Friday, October 31, 2014

1MDB MENJAWAB SOALAN TUN M DAN TUDUHAN LIAR RAFIZI


Terdahulu, Tun M telah mempersoal di dalam blognya;

  • Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99% sedangkan biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0% dan Petronas membayar 3.6% sahaja. 
  • USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
  • Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini dan ia adalah terlalu tinggi.
  • Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?

Sebagaimana diminta Tun M, penjelasan perlu dibuat kepada rakyat dan kini di dalam kenyataan media 1MDB memberi penjelasan walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu.

Sangat berbeza sekali dengan kenyataan dari pihak pembangkang yang lebih kepada tuduhan-tuduhan yang hanya ingin mengambil kesempatan bagi kepentingan politik mereka.

Di dalam Suara Keadilan dengan tajuk "Hutang 1MDB ancaman besar kepada negara", Rafizi kononnya mengulas kritikan Tun M dan berpendapat bahawa dana 1MDB yang dikumpul daripada hutang dan bukan keuntungan yang dijana.

Pada pandangan politik Rafizi, siasatannya menunjukkan keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion adalah tanggungjawab sepenuh Kerajaan Malaysia dan sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, kerajaan Malaysia bertanggungjawab melangsaikan hutang itu, dan sudah tentu ia menggunakan wang rakyat.

Kini, Perdana Menteri telah menjelaskan kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap. Hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia. "1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain. Seterusnya boleh dibaca ... DI SINI

1MDB memandang serius tuduhan yang dilemparkan.  
 
Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, diberi penjelasan seperti ringkasan berikut dan sepenuhnya boleh dibaca ... DI SINI;

KADAR FAEDAH BON YANG TINGGI

Perbandingan yang tidak adil apabila kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009 dikatakan kadar faedah yang tinggi dibandingkan dengan Petronas yang telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.      

1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun manakala satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun.

 Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

MEMBAYAR KOMISEN DAN  FI

Keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar. 
    
Komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion. 

GOLDMAN SACHS

Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.

Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. 

Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.  

HARGA BELIAN LEBIH TINGGI DARI HARGA PASARAN - STESEN JANAKUASA SWASTA

Ini telah ditimbulkan semula sekali lagi. IMDB hanya memperoleh aset apabila yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012.

Bacalah penjelasan dari 1MDB seterusnya... DI SINI

Nampaknya, isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu ditimbulkan secara berulang-ulang dengan niat ingin mempersoal kredibiliti Perdana Menteri dan beliau juga adalah Menteri Kewangan.

Namun, satu pendedahan yang telah mengundang kebimbangan pihak pembangkang di mana salah satu aktiviti utama 1MDB adalah membeli kebanyakan tanah yang berpotensi tinggi terutamanya di Kuala Lumpur dan ini seolah-olah cuba sedaya upaya cuba dimiliki kesemua tanah di Kuala Lumpur walaupun ianya merupakan tanah Rizab Melayu oleh satu bangsa tertentu iaitu peniaga Cina.... baca
seterusnya ... DI SINI

NEGARA JEPUN BERMINAT KERJASAMA PROJEK KERETAPI BERKELAJUAN TINGGI



Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) KL-Singapura yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri adalah seperti yang dirancang, di mana kedua-dua negara telah memperincikan laporan teknikal yang lengkap untuk dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua negara.

Pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Singapura juga dikatakan mengadakan pertemuan secara teratur, bagi membincangkan projek itu, dijangka siap pada tahun 2020.

Pihak SPAD yang diberi tanggungjawab  dan kepercayaan untuk menyediakan kajian serta kemukakan cadangan terhadap projek keretapi berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangkan perjalanan 300 km melalui jalan darat dari 5 jam kepada kira-kira 90 minit dan setakat ini tidak menghadapi apa-apa isu,  hanya menunggu dimuktamadkan oleh kedua-dua kerajaan yang dijangkakanpada suku tahun depan.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid memaklumkan dua jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa peringkat menteri bersama.

Kini laporan telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat Jepun telah menunjukkan minat yang besar dalam projek ini, dan syarikat-syarikat Jepun yang besar telah membentuk perkongsian semata-mata untuk melaksanakan projek HSR dan kemungkinan besar, teknologi peluru hujan Jepun akan diambil kira bagi projek ini.

Kerajaan Jepun bersedia untuk membantu Malaysia dan Singapura dengan menyediakan dana untuk memastikan bahawa projek High Speed ​​Rail (HSR) akan menjadi kenyataan pada tahun 2020 berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman puluhan tahun dari kereta peluru Shinkansen Saham. Ini termasuk juga menyediakan latihan teknikal kepada aspek perkakasan dan perisian sistem Shinkansen.

Jepun juga telah menyediakan konsultasi untuk SPAD yang mengetuai projek HSR di Malaysia.

Industri Shinkansen telah bermula pada tahun 1965 ketika Tokaido Shinkansen beroperasi. Tiga lagi jaringan - Sanyo, Kyushu dan Tohoku Shinkansen - kemudian dibuka, menjadikan operasinya berjumlah sepanjang 2,400km.

Pihak Jepun juga menyarankan sekiranya kerajaan Malaysia perlu bantuan dalam kos operasi, mereka boleh menggunakan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA), yang bertujuan untuk membantu negara-negara membangun. Kerajaan Jepun juga boleh membantu dengan menyuntik dana dalam bentuk pelaburan dalam syarikat swasta yang terlibat dalam projek tersebut.

Laluan Tokyo-Nagoya Shinkansen yang 350km juga mempunyai panjang yang hampir sama, dan ia telah terbukti menjadi popular mod pengangkutan di mana perjalanan di antara Tokyo dan Nagoya, 71 peratus daripada penumpang lebih memilih menggunakan kereta api peluru berbanding bas (5 peratus) atau pesawat (23 peratus).

SPAD menganggarkan bahawa HSR akan membawa sehingga 49,000 penumpang sehari pada tahun ke-10 operasi dengan menjangkakan sebanyak 17.9 juta penumpang setiap tahun. SPAD juga meramalkanbilangan penumpang tahunan akan mencapai 251 juta menjelang 2060.

Tujuh perhentian HSR telah disahkan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya.

Thursday, October 30, 2014

FELDA BERSIH DARI RASUAH


Di dalam sebarang pengurusan kontrak perolehan dan SOP pengurusan kewangan FELDA, tidak terdapat unsur rasuah, ketirisan dan penyelewangan. 

Ini telah disahkan oleh Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), Datuk Nur Jazlan.

Namun masih terdapat kelemahan dalam pengurusan kontrak perolehan yang hanya akan menyebabkan masalah tatacara kewangan ketika proses audit akan terus berlaku dan berulang pada masa depan.

Dengan pengesahan ini, segala tuduhan dari pihak pembangkang bahawa pengurusan tertinggi
FELDA terlibat di dalam kegiatan rasuah adalah meleset dan tuduhan-tuduhan tersebut semata-mata berniat mengaibkan imej FELDA.

PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah ditubuhkan bertujuan untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna. Di dalam PAC, jawatankuasanya terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen dari parti kerajaan dan tidak ketinggalan parti pembangkang iaitu dari DAP, PKR dan PAS.

Pada masa yang sama juga, bagi mengesahkan bahawa FELDA bersih dari rasuah, organisasi kebanggaan negara ini juga telah mewujudkan Unit Pengurusan Risiko/Integriti semenjak 2010 yang telah pun memasuki fasa kedua yang sejajar dengan usaha kerajaan berdasarkan NKRA iaitu MEMERANGI RASUAH. 

FELDA dan FGV telah pun menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Pakatan Integriti dengan SPRM pada 9 April 2012. FELDA dengan kerjasama SPRM telah giat menjalankan program kesedaran di semua peringkat negeri dan pengurusan yang memberi fokus kepada pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dengan langkah-langkah FELDA serta anak-anak syarikatnya komited dan serius melaksana tanggungjawab mereka kepada stakeholders secara telus, serta pengesahan dari PAC maka dakwaan-dakwaan liar pihak-pihak pembangkang adalah SALAH dan sememangnya ia berniat JAHAT. Mereka mengetahui apabila rasuah dapat disabitkan dengan FELDA, maka dengan mudah mereka mampu melenyapkan kepercayaan pelabur-pelabur asing dan rakan-rakan kongsi serta rakan niaga antarabangsa.

Tidak hairan seandainya mereka akan cuba mencari kelemahan-kelemahan FELDA yang lain dan mengabaikan segala pencapaiannya yang mampu membawa FELDA bersaing secara sihat dan konstruktif di pasaran global.

Sekali lagi, diulang bahawa .... 

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada unsur rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam pengurusan kontrak perolehan dan prosedur operasi standard (SOP) kawalan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

SYABAS FELDA!

Wednesday, October 29, 2014

KDN BENARKAN PENGUATKUASA SPAD BAWA SENJATA API

Pasukan penguatkuasa SPAD mungkin baru tetapi risiko yang mereka hadapi ketika menjalankan tugas agak merbahaya juga di mana mereka akan berhadapan dengan pelbagai aktiviti keganasan ketika menegakkan undang-undang.

Benarlah kata CEO SPAD, masih terdapat mereka yang tidak biasa dengan undang-undang yang dikuatkuasakan. Mendidik pemandu-pemandu teksi, lori dan bas bukan satu perkara mudah dan boleh diperolehi kejayaannya dengan sekelip mata tetapi ia adalah proses berterusan sehingga ia dijadikan satu budaya dan tatacara bekerja.

Lanjutan daripada insiden di Langkawi, apabila ada kejadian mengugut pegawai penguatkuasa SPAD dengan senjata api, maka dilihat adalah perlu bagi mereka mempersiapkan keselamatan diri mereka.


Walaupun KDN telah memberikan kebenaran untuk pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD membawa senjata api ketika bertugas semenjak bulan Julai lalu, pihak SPAD lebih memilih agar sikap di kalangan rakyat memahami dan akur untuk mematuhi undang-undang.

Untuk pegawai penguatkuasa SPAD dilengkapkan dengan senjata api adalah jalan terakhir kerana di setiap operasi dilakukan, SPAD masih bergantung kepada kerjasama yang kukuh dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti  pasukan polis.

SPAD bukan mengambil tugas polis kerana menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Che Hasni Che Ahmad senjata api akan hanya dibawa untuk beberapa jenis operasi tertentu dan hanya beberapa petugas saja yang akan dibenarkan.

Kita masih ingat bagaimana pegawai penguatkuas SPAD pernah diugut tonto-tonto lori, dikasari ulat-ulat tiket dan diancam pemandu-pemandu teksi sapu, yang semua ini mampu mengancam keselamatan mereka. Namun apa yang lebih penting adalah... RAKYAT MEMBUDAYAKAN PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG.

604 PELATIH PLKN TIDAK BOLEH BERCAKAP BAHASA MELAYU TELAH DIATASI



Kajian mengenai 604 pelatih PLKN yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu telah ditimbulkan semula oleh Prof Dr Tewo Kok Seong, seorang pensyarah dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM adalah suatu perkara yang bukan sekadar membimbangkan tetapi telah menjadi tandatanya bagaimana mereka layak melepasi peperiksaan SPM dan seterusnya layak sebagai pelatih PLKN.

Rupanya kajian yang ditimbulkan semula ini adalah kajian pada tahun 2010. Dan kita juga tertanya-tanya apakah pelatih-pelatih yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu di dalam kategori tidak boleh menyebut langsung perkataan-perkataan Melayu, tidak langsung boleh mengucapkan Selamat Pagi dan seterusnya tidak langsung mampu mengucapkan perkataan semudah "terima kasih" atau "nama saya Lim Kit Siang"?

Walaubagaimanapun, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid telah menjelaskan bahawa jabatan telah pun mengatasi masalah ini.

Modul I-Smart yang telah pun diperkenalkan pada tahun 2011 bukan sekadar menumpukan kepada pelatih yang tidak boleh berbahasa Melayu namun modul khas ini telah pun membantu pelatih yang buta huruf sepanjang menjalani latihan di kem seluruh negara. Pelatih yang buta huruf akan dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira melalui kelas petang yang diadakan selama sejam selepas tamat latihan harian mereka.

Ada lima tahap yang digunakan dalam program ini bagi membolehkan tahap celik huruf mereka diukur dan dipertingkatkan bagi mempersiapkan mereka di alam pekerjaan
nanti.

Sebelum ini pengambilan pelatih PLKN dibuat secara rawak di mana ada yang tidak bersekolah, ada yang belajar sehingga Tingkatan Tiga sahaja. Namun, menurut Datuk Ehsan, kaedah pengambilan pelatih PLKN akan dikaji semula dan langkah ini adalah untuk membuka peluang kepada belia-belia yang berminat secara sukarela menyertai program ini.

Nampaknya program khidmat negara ini  telah berjaya mengesan pada peringkat awal remaja-remaja yang tidak boleh bercakap bahasa Melayu mahupun buta huruf. Justeru, adalah lebih efektif sekiranya bakal-bakal pelatih ini melalui satu ujian mudah samada lisan atau menulis sebelum diterima menyertainya.

Di dalam usaha untuk penambahbaikan dari segi modul, penyertaan pelatih dan kemudahan infrasturtur mencapai sasarannya, PLKN akan dinilai secara berterusan dengan melantik beberapa pasukan. 

Tuesday, October 28, 2014

SPAD TERUSKAN OPERASI WALAUPUN DIANCAM



Siapa di antara kita yang tidak mengalami tambang teksi atau kereta sewa yang tidak mengikut meter dan ditetap mengikut suka hati mereka apabila berada di Langkawi?

Kita semua tahu, Langkawi adalah pulau pelancong dan menjadi kebanggaan kita. , kebanyakan pelancung yang datang ke Langkawi adalah kerana pantainya yang bersih dan cantik disamping ingin membeli belah. Kepada sesiapa yang pernah ke Langkawi, pengangkutan mengelilingi Langkawi bagi pelancung banyak bergantung kepada pengangkutan awam dan kebanyakan pelancung tiada pilihan lain selain menaiki kereta sewa atau teksi.

Baru-baru ini satu operasi oleh SPAD dipanggil 'Ops Parasit' diadakan berhampiran Jeti Kuah, Langkawi untuk menahan kenderaan yang disewakan tanpa permit dan satu kekecohan telah tercetus oleh sekumpulan 40 lelaki selama 10 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi kerana ingin menghalang pegawai-pegawai SPAD daripada menjalankan tugas mereka.



Di dalam kejadian lain pula di Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat Langkawi, pegawai-pegawai SPAD telah diugut, dimaki dan kenderaan SPAD dirosakkan.

Inilah dugaan yang diterima pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD setiap kali mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Namun, respon rakyat terhadap kejadian ini memuji tindakan SPAD... di antaranya;

Mzam Haron Tahniah :
#SPAD.. Kpd semua pemandu teksi ayuh kita bantu penguatkuasa spad jika mereka diancam oleh taiko2 uber & penguatkuasa dah jalankan amanah dan tanggungjawab mereka.. jgn pula kita rosakkan imej pemandu teksi dimata umum. Masa untuk semua pemandu teksi berhijrah kpd yg disukai masyarakat.. Wlupun ada ketika pemandu teksi ditipu penumpang maka gunakan saluran betul utk kebaikan semua pihak.. Berhati hati di jalan raya.

Brace Paul :
Jangan lupa sita teksi kat kl yea. Byk sgt parasit yg jd pemandu, bukan pemandu berdaftar. Meter teksi x hidup.

Samsul Hadi Mamat :
Syabas SPAD teruskan amanah yg dipertanggungjawabkan n kami para pemandu teksi serta org awam tetap bersama-sama anda. Kami merayu pihak SPAD dpt mengadakan operasi di bandar Chukai Kemaman terhadap prebet sapu, Uber n kereta pandu sendiri bermaharajalela beroperasi menganggu-gugat teksi disini. Hmaklum, tksh.

Wan Hamidi Wan Hamzah :
Kat kmn pun banyak yang tanpa permit. Kami yg ada permit susah nak cari makan.

Sebagai rakyat, terutama penduduk Langkawi seharusnya melihat operasi SPAD ini sebagai satu langkah pencegahan terhadap mereka-mereka yang memiliki kenderaan tanpa permit. Kita sebagai penumpang seharusnya mengetahui bahawa seandai kita membenarkan kenderaan ini beroperasi, kita pula akan berhadapan dengan risiko keselamatan di mana kenderaan yang tidak menjalani pemeriksaan pematuhan keselamatan berkala dan kita tidak dilindungi insurans di mana ia wajib bagi syarikat-syarikat kereta sewa berlesen.

