Saturday, June 22, 2013

UITM MENYOKONG KERAJAAN MEMERINTAH... SALAHKAH KENYATAAN DR SAHOL?

Baru-baru ini, sekali lagi SUARAM mempersoal hak Melayu dan Bumiputra. Target SUARAM kali ini ialah UITM. Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM telah meminta kerajaan memansuhkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya menerima kemasukan pelajar dari bumiputera.

Alasan yang diberi ialah dasar tersebut telah melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman dan dasar kemasukan UiTM adalah hipokrit kerana ia merupakan institusi awam yang dibiayai 100 peratus dari wang pembayar cukai.

Kemudian diikuti dengan 2 laporan berita dari 2 medium yang bertentangan sokongan terhadap kerajaan. Ini adalah ekoran daripada kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid untuk membalas kenyataan Kua Kia Soong.

Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid

MalaysiaKini melaporkan dengan tajuk yang sangat mengujakan... NC: UiTM sokong Umno, BN demi bumiputera;
"UiTM menyokong kerajaan BN dan Umno sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak,"

Seterusnya di dalam rencana Utusan Malaysia pula dengan tajuk, Kenapa tuding UiTM, tidak UTAR? ... dan di antara laporannya ialah;
"Kalau tanpa UiTM, kalau tanpa Kerajaan Barisan Nasional menampung perbelanjaan membina dan menggerakkan aliran pelajarnya, profesional Melayu tidak akan lahir, kemudian berkembang,"


PERSOALANNYA... SALAHKAH DR SAHOL MENYATAKAN PENDIRIANNYA?

Seperti kita semua maklum, MalaysiaKini yang mewakili parti pembangkang telah memberi keutaamaan kata-kata NC yang menyokong parti pemerintah iaitu BN dan seterusnya mendapat tindakbalas dari PKR yang menyelar NC sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta menuduh NC menggunakan UiTM demi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.

Mengapa perlu Dr Sahol menidakkan sokongan beliau terhadap parti pemerintah yang pada hakikat sejarah memang BN/UMNO yang perjuangkan penubuhan UITM sehingga dapat mengekalkan keistimewaan Melayu dalam pendidikan? Carilah dalam google dan pasti tercatit UMNO yang bertanggungjawab menubuhkan UITM sehingga hari ini kekal dan berjaya menghasilkan ribuan pakar dan profesional Melayu.

Hakikatnya, Dr Sahol bertindak sebagai profesional sebagai pentadbir dan ahli akademik. Dengan kekalnya parti BN/UMNO sebagai parti pemerintah maka UITM tetap kekal hanya untuk Melayu dan Bumiputra.

Sekali lagi saya ingin bertanya, salahkah Dr Sahol menyatakan pendiriannya?

SUARAM SEKALI LAGI PERSOAL PERKARA 153

Ingin bertanya Kua Kia Soong samada beliau ialah seorang warganegara Malaysia yang faham dan patuh kepada Perlembagaan Malaysia?

Kua Kia Soong
Mungkin ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui sejarah penubuhan UITM dan di dalam Akta UiTM 1976, “Penubuhan UiTM adalah di bawah Peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan” di mana dengan jelas tertulis sebagai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Seterusnya, sehinggakan perlantikan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Canselor UITM adalah mengikut Seksyen 19A(2) Akta UiTM (Pindaan) 2000 yang menyebut Canselor UiTM ialah Yang di-Pertuan Agong secara langsung sepanjang tempoh pemerintahannya. Ia selaras dengan asas penubuhan UiTM di atas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Apa yang dipertikai Kia Soong untuk memansuhkah dasar UITM secara terang dan sedar adalah beliau sebenarnya menentang perlembagaan Malaysia. Ini tidak memeranjatkan kita kerana beliau sebagai seorang ahli DAP, Pengarah dalam SUARAM dan Dong Jiao Zong yang memang semua ketahui mereka berpaksi kepada kepentingan kaum Cina, anti-kerajaan, anti-Melayu dan anti-Islam.


JANGAN MEMPERSOAL JIKA SENDIRI TIDAK INGIN DIPERSOAL

Dengan membawa isu hak istimewa Melayu dan Bumiputera, Parti Pembangkang masih ingin bermain politik dengan perlembagaan? Samada sedar atau tidak, Keadilan dan DAP masih tidak menghormati dan patuh dengan Perkara 153. Ini juga jelas menunjukkan Keadilan dan DAP dengan sengaja ingin derhaka terhadap Yang Di Pertuan Agong.

Tujuan mereka hanya satu, iaitu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat termasuk bangsa Melayu yang tidak mengetahui sejarah penubuhan UITM dan keistimewaannya walaupun parti pembangkang telah sedia maklum.

Adalah lebih baik dipersoal peranan PAS dan DAP yang telah lama wujud dalam arena politik, di manakah universiti yang telah PAS bangunkan untuk orang Melayu dan DAP pula untuk orang Cina?

Jika benar DAP melalui SUARAM dan Dong Jiao Zong ingin menghapus hak istimewa Melayu dan Bumiputra, hakikatnya ialah DAP perlu peroleh 2/3 majoriti di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Apakah setelah mendapat sokongan 95% bangsa Cina maka DAP fikir mereka telah menguasai politik Malaysia?

No comments: