Monday, June 30, 2014

SPAD SETUJU SETELAH KTMB AKUI BERTANGGUNGJAWAB

Sidang Media pada 28 Jun 2014

Lanjutan dari rayuan KTMB untuk menangguhkan penutupan landasan Gua Musang - Gemas kepada SPAD pada 27 Jun 2014 lalu, satu sidang media mengumumkan persetujuan telah dicapai setelah diadakan beberapa siri perbincangan. Kini perlaksanaan menjalankan kerja-kerja membaik pulih landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang akan hanya bermula pada 15 Ogos 2014. Itu adalah persetujuan yang telah diambil di antara SPAD dan KTMB.

SPAD telah membuat arahan mengikut kuasa di bawah peruntukan Seksyen 105 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta pemeriksaan berkala oleh jurutera SPAD. Pihak KTMB telah dimaklum dan telah bersetuju akan keadaan landasan yang kritikal dan memerlukan penambahbaikan segera semenjak bulan Januari 2012. Semenjak 2012, 13 kali terdapat kejadian tergelincir dan bernasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Pihak SPAD juga telah pertimbangkan alasan KTMB di mana di antara tarikh yang diarahkan pada 27 Jun 2014 lalu, akan mengakibat ramai penumpang yang mengguna keretapi di hari perayaan nanti bakal terjejas dan Hari Raya Aidil Fitri akan disambut umat Islam. KTMB juga telah memberi alasan, ketika hari perayaan besar inilah pendapatan KTMB akan memuncak. 

KTMB sebagai syarikat yang bertanggungjawab tidak mampu menjalankan penambahbaikan landasan secara berkala yang didapati dalam keadaan kritikal disebabkan kos penyelenggaraan dan operasi lebih tinggi dari pendapatan, maka SPAD sebagai agensi kawal selia kerajaan terhadap perkhidmatan keretapi Malaysia, telah berusaha dan kini berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi kerja-kerja ini. Bagi pihak SPAD, peruntukan kerajaan ini hanya bermatlamat memastikan kemudahan pengangkutan awam sentiasa berada di tahap yang baik dan selamat.



7 syarat awal yang telah dipersetujui KTMB adalah;
 
  1. Memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk meningkatkan peraturan dan pemantauan operasi tren.
  2. Meningkatkan penilaian ke atas landasan dengan mengenakan had kelajuan yang lebih rendah jika perlu.
  3. Meningkatkan pemantauan dan penyenggaraan infrastruktur landasan.
  4. Menyediakan storkereta yang lebih berkualiti.
  5. Kerahan tenaga kerja daripada KTMB untuk menangani situasi kritikal.
  6. Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua pelan tindakan.
  7. Melaksanakan program komunikasi dengan pihak berkepentingan terutamanya orang ramai dan kakitangan KTMB bagi memastikan penutupan separa inidapat dilaksanakan dengan lancar.

Lanjutan daripada permohonan penangguhan itu, setelah diadakan sidang akhbar maka pihak SPAD ingin menegaskan pihak KTMB perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap kejadian yang akan berlaku sehingga 15 Ogos 2014

Di samping itu, pihak SPAD akan memantau sepanjang masa dan KTMB perlu menghantar laporan mingguan perkembangan perlaksanaan apabila kerja-kerja membaikpulih landasan dimulakan.

Oleh yang demikian, seandainya ada di antara 7 syarat yang telah dipersetujui KTMB tidak dipatuhi, maka seandainya berlaku sebarang kemalangan ataupun kejadian, KTMB dipertanggungjawab sepenuhnya.

Walaupun pihak SPAD khuatir dengan keselamatan penumpang keretapi, namun dengan persetujuan bertanggungjawab sepenuhnya dari pihak KTMB maka diharapkan semua pihak juga harus bekerjasama dan tidak kompromi ke atas keselamatan rakyat. 

KTMB perlu memaklumkan dan membuat hebahan kepada rakyat kedudukan keretapi dan langkah-langkah yang telah dan perlu diambil agar penumpang boleh membuat keputusan yang selaras dengan kehendak dan keyakinan mereka.
Dengan syarat-syarat yang dipertanggungjawabkan oleh SPAD, diharapkan penumpang akan berkeyakinan dengan perkhidmatan KTMB terutama di musim perayaan yang akan datang nanti. KTMB diharap tidak selesa dengan kejadian-kejadian lalu yang tidak melibatkan nyawa kerana perlu diingat, saranan SPAD untuk membaikpulih landasan telah dimaklumkan kepada KTMB sejak tahun 2012.

Dengan perancangan kerajaan yang akan melaksanakan keretapi laju pada tahun 2020, seharusnya membaikpulih dan meningkatkan struktur landasan dan stesen sepatutnya diselaraskan dan dipercepatkan.

KTMB seharusnya juga tidak kompromi dengan segala isu keselamatan dan apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah berharap agar tiada kemalangan yang melibatkan nyawa di dalam tempuh penangguhan.

LEBIH BAIK CEGAH SEBELUM PARAH...

Sunday, June 29, 2014

BERITA YANG TIDAK AKAN MUNCUL DI @hdaily09

Jika diamati perutusan Ramadhan Kareem 1435H DS Najib Razak, sebagai seorang ketua pemimpin umat ​​Islam di Malaysia, beliau bukan sekadar berkata-kata untuk memupuk semangat perpaduan dalam agenda yang mulia untuk memenuhi kewajipan agama.
 
Di dalam mesejnya juga, DS Najib juga meminta di dalam bulan mulia ini di samping umat Islam mengukuhkan hubungan dengan Allah swt, hubungan baik dengan ahli keluarga dan masyarakat juga jangan diabaikan. 
 
Inilah kata-kata dikota;
 
 

 

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.
 
PM turut mendoakan Presiden PAS itu supaya cepat pulih. Difahamkan, ahli parlimen Marang itu kini menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) sebaik pulang daripada Turki.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan terpaksa dimasukkan ke Hospital Universitesi Hastansi di Medipol, Istanbul, Turki selepas mengalami sesak nafas pada 30 Mei lalu.

Berita beliau dimasukkan ke hospital di Turki turut menarik perhatian Najib yang menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki meminta supaya bantuan sewajarnya diberikan kepada Presiden PAS itu.

PM ketika itu berada di Beijing, China, manakala Abdul Hadi berada di Istanbul untuk tugasan rasmi serta menghadiri satu persidangan di Istanbul.-bnbbc.my
 
 
Berikut adalah perutusan DS Najib;
 
28 Jun, 2014
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

  1. Alhamdulillah, kita mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, dengan ihsanNya dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.
  2. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan 1435 Hijrah ini sentiasa kita nanti-nantikan. Inilah masanya, kita mengambil peluang yang sangat bernilai untuk menghayati kemanisan beribadah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  3. Ramadhan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni. Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT.
  4. Oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka saya menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian kita bernegara.
  5. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadhan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara.
  6. Dalam pada itu, di samping kita isi dan hiasi Ramadhan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah kita lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186 semasa menyentuh berkenaan Ramadhan yang bermaksud:
  7. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu…”
  8. Semoga Ramadhan tetap menjadi bulan untuk kita mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang. Diakhiri perutusan ini dengan harapan, semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan kesatuan hati sesama kita dalam meninggikan kalimah Allah di bumi tercinta ini.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Persoalaannya, apakah Harakah akan memberi liputan berita ini? Apakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya tidak mampu membuka mata mereka di bulan Ramadhan mulia ini untuk mendahulukan ukhuwah sesama Islam lebih dari politik? 

Friday, June 27, 2014

TAN SRI SYED HAMID DISALAHERTI SEBAGAI 'SALESMAN PROTON'

Proton Exora adalah keputusan kerajaan
Apabila kita kurang membaca dan sekadar ingin mencari kesalahan dan kelemahan, maka kesalahan dan kelemahan juga yang diperolehi.

Seseorang yang telah diberi kepercayaan bertanggungjawab melaksana dasar-dasar kerajaan, beliau bukan melakukan di atas kapasiti peribadi untuk kepentingan diri mahupun mencari populariti.

Tan Sri Syed Hamid Albar telah disambung kontraknya sebagai Pengerusi SPAD di atas kapasiti dan pengalaman beliau sebagai seorang Pengerusi yang dedikasi, mampu menyelesaikan masalah, mampu bekerjasama dengan semua pihak dan yang terpenting setia meneruskan dasar-dasar kerajaan.

Di dalam artikel yang disiarkan dalam sisipan Cars, Bikes & Trucks di akhbar NST ataupun online.. DI SINI, mesej utama yang telah ditulis adalah;
  • Pengerusi SPAD telah mengarahkan tanpa kebenaran kerajaan agar mengguna Proton Exora bagi semua jenis teksi.
  • Adalah menjadi satu kegagalan apabila Tan Sri dilihat ingin mempertahankan syairkat kereta nasional.
  • Tindakan menyarankan mengguna Proton Exora adalah  paling anti-kompetitif.

Ini pula jawapan Tan Sri Syed Hamid;
Merujuk kepada artikel bertajuk ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman,’ Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD') ingin menjelaskan.

Keputusan untuk mengguna Proton Exora telah dibuat oleh kerajaan dan ia adalah selaras dengan Dasar Automotif Negara. Ia tidak termasuk dalam bidang kuasa Pengerusi SPAD.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang melaksanakan transformasi industri teksi, SPAD adalah terikat untuk mematuhinya. Keputusan itu berdasarkan kepada pelbagai pertimbangan termasuk spesifikasi teknikal, ruang bagasi, ruangan untuk kaki dan kepala. Dari segi 'value for money' pula, persoalan kemampuan untuk pemandu teksi juga telah dipertimbangkan. Proton Exora adalah model yang paling mampu untuk dimiliki di dalam kelasnya tersendiri. Cadangan nilai juga termasuk pilihan dwi-bahan api (petrol dan NGV); dengan potensi masa depan untuk diesel atau versi hibrid.

Dari segi skala ekonomi, bahagian-bahagian Proton Exora mudah diperolehi. Oleh itu ia adalah lebih menjimatkan bagi pemandu teksi untuk menyelenggara kenderaan mereka. Proton juga lebih responsif kepada apa-apa permintaan untuk perubahan spesifikasi kenderaan dan ia satu kelebihan.
Industri teksi di Malaysia adalah pelbagai. Keseragaman dan kesamaan seperti yang dilihat di London, New York dan Dubai adalah satu kemestian
untuk kemampanan industri. Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang baru ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu model operasi yang selaras dan cekap. Ini termasuk spesifikasi yang minima dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan dan jangka had penggunaan yang lebih pendek ke 7 tahun . Ia juga akan menyediakan saluran ke pusat tempahan dan sistem penghantaran untuk rangkaian operasi yang lebih luas. SPAD akan selaras stuktur tambang bagi memastikan kemampanan industri.

Berikut adalah ciri-ciri TEKS1M yang telah dipersetujui pihak kerajaan;
  • 1,000 penerima lesen individu diwajibkan membeli dan menggunapakai kereta Proton Exora.
  • Melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia, setiap pemandu teksi yang akan membeli Proton Exora akan mendapat bantuan RM5,000.
  • Harga kenderaan dikecualikan dari  cukai jualan dan cukai kastam.
  • Tiada wang pendahuluan.
  • Kadar pinjaman 2% dari BSN.
  • Pakej penyelenggaraan kenderaan di bawah harga pasaran.
  • Kos insuran komprehensif motor satu parti.
  • Insuran komprehensif perlindungan diri untuk tahun pertama.
Bagi mengetahui mengapa Exora dipilih sebagai teksi TEKS1M, sila baca ... DI SINI dan juga DI SINI

Thursday, June 26, 2014

RUM VS KTMB DAN SPAD ... DI MANA KEPENTINGAN RAKYAT?



Adakah disebabkan kenyataan ini, maka RUM (Railway Union of Malaya) meneruskan hajat mereka untuk mengadakan piket di hadapan pejabat SPAD?
KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)
Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kenyataan akhbar tuan hari ini 23 Jun 2014, di muka surat 14 dan 15 yang telah menunjukan lawatan Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD yang telah melahirkan kerisauan dari aspek keselamatan landasan di sektor Gua Musang – Gemas berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta memutuskan untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang – Gemas pada 27 Jun 2014.

... dan pada 22.6.2014 satu sesi turun padang oleh pihak SPAD dan Pengerusi serta Pengurus Besar KTMB bersama-sama wartawan (... DI SINI)

Faktor piket RUM diteruskan?

1. Berpendapat SPAD ego untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang - Gemas

2. Semua tanggungjawab ini diletakan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang menjadikan punca masalah iaitu kegagalan membaiki landasan di sektor berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga keputusan di buat oleh SPAD untuk menutup operasi pada 27 Jun 2014.

3. Kenapa sekarang baru nak ambil tindakan? kita menyedari bahawa kegelinciran tren yang berlaku pada tahun 2012 telah berlaku, kenapa tidak dibaikpulih ketika itu, sedangkan setiap kegelinciran SPAD juga dimaklumkan?

4.  Mendapati SPAD hanya menjalankan tugas sebagai “AMBIL MUDAH.

5. Penutupan laluan tersebut selama dua tahun akan "menzalimi" seramai 300 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, selain penumpang untuk laluan ke Pantai Timur.

Ini pula penerangan ringkas Pengerusi SPAD ketika membuat lawatan pemeriksaan landasan keretapi di Gua Musang;

1. SPAD setelah dinasihatkan oleh pasukan teknikal KTMB dan telah membuat keputusan atas sebab keselamatan dan purely on technical ground.

2. Setelah kerajaan meluluskan 400 juta peruntukan, ia akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan serta upgrading kawasan-kawasan yang terbabit.

3. Keputusan dibuat tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak melainkan hanya di atas soal keselamatan keretapi dan pengguna.

4. Sebagai regulator SPAD ada tanggungjawab. Pengawal selia di dalam perkara ini harus membuat keputusan berdasarkan masalah teknikal.

5. Keselamatan dan nyawa penumpang dan penggendali keretapi tiada optionnya.

Persoalannya sekarang, apakah tuntutan RUM mengadakan bantahan adalah relevan apabila nyawa rakyat sanggup dipertaruhkan? Benar kata Tan Sri, tindakan ini hanya berdasarkan teknikal di atas nasihat KTMB sendiri. Pasti pasukan teknikal KTMB telah membuat cadangan ini maka kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Malahan, Tan Sri sendiri telah mengesahkan penutupan landasan keretapi dibuat secara berperingkat dan alternatif pengangkutan diambilkira dan masih difikirkan secara serius.

Berita terkini yang telah diterima, pihak RUM telah menangguhkan piket mereka setelah kenyataan media dari Tan Sri Syed Hamid dikeluarkan;




Apa yang boleh kita faham di sini ialah kerana gagal berkomunikasi, bekerjasama dan mencapai persefahaman dengan pihak pengurusan tertinggi KTMB, maka persatuan sekerja mereka (RUM) bertindak menentang arahan SPAD.

RUM juga gagal untuk memahami tanggungjawab SPAD dalam isu arahan yang diberi.

Sehingga hari ini, SPAD mementingkan keselamatan rakyat iaitu penumpang yang dikatakan ratusan ribu yang melalui landasan keretapi yang telah pun dikenalpasti sangat uzur dan bakal mengundang bahaya TETAPI RUM mementingkan masa bekerja 300 ahlinya.

Oleh itu, apakah bantahan RUM terhadap arahan SPAD mempunyai agenda berkepentingan sendiri atau benar-benar memikirkan keselamatan rakyat?


"SUMBER" MALAYSIA INSIDER KECEWA BILA TIADA MENTERI DIGUGURKAN

Semalam DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perlantikan 6 jawatan menteri dan timbalan menteri. Beberapa jam sebelum pengumuman itu, Malaysia Insider telah mengeluarkan artikel berikut;


... dan di Facebook;


Hassan Malek dan Jamil Khir akan digugurkan? Apabila kita teliti artikel, MI hanya menulis artikel yang lebih kepada berupa gosip dan cerita kedai kopi kerana maklumatnya berpandu kepada ... "MENURUT SUMBER"

Sebenarnya memang boleh agak dari mana sumber berita mengarut MI, kerana dalam dunia blogger politik di Malaysia ini bukan ramai pun. Dunia blogger politik di Malaysia kecil dan jika seseorang itu telah lama bergelumang dengan dunia ini, kita dengan mudah dapat kesan permainan sesuatu isu itu.

Dalam isu rombakan kabinet dan 2 menteri yang akan digugurkan... the keyword ialah - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Namun artikel tersebut telah dikeluarkan ... cuba klik DI SINI

Ini bukan pertama kali Malaysia Insider mengeluarkan berita-berita gosip palsu, namun yang pasti adalah;


Ini pula mesej Perdana Menteri di atas lantikan mereka;

Perlantikan baru ke kabinet dari rakan parti kompenan Barisan Nasional dari MCA dan Gerakan. Perlantikkan ini menyaksikan bahawa kerajaan telah mengambilkira dan ingin mengukuhkan kembali konsep perkongsian kuasa didalam pentadbiran yang melibatkan semua kaum di negara ini.
Satu perubahan perlu di lakukan untuk melonjakkan lagi pendirian Barisan Nasional yang mendokong prinsip perpaduan kerjasama dan kesatuan dalam memerintah negara.
Lebih lebih lagi sejarah hari ini sejak dari dulu telah menyaksikan penglibatan dan pemimpin pemimpindari kaum Cina, India dan lain lain kaum mainoriti yang mewakili parti kompenen Barisan Nasional. Turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara.
Negara Malaysia memiliki kepelbagaian dari segi kaum, Agama dan Budaya yang tentunya menyaksikan perbezaan yang ujud, tetapi perbezaan ini dapat di tangani sebagai satu kekuatan kepada pentadbiran negara.
Kebolehan pemimpin, bertolak ansur, menghormati antara satu dengan lain telah berjaya menyelesaikan konflik dengan aman adalah antara tras bangsa Malaysia kita sekali gus menjadi resepi kejayaan masa depan kita.
Perlantikan menteri dan timbalan menteri yang dibuat pada hari ini ada hubungkaitnya dengan pembentukan yang jitu bagi memimpin rakyat dari pelbagai kaum dan ragam dengan jayanya.
Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana wakil dari MCA yang mewakili kaum Cina telah dapat kembali berada didalam kabinet begitu juga dengan wakil dari parti GERAKAN.
Kesemua yang di lantik akan mengambil sumpah jawatan dan sumpah memegang rahsia pada hari Jumaat bersamaan 27 Jun 2014 dihadapan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Ini pesanan 'sumber' gosip Malaysia Insider; Hentikan kerja-kerja nujum pak belalang dan kononnya ingin mencatur nasib ahli-ahli politik. Yang sebenarnya habuan yang diutamakan dan bukanlah perjuangan. Apa-apa pun, jika kail hanya tinggal sejengkal, memancing sajalah di belakang rumah.

Kepada Malaysia Insider pula, terus dijadikan bahan lawak rakyat dengan gosip murahan untuk mendapat hits. Mengkritik dasar-dasar kerajaan adalah sangat jauh beza dari menulis fitnah.

Tahniah kepada MCA dan Gerakan. Diharap dengan perlantikan ini, diharap sumbangan serta tanggungjawab dapat dipertingkatkan.

Monday, June 23, 2014

NYAWA PENUMPANG LEBIH PENTING ... LANDASAN KERETAPI GUA MUSANG DITUTUP SEMENTARA

Apa yang ada di fikiran kita jika kita melihat ini?


Jambatan pertama yang perlu diperbaiki - Guilemard Bridge










Ia adalah alasan mengapa landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang perlu ditutup buat sementara waktu. Pemandangan di atas adalah keadaan jambatan MR Wheelbridge. Stesen Kemubu pula perlu dinaiktaraf dengan kadar segera. Mengapa dengan kadar segera?

Menurut laporan Utusan Malaysia;

'Disebabkan faktor lokasi tersebut, sebilangan besar pelajar termasuk guru-guru dari Bukit Abu dan Kemubu akan menaiki tren ke sekolah'

Jika sebilangan besar pelajar dan guru-guru melalui Jambatan Wheelbridge yang uzur tersebut, apakah keselamatan mereka akan terjamin? Apakah sehingga ada kemalangan jiwa baru ingin bertindak?

Terdapat juga rungutan keretapi dari Krai ke Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai selalunya lambat sehingga berjam-jam dari jadual untuk sampai ke tempat yang dituju, kerana masalah-masalah yang dihadapi dalam perjalanan terutamanya kerosakan landasan keretapi.

Oleh kerana mengutamakan keselamatan penumpang dan rakyat, maka SPAD bersama-sama wartawan telah membuat sesi lawatan memeriksa dengan sendiri keadaan landasan keretapi  yang telah diketuai Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar.






 
Liputan media bersama-sama wartawan dari TV3, RTM, akhbar The Star dan Berita Harian telah bermula dari  Stesen Wakaf Baru sehingga ke KL Sentral bagi memberi gambaran jelas betapa seriusnya kedaifan beberapa tempat landasan keretapi berkenaan. 
 
 
Blog ini akan kemaskini penjelasan dan laporan selanjutnya dari pihak SPAD untuk mengetahui  mengapa landasan keretapi Gemas - Gua Musang perlu ditutup dalam masa terdekat.


BERITA TERINDAH UNTUK UMAT ISLAM PAGI INI


DAH MUKTAMAD - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald

Dari Agenda Daily :
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald. 

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu, iaitu dari tujuh hakim yang bersidang empat menolak dan tiga menyokong. Keputusan muktamad 4-3.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN melarang The Herald guna kalimah Allah KEKAL. Gereja katolik tidak boleh merayu lagi.

Seterusnya baca ... DI SINI

Inilah sebahagian rakyat yang setia memberi sokongan dan di antara NGO yang tetap hadir adalah Pertubuhan Islam Gabungan Amal (per3), Pertubuhan Pribumi PERKASA dan PEKIDA.  




Saturday, June 21, 2014

'SUPER BABY' SPAD MENJAWAB TEGURAN AUDIT NEGARA



SPAD yang baru berusia hampir 4 tahun ibarat anak kecil, ingin dilihat sebagai 'Super Baby' ketika melaksana tugas dan tanggungjawabnya. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, super baby ini hanya ingin memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

Di dalam Laporan Audit 2013, SPAD didapati;

Tidak menjalankan pengauditan pematuhan keselamatan secara menyeluruh terhadap pengangkutan awam darat dan kenderaan perdagangan pada tahun 2011 dan 2012.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 2, hari ini, SPAD hanya menumpukan pemeriksaan keselamatan terhadap syarikat bas ekspres dan tidak menjalankan pengauditan pematuhan keselamatan terhadap semua jenis pengangkutan awam darat yang lain.