Pada suatu ketika, perkhidmatan teksi di negara telah dinobatkan sebagai yang terburuk di dunia disebabkan pemandu-pemandu yang tidak sopan, keadaan teksi yang buruk dan paling diperkatakan apabila teksi-teksi Malaysia enggan mengguna meter dan mengenakan tambang yang cekek darah.

Oleh itu, ketegasan SPAD dalam menjalankan tugas perlu disanjung tinggi. Hanya dengan penguatkuasaan saja mampu mendidik pemandu-pemandu teksi di negara ini. Apabila mereka terdidik dan bertanggungjawab, maka pasti pelancong-pelancong dari luar negara secara tidak langsung akan promosi kebaikan negara kita.

Monday, October 27, 2014

HARAPAN TERAKHIR MANGSA ANWAR SETELAH 100 KALI DITANGGUH

Sebelum ini, mantra hanya sekadar mengikuti perbicaraan Sodomi 1 dan 2 Anwar dari jauh sahaja. Namun kali ini, mantra ingin berongsi keluhan dan harapan mangsa Anwar.
Perlu kita ingat, kes ini telah dijadikan isu politik oleh Anwar hingga dijenjeng merata-rata hingga ke pentas dunia untuk melepaskan dirinya. Beliau melihatkan dirinya seolah-olah beliau adalah mangsa politik di negara kita. 

Yang perlu kita ingat, kes sodomi kedua Anwar melibatkan 2 individu, iaitu Anwar disaman mangsanya kerana meliwat dan mahkamah pun tidak menafikan aktiviti songsang ini berlaku.

Apa yang ingin diperjuangkan si mangsa ialah, Anwar telah meliwatnya walaupun mahkamah mendapati ia dilakukan suka sama suka.

Esok adalah hari penentuan samada Anwar akan memulakan percutiannya di penjara atau terus dibebaskan.

Berikut adalah harapan dari Saiful...



Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah saya berserah..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.
Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil untuk dilakukan.


Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.
Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.
Jika tidak didunia, di Masyar pasti…
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.
Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Kita mengetahui Anwar telah melobi hingga ke Australia dan campurtangan dari NGO antarabangsa yang cuba menghalalkan aktiviti songsang Anwar, namun apa perlunya ini semua?

 

Friday, October 24, 2014

FELDA ADALAH PROGRAM MISKIN DAN MELARAT


Jika ditanya kepada rakyat Malaysia, FELDA hari ini jauh bezanya dari zaman Anwar adalah Menteri Kewangan. FELDA hari ini bukan saja berjaya dibangunkan di kawasan pendalaman malahan kini FELDA telah diletakkan di pentas dunia.

Rakyat Malaysia terutama warga FELDA telah mendapat manfaat yang pelbagai dan sekaligus menaikkan maruah majoriti Melayu yang suatu ketika dahulu tidak diyakini akan membawa kejayaan yang gah, dan ini termasuklah YB UMNO Anwar bin Ibrahim ketika diberi jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Mungkin generasi muda tidak mengetahuinya, tetapi ia perlu didedahkan dan perlu di'refresh' untuk kita mengetahui sejarah FELDA ketika anak Ibrahim ini diberi amanah dan tanggungjawab.

FELDA bukan saja dibiarkan Anwar malahan pada mata Anwar ia dianggap sebagai program MISKIN dan MELARAT. Pendedahan rakan blogger bukan suatu yang mengejutkan malahan itulah yang berlaku dan kita boleh nampak keadaan FELDA di ketika itu...

Di antara pendedahan yang ditulis;
"...sewaktu FELDA pernah diminta agar diletakkan dibawah seliaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri; Anwar menolak kononnya BUKAN STANDARD dia untuk menjaga kalangan peneroka yang miskin dan melarat.

... Dr Mahathir banyak kali mengingatkan Anwar bahawa FELDA adalah sangat strategik dalam politik Melayu. Tak pernah diendah."

Hari ini, Anwar yang telah berjaya diberi jawatan Ketua Pembangkang, cuba menunjukkan belas dan ehsan terhadap nasib FELDA setelah DS Najib bersama-sama barisan panglima dan hulubalang FELDA mengorak langkah membawa kebanggaan Melayu berada di senarai kedua terbesar IPO yang membawa nilai FELDA hari ini berjumlah beratus bilion ringgit.

Pelbagai tohmahan dan tuduhan ke atas pengurusan FELDA seperti meminjam wang dari KWSP bertujuan memberi gambaran yang kewangan FELDA sedang nazak, urusniaga FELDA dengan Israel, perlantikan Tan Sri Isa dipertikai dan semuanya Anwar memberi kesimpulan bahawa ... FELDA AKAN BANKRAP

Jika benar apa yang didakwa Anwar, mengapa....
 
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel. 
  • “PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel. - UMNOonline
  • Baru-baru ini, Wan Azizah dan geng Suara Keadilan telah didapati bersalah dengan saman RM200 juta... DI SINI

Tuduhan Anwar dijawab... 


 

Oleh itu, jika dulu ketika Anwar mempunyai kuasa, diberi amanah dan tanggungjawab tidak langsung dilaksanakan, apakah pemimpin seperti ini perlu diletakkan kepercayaan ke atas tuduhan-tuduhannya?

Jika FELDA pun mampu diaibkan dengan tuduhan-tuduhan palsu, apa tah lagi agendanya merosakkan maruah negara dan bangsa!


Ingatlah, Anwar dan kuncu-kuncu perosak ini tidak akan berhenti mencari dan menimbulkan keraguan warga Felda, maka apa perlu dibiarkan beliau masih merayau di luar sana?

 
 

Thursday, October 23, 2014

OPS TEGAS BURU TEKSI MENIPU PENUMPAN



Sepertimana namanya 'Ops Tegas', pihak SPAD tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan pemandu-pemandu teksi yang didapati tidak mengguna meter dan bertujuan untuk menipu penumpangnya.

Ini bukan pertama kali atau kedua kali pihak penguatkuasa SPAD menjalankan operasi terhadap pemandu-pemandu teksi yang ingkar ketetapan undang-undang. Malahan ia seperti pemandu-pemandu teksi ini ingin mencabar seolah-olah pihak SPAD hanya akan melakukan operasi bermusim.

Kali ini, penguatkuasa SPAD telah menyita 15 teksi dan memburu segelintir pemandu teksi degil di sekitar ibu kota terutamanya di lokasi 'panas'. Jika kita ingin tahu di mana lokasi panas di ibukota, pasti di mana tumpuan ramai pelancong luar negara dan pusat membeli belah seperti Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, bersesuaian dengan Ops Tegas, pihak penguatkuasa SPAD akan bertindak terus menyita teksi-teksi yang melanggar undang-undang kerana sebelum ini pihak SPAD telah pun memberi amaran dan peringatan.

Setelah teksi-teksi ini disita, pengendali pasti akan tampil dan membantu siasatan. Pihak SPAD mendapati seolah-olah pengendali teksi ini sengaja membiarkan melakukan kesalahan dan pengendali-pengendali ini juga sepatutnya bertanggungjawab bersama.

Di antara kesalahan yang sengaja dilakukan pemandu-pemandu teksi ini seperti enggan mengambil penumpang, sengaja mengenakan tambang yang mencekik darah dan juga enggan mengguna meter.

Kita janganlah membuat tuduhan-tuduhan melulu apabila SPAD mengambil tindakan tegas. Hanya ini saja dapat mendidik pemandu-pemandu teksi degil untuk mematuhi undang-undang. Adalah tidak adil kepada pemandu-pemandu teksi yang bertanggungjawab mematuhi undang-undang kerana mereka yang degil ini mampu menghalang mereka yang akur mencari rezeki.

Kita sebagai pengguna perlu tahu hak kita dan di dalam apa jua keadaan, janganlah berkompromi dengan mereka kerana seandainya kita membenarkan diri ia akan menggalakkan pemandu-pemandu teksi ini terus-terusan mengambil kesempatan.

Operasi memburu pemandu-pemandu teksi degil ini pasti bukan yang pertama dan terakhir. Biarlah kehadiran SPAD dirasai demi memastikan kita sebagai penumpang terasa selamat dan pemandu-pemandu teksi degil ini tidak akan berani melanggar ketetapan undang-undang.

JANGAN LUPA, APABILA ANDA BERHADAPAN DENGAN PEMANDU-PEMANDU TEKSI DEGIL INI, HUBUNGILAH...


... dengan kadar segera!!!


Wednesday, October 22, 2014

RESPON RAKYAT TERHADAP BAJET 2015 DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM


Setelah lebih seminggu bajet 2015 dibentangkan oleh Menteri Kewangan DS Najib Razak, nampaknya usaha kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam darat telah dapat menggembirakan pelbagai lapisan masyarakat terutama kepada mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam di dalam perjalanan harian mereka.

Di antara peruntukannya adalah;
  • Rancangan perkhidmatan bas antara bandar bagi tiga laluan iaitu daripada Rawang, Klang dan Seremban.
  • Tawaran diskaun 30 peratus tambang bulanan bagi perkhidmatan bas antara bandar.
  • Pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.
  • Perkhidmatan bas berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada melibatkan bandar raya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
  • Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth, Pulau Pinang yang mula beroperasi April tahun depan

Yang pasti pengguna tetap bas awam akan teruja apabila kawasan-kawasan sepeti Rawang, Klang dan Seremban diberi diskaun 30 peratus tambang bulanan. Bayangkan apabila mereka membelanjakan tambang bas yang mencecah RM100 setiap bulan perjalanan harian hanya dari Nilai ke KLIA dan kini mampu menjimatkan walaupun sedikit. Perjalanan mereka yang menetap di luar ibu kota juga dipermudahkan apabila bas keluar masuk antara tiga laluan seperti Rawang, Klang dan Seremban.

Bagi pengguna tetap perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) pula berpandangan yang mereka mampu menjimatkan kos tol dan minyak apabila di dalam bajet 2015 mengumukan pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.

Beberapa ibu negeri akan menikmati penambahan perkhidmatan bas berhenti-henti. Perkhidmatan ini melibatkan bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar. Tambahan kekerapan perkhidmatan bas seperti di  Kuching, terutamanya kawasan kurang maju adalah satu manfaat yang ditunggu-tunggu dan di dalam bajet 2015, kerajaan tidak terlepas pandang.

Dengan pengumuman kerajaan di dalam bajet 2015 untuk menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth melalui perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dapat menggalakkan orang
ramai menggunakan pengangkutan awam dan seterusnya mengorak ke arah negara maju.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid di dalam kenyataan medianya telah menyambut baik pengumuman bajet 2015 yang selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan mobiliti rakyat. Kenyataan Tan Sri adalah seperti berikut;
KENYATAAN AKHBAR

TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

 KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat. Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah- langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.

Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang - Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang,  ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

Bajet 2015 kali ini juga jelas memberi penekanan kepada rakyat yang mengguna pengangkutan awam di mana akses bagi mendapatkan perkhidmatan serta fasiliti rangkaian awam dipertingkatkan. Selain dari dapat menjimat kos sara hidup harian, usaha kerajaan juga adalah ingin memastikan rakyat akan selesa ke destinai yang dituju.

Monday, October 20, 2014

BILA TERBUKTI WAN AZIZAH MEMFITNAH FELDA, IA JUGA ADALAH ANUGERAH TUHAN


Tajuk artikel Suara Keadilan -  'Felda Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' telah dibuktikan di mahkamah ia adalah FITNAH!

Ia juga telah menyebabkan Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd dan Rusnizam Mahat disaman oleh Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan Suara Keadilan itu menjejaskan imej mereka.

Ketika kes ini berjalan di mahkamah, 2 perkara yang terang-terang membawa kepada kemenangan kes. Pertama, apabila peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Presiden PKR telah mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Keduanya, apabila editor Suara Keadilan ketika itu, Dzulkarnain Taib telah memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Felda dan FGV dengan menjelaskan bahawa sememangnya niat menerbitkan artikel-artikel tersebut adalah bertujuan memfitnah dan memperkecilkan pihak Felda dan syarikat pelaburannya serta merosakkan reputasi mereka.

Dzulkarnain Taib seterusnya memberi keterangan di dalam mahkamah, tajuk 'Felda Bankrap' itu sengaja diterbitkan akhbar itu mensensasikan isu-isu Felda. Sebagai editor 'Suara Keadilan' pada masa itu, beliau telah menyarankan bahawa tajuk utama berada dalam bentuk soalan dan menyarankan bahawa kenyataan seperti itu boleh membawa kepada saman fitnah. Namun pengurusan kanan PKR 'Suara Keadilan' berkeras terus dengan niat untuk menyebabkan kerosakan maksimum.

Namun, peguam yang mewakili barisan Suara Keadilan, Francis Pereira telah membangkitikan mengenai keupayaan Felda untuk memulakan saman terhadap anak guamnya dengan alasan Felda menjadi sebuah badan berkanun yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, dengan alasan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu .

Malah N Surendren juga pernah cuba mempertikaikan kes ini kononnya FELDA dan FGV tidak boleh saman Suara Keadilan kerana menurut Surendren FELDA tidak boleh saman kerana FELDA ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat.

Akhirnya, oleh kerana terlalu yakin dengan hujah separuh masak mereka, kebenaran telah dibuktikan di mahkamah apabila Wan Azizah dan barisan Suara Keadilan didapati bersalah

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. Hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. Felda juga berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pernah mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak mengorbankan Felda demi kepentingan politik mereka. Felda akan bercakap atau menulis berkenaan perniagaan untuk menguntungkan peneroka sendiri tetapi 'makhluk perosak' seperti ini bercakap soal politik sahaja tanpa memikirkan apa terjadi kepada Felda akibat perbuatan mereka.

Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA
Hari ini, telah terbukti kata-kata Tan Sri Isa sangat bertepatan di mana kumpulan ini merupakan makhluk perosak dan tidak akan memikirkan implikasi dari kenyataan-kenyataan yang dibuat.
PKR dan Suara KeAdilan telah membuktikan bahawa kekuatan politik mereka hanya bermodalkan ‘politik fitnah’, ‘politik kebencian’,  'politik tohmahan' dan ‘keyakinan palsu’, maka fahamlah kita bahawa ia juga merupakan satu anugerah tuhan kepada mereka-mereka yang berada di dalam PKR.

Tuesday, October 14, 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN AKHIR)

... bersambung dari Bahagian 3

 
STRATEGI KE-7 : MENSEJAHTERA RAKYAT
- Tahap kualiti dan kesejahteraan rakyat
- Meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan -   

  bantuan 100 ringgit seorang
- Pembelian buku-buku rujukan - Program Baucer Buku 

  1Malaysia - 250 ringgit seorang
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - 6 bilion :
  i)   Pasar Tani Kekal dan Pasar Ikan yang beroperasi     

       setiap hari
  ii)  Program lelongan sayuran berkualiti dengan harga   

       berpatutan setiap minggu
iii)   Tanaman semula pokok buah-buahan tempatan -   

       Program Jom Bertani
iv)   Geran 100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang  

       untuk 4 kawasan Pembangunan Pertanian   Bersepadu

- Nelayan :
i)     Elaun sara hidup dinaikkan
ii)    Elaun nelayan darat
iii)   Aktiviti akuakultur
iv)   Memasang Automatic Identification System di bot-bot 

       nelayan
v)    Projek Khas Perumahan Nelayan

- KPDNKK :
i)     Tambahan KR1M
ii)    Kumpulan pemantau harga
iii)   Unit Penguatkuasaan GST, Unit Pemantauan Harga dan  

       Skuad Pengguna

- PENGANGKUTAN AWAM :
i)     Bas antara bandar untuk yang bekerja di luar Kuala  

       Lumpur. Tambang bulanan diskaun 30 peratus.
ii)    Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth
iii)   Perkhidmatan Bas Berhenti-henti melalui sistem 

       kontrak.

- PEKEBUN KECIL
i)     Getah - 100 juta untuk mekanisme kawal selia harga   

       dan 6.4 juta kepada koperasi pekebun kecil.
ii)    Kelapa Sawit - 41 juta untuk insentif penanaman baru 

       dan semula dan duti eksport dikecualikan.

- KESIHATAN RAKYAT
i)     2 buah hospital dan 20 klinik
ii)    30 Klinik 1Malaysia
iii)   30 juta untuk ganti mesin hemodalisis.
iv)   45.4 juta untuk ubat-ubatan pesakit kronik 

       hemodialisis.
v)    Pelepasan cukai ditingkatkan kepada 6,000 ringgit  

       dan termasuk pasangan dan anak.
vi)   Program pencegahan denggi.

- KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN 

  MASYARAKAT di mana 2.2 bilion untuk program tersebut:
i)    1.2 bilion bantuan untuk keluarga miskin, kanak-kanak, 

      warga emas dan OKU
ii)   Pelepasan cukai bagi setiap anak OKU ke 6,000
iii)  Pelepasan cukai bagi peralatan sokongan asas OKU ke 

      6,000
iv)  Kadar makanan harian di JKM kepada 16 ringgit
v)   Geran tahunan Majlis Kebangsaan OKU ke 1 juta
vi)  Tambahan 5 pusat aktiviti warga emas. Pengangkutan  

      percuma untuk warga emas ke hospital

- PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan




- PEMILIKAN RUMAH
Projek dan program, di antaranya;
i)   80 ribu unit PR1MA. Had kelayakan  dinaikkan hingga   

     10  ribu. Skim rent-to-own.
ii)  26 ribu Perumahan Rakyat
iii) 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah 

     Idaman Rakyat serta 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat.



- Rumah Pertama :
i)   Lanjutan pengecualian duti setem 50 peratus
ii)  Menaikkan had nilai harga rumah ke 500 ribu
iii) Kelayakan umur peminjan dinaikkan ke 40 tahun

- Perumahan Kos Rendah Awam :
i)   40 juta untuk penyelenggaraan - Program 

Penyelenggaran Perumahan Awam

- Perumahan Kos Rendah Swasta :
i) 100 juta untuk penyelenggaraan - Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia

- Luar Bandar di Sabah dan Sarawak :
i) 635 km jalan-jalan balak
ii) 15 ribu buah rumah untuk penyambungan elektrik
iii) 7,500 rumah untuk penyambungan bekalan air bersih
iv) 9,500 rumah untuk menambaik pulih rumah usang
v)  Perkhidmatan udara luar bandar
vi) Program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan taraf hidup orang asli
vii) Lampu jalan kampung ditambah

- Bekalan Air :
i) Bekalan air di Lembah Klang - pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2
ii) Zon kawalan kebocoran air

- Keselamatan dan Pertahanan Negara :
(17.7 bilion - ATM, 9.1 bilion - PDRM, 804 juta - Maritim)

PDRM
i)   11,757 tambahan perjawatan polis
ii)  14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis
iii) 1,000 unit rondaan bermotosikal
iv) Program NKRA
 

ATM
i)   Aset-Aset pertahanan
ii)  Kebajikan, kesihatan dan kediaman anggota tentera
 

Maritim
i)   APMM - tingkatkan kecekapan operasi
ii)  7 buah kapal peronda baru
 

RELA
i) Latihan dan bina upaya
 

NGO (Geran one-off 50 juta) 164
i) MyNGO2015

PUSAT PERCETAKAN AL QURAN (30 juta bagi tempoh 3 tahun) 172
- Di Putrajaya, kedua terbesar di dunia
- Sejuta naskah setahun
- Seni khat

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM 173
- Tambahbaik 252 skim perkhidmatan sedia ada

PEGAWAI DAN KAKITANGAN KONTRAK
- KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang lebih  

  15 tahun berkhidmat dan tamat perkhidmatan, bantuan  
  bulanan 300 ringgit

RUMAH PENJAWAT AWAM
- Had pinjaman dinaikkan ke 120 ribu
- Had maksimum dinaikkan ke 600 ribu
- Wang pemprosesan dimansuhkan
- Rumah PPA1M ditingkatkan, diluluskan dan ditambahbaik;
i)   Turunkan harga ke 90 ribu seunit
ii)  Syarat kelayakan dinaikkan ke 10,000 ringgit
iii) Dana mudahcara sehingga 25 peratus untuk pemaju  

     PPA1M :
     -  500 juta untuk baiki dan selenggara kuarters tentera, 

        polis, guru dan kakitangan kesihatan
     -  105 juta untuk Program MyBeautiful Malaysia


BR1M
- 3,000 ke bawah
i) Ditingkatkan ke 950 ringgit.
ii) Dibayar 3 kali setahun mulai Januari, Mei dan September

- 3,000 ke 4,000
i) Ditingkatkan ke 750 ringgit
ii) Dibayar 3 kali setahun mulai Januari, Mei dan September

- Bujang 21 tahun dengan pendapatan 2,000 ke bawah
i) Ditingkatkan ke 350 ringgit
ii) Dibayar sekaligus

- Skim Khairat Kematian dengan bantuan 1,000 ringgit selama setahun

ELAUN AHLI PARLIMEN
- Ahli Dewan Rakyat dinaikkan bersamaan gred Jusa C
- Ahli Dewan Negara dinaikkan antara gred 54 dan Jusa C
- Termasuk YDP

BONUS
- Setengah bulan gaji kepada penjawat awam
- Pesara Kerajaan, bayaran bantuan khas 250 ringgit
 


dan...




BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN 3)

... bersambung dari Bahagian 2

 STRATEGI KE-5 : MEMARTABAT PERANAN WANITA




- Pergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan 
  keusahawanan
 

- 2.26 bilion untuk pembangunan dan operasi.
 

- Program-programnya:
a) Program Pengarah Wanita
b) 1Malaysia Support for Housewife
c) Talent Corp - Program Women Career Comeback
d) Membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita
e) Meneruskan Program keusahawanan
f) Usahawan wanita India
g) Cuti menjaga anak, anak angkat, anak tiri tanggungan
h) Lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis 

    pejabat swasta



STRATEGI KE-6 : MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA





- Pelan Transformasi Belia Negara - 320 juta. 


a) PLKN dikajisemula. Keperluan kemahiran dan   

    kenegaraan.

b) Tambahbaik program Rakan Muda dan perkenal program 

    Kem Uniti

c) Akademi Kepimpinan Belia


d) IM4U, MyCorp - program  sukarela


e) Keusahawanan melalui MaGIC, SME Bank dan AgroBank, 

    Online Resource Centre

f) Program Agropreneur Muda oleh FAMA


g) Program Transformasi IKBN dan Coding Bootcamp serta 

    PADU

h) 1Malaysia Youth City - Semenanjung, Sabah dan Sarawak


i) Skim Perumahan Belia di antara BSN, KWSP dan Cagamas :
   - Belia berkahwin dan pendapatan kurang 10,000
   - RM200 sebulan diberi untuk tempoh 2 tahun pertama
   - 50 peratus duti setem dikecuali
   - Pinjaman kerajaan sebanyak 10 peratus


j) Negara Bersukan - 103 juta :
    i)    Program Malaysian Talent di peringkat sekolah rendah
    ii)   Meningkat mutu sukan berprestasi tinggi
    iii)  Program FitMalaysia
    iv)  Hari Sukan Negara



Monday, October 13, 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN 2)

... bersambung dari Bahagian 1

STRATEGI KEDUA: MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL bagi mencapai bajet berimbang.

1) Melaksana GST. Senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.

  • 300 unit pertama eletrik tidak dikenakan GST.
  • Petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
  • 56 peratus barangan akan turun harga sehingga 4.1 peratus termasuk ubat-ubatan, barangan elektrik, tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi, daging, telur ayam, minyak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.
  • Shoppers guide untuk perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
GST membolehkan kurang beban cukai. Golongan berkeluarga berpendapatan 4,000 sebulan dilepaskan cukai dan kadar pendapatan bercukai dinaikkan kepada yang melebihi 400,000.

Pendapatan koperasi,  kadar cukai pendapatan syarikat serta kadar cukai syarikat kecil dan sederhana dikurangkan. Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenar potongan cukai.
 

Insentif, bantuan serta potongan cukai tambahan untuk peniaga yang menghantar latihan tentang GST, perisian ICT  dan perakunan serta  kos membeli alat.


2) Merasionalisasi Subsidi.

Kedudukan kewangan awam ditambah baik dengan rasionalisasi subsidi terutama petroleum untuk pastikan subsidi diberi kepada kumpulan sasar dan kurangkan ketirisan dan penyeludupan.
 

Satu mekanisme baru pemberian subsidi petroleum. 

3) Menyebar luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Lebih UTC, Latihan melalui program 1Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1Malaysia Training Centre bagi sektor swasta. 



STRATEGI KETIGA : MENGUPAYA MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN untuk meningkatkan komponen gaji ditingkatkan ke 40 peratus menjelang 2020.



a) Memantapkan profesionalisme perguruan dan prestasi      sekolah - 56 bilion
b) Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru
c) Pendidikan Teknikal dan Vokasional - 100 juta diluluskan
    serta merta dan MARA 50 juta. Syarikat swasta  
    mendapat potongan cukai kepada biasiswa pelajar di 
    peringkat pengajian pensijian vokasional dan teknik. 
    Potongan dua kali ke atas perbelanjaan syarikat dalam   
    program internship dan potongan tambahan ke atas 
    perbelanjaan latihan yang ditanggung majikan.
d) Fasiliti Pendidikan dalam aspek keselamatan dan 
    persekitaran pembelajaran termasuk pembayaran kos bil 
    elektrik sekolah-sekolah di bawah Kementerian     
    Pendidikan.
e)  Menaja Pelajaran melalui JPA, Kementerian Pendidikan 
    dan Kementerian Kesihatan.
f) Perluas program myBrain15 untuk PhD.
g) Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - PTPN.
h) Talent Corp membangunkan kurikulum program 
    internship serta latihan industri. Graduan berkomunikasi 
    dalam Bahasa Inggeris dalam MUET.
i) Kebajikan golongan pekerja - Akta Kerja 1955 dan Akta 
   Perburuhan dikaji semula. Portal JobsMalaysia 
   ditambahbaik. Sistem insurans pekerjaan melalui     
   bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula. 
   Latihan teknikal dan bantuan pendidikan golongnan belia 
   India.
j) Perhebat program upskilling dan reskilling.
k) Tingkat program latihan kemahiran.
l) MaGIC untuk memulakan perniagaan untuk usahawan 
   ekspatriat.


STRATEGI KEEMPAT : MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTRA

Kontrak Sosial. Menjelang 2020, jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam akan mencecah lebih 70 peratus.


Tindakan Pertama : Ekuinas untuk tingkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam swasta dan GLC.

Tindakan Ke-2 : Mantapkan Keusahawanan Bumiputera dengan langkah-langkah;
i)    Perkukuh INSKEN
ii)   Merancakkan program SUPERB ke Sabah dan Sarawak
iii)  Perkenal TERAS untuk pasaran antarabangsa
iv) Perluas program carve-out and compete untuk projek kerajaan dan penswastaan termasuk MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.
 

Tindakan Ke-3 : PKS Bumiputra
i)   LTHaji -Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank  

     Islam
ii)  Amanah Ikhtiar Malaysia
Tindakan Ke-4 : Modal Insan Bumiputera - MARA
i)    Tajaan MARA
ii)   Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera - biasiswa,   

      latihan dan bantuan kewanganiii) Pusat Perakaunan Profesional di UiTM dengan kerjasama 
      Institut Akauntan Negara

Sabah dan Sarawak
- Lebuh Raya Pan Borneo untuk Sabah dan Sarawak
- Mini UTC dan RTC akan dibuka
- Klinik Kesihatan dan naik taraf hospital
- Perkukuhkan keselamatan ESSZONE
- Memanjangkan landasan lapangan terbang Lahad Datu
- Penempatan semula perkampungan air di Semporna dan  

  Sandakan
- Seimbangkan harga barang keperluan antara 
  Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui pembiayaan  
  kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga  
  dan  KR1M ditambah.

 ... strategi seterusnya di blog ini, akan menumpu kepada wanita, belia dan kesejahteraan rakyat.