Jambatan pertama yang perlu diperbaiki - Guilemard Bridge |
Ia adalah alasan mengapa landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang perlu ditutup buat sementara waktu. Pemandangan di atas adalah keadaan jambatan MR Wheelbridge. Stesen Kemubu pula perlu dinaiktaraf dengan kadar segera. Mengapa dengan kadar segera?
Menurut laporan Utusan Malaysia;
'Disebabkan faktor lokasi tersebut, sebilangan besar pelajar termasuk
guru-guru dari Bukit Abu dan Kemubu akan menaiki tren ke sekolah'
Jika sebilangan besar pelajar dan guru-guru melalui Jambatan Wheelbridge yang uzur tersebut, apakah keselamatan mereka akan terjamin? Apakah sehingga ada kemalangan jiwa baru ingin bertindak?
Terdapat juga rungutan keretapi dari Krai ke Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai selalunya lambat sehingga berjam-jam dari jadual untuk sampai ke tempat yang dituju,
kerana masalah-masalah yang dihadapi dalam perjalanan terutamanya kerosakan landasan keretapi.
Oleh kerana mengutamakan keselamatan penumpang dan rakyat, maka SPAD bersama-sama wartawan telah membuat sesi lawatan memeriksa dengan sendiri keadaan landasan keretapi yang telah diketuai Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Liputan media bersama-sama wartawan dari TV3, RTM, akhbar The Star dan Berita
Harian telah bermula dari Stesen Wakaf Baru sehingga ke KL Sentral bagi memberi gambaran jelas betapa seriusnya kedaifan beberapa
tempat landasan keretapi berkenaan.
Blog ini akan kemaskini penjelasan dan laporan selanjutnya dari pihak SPAD untuk mengetahui mengapa landasan keretapi Gemas - Gua Musang perlu ditutup dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment