Showing posts with label UBER. Show all posts
Showing posts with label UBER. Show all posts

Friday, March 30, 2018

SPAD PASTIKAN GABUNGAN GRABCAR DAN UBER TIDAK MENINDAS PENGGUNA


Sesuatu yang sangat membimbangkan pelanggan perkhidmatan GrabCar setelah syarikat ini mengumumkan mengambil alih Uber Technologies Inc’s dan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara adalah berkemungkinan menyebabkan kenaikan kadar tambang dan prestasi perkhidmatan yang bakal menurun. Apabila tiada persaingan dan monopoli berlaku, tidak mustahil kebimbangan ini akan berlaku.

Suruhanjaya Persaingan Singapura pada awalnya telah mendapati kesan dari penggabungan GrabCar dan Uber mampu mengakibatkan persaingan terjejas di mana GrabCar yang kini adalah syarikat terbesar memberi perkhidmatan alternatif teksi akan sewenang-wenangnya menentukan perubahan dan kenaikan tambang.

Namun, setelah diadakan mesyuarat segera di antara Datuk Seri Nancy Shukri dan GrabCar, syarikat tersebut telah memberi jaminan kepada SPAD dan juga Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), paling utama struktur tambang terkini tidak akan berubah dan terkesan walaupun GrabCar kini merupakan operator utama di dalam industri 'ride-hailing' ini.

Pada 26 Mac lalu, GrabCar telah mengesahkan mengambilalih semua operasi Uber di Asia Tenggara termasuk perkhidmatan penghantaran makanan, Uber Eats.

SPAD pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengawalselia sektor e-hailing dan mereka telah memberi jaminan untuk memantau perkhidmatan GrabCar dalam rangka perundangan dan polisi sedia ada, tahap keselamatan operasi yang baik serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.

Pihak SPAD juga tidak akan teragak-agak campurtangan sekiranya ada unsur-unsur nyata dalam perlaksanaan anti-persaingan dan pihak pengguna sistem e-hailing juga digalakkan membuat aduan kepada SPAD untuk disiasat dan diambil tindakan undang-undang terutamanya jika GrabCar sengaja mengenakan kenaikan tambang.

Inilah kelebihan yang ada di negara kita, walaupun pelbagai insentif dan peluang diberikan kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan baru seperti GrabCar, namun mereka terikat dengan undang-undang dan sentiasa dipantau SPAD serta agensi-agensi kerajaan lain. Rakyat juga perlu memainkan peranandan ruang untuk membuat aduan juga telah disediakan.
 

Sunday, September 24, 2017

DAP DAKWA PELABURAN KWAP DALAM UBER ADALAH RASUAH... BENARKAH?


Sebelum rumah dibina, DAP lantang menyalak minta kerajaan membina tetapi setelah segala kajian dan perancangan dibuat rapi oleh SPAD, dibawa untuk mendapat kelulusan parlimen tanpa ada bantahan dari pihak DAP, kini setelah didirikan dengan elok dan berjalan lancar, ada pula pihak luar yang membuat pelbagai tuduhan, DAP persoalkan keputusan kerajaan ibarat rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Begitulah yang terjadi setelah pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 yang meluluskan perkhidmatan e-hailing pada bulan Julai, DAP mempersoalkannya. Ini hanyalah kerana laporan dari Bloomberg yang US DoJ mendakwa sedang menyiasat syarikat Uber samada mereka telah melanggar undang-undang yang mensabitkan rasuah di luar negara.

Laporan tersebut juga menyentuh siasatan firma guaman Uber yang mendapati sejumlah wang telah didermakan ke MaGIC pada tahun 2016 dan pada masa yang sama, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah membuat pelaburan ke Uber.

Kerana kononnya ingin menguatkan hujahnya, MP Kluang DAP Liew Chin Tong mendakwa yang beliau pernah menuntut jawapan ke atas dakwaan US DoJ ketika perbahasan pindaan Akta untuk meluluskan e-hailing dan tidak mendapat sebarang jawapan dari YB Datuk Nancy. Ironinya, setelah YB Nancy semak semula Hansard Parlimen, Chin Tong tidak langsung menyentuh isu ini dalam perbahasan mahupun membuat sebarang pertanyaan lisan.

Kenapa setelah pindaan Akta yang telah diluluskan di Parlimen, DAP mula menyalak dan membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi? Apa sebenarnya berlaku sehingga US DoJ membuat siasatan ke atas pelaburan luar negaranya yang DAP tidak nyatakan dan mungkin sengaja tidak nyatakan?

Siasatan itu bermula selepas mendakwa bahawa seorang pekerja Uber di Indonesia telah membuat beberapa pembayaran kecil kepada polis dan memberi gambaran bahawa Uber akan dibenarkan untuk terus beroperasi dari sebuah pejabat yang terletak di zon bukan perniagaan mereka. Siasatan tersebut kemudiannya berlanjuta ke China, India, Malaysia dan juga di Korea Selatan.

Jika DAP anggap pelaburan KWAP ke Uber dan derma ke MaGIC adalah satu kesalahan dan boleh dianggap rasuah, sememangnya dangkal telahan tersebut. Ini adalah kerana sememangnya untuk memantapkan lagi kedudukan dana KWAP, mereka perlu membuat pelaburan yang membawa keuntungan. Jika KWAPmenderma kepada MaGIC, ia adalah untuk mempromosikan keusahawanan. Maka di manakah kesalahannya jika transaksi di antara KWAP dan MaGIC adalah telus? Apakah DAP tidak faham yang apa dilakukan KWAP, MaGIC dan Uber adalah satu bentuk 'smart partnership'?

Maka jawapan YB Datuk Nancy Shukri yang menyatakan tiada sebarang salahlaku mahupun dalam bentuk ganjaran yang dianggap DAP sebagai rasuah dalam membuat keputusan kelulusan Akta perkhidmatan e-hailing, adalah tepat!

Perkhidmatan e-hailing bukan saja melibatkan Uber, malahan aplikasi ini telah digunapakai oleh syarikat teksi lain seperti "2GO", "eevom", "EzCab" dan "PICKnGO" dan ini membuktikan perkhidamatan langganan teksi melalui talian telah diterima secara meluas di negara ini untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin tinggi.

Oleh yang demikian, usaha kerajaan yang kini diterajui dan dipertanggungjawabkan kepada SPAD bagi memastikan industri teksi bukan saja kekal relevan malahan mampu berkembang dan telah melalui satu transformasi yang berjaya, sekali gus menunjukkan betapa DAP bukan saja gemar memutar belitkan sesuatu isu dan laporan, malahan mereka juga sentiasa gagal mendapatkan fakta sebenar.
 

Wednesday, July 12, 2017

UBER DAN TEKSI BEKERJASAMA AKHIRNYA


Pada Julai tahun lalu, sibuk dipersoalkan seolah-olah ada perjanjian 'senyap' syarikat teksi dan Uber walaupun menerima bantahan pemandu teksi. Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjun Malaysia (GPST) dikatakan telah menandatangani memorandum persefahaman sehingga menafikan sebarang pintu perbincangan dengan pemandu.

Justeru, lebih 200 pemandu teksi berhimpun di Parlimen membantah Uber dan Grab dan mendakwa yang 3 memorandum mereka kepada Perdana Menteri, tidak terjawab. Bantahan itu dibuat berikutan undang-undang berkaitan perkhidmatan perkongsian kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), yang dijangka dibentangkan nanti.

Itulah gelagat mereka yang sekadar ingin membantah sahaja tanpa ada apa-apa tindakan yang mampu perbaiki nasib mereka sendiri.

Namun, kini telah termeterai secara rasmi di antara Uber dan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia kerjasama di dalam program perintis mereka untuk membenarkan pemandu-pemandu teksi Gabungan memandu di rangkaian Uber dengan kenderaan teksi mereka sendiri.

Bagi mereka yang hanya tahu membantah, kerjasama Uber-Teksi ini akan mampu menambahkan pendapatan pemandu-pemandu teksi dan sekali gus penumpang akan berasa berbaloi. Bagaimana? Selama ini pemandu teksi terpaksa berbaris menunggu pelanggan yang tidak pasti tetapi dengan teknologi yang telah diperkenalkan Uber sejak 3 tahun lalu, penumpang telah sediada dan destinasi juga telah dipastikan.

Untuk penumpang pula, bukan saja ketepatan waktu yang akan dinikmati, malahan destinasi juga telah ditentukan. Paling penting yang dapat dimanfaatkan penumpang adalah tambang yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak di antara penumpang dan pemandu.

Walaubagaimanapun, di dalam percubaan program perintis ini, hanya 500 pemandu teksi yang terbaik di mana diambil kira kenderaan mereka juga perlu dalam keadaan yang terbaik akan terpilih. Selain dari itu, mereka perlu mempunyai lesen memandu dan mereka perlu melepasi saringan Uber seperti maklumat insuran dan kenderaan tidak melebihi dari jangkahayat 5 tahun.

Program perintis ini terbuka kepada semua jenis kenderaan termasuk MPV dan sedan. Setiap kadar tambang akan ditentukan dari UberX. Mereka juga dibenarkan mengambil penumpang lain sekiranya tidak berada di dalam aplikasi Uber. Satu aplikasi khas akan diwujudkan oleh Uber iaitu 'UberTaxi' dan penumpang boleh memilih untuk membayar secara tunai, kad kredit ataupun talian yang disediakan Uber.

Uber adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan teksi sejak 2010 dengan menggunakan aplikasi telefon dan sejak dilancarkan pada tahun 2014 di Malaysia, Uber kini telah berada di bandar-bandar utama seperti Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Pulau Pinang dan Seremban.

Manakala Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali sebagai GABUNGAN ialah Persatuan untuk syarikat teksi dan persatuan teksi di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 90% teksi berlesen terdiri daripada lebih daripada 28,000 unit teksi.

Oleh itu tidak ada sebab mengapa kerjasama Uber-Teksi ini perlu dibantah sedangkan ia mampu memperbaiki pendapatan pemandu teksi. Pada masa yang sama, prestasi dan imej industri teksi juga akan mampu diperbaiki malahan dengan syarat-syarat dari Uber pasti akan dipatuhi untuk menjaga keselesaan dan keselamatan penumpang. 

Apakah ini bukan satu lagi kerjasama pintar yang sentiasa diusahakan pihak SPAD bagi memastikan industri teksi terus kekal malahan dapat diperbaiki sehingga mampu melenyapkan persepsi dunia yang selama ini melabelkan perkhidmatan teksi di negara kita adalah yang terburuk di dunia?

 

Saturday, June 25, 2016

SYED HAMID : BERTINDAK MELAMPAU, AKHIRNYA PEMANDU TEKSI SENDIRI YANG RUGI



Kejadian terbaru yang melibatkan beberapa pemandu teksi menyerang pelancong dari Iran ketika menaiki kereta sewa Uber di Brickfields adalah satu tindakan melampau dan mencemar nama baik negara kerana Malaysia dengan kemesraannya kepada pelancong luar negara. Malahan, tindakan pemandu-pemandu teksi ini telah melangkaui undang-undang negara sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri.

Apa yang pasti dan gagal dilihat pemandu-pemandu teksi ini, mereka telah jauh ketinggalan dan tindakan melampau mereka telah menyebabkan lebih ramai pelanggan akan memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar. Pemandu-pemandu teksi yang bertindak liar ini telah memberi gambaran kepada umum sebagai kasar dan gemar bergaduh, maka sebagai penumpang, ini akan menjauhkan diri mereka.

Akhirnya, yang pasti akan berterusan rugi akibat daripada tindakan liar mereka, periuk nasi mereka sendiri yang akan terjejas.

Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika menjawab pertanyaan wartawan. Malahan di pihak kerajaan terutama SPAD, sedang mengusahakan langkah-langkah untuk menambahbaik industri teksi dan pada masa yang sama, perkhidmatan popular yang menjadi kegemaran penumpang juga sedang diusahakan untuk mematuhi undang-undang negara.

Uber dan GrabCar adalah alternatif perkhidmatan teksi dan telah beroperasi hampir di seluruh negara. Maka, sebagai negara yang sedang menuju ke sebuah negara yang berpenduduk dengan pendapatan tinggi, segalanya perlu selaras serta sesuai dengan tuntutan semasa. Perkhidmatan teksi perlulah mampu menepati waktu, mereka tidak boleh sesuka hati memilih pelanggan serta sesuka hati menetapkan laluan perjalanan. Keadaan teksi yang busuk dengan pemandu teksi yang gemar berkelahi pasti akan dijauhi penumpang kerana tidak yakin keselamatan mereka terjamain dan keselesaan mereka diberi perhatian.

Pada masa yang sama, Tan Sri Syed Hamid juga menasihatkan agar pemandu-pemandu Uber dan GrabCar tidak menimbulkan kemarahan pemandu-pemandu teksi lain apabila memaparkan iklan di kenderaan mereka sedangkan kerajaan belum lagi membuat sebarang keputusan ke atas perkhidmatan mereka. Tidak ada perlunya menimbulkan kemarahan pemandu teksi lain sedangkan mereka telah pun diberi lesen yang sah.

Bagi mengelakkan kejadian serangan pemandu teksi yang berlaku di Brickfields itu daripada berulang dan lebih parah, seharusnya pihak kerajaan segera membuat keputusan untuk menghalalkan perkhidmatan teksi Uber dan GrabCar ini. Pihak SPAD telah dimaklumkan yang mereka telah kemukakan cadangan dan yang pasti, ia adalah solusi untuk kebaikan semua pihak yang berkepentingan termasuklah penumpang.


Monday, June 20, 2016

MENUNGGU KEPUTUSAN KERAJAAN, SPAD PASTIKAN MASALAH INDUSTRI TEKSI MAMPU DIATASI


Di dalam kenyatan media rasmi SPAD pada 18 Jun lalu, mereka memaklumkan telah membawa cadangan penyelesaian industri teksi negara ke pengetahuan kerajaan dan hanya menunggu masa untuk mendapat kelulusan dan dibentangkan di dalam sidang parlimen.

