Masih ingat klip video yang telah viral di media sosial pada April lalu?
Dikatakan kejadian ini berlaku di bahagian selatan Pavilion Mall apabila pegawai SPAD cuba menasihat pemandu-pemandu teksi yang berbaris panjang menunggu penumpang. Jelas mereka bukan saja cuba menghalang pegawai penguatkuasa menjalankan tugas namun akibat kedegilan mereka telah mengakibatkan kesesakan jalanraya yang teruk di Kuala Lumpur.
Pihak SPAD juga telah membuat laporan polis terhadap sekumpulan pemandu teksi termasuk Pengerusi Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur, Mohamed Ashraf Yasin kerana gemar mengasari pegawai penguatkuasa SPAD ketika mereka membuat rondaan di sekitar Bukit Bintang.
Rentetan daripada kejadian itu, nampaknya seperti Asraf tidak berpuas hati dan kini mengadakan demonstrasi 3 baris teksi selama 3 jam dan bertengkar dengan pegawai penguatkuas yang mengakibatkan kenderaan di jalanraya tidak bergerak langsung. Ia tidak berhenti di situ, malahan Asraf telah mencabar untuk mengadakan demonstrasi yang lebih besar lagi pada hari Isnin yang akan datang.
Difahamkan SPAD, JPJ, DBKL dan pihak PDRM akan menjalankan satu operasi besar-besaran iaitu 'Ops BBKLCC' terhadap pemandu teksi yang degil dan engkar bermula hari Isnin ini.
Walaubagaimanapun, ini adalah mesej dan amaran kepada mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam demonstrasi nanti;
Kejadian di Pavilion Selatan |
KENYATAAN OLEH ENCIK MOHD NUR ISMAL MOHAMED KAMAL, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF S.P.A.D. :SPAD AKAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP PEMANDU TEKSI YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG
KUALA LUMPUR, 7 Jun 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi pada hari Rabu lepas di Bukit Bintang.
S.P.A.D. juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis dan JPJ untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut sehingga menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.
Dalam hal ini, S.P.A.D. memandang serius akan sikap pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut.
S.P.A.D. ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang.
Dan ini pula mesej rakyat kepada pemandu-pemandu teksi degil ini;
Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bertindak tegas terhadap mereka yang degil dan tidak mengikut undang-undang. Perlu diingat, ini adalah tindakan demi kepentingan rakyat dan bukan untuk segelintir sahaja. SPAD mengambil tindakan berdasarkan maklumat rakyat dan hampir setiap hari, SPAD mendapat aduan yang banyak terhadap sikap tidak bertanggungjawab pemandu-pemandu teksi bandaraya.
Terima kasih kepada pihak berkuasa yang akan melaksanakan Ops BBKLCC terhadap mereka yang degil dan kita perlu bersama-sama SPAD dan pihak berkuasa yang lain memastikan agar imej negara tidak tercalar hanya kerana sikap dan perangai sesetengah pemandu teksi yang degil dan melanggar undang-undang.
No comments:
Post a Comment