Semalam DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perlantikan 6 jawatan menteri dan timbalan menteri. Beberapa jam sebelum pengumuman itu, Malaysia Insider telah mengeluarkan artikel berikut;
... dan di Facebook;
Hassan Malek dan Jamil Khir akan digugurkan? Apabila kita teliti artikel, MI hanya menulis artikel yang lebih kepada berupa gosip dan cerita kedai kopi kerana maklumatnya berpandu kepada ... "MENURUT SUMBER"
Sebenarnya memang boleh agak dari mana sumber berita mengarut MI, kerana dalam dunia blogger politik di Malaysia ini bukan ramai pun. Dunia blogger politik di Malaysia kecil dan jika seseorang itu telah lama bergelumang dengan dunia ini, kita dengan mudah dapat kesan permainan sesuatu isu itu.
Dalam isu rombakan kabinet dan 2 menteri yang akan digugurkan... the keyword ialah - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Namun artikel tersebut telah dikeluarkan ... cuba klik DI SINI
Ini bukan pertama kali Malaysia Insider mengeluarkan berita-berita gosip palsu, namun yang pasti adalah;
Ini pula mesej Perdana Menteri di atas lantikan mereka;
Perlantikan baru
ke kabinet dari rakan parti kompenan Barisan Nasional dari MCA dan
Gerakan. Perlantikkan ini menyaksikan bahawa kerajaan telah
mengambilkira dan ingin mengukuhkan kembali konsep perkongsian kuasa
didalam pentadbiran yang melibatkan semua kaum di negara ini.
Satu perubahan perlu di
lakukan untuk melonjakkan lagi pendirian Barisan Nasional yang mendokong
prinsip perpaduan kerjasama dan kesatuan dalam memerintah negara.
Lebih lebih lagi sejarah hari ini sejak dari dulu telah menyaksikan
penglibatan dan pemimpin pemimpindari kaum Cina, India dan lain lain
kaum mainoriti yang mewakili parti kompenen Barisan Nasional. Turut
memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.
Negara Malaysia memiliki kepelbagaian dari segi kaum, Agama dan
Budaya yang tentunya menyaksikan perbezaan yang ujud, tetapi perbezaan
ini dapat di tangani sebagai satu kekuatan kepada pentadbiran negara.
Kebolehan pemimpin, bertolak ansur, menghormati antara satu dengan
lain telah berjaya menyelesaikan konflik dengan aman adalah antara tras
bangsa Malaysia kita sekali gus menjadi resepi kejayaan masa depan
kita.
Perlantikan menteri dan timbalan menteri yang dibuat pada hari ini ada
hubungkaitnya dengan pembentukan yang jitu bagi memimpin rakyat dari
pelbagai kaum dan ragam dengan jayanya.
Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana wakil dari MCA yang
mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada didalam kabinet begitu
juga dengan wakil dari parti GERAKAN.
Kesemua yang di lantik akan mengambil sumpah jawatan dan sumpah
memegang rahsia pada hari Jumaat bersamaan 27 Jun 2014 dihadapan Yang Di
Pertuan Agong di Istana Negara.
Ini pesanan 'sumber' gosip Malaysia Insider; Hentikan kerja-kerja nujum pak belalang dan kononnya ingin mencatur nasib ahli-ahli politik. Yang sebenarnya habuan yang diutamakan dan bukanlah perjuangan. Apa-apa pun, jika kail hanya tinggal sejengkal, memancing sajalah di belakang rumah.
Kepada Malaysia Insider pula, terus dijadikan bahan lawak rakyat dengan gosip murahan untuk mendapat hits. Mengkritik dasar-dasar kerajaan adalah sangat jauh beza dari menulis fitnah.
Tahniah kepada MCA dan Gerakan. Diharap dengan perlantikan ini, diharap sumbangan serta tanggungjawab dapat dipertingkatkan.