Setelah menjalankan makmal teksi sejak Disember 2015, beberapa masalah utama telah dikenalpasti dan pihak SPAD mendapati ia bukan suatu isu yang mudah untuk menepati kehendak semua pihak. Di antara isu teksi yang sering timbul adalah persaingan yang dihadapi teksi-teksi konvensional dengan permintaan semasa yang menggunakan teknologi terkini.

Perkhidmatan teksi seperti Uber dan GrabCar bukan saja memberi persaingan dari segi kecekapan teknologi yang mereka gunakan tetapi yang lebih utama adalah perkhidmatan yang memenuhi selera dan kehendak penumpang terutamanya mereka di sekitar bandaraya yang mementingkan ketepatan waktu di samping keselesaan dan juga keselamatan.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD cuba berlaku adil kepada kedua-dua pemain industri teksi ini di mana di dalam cadangan mereka, pihak SPAD akan memainkan peranan untuk mengawalselia aplikasi yang digunakan Uber dan GrabCar.

Kedudukan SPAD di dalam menangani isu di antara teksi konvensional dan perkhidmatan seperti Uber dan GrabCar bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan beberapa isu yang telah dialami seperti masalah pajakan telah diwarisi sekian lama dan akhirnya menjadi beban kepada pemandu teksi. Pada masa yang sama, pihak SPAD juga harus memikirkan kepentingan penumpang yang merupakan sumber pendapatan kepada pemandu-pemandu teksi ini.

Apa pun usaha yang ingin SPAD laksanakan, akhirnya ia bergantung kepada kesedaran dan sikap ingin bersaing dengan sihat di antara pemain industri teksi konvensional dan teksi Uber atau GrabCar. Sekiranya masih tidak mampu untuk berubah, jangan pula SPAD dipersalahkan lagi kerana bukan SPAD yang menentukan sepenuhnya rezeki mereka tetapi mereka sendiri.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari SPAD;
Encik Mohd Azharuddin Mat Sah  
TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak.

Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat.

Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

“Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan," katanya lagi

Pada bulan Mei 2016, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif. Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada bulan Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan.

Wednesday, April 27, 2016

80% KECEWA DENGAN PERKHIDMATAN TEKSI, S.P.A.D DIPERSALAHKAN?


Apabila diumumkan kajian selidik yang dilakukan oleh pihak S.P.A.D melalui talian yang menunjukkan 80 peratus respond untuk memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar berbanding teksi, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan malahan telah dijangkakan. Tetapi bagi pihak Shamsubahrin Ismail yang juga pemilik KLCC Big Blue Taxi Services dengan mudah menuding jari kepada Tan Sri Syed Hamid, Pengerusi S.P.A.D.

Malahan, beliau tidak mempercayai kajian selidik itu dan menuduh pihak SPAD menipu pula. TS Syed Hamid diselar Shamsubaharin apabila pada awalnya memberi amaran kepada kerajaan tentang bahaya mengguna perkhidmatan Uber dan GrabCar tetapi sekarang seolah-olah memberi sokongan. Pada pandangan beliau seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Apa yang tidak kena sebenarnya bukan pihak Tan Sri Syed Hamid, mahupun kerajaan ataupun SPAD mahupun perkhidmatan Uber dan GrabCar tetapi di pihak pengendali dan pemandu teksi itu sendiri. Jika benar kaji selidik yang dilakukan SPAD adalah tidak benar, mengapa persatuan-persatuan teksi atau pemilik syarikat teksi itu tidak berani melakukan kajian selidik mereka sendiri?

Jika Shamsubahrin membaca kenyataan akhbar dari Utusan Malaysia semalam, jelas yang pihak SPAD masih mencari jalan penyelesaiannya dan ini juga melibatkan SKMM kerana perkhidmatan Uber dan GrabCar melibatkan perkhidmatan aplikasi di atas talian.

Kegagalan pemain industri teksi seperti Shamsubahrin ini apabila cuba menafikan hakikat yang pengguna perkhidmatan Uber dan GrabCar telah beralih arah kerana sikap mereka yang tidak mahu berubah. Tan Sri Syed Hamid di dalam ucap utamanya di dalam program anjuran Institut Pengangkutan Malaysia (Mitrans) telah memberi pandangan yang rasional dan agak lembut dengan alasan ia lebih mudah dan cepat.

Tetapi rata-rata respon yang diterima dari pengguna Uber dan GrabCar adalah kerana mereka sentiasa mengalami keadaan di mana mereka tidak diterima dan pemandu-pemandu teksi sentiasa menolak permintaan untuk ke destinasi mereka. Oleh kerana mereka mempunyai pilihan yang lebih baik seperti Uber dan GrabCar, maka apa perlu lagi perkhidmatan teksi.

Malahan Tan Sri Syed Hamid secara terang juga ingin memastikan industri teksi tidak akan lenyap dari sistem pengangkutan awam di negara ini. Bukankah jelas yang S.P.A.D. dan kerajaan masih ingin industri teksi terus dimajukan? Hanya segelintir saja yang terkesan dengan kaji selidik S.P.A.D. tetapi ramai lagi terutama yang telah memperbaiki sikap dan keadaan teksi mereka masih digemari penumpang mereka.

Janganlah asyik salahkan pihak lain jika diri sendiri malas untuk berusaha berubah. Yang menentukan pendapatan pemandu-pemandu teksi adalah penumpang kamu. Jika mereka tidak diberi layanan yang baik, apakah mereka akan terus mengguna perkhidmatan teksi? Dengan perangai yang gemar berkelahi dengan penumpang, memilih penumpang dan kerap melanggar undang-undang, maka 80% penumpang telah beralih ke perkhidmatan Uber dan
GrabCar!

Saturday, April 02, 2016

UBER DAN GRABCAR JADI PILIHAN BILA SIKAP PEMANDU TEKSI TIDAK MAHU BERUBAH



Di antara perkhidmatan teksi, Uber dan Grabcar - yang mana satu menjadi pilihan pelanggan hari ini? Jika dibuat kajiselidik, pasti ramai yang akan memilih untuk mendapatkan perkhidmatan alternatif kepada Uber dan GrabCar. Dan apabila ramai yang perkhidmatan alternatif ini, apakah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipersalahkan?

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan untuk mengambil langkah menghalalkan perkhimdatan Uber dan GrabCar dan ketika itu jugalah pemandu-pemandu teksi bertindak untuk melakukan mogok untuk sekian kalinya. Pada akhir bulan yang lalu, hampir 100 teksi telah berkumpul untuk menunjukkan protes mereka terhadap keputusan kerajaan. Apakah tindakan ini mampu memberi kesan?

Ini bukan kali pertama kumpulan pemandu teksi mengadakan mogok dan demonstrasi, malahan ketika persidangan ASEAN yang lalu pun mereka cuba mengadakan demonstrasi namun tidak mendapat sambutan sepenuhnya apabila rakyat dapat menghidu ia lebih kepada cubaan pembangkang untuk mengambil kesempatan.

Kegagalan pemandu-pemandu teksi untuk menghalang perkhidmatan Uber dan GrabCar walaupun hampir setiap bulan mereka melakukan mogok dan pelbagai cubaan, bukan terletak sepenuhnya kepada samada Uber dan GrabCar tidak berdaftar dengan SPAD. Perkhidmatan alternatif teksi ini telah mendapat sambutan tinggi daripada rakyat terutama di kalangan penduduk ibukota.

Apakah perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menjadi pilihan mereka? Rata-rata respon adalah perkhidmatan alternatif ini sangat menepati waktu, tambangnya lebih murah dan keselesaan kenderaan serta pemandu teksi yang mesra dan dipercayai. Adakah kesemua itu menepati kriteria teksi di negara kita?

Sehingga hari ini, perkhidmatan teksi di negara kita tidak mampu dikeluarkan dari senarai yang terburuk di dunia. Apakah imej ini tidak memberi sebarang pengajaran kepada mereka dan apakah pihak kerajaan tidak membuat apa-apa?

Setahu kita, pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan dan SPAD untuk memperbaiki imej industri teksi sehingga berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan dan kebajikan pemandu teksi di negara ini. Di antaranya adalah seperti di bawah;

PERUBAHAN BESAR AKAN DILAKUKAN SPAD UNTUK INDUSTRI TEKSI... di sini

Apakah pemandu-pemandu teksi ini telah berubah? Apakah dengan cara mereka untuk memberontak dan mengadakan mogok telah memperbaiki mutu perkhidmatan mereka? Dengan segala usaha menghalang perkhidmatan Uber dan GrabCar, maka rakyat telah takut dan tidak lagi melanggan perkhidmatan alternatif ini?

Tidak siapa mampu perbaiki nasib pemandu-pemandu teksi ini melainkan diri mereka sendiri. Sikap memilih pelanggan, kasar kepada pelanggan, enggan mengguna meter, lebih suka menunggu daripada berusaha mencari pelanggan dan asyik salahkan kerajaan dan orang lain, kesemua sikap negatif itu tidak mampu merubah apa-apa pun walaupun diberi pelbagai insentif ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kepada syarikat pengendali teksi pula, selagi kebajikan pemandu teksi tidak diberi keadilan sepatutnya, selagi itu ramai pemandu yang akan beralih kepada Uber dan GrabCar. Sememangnya tidak wajar menghukum kesemua pemandu teksi kerana ada di antara mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki perkhidmatan mereka.

Oleh itu, samada pemandu-pemandu teksi ini berubah atau mereka yang akan diubah dan perkhidmatan alternatif teksi akan terus menjadi keutamaan rakyat apabila Uber dan GrabCar dihalalkan di negara ini kelak. Jika tidak mampu bersaing dan ketinggalan di dalam arus persaingan, lambat laun industri teksi akan berkubur dengan sendirinya dan akhirnya menyesal kemudian tidak mampu diselamatkan lagi.

Buck-up dan hentikan menuding jari tetapi peka dengan kehendak pelanggan kerana merekalah sebenarnya tuan kepada pemandu-pemandu teksi ini.
Jika rajin, bacalah rungutan penumpang dan operasi-operasi SPAD terhadap pemandu teksi yang degil. Di antaranya;

MESEJ KERAS SPAD KEPADA PEMANDU TEKSI DEGIL DI IBU KOTA... http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2014/06/mesej-keras-spad-kepada-pemandu-teksi.html

PENYANGAK TEKSI DI KAWASAN "HOT SPOT"... SPAD BERTINDAK TEGAS!...  http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2014/02/penyangak-teksi-di-kawasan-hot-spot.html 

PENEMUAN 6 "ALIEN" DALAM OPERASI SPAD... http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2014/02/penemuan-6-alien-dalam-operasi-spad.html

TIADA KOMPROMI KEPADA PEMANDU TEKSI YANG DEGIL... http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2013/06/tiada-kompromi-kepada-pemandu-teksi.html

SPAD : PEMANDU TEKSI DEGIL TIDAK AKAN TERLEPAS HUKUMAN... http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2013/07/spad-pemandu-teksi-degil-tidak-akan.html

Thursday, December 24, 2015

BIDANGKUASA SKMM MEMANTAU DAN BERTINDAK KE ATAS APLIKASI UBER DAN GRABCAR


Sekali lagi isu perkhidmatan kereta persendirian seperti Uber dan GrabCar mendapat perhatian di media setelah dibawa ke parlimen. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dalam jawapan lisan mengatakan yang pihak SKMM bukanlah agensi yang memberi kelulusan perkhidmatan Uber dan GrabCar ini dan aplikasi perkhidamatan hanya akan diambil tindakan sekiranya mendapat permintaan dari pihak SPAD.

Timbalan Menteri juga menyatakan yang SKMM tidak boleh block mana-mana aplikasi yang tidak melanggar undang-undang. Dengan lain kata, aplikasi kereta sewa seperti Uber, GrabCar dan yang serupa tidak melanggar undang-undang. Kenyataan Timbalan Menteri ini boleh dibaca ... DI SINI.

Bagi pihak JPJ pula, mereka pernah mengeluarkan kenyataan yang perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi telefon seperti Uber dan GrabCar adalah menyalahi undang-undang kerana kenderaan yang digunakan tidak berdaftar dengan SPAD dan juga JPJ. Pihak JPJ juga beri jaminan untuk membanteras kegiatan ini dan mengakui menghadapi kesukaran memandangkan kenderaan peribadi ini tidak berdaftar. Maklumat ini dipetik ... DI SINI.


Kedua-dua kenyataan di atas mengesahkan yang perkhidmatan kereta persendirian Uber dan GrabCar adalah salah tetapi mereka mungkin terlepas pandang yang punca perkhidmatan ini datangnya dari aplikasi telefon yang pasti di bawah bidangkuasa SKMM.

Ini yang ingin diketengahkan Pengerusi SPAD Sri Syed Hamid Albar yang SKMM perlu bertanggungjawab memantau dan mengawal aplikasi Uber dan GrabCar. Tan Sri juga menjelaskan bahawa memberi perkhidmatan aplikasi tidak menjadi satu kesalahan di bawah SPAD, oleh kerana itu pihak SPAD hanya mengambil tindakan ke atas kenderaan yang digunakan dan pemilik kereta sahaja.

Berbeza dengan aplikasi MeterOn yang diperkenal SPAD yang meliputi lebih 50,000 teksi berlesen di Semenanjung Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan standard perkhidmatan teksi. Aplikasi ini menawarkan kepada pelanggan platform dengan dilengkapi enam ciri utama iaitu pengesahan pemandu, alat menjejaki perjalanan, anggaran tambang, penilaian pemandu, amaran SOS dan maklum balas atau laporan.

Tan Sri juga mengesahkan yang pihak SPAD telah berunding dengan SKMM untuk mencari penyelesaian ini dan seharusnya mereka bertanggungjawab kerana di bawah undang-undang ia sememangnya tugas SKMM untuk mengawal selia semua aplikasi telefon.

Monday, October 19, 2015

MEMORANDUM PETEKMA KEPADA PERDANA MENTERI UNTUK BAJET 2016


Bajet 2016 akan dibentangkan Perdana Menteri DS Najib Razak di Parlimen pada 23 Oktober (Jumaat) ini dan tidak terlambat bagi PETEKMA untuk menyuarakan masalah mereka agar kepentingan pemandu-pemandu teksi tidak diketepikan. 4 perkara pokok telah dikemukakan di dalam satu memorandum ketika Mesyuarat Agung Tahunan pada Sabtu lepas, walaupun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah melancarkan laman webnya pada pertengahan September lalu, mengajak rakyat memberi cadangan dan di antaranya termasuklah kategori pengangkutan.


NGV, TOL DAN GST

Empat perkara yang terkandung di dalam memorandum PETEKMA adalah berkenaan harga NGV, harga tol di dalam bandar, GST dan perkhidmatan haram teksi seperti UBER dan GrabCar. PETEKMA telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA serta Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan.

Pada masa yang sama, PETEKMA juga tidak ketinggalan menyatakan penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah berjaya memperjuangkan kenaikan kadar tambang teksi yang sekali gus telah memberi nafas kepada mereka. Namun pada masa yang sama, pemandu dan operator teksi berhadapan dengan kenaikan harga NGV sehingga 45 peratus, kenaikan tol di dalam bandar yang melibatkan dua tol iaitu tol SMART dan Besraya.

Maka pihak PETEKMA memohon agar pihak kerajaan dapat pertimbangkan untuk mengurangkan ataupun menunda kenaikan harga NGV, serta memberikan potongan 50 peratus kepada kenderaan kelas 4 di kedua-dua tol yang telah disebutkan.

Selanjutnya, PETEKMA telah menyatakan masalah pemandu-pemandu teksi yang terpaksa menanggung kenaikan kos operasi seperti alat ganti, bayaran sewa teksi dan pinjaman bank dikenakan GST manakala penumpang terkecuali.


UBER dan GrabCar

Memorandum PETEKMA juga telah menyentuh mengenai aplikasi talian UBER, GrabCar dan seumpamanya apabila kegiatan ini telah menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi terutama di sekitar bandaraya. Menurut Pengerusi PETEKMA En Mohd Syahrir Abdul Aziz, syarikat yang mengendali perkhidmatan teksi melalui talian ini perlu diharamkan kerana tidak menepati syarat-syarat SPAD dan PUSPAKOM.

Mereka telah mengelak dari membayar insuran, yuran proses, lesen, pemeriksaan PUSPAKOM dan mengambil kesempatan mengaut untung sehingga mampu menjejaskan pendapatan ahli-ahli PETEKMA yang sedia patuh kepada syarat-syarat SPAD dan PUSPAKOM. Oleh itu, Pengerusi PETEKMA mencadangkan agar adalah wajar sekiranya kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan.

Walaupun apa yang dikemukakan PETEKMA di dalam memorandum berkemungkinan agak sedikit terlambat untuk PM masukkan ke dalam Bajet 2016 nanti, namun perkara-perkara seperti isu perkhidmatan teksi haram patut ditangani dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan di mana sekiranya berlaku kejadian seperti kemalangan, salah laku atau jenayah, samada penumpang mahupun pemandunya tidak akan boleh membuat tuntutan.


HARAPAN PETEKMA

PETEKMA adalah persatuan yang mewakili pemandu-pemandu teksi dan limosin dengan keahlian melebihi 60,000 dan mempunyai 189 cawangan di seluruh negara memohon agar dapat bertemu Perdana Menteri bagi berbincang dan berunding dengan kerajaan serta mendengar denyut nadi mereka. 

Pendekatan PETEKMA adalah berbincang dan berunding dan tidak seperti sesetengah persatuan yang memilih untuk membuat bantahan jalanan ataupun mogok. PETEKMA juga selalu mengadakan perbincangan dan rundingan bersama SPAD, hasilnya berjaya mendapatkan kenaikan kadar tambang teksi yang berpatutan. 

Penguatkuasa SPAD juga telah memainkan peranan yang sangat berkesan mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi ke atas pemandu-pemandu dan kereta Uber dan GrabCar. Namun, selagi aplikasi talian perkhidmatan mereka masih aktif, kereta-kereta haram ini akan masih lagi berkeliaran.

Oleh itu, 4 permintaan PETEKMA di dalam memorandum mereka diharapkan mendapat perhatian dan tindakan kerajaan agar industri teksi dan limosin terutama di bandar-bandar dapat diteruskan dan seterusnya diperkembangkan. PETEKMA juga berharap agar Perdana Menteri dan selaku Menteri Kewangan, dapat menimbangkan permintaan mereka dan sekali gus diadakan perundingan di meja bulat nanti.

Friday, July 03, 2015

KENDERAAN UBER DAN GRABCAR TIDAK IKUT UNDANG-UNDANG



Perniagaan perkhidmatan teksi yang dijalankan Uber dan GrabCar adalah sah kerana mereka berdaftar tetapi operasi perkhidmatan teksi mereka yang melanggar undang-undang.

Untuk sekian kalinya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi penjelasan bahawa kenderaan yang digunakan Uber dan GrabCar adalah tidak mempunyai lesen untuk membawa penumpang berbayar.

Oleh itu, pihak SPAD tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat-syarikat ini kerana mereka berdaftar dan dibenarkan menjalankan perniagaan samada mereka adalah dari syarikat tempatan mahupun dari luar negara. Namun, penguatkuasaan mampu membentras kenderaan dan pemandu yang tidak mempunyai lesen yang sah dari SPAD.

Penjelasan dari SPAD juga telah diberi kepada persatuan-persatuan teksi dan pihak kerajaan tiada masalah untuk apa sahaja sistem baru yang ingin diperkenalkan bagi penambahbaikan perniagaan syarikat. Ini juga berlaku kepada pengusaha-pengusaha kenderaan awam darat lain untuk menaik mutu perkhidmatan dan juga syarikat mereka.

Ketika melancarkan perkhidmatan kenderaan melalui telefon bimbit pintar baru di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Tan Sri Syed Hamid menjelaskan bahawa Uber telah cuba mengambil alih perkhidmatan teksi-teksi berlesen yang beroperasi mengikut undang-undang. Ini juga telah menyekat pendapatan pemandu-pemandu teksi yang lain. Perkhidmatan haram seperti Uber juga telah menjejaskan di negara-negara dan oleh kerana itu maka Uber dan GrabCar berhadapan dengan masalah.

Inilah yang menyebabkan beberapa kenderaan peribadi yang memberi perkhidmatan di bawah Uber dan GrabCar telah disita oleh penguatkuasa SPAD. Penumpang-penumpang berbayar tidak dilindungi insuran jika mereka menaiki kenderaan peribadi ini dan seandainya berlaku kemalangan, pemandu yang akan dipertanggungjawabkan.

Pada masa yang sama, Tan Sri Syed Hamid bagi pihak SPAD berasa sangat puashati dengan kenderaan yang mengguna perkhidmatan aplikasi baru SPAD di mana ia dilengkapi dengan 'work station', perakam video kenderaan, perakam CCTV, kamera untuk penglihatan malam, internet dan sentiasa diawasi penguatkuasa.

