Saturday, June 15, 2013

PUNAHSIHAT BANGSAWAN ...

PRU 13 telah berlalu lebih sebulan dan kajian demi kajian telah dilakukan oleh pelbagai lapisan rakyat samada dari pihak penyokong atau pihak lawan. Fokusnya adalah lebih kepada mengapa keputusan tidak memihak kepada mereka.

Perkataan yang pertama saya keluarkan setelah diumumkan keputusan penuh PRU 13 ialah "Najib menang tidak bermaruah".

Mungkin ada yang tidak akan bersetuju tetapi pada hakikatnya, mereka sedang memujuk diri masing-masing untuk menerima keputusan yang tidak diharapkan langsung. Komen saya, Najib menang tidak bermaruah adalah kerana apabila melihat keputusan yang memalukan untuk menakluk semula Selangor. Kekalahan ini bukan saja sekadar kalah tetapi prestasi yang sangat-sangat mengecewakan.

DS Najib adalah pengerusi BN Selangor dan apabila majoriti rakyat dengan peratus yang sangat tinggi menolak BN, ini dengan secara langsung memberi mesej, Najib tidak diterima di mana ia memimpin. 

Mengapa begitu? Mana-mana rakyat pun tidak akan menafikan tumpuan kempen yang luar biasa diberikan Najib kepada Selangor melebihi mana-mana negeri sehingga tidak pernah terjadi dalam sejarah pilihanraya Malaysia, lagu negeri berkumandang di kaca televisyen setiap hari dan hampir setiapa waktu.

Kegagalan Selangor perbaiki prestasi mereka malahan ia lebih teruk daripada prestasi 2008, merupakan satu sumbangan besar kepada kegagalan BN sekali lagi untuk mendapat majoriti 2/3. DS Najb bukan sekadar pengerusi BN Selangor tetapi beliau adalah Pengerusi BN Malaysia dan seterusnya Presiden UMNO.

Persoalannya... SIAPA HULUBALANG-HULUBALANG YANG TELAH MENGGAGALKAN NAJIB? Apabila hari demi hari rakyat membuat analisa, punca kegagalan strategi sebenar ialah CALON yang diletakkan. Sekali lagi, siapa yang mencaturkan calon-calon ini? Rupa-rupanya Najib dikelilingi oleh para bangsawan-bangsawan seperti di bawah ini;

Masih ingat apa yang pernah Tun Daim katakan? Antaranya ialah :


 “Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim 

Komen dari SINI... pula
 
PM dikelilingi oleh orang-orang yang dibenci rakyat - Omar Ong, Idris Jala PEMANDU, Azman Mokhtar KHAZANAH, Nor Md Yakcop KHAZANAH, Hishamuddin Hussein dan lain-lain mangkuk-hayun yang tidak tahu menahu tentang kesusahan hidup rakyat - termasuklah adiknya Nazir Razak.
 
Dan yang membuat Najib tertipu oleh si Cina ini dengan menjual "I LOVE PM" ...
 
Omar Ong
 .... dan apa mesej Omar Ong kepada Anwar;
 
 

Saya ingin bertanaya, adilkah Najib menerima kekalahan yang memalukan ini seorang diri atau memang sepatutnya Najib memikul tanggungjawab ini seorang diri?

Sebelum langkah seterusnya diambil oleh ahli-ahli UMNO .... renungkan pesanan YABhg Tun Mahathir yang saya sendiri saksikan khas untuk DS Najib;

DENGARLAH SIKIT... NASIHAT ORANG TUA-TUA!

No comments: