen seperti Datuk Ehsan yang peka dan teliti dengan setiap angka-angka yang dibawa Rafizi. Mungkin Rafizi boleh berbohong dan menghasut di pentas ceramahnya tetapi di parlimen, Datuk Ehsan is watching you very closely!

Rafizi masih berhutang jawapan Datuk Ehsan...

Monday, February 15, 2016

DATUK EHSAN : KEDATANGAN PERTAMA PELATIH PLKN 2.0 DINANTIKAN


2016 adalah tahun pertama dibuat pengambilan pelatih PLKN menyertai Program Transformasi PLKN 2.0 dan akan bermula pada 26 Mac akan datang. Kali ini hanya satu saja pengambilan akan dibuat dan seramai 20,000 pelatih akan ditempatkan di 81 kem di seluruh negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu.

Sebelum ini dilaporkan PLKN telah menerima lebih kurang 63,000 permohonan sejak dibuka November 2015 lalu. Peningkatan permohonan ini juga adalah dari kerjasama dari pihak sekolah-sekolah yang menggalakkan pelajar menyertai program PLKN yang baru ini.

Selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1 Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park Sibu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun juga telah menerangkan semula perubahan dan penambahbaikan dalam Program Transformasi PLKN 2.0. Datuk Ehsan di mana pelatih akan melalui 2 fasa iaitu 8 minggu di dalam kem untuk fasa pertama manakala di fasa kedua mereka diberi peluang menyertai kursus kemahiran di luar kem di antara tiga sehingga 24 bulan di mana-mana institusi kemahiran.

Di antara agensi yang menawarkan latihan kemahiran termasuklah Institut Latihan Perindustrian, Institusi Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.


Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah Ketua Setiausaha Jabatan Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Chew Chaw Min serta wakil-wakil jabatan dari pelbagai agensi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Sekaligus, program PLKN 2.0 ini akan mampu membentuk generasi muda yang bukan sahaja dilengkapi dengan jati diri malahan bersedia untuk bersaing di dunia pekerjaan dengan persediaan kemahiran setelah mereka menamatkan program ini.

Pelatih PLKN 2.0 adalah di kalangan pelajar yang terpilih berdasarkan prestasi mereka yang dinilai oleh pihak sekolah. Pelajar yang berpotensi dalam bidang kemahiran tetapi tidak cemerlang di dalam akademik diberi keutamaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan disia-siakan mereka.

Saturday, January 16, 2016

DATUK EHSANUDDIN BERSAMA BN BACKBENCHERS BERSEDIA DEBAT ISU TPPA


Barisan Backbenchers Barisan Nasional bersedia berhadapan ahli-ahli parlimen pembangkang untuk berdebat pada sidang khas 2 hari yang dijangkakan pada Januari 26 dan 27 akan datang nanti. Salah seorang ahli Parlimen BN yang terkenal dengan hujah berfaktanya seperti Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin pasti telah bersedia.

Persediaan Datuk Ehsan bukan sekadar mendengar bantahan dan segala yang negatif mengenai perjanjian TPP, malahan persediaan Datuk Ehsan lebih mantap setelah berdepan dengan menteri yang bertanggungjawab di dalam rundingan ini di dalam satu taklimat khas untuk ahli-ahli parlimen yang telah diadakan pada 12 Januari lalu.

Untuk pengetahuan sidang taklimat khas ahli-ahli Parlimen bersama Menteri MITI, Dato Mustapa Mohamed ini sebenarnya adalah di atas permintaan pihak pembangkang sendiri yang inginkan segala butir perjanjian TPP ini dibuat secara telus dan terbuka. Sebagai parti pemerintah dan kerajaan yang menghormati dan melaksanakan demokrasi, pandangan dari pihak minoriti juga diberi peluang dan didengari.

Bagi Datuk Ehsan, kesediaan kerajaan menganjur sesi khas penerangan ini dibuat agar semua ahli-ahli parlimen lebih memahami perincian dan maksud sebenar kerajaan menyertai TPP bersama-sama negara lain seperti Amerika, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Yang lebih mustahak bagi Datuk Ehsan adalah agar rakyat jelas memahami perjanjian ini dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang.

Isu yang hangat dibawa pihak yang membantah perjanjian perdagangan TPP ini adalah mengenai penguasaan Amerika dan seterusnya konon Malaysia akan dijajah semula sehingga kuasa Yang DiPertuan Agong juga akan hilang. Secara rasionalnya, adalah tidak munasabah jika Amerika mampu menakluk kesemua 11 negara ahli TPP yang telah pun merdeka dan mempunyai kedaulatan mereka sendiri. Apakah Brunei juga akan kehilangan kedaulatannya kepada Amerika?

Apabila perjanjian TPP ini dipersetujui di parlimen nanti, Datuk Ehsan menyeru agar ia adalah berdasarkan fakta dan bukan kerana fahaman politik masing-masing. Setiap persetujuan nanti mestilah mendahulukan kepentingan rakyat dan bukan untuk taktik jahat sesetengah pihak menjatuhkan Perdana Menteri seperti tuduhan yang dibuat Ahli Parlimen PKR Wong Chen mendakwa Perdana Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menolak atau bersetuju perjanjian TPP ini nanti.

Sesi khas penerangan untuk ahli-ahli parlimen samada dari pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang ini juga telah memberi peluang melontarkan sebarang pertanyaan dan Datuk Ehsan melihat betapa telusnya kerajaan Barisan Nasional dalam melaksanakan sesuatu dasar. Oleh itu, mengapa pula perjanjian perdagangan TPP ini perlu dibantah pula?

Walaupun ramai penganalisa politik dan pakar ekonomi percaya yang penyertaan Malaysia dalam perjanjian TPP lebih membawa faedah dari kesulitan, kita tunggu sesi 2-hari khas parlimen untuk mendengar dan menyaksikan perdebatan ini. Datuk Ehsan pasti yang backbenchers dari Barisan Nasional akan mampu menyangkal tuduhan-tuduhan liar pihak pembangkang walaupun mengetahui yang kemenangan undi akan berpihak kepada Barisan Nasional.

Perjanjian TPP ini dijangka akan dimeterai di New Zealand pada bulan Februari akan datang dan hanya akan dilaksana sepenuhnya hanya pada tahun 2018. Justeru, walaupun telah dipersetujui dan ditandatangani, perjanjian ini masih masih ada ruang untuk dibahaskan nanti.

Friday, January 01, 2016

DATUK EHSAN - KESATUAN HATI UNTUK MALAYSIA MAKMUR DI 2016



Bertepatan dengan perutusan Tahun Baru 2016 YAB Perdana Menteri DS Najib Razak, yang telah menyeru kita semua untuk bekerjasama bagi memastikan negara kita lebih selamat, makmur dan lebih saksama, dan sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi dan merangkap Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negera, Datuk Ehsan juga memandang isu keselamatan bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

Maka dengan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)  yang telah diluluskan di Parlimen bagi memastikan organisasi itu wujud secara perundangan ia merupakan antara langkah transformasi kerajaan dalam mengkaji semula peranan MKN.

Oleh kerana ancaman keganasan merupakan ancaman yang nyata dan kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam menangani ancaman tersebut, maka kerajaan kini dalam proses mengukuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisien dan berkesan dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara.

Ketika menjawab pertanyaan Datuk Ehsan di Parlimen yang  meminta Perdana Menteri menjelaskan proses transformasi yang ingin diambil Kerajaan terhadap MKN agar ia lebih efektif dalam mendepani cabaran masa kini, DS Najib akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi MKN akan disemak semula bagi memastikan arahan yang dikeluarkan masih relevan dengan cabaran masa kini.
 
Pengukuhan mekanisme SOP ini juga akan dilaksanakan di peringkat negeri dan satu dasar keselamatan negara juga bakal digubal untuk dijadikan panduan utama bagi agensi-agensi keselamatan dalam Negara.

Bagi mengikuti perkembangan aktiviti Datuk Noor Ehsan dan warga Kota Tinggi... seterusnya ikutilah FBnya dan aktiviti-aktiviti  di FB Mesra Kota Tinggi



Datuk Ehsan juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Felda, dan dikesempatan ini ingin mengucapkan...





Monday, October 12, 2015

TRANSFORMASI MODUL PLKN 2.0 ... MANTAP


Transformasi Modul PLKN 2.0 adalah sejajar dengan perkembangan semasa negara untuk memenuhi tuntutan tenaga berkemahiran. Oleh itu Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) memperkenalkan 8 modul baru untuk persiapan mulai tahun hadapan.

5 modul utama PLKN 2.0 merangkumi Cergas Tangkas (FIT4LIFE), Bicara Tekno (TECH & TALK), Pembangunan Diri (I-UPGRADE), MalaysiaKu dan Cakna Negara (BE SAFE, BE ALERT) dan 3 lagi sub-modul adalah Kerohanian (SPIRITUALITY), KerjayaKu (MYFUTURE) dan Khidmat Masyarakat (SERVICE LEARNING) yang bertepatan dengan 3 teras utama PLKN iaitu Kesukarelawanan, Perpaduan dan Cintakan Negara.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid dan PLKN 2.0 akan dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu Program Pembelajaran Bersepadu (ILP) dan Program Sijil Kemahiran Teknikal.

Di antara penambahbaikan lain adalah pengambilan pelatih terbuka kepada sukarelawan di mana diperuntukkan 30 peratus dan selebihnya adalah untuk pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat cadangan dan perakuan dari pihak sekolah. Tempoh perlaksanaan program ini juga akan dipendekkan dari 12 minggu ke 8 minggu dan sekali gus mampu mengurangkan kos program serta ia bertujuan untuk membuat penambahan pengambilan bagi setiap program dalam setahun.

PLKN 2.0 juga melibatkan 420 agensi awam kerajaan dan 10 kementerian di dalam program jangkamasa panjang dibuat sebagai Follow-up Program di mana bekas pelatih PLKN 2.0 akan diberi peluang menjalani latihan kemahiran dan amali untuk membina kerjaya mereka kelak. Pelatih yang gagal mendapat peluang melanjutkan pengajian di universiti juga akan berpeluang menyertai program kemahiran. Ini adalah memastikan pelatih-pelatih PLKN tidak menjadi golongan terpinggir yang tiada pekerjaan, tiada kemahiran dan tiada masa depan.

Yayasan Alumni PLKN turut dibentuk bagi mengemaskini data mengenai bekas-bekas pelatih sebelum ini.

Di antara aspek penting yang dipertingkatkan adalah faktor keselamatan samada dari segi perlaksanaan modul mahupun penempatan pelatih. Sehubungan itu, penyelenggaraan semula lebih 80 kem Khidmat Negara seluruh Malaysia telah pun mula dilaksanakan bagi persedian PLKN 2.0 pada Januari 2016 nanti.

Seramai hampir 400 peserta akan mengambil bahagian di mana 309 pelatih adalah dari kalangan sukarelawan, 32 pelatih dari Malaysian Automotive Institute dan selebihnya adalah individu yang membuat penangguhan latihan pada program yang lalu.

Thursday, October 08, 2015

PERSEPSI JAHAT LEBIH PENTING UNTUK SABITKAN MP UMNO

Ada pepatah mengatakan mata pena lebih tajam dari pedang, tetapi hari ini di zaman segalanya dihujung jari, nampaknya pepatah ini lebih sesuai ditulis... hujung jari lebih tajam dari pedang. Ia lebih sesuai jika diajukan kepada wartawan dan penulis di portal-portal berita untuk mewujudkan persepsi samada baik mahupun buruk, yang penting persepsi diutamakan.

Ini adalah contoh jari-jari tajam yang menulis berita yang belum disahihkan dan mewujudkan persepsi buruk terhadap seorang Ahli Parlimen UMNO, walaupun dalam waktu yang beberapa jam...



Pada pukul 2.31 ptg, Malaysiakini terbitkan satu artikel bertajuk, "MP Umno akan dipanggil bantu siasatan kes tanah", dengan ulasan bahawa seorang ahli parlimen Umno yang juga pengarah di sebuah anak syarikat Felda didakwa disiasat SPRM berkaitan pembelian tanah di Johor susulan dakwaan salah guna kuasa.

Mkini hanya tulis dari sumber SPRM dan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki enggan mengulas dakwaan itu ketika dihubungi.

Jika disemak melalui 'google search', terdapat beberapa portal dan blog yang telah pun berkongsi berita dalam masa beberapa jam sahaja dan di antaranya, yang pasti adalah portal mesra pembangkang seperti Malaysia Chronicle dan Free Malaysia Today.

Maka satu persoalan timbul, siapakah MP tersebut, seorang pengarah di sebuah anak syarikat Felda dan berkaitan Johor? Pasti akan ada yang membuat siasatan dan paling terpantas ialah mencari di laman web anak syarikat Felda, maka nama Datuk Ehsan, MP Kota Tinggi adalah nama yang pasti ingin disabitkan.

Kemudian pada pukul 6.00 ptg, MalaysiaKini tulis pula 'SPRM nafi wakil seorang rakyat Umno disiasat' dengan penafian dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul menahan, menyoal siasat atau meminta seorang anggota parlimen Umno untuk membantu siasatan. 

Malangnya, tidak pula Malaysia Chronicle mahupun Free Malaysia Today atau blog-blog mesra pembangkang kemaskini penafian ini.

Pokoknya dalam jangka waktu hampir 4 jam sebelum penafian SPRM, persepsi buruk terhadap Datuk Ehsan telah mula viral yang beliau menepati teka-teki Malaysiakini. Persepsi jahatnya ialah beliau disabitkan dengan salahguna kuasa dan lebih malang apabila ada yang mula mempercayainya bukan sahaja dari kalangan parti lawan malahan dari parti UMNO sendiri.

Damage done! Datuk Ehsan yang selama ini mempunyai profil yang dihormati mula tercemar. Beliau bukan sahaja berada di dalam Lembaga Pengarah agensi kerajaan Felda, malahan beliau juga adalah Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara dan baru-baru ini di peringkat antarabangsa, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) ke 12 untuk memerangi kegiatan haram dadah.

Itulah kuasa hujung jari pada era teknologi hari ini, etika kewartawanan dicabuli asalkan rating berita mampu dinaikkan. Rasa bertanggungjawab sudah hilang namun yang penting mampu sensasikan berita dan samada pembaca percaya atau tidak, yang lebih penting 'character assasination' telah bermula untuk seorang ahli politik pro-kerajaan. Bukankah jelas tertulis nama UMNO?

Sebagai pembaca portal-portal berita mesra pembangkang, kita bukan sahaja perlu berhati-hati dengan pemberitaan mereka, malahan perlu memantau setiap perkataan dan para yang ditulis. Sekiranya perlu diambil tindakan undang-undang, ia perlu diteruskan.

Kerosakan yang dilakukan pemberitaan mahupun penulisan seperti ini bukan sekali, malahan telah kerap berlaku. 

Felda telah pun berjaya membawa penulisan-penulisan fitnah dan palsu ke mahkamah dan memenangi saman  ke atas lidah rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan dan Harakah.

Tetapi, yang lebih penting, siapa pemberi maklumat kepada portal-portal ini?
 

Friday, September 11, 2015

DATUK EHSANUDDIN PENGERUSIKAN PERSIDANGAN ASEAN DALAM MEMERANGAI DADAH




Malaysia telah menjadi tuan rumah sebanyak 6 kali dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat ASEAN Inter Parlimentary Organisation (AIPO) sejak ditubuhkan sejak pada 1977. Di setiap perhimpunan agong ini, di antara yang sentiasa menyertai sebagai rakan dialog adalah wakil-wakil parlimen Australia, Canada, China, Japan, India, Republic of Korea, New Zealand, Papua New Guinea, Russia dan Eropah.

Kini sekali lagi, Malaysia mempengerusikan Persidangan ini yang kemudiannya dikenali sebagai ASEAN Inter Parlimentary Assembly (AIPA) dan selaku Malaysia adalah Pengerusi ASEAN. 

Pada mesyuarat AIPA Fact Finding Committee (AIFOCOM) kali ke 12 ini, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah dilantik untuk mempengerusikannya dan telah dihadiri ahli-ahli Parlimen negara-negara anggota ASEAN dan wakil-wakil dari pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan dadah dan jenayah (UNODC), delegasi dari Sekretariat ASEAN serta Pegawai Kanan ASEAN mengenai Perkara Dadah (ASOD).


Mesyuarat AIFOCOM kali ke 12 yang khusus memerangi ancaman dadah melalui pendekatan mesra rakyat dan berteraskan kemanusiaan telah mengemukakan 10 resolusi yang boleh didapati sepenuhnya ... DI SINI (MAKING A DRUG-FREE ASEAN POST-2015 THROUGH A PEOPLE-CENTERED APPROACH)
 

Di antara resolusi yang telah ditandatangani kesemua Ahli-Ahli Parlimen negara anggota ASEAN teramsuklah seperti saranan Datuk Ehsanuddin agar menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah disalah gunakan dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa.

Datuk Ehsan inginkan penglibatan Malaysia secara langsung juga amat penting dalam mengenalpasti dan menjalin dengan rangkaian antarabangsa di antara negara-negara lain
dan agensi-agensi luar termasuk Sekrerariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU. Dengan penyatuan keanggotaan ASEAN dalam kempen memerangi ancaman dadah, maka sekali gus akan mampu menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial.

Sebelum itu, Datuk Ehsanuddin juga telah membentangkan laporan bagi pihak Malaysia, di antara kandungannya adalah seperti berikut;
1. Masalah dadah kini telah menjadi sebahagian daripada isu-isu keselamatan negara. Walaupun keadaan keseluruhan terkawal, peningkatan pengedaran dadah sintetik ke dalam dan melalui negara, telah menjadi cabaran sebenar kepada pihak berkuasa. Keadaan ini menjadi bertambah kompleks dengan rangkaian pengangkutan udara dan maritim yang berkembang, di mana telah diguna sepenuhnya oleh pengedar yang berpotensi dan menjadikan Malaysia sebagai paksi transit menggerakkan narkotik dari pusat-pusat pengeluaran untuk pasaran antarabangsa.

2.  Amphetamine adalah jenis dadah yang paling tinggi diperdagangkan di Malaysia. Seterusnya adalah ecstasy dan heroin di mana pada tahun 2014 saja, sejumlah 13 alat memproses kristal methamphetamine, lima kemudahan ecstasy dan lapan kemudahan heroin telah dihapuskan. Cannabis dan kokain juga telah menembusi negara dan berpunca dari sindiket pengedaran Selatan Afrika. Pengedaran Mitragynine (kratom) juga meningkat di negara ini.

3. Dari segi bekalan, Jabatan Jenayah dan Penyiasatan Narkotik (NCID) sentiasa meneruskan usaha memberkas pesalah penggunaan dadah dan merampas dadah haram. Malaysia adalah di dalam proses meminda Akta Dadah Berbahaya 1952 yang pada ketika ini tidak melarang pengambilan Mitragynine 12 (Kratom).

Dari segi permintaan pula, di sisi lain, Malaysia menuju ke arah pengukuhan terutama pencegahan serta program rawatan dan pemulihan. Seperti negara-negara lain, Malaysia membuat penekanan dengan kerjasama di peringkat antarabangsa termasuk perananan peroaktif NGO, sektor swasta dan media. Malaysia juga melihat peranan penting yang perlu dimainkan oleh ahli-ahli parlimen dalam menyokong dan memupuk organsisasi berasaskan kemasyarakatan supaya mengambil bahagian secara aktif dalam usaha-usaha anti-dadah.

Laporan kerajaan Malaysia sepenuhnya boleh dibaca seterusnya ... DI SINI

Sunday, August 23, 2015

UMNO KOTA TINGGI DISERU PERLU PERKUATKAN PARTI DAN BUKAN DIROSAKKAN


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua anggota UMNO yang tidak lagi memegang jawatan supaya kembali kepada parti dan bukannya merosakkannya. Mereka perlu kembali kepada UMNO dan bersama-sama dengan yang lain memperkukuh, sekali gus memperkuatkan parti dalam memastikan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu akan terus kekal relevan.

Demi memperkuatkan parti perlu ada kesalingan antara pemimpin atasan dan akar umbi sekali gus memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Itu adalah di antara kandungan ucapan Datuk Seri Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Tinggi, di Dewan Semai Bakti, FELDA Lok Heng Timur pada hari Jumaat lalu.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa UMNO Kota Tinggi adalah di antara kubu orang Melayu yang terkuat di Malaysia apabila dilihat pada keputusan PRU13 di mana berkat perpaduan dan bersatunya ahli-ahli UMNO, majoriti yang diperolehi sangat tinggi.

Calon UMNO, Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid memperolehi 30,373 mengalahkan calon PAS, Onn bin Jaafar yang hanya mendapat 5,799 dan majoritinya adalah 24,574 dengan peratusan yang keluar mengundi sebanyak 88.00%.

Berpesan lagi Datuk Seri Zahid Hamidi agar janganlah membuat keputusan di dalam keadaan marah mahupun sedih kerana yang pasti keputusan di dalam kedua suasana itu adalah tidak rasional.

Beliau dalam pada itu, turut mengingatkan anggota parti supaya tidak termakan dengan cucukan dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan parti menggunakan isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beliau menyokong gagasan UMNO Johor yang mahu siasatan mengenai 1MDB diteruskan sehingga selesai seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi memperkukuhkan semula parti, tidak perlu mencucuk sana sini dan sebaiknya kita hayati puisi yang ditulis Datuk Ehsanuddin sendiri;

Renungan bersama...


Thursday, April 30, 2015

#PRKRompin : APA MENARIKNYA SKIM PGBF, DATUK EHSAN MENJAWAB TUDUHAN PAS



Dalam berkempen di PRK Rompin, PAS telah dengan sengaja menjadikan isu perumahan generasi baru Felda dan menuduh kerajaan BN gagal ditangani kerajaan. Ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi.

Hakikatnya pada tahun 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan projek 'Sentuhan Kasih' bertujuan membina rumah untuk generasi kedua peneroka Felda dan bagi membolehkan mereka menceburi projek tanaman tunai hasil tinggi.

Kerajaan dan Felda telah mempertimbangkan untuk membantu generasi baru peneroka Felda memiliki rumah sendiri. Oleh kerana kerajaan sedar akan kesukaran bagi mereka untuk memiliki rumah, melalui skim sewa beli, Felda perlu memastikan bahawa harganya berpatutan dan pada masa yang sama ia adalah selesa.

Terdapat satu lagi skim menarik yang diperkenalkan oleh Felda di bawah projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang diPengerusikan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Projek ini tidaklah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tetapi sebenarnya ia adalah semata-mata mempastikan generasi muda memiliki rumah.

Berikut adalah beberapa soalan yang telah dikemukakan berkenaan isu Rumah Generasi Baru Felda dan dijawab oleh Datuk Ehsan sendiri di dalam satu taklimat di Dewan Semai Bakti;

1. Apakah yang menariknya skim PGBF?
Projek perumahan ini adalah untuk membantu bagi memudahkan bakal pembeli yang terdiri daripada generasi muda Felda yang tidak mempunyai penyata gaji untuk memohon  pinjaman bank. Kaedah sewa beli selama 5 tahun yang diperkenalkan ini berkonsepkan menyewa pada awalannya dan kemudian dibeli. Sekiranya ada yang mampu di dalam tempoh waktu 5 tahun tersebut, mereka boleh membelinya.
Sudah tentu, PGBF menetapkan syarat-syarat tertentu seperti penyewa ini mesti tinggal di rumah tersebut, sewa bulanan dibayar secara sistematik tanpa gagal, komited untuk menjaga rumah dengan baik, maka mereka akan dianggap sebagai pembeli yang layak untuk memohon pinjaman bank.
Contoh projek PGBF telah pun ada yang siap di Felda Selendang 1 dan sebanyak lebih 300 unit telah pun dibina.

2. Mengapa rumah PGBF lebih mahal berbanding rumah Sentuhan Kasih?
Ramai yang keliru dengan projek rumah 'Sentuhan Kasih' yang telah dilancarkan sebelum ini. Rumah PGBF bersaiz lebih besar iaitu kira-kira 1,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas seperti pencawang elektrik, jalan raya bertar dan paip air.
Mengapa ia lebih besar? Ia adalah bertujuan untuk memudahkan belia Felda supaya tidak perlu menambah duit untuk membesarkan lagi rumah. Ini juga adalah menyahut seruan Pengerusi Felda agar keselesaan diutamakan.  

3. Apakah pihak bank akan meluluskan selepas 5 tahun?
Ya. Apabila penyewa membuat bayaran secara sistematik dan tidak pernah gagal membayar setiap bulan, pihak bank menerima sebagai penyata gaji.

4. Apakah rumah akan dinilai lebih dari RM120K setelah 5 tahun?
Tidak. Harga rumah PGBF adalah RM120K. Secara umumnya, semua hartanah akan meningkat nilainya dalam tempuh 5 tahun tetapi bagi rumah PGBF, ia akan dijual kepada pembeli dengan harga kos dan akan ditolak dengan sewa yang telah dibayar selama 5 tahun. Ini sangat menarik dan menjimatkan.
Contoh rumah PGBF ada di Felda Selendang 1 dan 3 kategori penyewaan iaitu di antara RM300, RM400 dan RM500.
Ketika perbincangan awal dengan pihak bank, mereka menetapkan kadar sewa pada RM500 tetapi pihak Felda telah memohon supaya kadar sewa diturunkan lagi memandangkan masih ada belia yang tidak mampu pada kadar sewa RM500.

5. Mengapa PGBF tidak bina rumah dalam kuantiti 20,000 terus?
Felda tidak membuat semua rumah ini dengan kos Felda sendiri. Kerana, jika fokus kepada duit keluar untuk buat rumah sahaja, penyaluran Felda untuk sektor lain akan terganggu. Ini adalah pinjaman Felda dibuat di bank sebanyak 3 Bilion. Oleh itu, pembinaan rumah dibuat peringkat demi peringkat.
Yang pasti, Felda tidak mahu buat rumah murah contoh dengan harga 50K bertaraf rumah PPRT.

6. Mengapa PGBF tidak beri tanah untuk belia buat rumah sendiri?
Melalui pengalaman yang lepas, ada di antara peneroka sehingga tidak mampu membaya premium tanah dan bina rumah. Akhirnya dipajak ke bank dan tergadai untuk membayar hutang.

Kaedah yang diperkenalkan PGBF ini adalah satu konsep yang sangat menarik di mana tanpa kekuatan dan komitmen dari Felda, ia tidak mungkin berjaya dilaksanakan.

Dengan skim pembayaran yang berpatutan dan sebuah rumah yang selesa, hanya Felda saja yang mampu melaksanakannya dan ia merupakah satu anugerah kepada generasi muda Felda untuk memiliki sebuah rumah tanpa perlu melalui pelbagai rintangan dan ini adalah merupakan sebahagian dari proses transformasi yang dibawa dan diterajui Perdana Menteri bagi mempastikan legasi Felda terus dibela dan terjamin.

Wednesday, April 22, 2015

KONSEP BARU HASIL DARI MAKMAL TRANSFORMASI DAN HARI TERBUKA PLKN 2.0



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas mengumumkan bahawa PLKN akan dikaji semula serta memperkenalkan konsep baru yang lebih holistik bagi memenuhi keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Selepas pengumuman penangguhan sesi latihan khidmat negara 2015, satu sesi makmal transformasi PLKN telah dijalan selama 5 minggu di mana tujuannya adalah membentuk PLKN baru yang telah disertai 75 peserta terdiri daripada agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta.

PLKN 2.0 telah secara rasmi dilancarkan ketika Hari Terbuka Transformasi PLKN oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan secara terbuka orang ramai diberi peluang mengambil bahagian memberi input dan maklumbalas.

Orang ramai juga boleh memberi maklumbalas melalui portal transformasi PLKN... DI SINI


Pengerusi MLKN, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berasa sangat positif apabila portal yang diwujudkan ini juga akan dapat memudahkan proses mengemaskini data dengan lebih cepat dan orang ramai dapat beri pandangan dan resolusi dalam beberapa perkara.

Disamping itu, beberapa penambaikan dalam siri PLKN 2.0 ini juga telah dibuat di dalam proses pengambilan pelatih di mana pengambilan sekarang lebih kepada sukarela secara berperingkat-peringkat sehingga ke tahap yang dirancangkan.

Hasil dari input Makmal Transformasi ini juga memberi penambahbaikan dengan mengikuti modul kemahiran teknikal dan vokasional sebagai persiapan memasuki pasaran pekerjaan di mana kerjasama syarikat-syarikat swasta juga turut terlibat. Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional ini telah dibentangkan kepada Kabinet dan menjadi harapan agar ia akan diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke 11 nanti.

Namun, apa yang lebih penting adalah sijil-sijil kemahiran yang diperolehi pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan di PLKN 2.0 nanti akan menjadi lebih bernilai kepada keperluan syarikat-syarikat swasta.

Walaupun dengan pengumuman DS Najib untuk menjimatkan RM400 juta apabila sesi PLKN 2015 ditangguhkan tetapi hasilnya program ini telah dapat melalui proses dikaji semula dengan penambahbaikan dan orang ramai diberi peluang maklumbalas.

Friday, April 03, 2015

16 AHLI PARLIMEN BN DAN 2 DARI PEMBANGKANG HADIR KE MAKMAL PLKN


Apabila DS Najib umumkan penangguhan sesi PLKN bagi sesi 2015 selama setahun, ramailah ahli-ahli politik terutama dari pihak pembangkang bertanggapan kerajaan akan bercadang menutup program ini kerana membazir dan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara.

Tetapi apa yang mereka gagal lihat adalah penangguhan ini bukan sekadar mampu menjimatkan 400 juta tetapi pada masa yang sama, MLKN bercadang untuk menambaik modul-modul PLKN dan juga infrastrukturnya seperti kem latihan, agar ia lebih mantap dan sesuai dengan kehendak semasa.

Kerajaan telah umumkan di dalam Bajet 2015 untuk mewujudkan satu makmal khas PLKN di dalam Pelan Transformasi Belia Negara... baca DI SINI

Pada 13 Februari lalu, Makmal Transformasi Program Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan dan akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 26 Mac.

Sejurus saja tamat tempoh 5 minggu sesi makmal ini, ahli-ahli parlimen samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang telah dijemput menghadiri satu sesi penerangan dalam "Syndication Session with Members of Parliament, PLKN Transformation Lab 2015" dan 16 ahli Parlimen dari BN dan hanya 2 saja mewakili pembangkang, telah hadir. Itu pun yang hadir adalah dari wakil DAP.


Dengan pendekatan terbuka dan inklusif Makmal Transformasi ini, ahli-ahli parlimen juga turut diberi ruang memberi pandangan-pandangan mereka. Sebagai pembuat dasar, adalah menjadi tanggunjawab sebagai wakil rakyat bersama-sama MLKN memantapkan lagi program latihan ini agar bila dimulakan kelak semuanya mencapai matlamat yang diharapkan.

Selama sesi makmal dijalankan, Pengerusi MLKN Datuk Nor Ehsanuddin telah memberitahu panel-panel yang dilantik adalah terdiri daripada pakar-pakar yang terpilih bagi mengumpul maklumat dan kajian pendapat yang hanya bertujuan untuk penambahbaikan modul PLKN.

Sesi makmal transformasi tidak terhenti di situ saja selepas 5 minggu, namun satu hari terbuka bakal diadakan dan sesiapa sahaja dijemput hadir untuk sama-sama memberi input baru dan tambahan.

Penambahbaikan yang diharapkan dapat menepati matlamatnya meliputi struktur pengurusan, pengambilan pelatih dan juga perlaksanaannya selain dari modul-modul latihan.

Selanjutnya, ikuti klip video dari BNBBC ...


Saturday, March 21, 2015

GST ATAU RAFIZI YANG BEBANKAN RAKYAT... DATUK EHSAN BIDAS!



Apabila GST (Cukai Jualan dan Barangan) bagi menggantikan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) ternyata beri kesan positif untuk jangka panjang kepada negara dan rakyat, jelas Rafizi seorang politikus berpandangan singkat dan mengguna strategi biasanya, rakyat mesti dikelirukan.

Dengan mudah saja Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menjawab tuduhan Rafizi yang berpandangan GST hanya membebankan rakyat.

Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja. Banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar. Rafizi lupa pembekal, pengilang dan pengedar juga rakyat. Mereka ada pekerja dan pekerja mereka ada ahli keluarga. Maka rakyat akan terbeban?

Jangan lupa 160 daripada 190 buah negara telah menggunakan cukai GST bertahun-tahun sebeblum negara kita.

Kedua, kerajaaan telah kuatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Dengan ini kerajaan mampu mengawal harga barang dengan lebih tersusun di mana GST ada sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang dan pembekal. Di sinilah harga barangan akan dipantau.

Sebenarnya semua pihak akan mendapat manfaat. Peniaga akan mendapat untung, pengguna seperti kita akan mampu berbelanja dengan harga di bawah kawalan manakala pihak kerajaan pula mampu menjana sumber pendapatan daripada cukai. Apabila cukai disalurkan terus kepada kerajaan, apakah rakyat terbeban? Satu contoh ketara, keselamatan yang kita nikamti hari ini tidak pernah dikenakan cukai.

Ketiga, GST bertaraf antarabangsa di mana 160 negara lain telah pun melaksanakannya. Apabila negara menyertai sistem cukai antarabangsa, pelabur asing akan lebih yakin dan menyenangi sistem percukaian yang mudah mereka faham dan selari dengan perdangangan yang sama ke negara ini.

Kita lihat saja dengan mudah menjawab dakwaan Rafizi;


Apakah benar GST atau Rafizi sebenarnya membebankan rakyat... ???

Tuesday, March 17, 2015

APA MENARIKNYA KOTA TINGGI SEHINGGA MENTERI PELANCONGAN TURUN PADANG?


Dahulu Kota Tinggi dikenali sebagai Kota Johor Lama pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Johor yang kini kekal dalam kenangan sebagai payung peradaban warisan sebuah kesultanan melayu pada akhir abad ke16.

Terkenal dengan kesan-kesan sejarahnya yang menunjukkan peristiwa kesinambungan Kesultanan Melayu dan kehebatan kerajaan Johor yang merupakan satu-satunya kerajaan di Tanah Melayu yang berupaya menentang Portugis.

Di abad kini pula, Kota Tinggi menjadi tumpuan pelancong bukan kerana peninggalan sejarah sahaja tetapi telah mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara kerana alam sekitarnya.

Oleh kerana faktor sejarah dan tarikan alam sekitarnya, maka kehadiran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri Nazri Abdul Aziz ke Kota Tinggi baru-baru ini telah ketengahkan Kota Tinggi sebagai salah satu destinasi pelancongan di negara yang perlu di letakkan dalam diari percutian.

Seperti saranan Dato Seri Nazri yang menggalakkan promosi pakej pelancongan di mana kedudukan Kota Tinggi dapat menarik pelancung rakyat Singapura yang merupakan penyumbang terbesar  pelancong ke Johor. Satu sekretariat juga akan ditubuhkan kementerian bagi membantu meningkat potensi pelancongan.

Selain tempat-tempat yang penuh sejarah, Kota Tinggi juga mempunyai destinasi pelancongan lain seperti Wetland Belukar Durian, Muzium Johor Lama, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Damai Beach Resort serta Desaru Fruit Farm.

Kepada peminat makanan laut pula, Kota Tinggi menghidangkan Restoran Terapung Bujang FireFly di Pekan Penawar yang pada waktu malamnya kita boleh menikmati kilauan cahaya dari serangga kelip-kelip.

Manakala para pelancong akan berasa selesa dengan penginapan seperti homestay, chalet berkonsepkan hutan lipur yang juga terdapat river cruise, pakej percutian rumah rakit untuk kaki pancing ke Kota Tinggi.

Bukan sekadar mencantikkan dan menyediakan infrastruktur tempat pelancongan, malahan setiap tempat menarik dalam kawasan parlimen Kota Tinggi ada penceritaannya supaya pelancong lebih memahami dan mendapat maklumat luas. Ini juga sebagai satu tarikan terutama kepada mereka yang menggemari sejarah sesuatu tempat.

Rakyat Kota Tinggi seharusnya berbangga apabila Ahli Parlimennya, Datuk Ehsan berjaya mendapat perhatian Menteri Pelancongan untuk turun melihat sendiri usaha yang telah dilaksanakan untuk dimajukan lagi dan seterusnya meletakkan Kota Tinggi sebagai destinasi yang tidak boleh dilepaskan setiap pelancong luar negara serta diingati dan perlu dikunjungi pelancong tempatan.

Kepada rakyat Malaysia, destinasi cuti anda seterusnya, pasti ke Kota Tinggi....

Thursday, February 19, 2015

DATUK EHSANUDDIN : PENGETAHUAN SEJARAH NEGARA NIK ABDUH MEMALUKAN

Nik Abduh yang baru sepenggal dipilih sebagai Ahli Parlimen dan begitu juga Datuk Ehsanuddin. Bezanya mereka mewakili parti politik berbeza. Nik Abduh
mewakili parti pembangkang dari PAS dan Datuk Ehsanuddin mewakili parti politik pemerintah dari Barisan Nasional/UMNO.

Perbezaan yang paling ketara adalah pengetahuan mereka dalam sejarah tanahair serta pengetahuan perlembagaan Malaysia. Baru-baru ini Nik Abduh dalam satu kenyataanya ingin sistem beraja di Malaysia ditukar kononnya demi keadilan. Jelas menunjukkan Nik Abduh seorang ahli parlimen yang tidak mengetahui sejarah dan perlembagaan negara.

Punca Nik Abduh timbulkan kenyataan dangkal ini adalah sebenarnya ingin mengalihkanan isu perang mulut dan perang media di antara DAP dan PAS yang cabar mencabar di antara pemimpin mereka. DAP berkeras menolak isu hukum hudud dan PAS pula berkeras menolak pilihanraya PBT. PAS juga berbalah dengan rakan sekutunya PKR dan DAP dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Datuk Ehsan melihat cara pembangkang menyelesaikan isu yang tidak sefahaman ini mampu membawa kepada politik kehancuran dan ini juga jelas menunjukkan pembangkang tiada kemahiran dalam mentadbir negara yang akhirnya rakyat dimangsakan.

Seperkara lagi, tertanya-tanya pula apakah Nik Abduh sedang mencadangkan Malaysia dijadikan sebuah negara republik? Apakah Nik Abduh berani meminta PAS Kelantan membawa cadangannya ke persidangan Dun Kelantan nanti? Apakah Nik Abduh lupa, Kelantan adalah negeri beraja?

Malahan di dalam Rukun Negara ke dua pun terang dan jelas ... Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Apakah Nik Abduh sedang membuat gerakan derhaka kepada Sultan Kelantan dan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Ini juga adalah satu pengkhianatan.

Apa pun niat Nik Abduh, kenyataan dangkalnya hanyalah satu provokasi dan taktik PAS mengalihkan isu pertelingkahan mereka dengan DAP yang tidak mungkin ada penyelesaiannya.

Walaupun Datuk Ehsan dan Nik Abduh baru sepenggal dilantik sebagai Ahli Parlimen, namun nampaknya Nik Abduh perlu membaca semula sejarah dan perlembagaan negara atau mungkin perlu menduduki semula SPM agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang bakal memalukan PAS.

Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, belajarlah dari cara meja bulat Barisan Nasional selesaikan pandangan berbeza dan bukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media sosial untuk mencari populariti tetapi akhirnya mampu menimbulkan ketegangan sosial di negara.
   

Friday, February 13, 2015

DAP BENCI PLKN TETAPI PESERTA PELATIH LAIN PULA ...

Dengan pantas ada di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari DAP yang inginkan PLKN segera dibubarkan dan terus ditutup selepas pengumuman Perdana Menteri untuk menangguhkan sesi PLKN 2015.

Niat dan hasrat DAP ini bukan sesuatu yang baru dan terkini, Ketua DAPSYnya Teo Kok Seong dalam blog Roketkini menggesa kerajaan memansuhkan PLKN yang kononnya telah gagal memberikan manfaat kepada pembangunan anak muda.

Ini pula pandangan Pengerusi MLKN pula;


Jelas nampaknya DAP dan Pakatan Rakyat tidak tahu apabila di Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang, contohnya, 30 hingga 40 peratus terdiri daripada anak-anak bangsa Cina. Kem ini adalah di antara kem yang dijadikan pusat penempatan sementara kepada sebahagian daripada mangsa banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Apabila Datuk Ehsan menemui mereka untuk menjelaskan yang mereka perlu dipindah ke kem lain, ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan di mana kasih sayang dan persahabatan telah terjalin walaupun hanya sebulan. Pelatih-pelatih ini bukan sahaja telah menjalani modul-modul yang telah disediakan malahan mereka juga adalah di antara sukarelawan yang telah membantu mangsa-mangsa banjir.

Inilah yang dikatakan Datuk Ehsan hasil perpaduan serta 'sense of teamwork' yang berjaya dihasilkan PLKN. Inilah satu program yang sihat untuk anak-anak berbilang bangsa dan agama mengamalkan hormat-menghormati di dalam satu suasan yang terkawal dan penuh displin. Jika diberi peluang yang baik, anak-anak muda tiada masaalah.

Masaalah sebenarnya ialah mereka yang ada kepentingan politik dengan agenda masing-masing sehingga terbentuk satu acuan pemikiran yang tidak membantu membina perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia. Yang pasti dijadikan mangsa adalah anak-anak muda yang bakal mewarisi negara ini.

Pembangkang yang sekadar membuat kenyataan popular pasti akan tergamam dengan maklumbalas bekas-bekas pelatih PLKN di Twitter mereka. Apa kata mereka?





Kepada Pakatan Pembangkang... adillah kepada anak-anak kita dan jangan bebankan mereka dan jangan jadikan mereka mangsa hanya untuk memuaskan agenda politik masing-masing sehingga tergadai masadepan negara. Maka, apa perlunya untuk menolak terus perpaduan yang dijalankan dalam PLKN?

Wednesday, January 21, 2015

APAKAH PLKN DIKORBANKAN?

Sejurus selepas pengumuman dibuat Perdana Menteri untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara di dalam pelbagai reaksi telah diberi samada dari pihak pro-kerajaan mahupun pihak sebelah kiri. Samada ia perlu diteruskan atau terus dihentikan?

Mesej PM adalah jelas;



Perlu diingat, DS Najib telah membuat pengumuman khas untuk menerangkan langkah-langkah kerajaan berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menggalakkan dan di dalam suasana negara menghadapi bencana banjir terburuk di Pantai Timur, kewangan negara perlu dibelanjakan dengan penuh hemah.

Namun di dalam memberi keutamaan, kerajaan nampaknya telah memilih untuk mengutamakan rakyat yang sedang ditimpa musibah.

Ini tidak bermakna PLKN dikorbankan tetapi penangguhan ini lebih dilihat sebagai peluang yang perlu dimanfaatkan untuk perkukuh dan penambahbaikan modul dan kemahiran jurulatih serta kem-kem latihan. Itulah pandangan awal Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara,
Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.
 
Ketika banjir besar melanda Kelantan awal tahun ini, kabinet telah mengumumkan 3 kem latihan di tiga kem PLKN tersebut adalah Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang dijadikan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa banjir. Manakala kem latihan yang terjejas banjir iaitu tiga di Terengganu dan satu di Perlis.

Mengambilkira kemusnahan kem-kem ini dan pengubahsuaian kem-kem yang dijadikan penempatan sementara mangsa banjir, pasti melibatkan penambahan kewangan kerajaan.

Walaupun kerajaan sedang mengusahakan pembinaan rumah kekal baru untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan, namun ia akan hanya dijangkakan siap dalam tempuh 3 bulan. Ini bermakna penempatan sementara akan dikosongkan dan seterusnya akan disesuaikan semula sebagai kem latihan yang mungkin memakan masa lebih sebulan.

Di dalam senario ini, masa adalah tambahan perbelanjaan kepada kewangan negara dan belum lagi diambilkira usaha lain yang akan kerajaan utamakan untuk mengatasi berulangnya lagi musibah banjir seperti membina tebatan banjir.

PLKN tidak dikorbankan. Ia hanya ditangguhkan untuk sesi 2015. Setiap tahun PLKN ada 3 sesi pengambilan dan satu sesi telah pun selesai dan penangguhan 2 penangguhan lagi dilihat perlu berdasarkan musibah banjir di luar jangkaan kita.

Seperti kata Pengerusi MLKN, inilah peluang terbaik untuk dimanfaatkan bagi perbaiki apa yang perlu.

Demi melihat jati diri generasi muda terbentuk di dalam latihan khidmat negara dengan sangat berjaya, tak perlulah kita mendengar pandangan-pandangan pasif dari para politikus yang lebih mementingkan kebendaan daripada modal insan.

Thursday, January 15, 2015

SUKARELAWAN PLKN MULAKAN TAHUN BARU BERKHIDMAT UNTUK PASCA BANJIR

Pembukaan tirai 2015 menyaksikan negara kita menghadapi bencana banjir yang terburuk terutama di Pantai Timur. Setelah berjaya mengharungi segala cabaran, kini kita menghadapi cabaran pasca banjir bermula dengan persiapan kerja-kerja pembersihan.

Kemusnahan hartabenda dan kerosakan harta awam tidak dapat dielakkan, namun yang paling utama adalah wabak penyakit yang telah mula merebak. Kesemua itu adalah kesan yang perlu dihadapi dalam pasca banjir. Kesemua itu juga perlu diatasi dengan kadar segera.


Di atas kesedaran itu, maka digerakkan gelombang sukarelawan 1Mindef terdiri daripada 2,500 sukarelawan telah turun padang. Yang pasti sukarelawan PLKN adalah di antara mereka yang membantu proses pemulihan ini.

PLKN telah menubuhkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) sejak 2012 oleh YAB Perdana Menteri. Keahlian BSKN terdiri daripada bekas-bekas pelatih PLKN memberi khidmat sukarela kepada agensi penyelamat dan penguatkuasa untuk membantu mangsa-mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa tanah runtuh, kerja-kerja gotong-royong dan kerja-kerja sukarela kemasyarakatan.

Bertepatan dengan matlamat penubuhan BSKN, kehadiran mereka adalah penting kerana daerah yang terjejas teruk seperti Kuala Krai amat memerlukan kekuatan sumber tenaga.

Kehadiran Pengerusi MLKN merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid bersama-sama BSKN di Kelantan, telah menyuntik kesedaran semangat suka dan rela membantu di mana jua dan pada bila-bila masa.



Datuk Ehsan juga telah meninjau keadaan di Kuala Krai dan bersama-sama BSKN memulakan kerja-kerja pemulihan.


 
Selepas kabinet memutuskan tiga buah kem PLKN dijadikan pusat penempatan sementara untuk mangsa banjir, Datuk Ehsan juga telah memastikan ketiga-tiga kem yang terlibat iaitu, Kem Cancun Park di Pasir Mas, Kem Batu Jong di Kuala Krai dan Kem Latihan Etnobotani di Gua Musang di dalamkeadaan memuaskan. Kemudahan sedia di kem-kem PLKN ini, seperti dewan makan, tandas, padang dan dorm dapat membantu sebagai penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.




Di situlah sebenarnya Datuk Ehsan meraikan sambutan tahun baru bersama-sama ahli-ahli BSKN menghulurkan bantuan tenaga di Kelantan.

Namun, apabila teringat peristiwa demonstrasi Bersih pada tahun lalu, terfikir pula di manakah mereka di saat mangsa-mangsa banjir sangat-sangat memerlukan tenaga mereka. Malangnya, tenaga sukarelawan Bersih hanya mampu digunakan untuk merosakkan harta awam dan kita nilailah sendiri...