2 unit van ditempatkan di sekitar Lembah Klang untuk membuat siasatan dan memantau aduan dari dalam dan luar kenderaan.

Monday, December 22, 2014

APAKAH PERS1M MEMBELA NILA SETITIK UNTUK ROSAKKAN SUSU SEBELANGA?

2 isu yang didakwa PERS1M agar SPAD disiasat SPRM.
  • 4 pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu.
  • Acara "Charity Drive With The Stars" anjuran UBER dan Volkwagen.

Dakwaan PERTAMA PERS1M;

SPAD dikatakan zalim terhadap pemandu teksi kerana 4 pemandu teksi dikenakan hukuman yang sangat berat sehingga ada yang tidur dalam Penjara Sungai Buluh hanya kerana ketiadaan Kad Pemandu, malah ada juga yang terpaksa membayar denda sehingga RM8000 kerana tidak mahu masuk penjara di atas kesalahan Kad Pemandu tamat tempoh.

PERS1M juga mendakwa menerima beberapa kes penindasan syarikat terhadap pemandu teksi dan telah merujuk perkara tersebut kepada SPAD, namun mereka hanya bersikap mendiam diri dan melepas tangan.

Di dalam siaran media SPAD untuk memberi pencerahan, ini adalah jawapan SPAD;


Isu 4 pemandu teksi yang telah disabitkan hukuman penjara dan denda, pemandu-pemandu teksi ini telah diberi peringatan dan amaran yang sewajarnya tetapi mereka ENGGAN membayar kompaun yang pada asalnya dengan jumlah yang PALING MINIMA iaitu RM500. Mereka juga diberi tempoh purata di antara 454 hingga 653 hari untuk menjelaskan kompaun.

Setelah tempoh membayar kompaun tamat, kes-kes tersebut telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan mereka telah didakwa di Mahkamah.

Dua (2) daripada pemandu teksi tersebut telah dikenakan denda dan penjara selama sehari.

Dua (2) lagi pemandu diarah membayar denda atau masing-masing dikenakan hukuman penjara selama 2 dan 3 bulan tetapi mereka memilih untuk membayar denda yang dikenakan di bawah bidangkuasa Mahkamah.

Kepada PERS1M, SPAD ingin menjelaskan bahawa sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang. Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, dimana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan.

Dakwaan KEDUA PERS1M;

Pihak SPAD tidak mensyaratkan pemandu yang memandu kenderaan UBER perlu memiliki Kad Pemandu seperti yang termaktub didalam Perkeliling Bil.4 2013.di dalam acara "Charity Drive With The Stars" anjuran UBER dan Volkwagen yang menampilkan hampir 52 Selebriti.

Jawapan SPAD :


Berkaitan dengan isu Uber yang dibangkitkan pula, S.P.A.D. dan JPJ membuat tindakan berterusan di bawah kesalahan perkhidmatan tanpa permit dibawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan, 1987 dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010.

Pada September 2014, S.P.A.D. telah mengenalpasti lapan (8) syarikat yang menggunakan aplikasi Uber dengan pembabitan sejumlah 50 buah kenderaan, di mana 20 buah daripadanya tidak mempunyai permit yang sesuai. Disebabkan Uber adalah aplikasi baru di Malaysia, S.P.A.D. merasakan perlu dibuat penerangan kepada syarikat terbabit mengenai keperluan undang-undang dan syarat-syarat pengendali. Suruhanjaya telah memberikan peringatan agar pemandu berlesen PSV, insurans dan kenderaan berdaftar yang sesuai sahaja boleh digunakan oleh Uber.

Pada Oktober 2014, S.P.A.D. telah meneruskan operasi terhadap kenderaan Uber. Sehingga kini 13 kesalahan membabitkan Uber telah disiasat dan diambil tindakan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. Ini melibatkan 6 kes gagal kemukakan Lesen Pengendali, 6 kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit. Di dalam siasatan terdapat beberapa lagi kenderaan yang dikesan beroperasi tanpa permit. Operasi juga tidak terhad di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja.

Di sini Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi.

Dengan jawapan S.P.A.D. yang jelas ke atas dakwaan PERS1M, mantra tidak pasti samada PERS1M benar-benar berfungsi untuk mentransformasi ahli-ahlinya yang terdiri daripada pemandu-pemandu teksi ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya?

Jelas sekali apabila PERS1M membela 4 pemandu teksi yang telah dikenakan hukuman denda dan penjara itu ibarat sedang membela nila setitik sehingga susu sebelanga mampu dirosakkan. Adalah tidak wajar menganggap pihak SPAD telah bertindak zalim kerana keempat-empat pemandu teksi itu telah diberi masa danpeluang secukupnya. Oleh kerana keengganan dan kedegilan mereka mematuhi undang-undang, mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman. Apakah di dalam perkara ini SPAD yang zalim atau pemandu-pemandu tersebut yang sengaja menzalimi diri mereka sendiri?

Blog ini telah pun menulis agar Uber mengutamakan undang-undang walaupun menganjur program amal ... DI SINI. Dengan ini, sekali lagi pihak SPAD tidak pernah berlaku sebarang kompromi dengan pihak Uber walaupun di dalam penganjuran program mereka.

Jika dakwa PERS1M bahawa SPAD tidak menjaga kepentingan pemandu-pemandu teksi hanya kerana membenarkan kewujudan Uber yang mampu memberipersaingan sengit kepada mereka, anggapan ini sangatlah SALAH dan pendapat yang sangat SEMPIT!

PERS1M seharusnya menganggap ia satu persaingan yang sihat dan memikirkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan teksi di Malaysia. Namun tertanya-tanya juga, apakah yang telah PERS1M lakukan untuk perbaiki mutu perkhidmatan mereka apabila mendapat label perkhidmatan teksi yang terburuk di dunia?

Dengan penjelasan SPAD untuk mengutamakan keselamatan penumpang, apa pula langkah PERS1M bagi mengatasi masalah ini?

Janganlah sekadar tahu meminta itu dan ini dari kerajaan serta menuduh itu dan ini tetapi tidak pula menunjukkan sokongan apabila kerajaan berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan tegas dengan undang-undang. PERS1M juga perlu adil kepada lebih ramai pemandu-pemandu teksi yang mematuhi undang-undang dan ikhlas mencari rezeki tanpa perlu menghasut dan mengadu domba.

Sekiranya SPAD perlu disiasat SPRM, mantra rasa Suruhanjaya ini tiada masalah kerana sepanjang pengetahuan mantra, SPAD adalah satu-satunya agensi kerajaan yang sangat responsive kepada sebarang isu dan dakwaan. Penguatkuasa SPAD pula terdiri daripada pegawai-pegawainya yang tegas dan sebarang bentuk rasuah tiada di dalam diari mereka.

Saturday, December 13, 2014

SPAD : UNDANG-UNDANG PERLU DIUTAMAKAN WALAUPUN ANJUR PROGRAM AMAL



Pihak SPAD telah berkali-kali mengingatkan semua pengusaha-pengusaha pengangakutan awam darat agar mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010 dan ini tidak terkecuali kepada syarikat UBER yang baru-baru ini telah bersetuju mematuhi undang-undang negara.