Selain itu, laporan tersebut mendapati pada tahun 2011 sebanyak 43 syarikat pengangkutan awam telah diaudit oleh SPAD berbanding sasaran sebanyak 44 syarikat manakala sebanyak 169 syarikat telah diaudit melebihi sasaran sebanyak 156 syarikat pada 2012.

Justeru, pihak audit mengesyorkan SPAD mendapatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan secara menyeluruh.

Selain itu, semakan audit terhadap kes tangkapan SPAD dari tahun 2011 sehingga Oktober 2013 mendapati sebanyak 57.5 peratus kes atau 103 daripada 179 kes lewat diselesaikan iaitu melebihi 60 hari.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 kes lewat antara 61 hingga 240 hari, 30 kes (241-420 hari) manakala 15 kes lewat 421 hingga 600 hari.

Untuk itu, pihak audit mengesyorkan SPAD menetapkan tempoh penyelesaian kes di peringkat Bahagian Penguatkuasaan dalam Manual Prosedur Kerja.

Di samping itu, mekanisme pemantauan yang berkesan perlu diwujudkan termasuk perbincangan mengenai status tempoh penyelesaian kes dalam Mesyuarat Pengurusan bagi memastikan kes diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. - Bernama

Ini adalah jawapan dari pihak SPAD;

LA (Laporan Audit) : SPAD hanya menumpukan pemeriksaan keselamatan terhadap syarikat bas ekspres?
SPAD :
SPAD adalah sebuah organisasi yang sangat baru dan setelah beroperasi hanya  pada 31 Januari 2011, tumpuan utama terhadap bas ekspres adalah berdasarkan sejarah di mana kenderaan ini merupakan jenis pengangkutan awam yang berisiko paling tinggi terhadap penumpangnya. Penilaian Laporan Audit Negara telah dibuat pada tahun 2011 di mana bahagian penguatkuasaan bertanggungjawab bagi keseluruahan Semenanjung Malaysia dan ketika itu SPAD hanya mempunyai 62 pegawai penguatkuasa.

Ketika itu juga, SPAD masih belum melaksanakan audit keselamatan tetapi dengan memperkenalkan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Kesihatan (SPAD ICOP SHE) pada Ogos 2013, pihak SPAD telah mewajibkannya sebagai sebahagian syarat untuk mendapatkan lesen bagi syarikat pengendali. 
Syarat wajib baru ini dimulakan dengan bas-bas ekspres pada Ogos 2013 dan pada bulan Oktober 2013 pula untuk lori. Dalam masa terdekat, pihak SPAD akan mewajibkan SPAD ICOP SHE sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen bagi pengendali bas sekolah dan akan berkuatkuasa pada pertengahan kedua 2014.

SPAD ICOP SHE adalah Kod Amalan yang sangat menyeluruh merangkumi kesemua aspek pengurusan keselamatan termasuk pemandu, kenderaan danpengurusan perjalanan. Sebagai sebahagian daripada syarat lesen, jika terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi, ini boleh mengakibatkan samada lesen akan dibatalkan atau digantung. Malah, di dalam beberapa kejadian baru-baru ini telah menunjukkan SPAD serius melaksana tugas serta tanggungjawab dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas setiap kesalahan.


LA : SPAD gagal memungut RM868, 798 atau 31% daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun 2011? 
SPAD :
Ingin menjelaskan bahawa di dalam Laporan Audit Negara, kesemua kompaun tertunggak dari kes yang belum selesai dalam tempuh 90 hari telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah. Malangnya perkara ini telah silap diklasifikasikan sebagai tiada kutipan disebabkan sistem IT SPAD yang agak ketinggalan.

Namun, disebabkan perkara tersebut dan selaras dengan rancangan jangka panjang, pihak SPAD telah mula mengadakan satu sistem baru yang dikenali sebagai 'SPAD Operator Licensing System' - Sistem Pelesenan Pengendali SPAD atau SPOLS bagi mengesan status kompaun dengan lebih tepat. SPOLS akan menjadi satu sistem yang lebih mantap di mana pihak SPAD mampu memantau status pengendali yang terkini di samping mendapatkan laporan untuk penguatkuasaan yang lebih cekap. SPOLS akan menggantikan sistem SIKAP yang agak ketinggalan pada bulan September 2015.

SPOLS juga mampu mengesan kes-kes yang telah didaftarkan di mahkamah di dalam senarai pendakwaan.


LA : SPAD perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain?

SPAD :
Perlu dijelaskan bahawa Suruhanjaya ini telah melaksanakan strategi 'Blue Ocean' dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain. SPAD telah pun menandatangani MOU dengan operasi bersepadu bersama-sama PDRM, DBKL, JPJ, Perbadanan Putrajaya, MIROS dan JKJR pada 19 Oktober 2012 lalu. Operasi bersepadu juga seringkali diadakan bersama-sama agensi-agensi tersebut di dalam menegakkan undang-undang.

Kerjasama ini juga termasuk mengguna kawasan simpanan milik agensi-agensi ini untuk kenderaan-kenderaan yang disita oleh SPAD. Suruhanjaya ini di dalam proses mengembang dan memperbaiki kemudahan penguatkuasaan dan telah mengenalpasti kawasan baru di Mukim Labu, Nilai bagi menyimpan kenderaan-kenderaan yang telah disita. Pejabat Penguatkuasa zon selatan SPAD akan berpindah ke Menara Cyberport, Johor Bharu dengan keluasan 13,000 kaki persegi.

Kesemua ini akan dapat memenuhi keperluan untuk menyimpan kenderaan yang di sita dalam keadaan selamat, kawasan simpanan untuk pameran, kelengkapan penguatkuasaan dan menyediakan bilik-bilik yang kondusif ketika siasatan dijalankan.

Nampaknya SPAD sangat responsif terhadap setiap teguran dan cadangan di dalam Laporan Audit Negara. Di dalam meningkatkan pelan halatuju agar berfungsi sebagai agensi penguatkuasa dan pengawal selia dengan lebih efisien, SPAD sememangnya mengalu-alukan segala input yang diperolehi dan akan disalurkan secara positif demi kebaikan Rakyat.

Walaupun harapan yang diletakkan rakyat terhadap SPAD agar berfungsi sebagai 'super baby', sedaya mungkin mereka akan cuba memberi impak yang optimum walaupun berhadapan dengan sumber yang terhad. SPAD sentiasa melaksana amanah untuk kepentingan rakyat dan pelan hala tuju untuk meningkatkan keupayaan SPAD adalah jelas dan kekal sebagai proses yang akan diteruskan.

Wednesday, June 18, 2014

ADUAN RAKYAT JAYAKAN OPS HIPPO SPAD


Jalan melalui kawasan Puchong sentiasa membuat kita rasa tidak selamat dan punca utamanya kerana ia adalah laluan lori-lori hantu yang bermaharajalela. Akibatnya bukan sahaja keadaan jalanraya yang berlopak-lopak malahan kejadian kemalangan ngeri bakal berhadapan dengan penduduk Puchong dan pengguna jalanraya di sana.

Oleh itu, SPAD sentiasa akan meneruskan operasi bagi membenteras lori-lori hantu ini di mana pihak SPAD telah bertindak di atas aduan rakyat.

Baru-baru ini sekali lagi hasil dari operasi yang dijalankan SPAD dipanggil Ops Hippo telah menangkap 25 buah lori. Pihak berkuasa SPAD telah mendapati di antara kesalahan yang sering dilakukan adalah membawa lebih muatan. Malahan terdapat juga kesalahan yang lebih serius yang melibatkan kesalahan keselamatan seperti tayar botak dan keadaan fizikal lori yang rosak.

Walaupun hanya 35 anggota penguatkuasa SPAD yang menjalankan operasi kali ini, namun kejayaan mereka menangkap 25 buah lori dengan pelbagai kesalahan adalah hasil dari kerjasama agensi penguatkuasa lain seperti PDRM dan yang lebih penting ialah kerjasama dan prihatin penduduk tempatan.

Mengikut rekod SPAD, sepanjang lima bulan dalam tahun 2014, sebanyak 1,394 lori telah ditahan dan semenjak bermulanya operasi pada Jun 2011 sebanyak 4,820 buah lori telah diambil tindakan. Yang jelas, kebanyakan tindakan diambil di kawasan Puchong dan ia merupakan 'hot spot' laluan lori-lori hantu selain daripada Cheras dan Rawang.

Setiap kesalahan bakal berhadapan dengan denda tidak kurang daripada RM1,000 atau tidak lebih dari RM500,000 di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat.




Di dalam melakukan kesalahan ini, ia tidak terletak hanya kepada pemandu-pemandu lori sahaja malahan pengusaha-pengusaha lori juga seharusnya bertanggungjawab bersama dan mereka juga akan didakwa. Terdapat juga kesalahan berulang yang bakal mengakibatkan tindakan pentadbiran di mana lesen perniagaan akan digantung atau dibatalkan.

Pihak penguatkuasa tidak akan mampu membenteras kegiataan lori-lori hantu ini dengan sendirinya dan kerjasama serta prihatin masyarakatlah tunggak kepada kejayaannya. 

Wednesday, June 11, 2014

LARKIN SENTRAL PERLU CONTOHI TBS UNTUK BANTERAS ULAT TIKET

Kisah ulat tiket di terminal bas bukan sesuatu yang baru. Kini rakyat semakin resah dan gelisah kerana mereka lebih berani melakukan kegiatan menjual tiket bas secara terbuka dan memaksa.

Baru-baru ini kejadian yang sama juga telah berlaku di Larkin Sentral dan mendapat perhatian netizen;

SPAD dipersalahkan?

Sebagai agensi kerajaan yang responsif, SPAD telah pun mengambil tindakan menyiasat kejadian seperti yang didakwa di atas. Berikut adalah hasil siasatan pihak SPAD;
Anggota telah membuat pemeriksaan di Kaunter hadapan platform seperti kaunter syarikat KKKL, Delima,City Express, Mayang Sari dan Cepat Sedia.

Platform dan tiket penumpang juga telah diperiksa dan mendapati harga pada hari ini dijual pada harga normal.

Syarikat yang diperiksa dari Syarikat Qistna, Shamisha, Kwok Ping dan Meredian Holiday. Tiada notis dikeluarkan.

Aktiviti ulat tiket juga tidak aktif memandangkan cuaca hujan yg amat lebat di Larkin Sentral pd hari ini.

Untuk makluman, anggota juga telah membuat pemeriksaan pada hari yang sama dipercayai aduan dibuat tarikh 8/6/14 di Larkin Sentral. Pada waktu itu keadaan masih tenang.

Aduan terbuka tersebut dibuat dipercayai berkemungkinan dari beberapa faktor dibawah:-

1. Kejadian berlaku kerana beberapa kaunter tiket dikatakan ditutup setelah tiket habis dijual.

2. Ulat telah ambil kesempatan dgn menaikkan harga tambang sehingga 2 kali ganda dari harga asal kepada penumpang apabila anggota SPAD telah beredar meninggalkan Larkin Sentral.

3. Penumpang yg berpusu-pusu inginkan tiket untuk ke Kuala Lumpur dan lain-lain tempat untuk memulakan minggu baru dan masih musim cuti sekolah.

4. Pemeriksaan seterusnya akan dilaksanakan dan tangkapan berpandukan ID sedia ada akan dibuat ke atas OYDS.

Maka adalah tidak benar kenyataan menuduh SPAD tidak membuat pemantauan ketika kejadian seperti yang ditulis di atas kerana dengan jelas sekali pegawai-pegawai SPAD sememangnya berada di terminal bas tersebut.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang semua perlu tahu, ulat-ulat tiket ini masih berjaya meneruskan aktiviti haram mereka dengan membeli tiket secara pukal dari syarikat-syarikat bas. Yang menjadi musykil adalah bagaimana ulat-ulat ini mampu mendapatkan tiket bas jika pihak syarikat tidak menjual kepada mereka? Adakah syarikat-syarikat bas ini bersekongkol atau ulat-ulat ini juga adalah sebahagian dari mereka?


Sebenarnya, isu ulat-ulat tiket ini mampu dibentras di mana-mana terminal bas seandainya tiket bas dijual mengikut cara kejayaan Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) dalam memerangi ulat tiket menerusi sistem pembelian tiket berpusat yang dilengkapi kemudahan seperti kaunter khidmat pelanggan 24 jam dan kemudahan pembelian. Terdapat juga mesin kios untuk membeli tiket secara tunai atau “touch n go”. Cadangan ini telah pun dilaksanakan semenjak 2012.

Satu lagi cadangan yang pernah diketengahkan oleh pihak SPAD pada tahun lalu, syarikat-syarikat bas ini menjual tiket secara online.


Jika kita ke TBS, bukan saja kita mampu menikmati keselesaan di terminal tersebut malahan ulat-ulat tiket hampir pupus dan kita tidak perlu risau memilih mana-mana bas dan terus membeli tiket di kaunter-kaunter.

Cadangan telah pun diberikan oleh pihak SPAD, kini terpulang kepada rakyat untuk mendesak pemilik bas-bas terminal melaksanakan cadangan SPAD. Kita ada pilihan dan kita berhak membuat pilihan.

Maka pilihan kita, bantu banteras ulat-ulat tiket dengan mendesak kesemua terminal bas melaksana cadangan SPAD DAN MENCONTOHI TBS-BTS!