NUFAM atau Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia telah memberi tempoh 48 jam kepada MAB untuk menarik balik surat penamatan khidmat 6,000 pekerja MAS atau mereka bakal berdepan tindakan mogok besar-besaran setelah pengumuman pada 1Jun lalu.
Syarikat penerbangan MAS telah mengalami kerugian dan Khazanah Nasional Berhad sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS, telah pun mengumumkan 12 langkah dalam pelan penyusunan semula MAS. Salah satu langkah adalah menamatkan perkhidmatan 6,000 kakitangan dari pelbagai peringkat manakala 14,000 lagi telah ditawarkan pekerjaan di sebuah entiti baru, Malaysia Airlines Bhd (MAB) pada bermula 1 Jun.
Khazanah Nasional Bhd juga telah memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kedudukan MAS menerusi suntikan dana yang dilakukan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini telah mendedahkan siapa NUFAM sebenarnya. Rupanya NUFAM bukanlah persatuan yang diiktiraf MAS, dan presiden kesatuan itu telah dipecat pada 2013 dan bukan lagi merupakan kakitangan MAS.
Maka perbincangan di antara MAS dan NUFAM tidak akan diadakan. Malahan pihak MAS telah membuat satu aduan kepada PDRM dengan pengumuman NUFAM mengadakan mogok secara besar-besaran.
Lebih kurang lapan persatuan yang diiktiraf MAS seperti Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) sedang bekrjasama bagi menyalurkan masalah pekerja yang diberhentikan dan ada di antara pekerja ini telah pun merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.
Bagi pihak kerajaan pula, Datuk Liow akan memastikan operasi MAS berjalan lancar dan tidak terjejas apabila proses penstrukturan semula syarikat itu bermula. Malahan kakitangan MAS telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan operasi MAS berjalan baik dan licin dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat memandangkan ia merupakan operasi yang amat penting buat negara.
Kementerian Pengangkutan pula akan turut membantu MAS dengan mencari lebih banyak laluan penerbangan baharu.
Kakitangan MAS yang diberhentikan atau persatuan yang mewakili mereka perlu menyalurkan masalah atau pertanyaan mereka kepada saluran yang betul untuk berbincang. Malah pihak MAS sebenarnya telah menawarkan pakej penamatan perkhidmatan yang baik sekali. Proses penamatan perkhidmatan mereka adalah proses yang mengikut lunas undang-undang.

No comments:
Post a Comment