Baru saja pada awal bulan ini, Uber telah menyatakan persetujuan mereka untuk mematuhi undang-undang negara kita (baca DI SINI), namun mereka telah menganjurkan satu program amal yang melibatkan artis-artis Malaysia yang akan memandu kenderaan Uber dan mengenakan caj.

Peringatan Media dari pihak SPAD adalah jelas dan terang seperti berikut;

PERINGATAN MEDIA SPAD

BERKAITAN ‘CHARITY DRIVE WITH THE STARS’ ANJURAN UBER DAN VOLKSWAGEN MALAYSIA

Merujuk kepada acara 'Charity Drive with the Stars' anjuran Uber dan Volkswagen Malaysia pada hari ini (12 Disember), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD' atau 'Suruhanjaya') ingin mengeluarkan kenyataan dibawah bagi kepentingan orang awam:

Walaupun SPAD memuji niat murni penganjur di dalam aktiviti amal bersama selebriti, Suruhanjaya ingin menasihatkan orang awam, selebriti, semua yang terlibat termasuk Uber dan Volkswagen Malaysia, bahawa sebarang kenderaan yang digunakan sebagai teksi dan mengambil tambang daripada penumpang, mesti mematuhi undang-undang sepertimana termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010. Ini bermaksud pemandu kenderaan diwajibkan mempunyai Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan yang digunakan mesti didaftarkan dengan SPAD lengkap dengan perlindungan insurans yang sesuai bagi perlindungan penumpang yang membayar tambang.

SPAD memuji niat murni semua pihak yang terlibat; tetapi Suruhanjaya juga ingin menasihatkan agar mereka mendapatkan pengesahan daripada SPAD bagi menentukan pematuhan undang-undang yang berkaitan pengangkutan awam darat ketika menjalan program-program sedemikian.

Denan peringatan di atas, nampaknya pihak penganjur iaitu UBER dan Volkswagen Malaysia samada sengaja ingin melanggar peraturan atau mereka tidak tahu. Pilihan tidak tahu adalah tidak munasabah kerana sejak Ogos lalu sehingga hari Uber bersetuju untuk mematuhi undang-undang negara, telah dijelaskan berkali-kali.

Walau apa pun alasan penganjur, samada ingin mengadakan promosi dan publisiti dengan melibatkan beberapa artis popular seperti Sazzy Falak, Ean Nasrun and Jinnyboy, Afdlin Shauki, Joyce Wong, Yasmin Hani, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Sheena Liam, Reshmonu, Phat Fabes, JJ - Red FM, Moots Shuvit and Sarah Lian, adalah tanggungjawab Uber memaklumkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuh.

Diharap masyarakat awam termasuk juga artis-artis yang terlibat tidak diperguna oeh pihak-pihak yang hanya ingin mengaut untung dan akhirnya, sekira didapati bersalah oleh pihak penguatkuasa SPAD, mereka perlu mendapat penjelasan dari penganjur.

Kami juga tertanya-tanya, adakah Uber tiba-tiba terpaksa bersetuju dengan peraturan SPAD hanya kerana program yang telah dirancang ini?

Kepada Uber dan Volkswagen, janganlah cuba mengambil kesempatan kerana jika ingin berniaga di Malaysia... PATUHI DAN HORMAT UNDANG-UNDANG DI NEGARA KITA.

Saturday, December 06, 2014

UBER SETUJU SYARAT-SYARAT SPAD

Sejak Ogos lalu, isu pembatalan perkhidmatan teksi Uber melalui aplikasi mudah alih yang beroperasi di Malaysia telah mendapat perhatian warga kota.

Kini, pihak Uber telah beri jaminan untuk bersetuju mematuhi undang-undang pengangkutan awam darat Malaysia dengan mendaftarkan kenderaan dan beroperasi mengikut undang-undang pengangkutan awam Malaysia.

Perkhidmatan teksi Uber telah mendapat perhatian SPAD, JPJ dan juga rakyat. Blog ini telah menulis DI SINI dan DI SINI, memberi penjelasan mengapa SPAD dan JPJ mengambil tindakan tegas terhadap perkhidmatan teksi yang dikatakan popular di kalangan warga kota terutama di Kuala Lumpur.

Sekali lagi, diingatkan mesej Pengerusi SPAD;


Kenderaan yang didaftarkan di bawah kategori sewa dan pandu tidak dibenarkan untuk digunakan bagi perkhidmatan teksi atau limosin dan pemandu tanpa Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) lesen memandu tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang lain, jika tidak ia akan dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh itu, bersandarkan jaminan Uber untuk mematuhi undang-undang pengangkutan awam Malaysia, SPAD tidak akan mempunyai apa-apa isu dengan mereka.

Walaupun Uber telah bersetuju untuk mematuhi undang-undang pengangkutan di Malaysia, SPAD masih mempunyai pasukan penguatkuasaan untuk menjalankan tindakan keras ke atas individu yang menggunakan kenderaan persendirian atau menyalahgunakan lesen sewa dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan melalui Uber aplikasi mudah alih.

Terdahulu, Uber telah dibawa ke perhatian SPAD oleh pengusaha-pengusaha teksi tempatan. Ini adalah berdasarkan kenderaan Uber telah berdaftar secara tidak wajar, mengenakan tambang yang tidak selaras dengan kadar terkawal, menggunakan pemandu tanpa lesen yang betul dan mendiskriminasi pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit.

Beberapa negara-negara seperti Thailand, Norway dan Vietnam telah mengharamkan perkhidmatan tersebut dengan alasan yang sama.

Bertepatan dengan kenyataan Tan Sri Syed Hamid, negara kita sememangnya menggalakkan penggunaan teknologi tetapi syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu mematuhi dan menghormati undang-undang negara kita.


Thursday, September 25, 2014

BERMULA 1 OKTOBER KHIDMAT TEKSI UBER DIHARAMKAN JPJ

Pada bulan lalu, perkhimdatan teksi UBER telah hangat diperkatakan samada di media perdana mahupun di media sosial. Pihak SPAD telah mengeluarkan kenyataan berikut mengenai perkhidmatan teksi UBER di blog ini, seperti berikut;
Isitilah 'kereta sapu' atau 'teksi sapu' atau 'teksi haram' tetap dikategori pihak SPAD terhadap kenderaan syarikat UBER sehingga mereka berdaftar di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Itu adalah perkara utama yang kita perlu faham dan itulah yang ingin ditegaskan oleh pihak SPAD.

Pihak SPAD masih belum memutuskan untuk mengharamkan perkhidmatan UBER tetapi meminta pihak syarikat itu lebih bertanggungjawab mematuhi undang-undang negara ini.

Kini, pihak JPJ mengharamkan perkhidmatan 'teksi uber';


 
... dengan alasan yang sama dikemukakan SPAD iaitu perkhidmatan 'teksi uber' menyalahi undang-undang kerana menggunakan kenderaan persendirian dan tidak mendapat kelulusan lesen pengendali daripada SPAD sebagaimana dinyatakan mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Bermula 1 Oktober, operasi bersepadu bersama-sama JPJ, SPAD dan PDRM dan akan mengambil tindakan bagi pihak terbabit yang mengguna aplikasi UBER untuk kenderaan persendirian. Pihak yang terbabit di sini adalah pemandu dan pemilik kenderaan dan setakat ini tidak membabitkan penumpang.

SPAD telah memuatnaik kenyataan akhbar di Facebook rasminya, dan telah mendapat reaksi dari pengunjung yang memberi beberapa pandangan tersendiri seperti berikut;
Samsul Hadi Mamat : Mohon tindakan lebih drastik oleh penguatkuasa PDRM, JPJ/SPAD terhadap UBER @ prebet sapu semakin bermaharajalela di bandar Chukai dan sekitar Kemaman hingga mengganggu gugat periuk nasi para pemandu teksi terutama di KSB serta sekitar pelabuhan. Hrp maklum, t ksh.

Razif Jemaat : Rasanya adalah lebih baik banteras teksi cekik darah dari sibuk kacau Uber. Uber boleh dijadikan alternatif kepada masyarakat yang tidak yakin dengan khidmat teksi. Biar masyarakat yang pilih. Kalau ada masalah dari segi perundangan, kenapa tidak duduk semeja dan berbincang?

Teksi Berjaya Kuala Lumpur : En razif jemaat, APA yg susah sgt, kalau berani buat report trus ke SPAD, jgn cakap teksi cekik darah.

ZEight Steyr : Jadilah pengguna pengangkutan awam yg bijak. Jika terdapat pemandu teksi yg berperangai tidak senonoh lapurkan pada pihak berkuasa. Xkan hp canggih2 xblh nk snap pic no pendaftaran teksi kot???

Amer Dua Empat : no! no! no! harap banteras Uber! sesuatu yg paling tak relevant dlm industri pengangkutan awam darat Malaysia..

Pakmalau Pakmalau : Buru jgak yg ada kt pangkor bg abis semua dlm malaysia neh,

Slithereen Guard : Yg penting kita sebagai pemandu teksi dh bg penerangan ttg bahayenya uber sbb xde insuran, kita dh bgtau ttg apps2 taxi yg wujud kt malaysia.. So kalo dorang ni pengguna yg bijak, akan terus buat aduan kt SPAD jika teksi tidak menggunakan meter dan bukannye menggalakkan lagi pemandu2 teksi yg sebegini..

Nizam Sha : baru lepas telefon supercab 0378055333 utk khidmat teksi dari teksi stand LRT Taman Jaya ke Taman Sri Sentosa.boleh cakap takde teksi?padahal ada je teksi tapi tanak pergi kata jalan jemm.sunguh tak boleh terima alasan!org nk kasi duit pon byk alasan.tak hairanlah org langgan perkhidmatan uber

Gerakan Boikot : Tingkatkan diri kita sebagai pemandu teksi malaysia. Gunakan meter. Cantik dan segak berpakaian, Kereta harum bak bunga setaman.

Henry Tanaka : Uber is preferable.. But pemandu teksi area Datuk Keramat KL bagus2 belaka.. kat KTM kajang mcm hampeh, kasi sumbat sampai penuh tp caj per head mcm caj satu trip.. SPAD tolong selaraskan caj teksi, supaya tak bertindan dan keliru (contoh : utm jln semarak - KLCC RM 7 = all teksi) Pemakaian meter pun dah x relevan sbb benda boleh ejass...

Akimaru Rendum : Alasan....erm...saya pengguna tegar myteksi dan easy teksi.... KaLau kat midvelley tak pernah dapat pun..... Myteksi dan easyteksi dan etc2.....Hanya effective masa mula2 dulu jer....sekarang asyik received call dari driver teksi suruh cancel....
Itu adalah di antara respon di mana rata-rata sangat berpuas hati dengan perkhidmatan teksi UBER. Namun, perlu difahamkan bahawa negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuh oleh semua pihak yang ingin berurusniaga di negara kita.

Pihak berkuasa sekadar melaksanakan tugas mereka dan tindakan mereka adalah bersandarkan kepada kepentingan keselamatan penumpang. Adalah tidak adil seandainya mana-mana pihak menuduh pihak berkuasa di negara ini mengambi tindakan tanpa sebarang pertimbangan kerana sebelum ini SPAD telah menyatakan cuba untuk menghubungi UBER melalui telefon, email namun tiada mendapat respon.

Kepada syarikat-syarikat yang juga memberi khidmat pesanan teksi, diharap dapat memperbaiki khidmat mereka. Oleh kerana kelemahan perkhidmatan mereka, maka rakyat memilih untuk kepada perkhidmatan yang lebih baik.

SPAD juga diharapkan memberi perhatian kepada syarikat-syarikat perkhidmatan teksi melalui telefon ini kerana boleh dikatakan perkhdimatan mereka sangat mengecewakan terutama perkhidmatan pelanggan mereka.


 

Thursday, August 28, 2014

SPAD : UBER TETAP 'KERETA SAPU' WALAUPUN DIGEMARI RAMAI


Isitilah 'kereta sapu' atau 'teksi sapu' atau 'teksi haram' tetap dikategori pihak SPAD terhadap kenderaan syarikat UBER sehingga mereka berdaftar di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Itu adalah perkara utama yang kita perlu faham dan itulah yang ingin ditegaskan oleh pihak SPAD.

SPAD sebenarnya menggalakkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk aplikasi telefon pintar. 

Ramai dikatakan sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh UBER namun mereka tidak terkecuali dari mematuhi undang-undang negara ini.

Dikatakan UBER adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di San Francisco menawarkan perkhidmatan menghubungi pemandu kenderaan untuk disewa melalui aplikasi telefon. 

Mereka menawarkan kenderaan persendirian mewah seperti Toyota Camry, Nissan Teana dan BMW 7-series.

Malangnya apabila usaha-usaha SPAD untuk memastikan pihak UBER mematuhi undang-undang negara ini menerusi telefon dan emel, sehingga kini masih tiada respon dari mereka, malah soalan-soalan yang telah dikemukakan juga tidak mendapat sebarang jawapan.


Ini agak memusykilkan kerana seandainya UBER telah beroperasi sejak 2013 melalui aplikasi telefon pintar, mengapa tiada respon walaupun ketika pendaftaran, pihak UBER meminta email kita didaftarkan.

Sesebuah kenderaan persendirian yang bertujuan membawa penumpang dengan mengambil upah/tambang adalah salah dan pihak SPAD juga mendapati dalam siasatan mereka bahawa UBER mengguna kereta persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin 'Sewa dan Pandu' sebagai perkhidmatan kereta sewa dan ini juga adalah menyalahi Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin.

Kita perlu tahu mengapa pihak SPAD begitu mengambil berat terhadap risiko yang bakal dihadapi penumpang-penumpang UBER di mana di dalam siasatan mereka juga mendapati ada di antara pemandu-pemandunya tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam1987.

Selalunya kereta sapu tidak dilindungi insuran kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM dan SPAD mendapati kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak memenuhi syarat-syarat berikut.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD masih belum memutuskan untuk mengharamkan perkhidmatan UBER tetapi meminta pihak syarikat itu lebih bertanggungjawab mematuhi undang-undang negara ini.