Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, May 05, 2018

#PRU14 : ANNUAR MUSA - TSUNAMI MELAYU TERKUBUR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MAMPU BERLAKU


Yang memperkenal tsunami bangsa adalah DAP kerana mereka berjaya wujudkan tsunami Cina di dalam dua pilihanraya lalu. Kini setelah melihat kegagalan demi kegagalan dan pembohongan demi pembohongan yang bakal menerima akibat mereka akan ditolak masyarakat Cina, mereka terpaksa wujudkan pula propaganda tsunami Melayu.

DAP berjanji yang Pakatan Rakyat pasti akan menawan Putrajaya sejak dari PRU11 dan masih gagal menakluk Putrajaya pada PRU12 walaupun PAS berada bersama-sama mereka ketika itu. Walaupun berjaya kekalkan tsunami Cina, namun Kedah telah berjaya dirampas oleh BN. Kemudian, DAP mencari helah mengguna hukum hudud PAS untuk menyisihkan parti kedua terbesar di Malaysia dengan harapan kewujudan PAN mampu menarik ramai penyokong PAS.

Malangnya, PAN telah kecewakan mereka dan DAP beralih ke arah parti baru Dr Mahathir, PPBM. Janji Mahathir, PPBM akan lumpuhkan UMNO dan ahli-ahlinya akan keluar beramai-ramai. Belum sempat diadakan mesyuarat agong pertama, cawangan-cawangan PPBM mula bergolak dan ada di antaranya dibubarkan. Bukan UMNO yang tergugat tetapi PPBM yang bakal dibubarkan kerana gagal mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian. Sekali lagi DAP kecewa.

Bagi Tan Sri Annuar, tsunami Melayu telah terkubur terlebih dahulu dan kuburnya pun semakin dalam apabila setelah penamaan calon, ramai di antara calon-calon pakatan pembangkang yang mengguna lambang PKR, cabut lari ke kawasan lain dan tidak berani bertanding di kawasan lama.

Jelas terbukti apabila Wan Azizah tidak lagi berani bertanding di Kajang dan Permatang Pauh, anaknya lari dari Lembah Pantai tetapi calon-calon BN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin utama tetap kekal bertanding di kawasan lama. Apa maksudnya? Kawasan-kawasan yang dilepasakan Wan Azizah dan Nurul Izzah terdiri daripada kawasan majoriti Melayu dan jika mereka telah berkhidmat dengan baik, apa perlu mereka lari ke kawasan lain?

Hakikatnya, DAP terdesak untuk berkuasa termasuklah menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. Untuk menunaikan janji yang telah gagal ditunaikan pada 2 pilihanraya umum lalu untuk menawan Putrajaya, DAP sedar yang mereka perlukan kuasa undi Melayu. Maka Dr Mahathir perlu digunakan sepenuhnya.

Persoalannya, apakah masyarakat Melayu akan membenarkan DAP berkuasa? Dr Mahathir sepatutnya arahkan DAP hapuskan perjuangan 'Malaysian Malaysia' mereka terlebih dahulu dan kenapa Dr Mahathir juga gagal menghapuskannya jika benar beliau bakal menjadi Perdana Menteri mereka. Apakah setelah sepentas, dilantik sebagai Top Dog, Mahathir tiada kuasa? Bukankah jelas, Mahathir sedang digunakan sehabis-habisnya oleh DAP untuk berkuasa nanti. 
 

Wednesday, May 02, 2018

#PRU14 : DAP perosak vs MCA pembela

 
Perkara pertama yang dilakukan MCA setelah Datuk Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong menerajui parti yang mewakili masyarakat Cina di dalamBarisan Nasional diterjemahkan dalam kempen transfromasi politik MCA - 'Stronger Together' dan bermaksud apabila bersama dan bersatu, MCA akan lebih mantap. Justeru, segala kemelut dan perpecahan di dalam MCA perlu diselesaikan dan ahli-ahlinya perlu bersatu untuk lebih mantap menebus kekalahan teruk di PRU12 dan PRU13.

Ketika menuju PRU14, kedua-dua kepimpinan tertinggi MCA ini telah berjaya menyatukan ahli-ahlinya dan memantapkan lagi perjuangan MCA khas untuk masyarakat Cina. Justeru, akibatnya DAP semakin gundah-gulana dan setelah berpatah-arang dengan PAS dan dipenuhi dengan pelbagai skandal yang bertentangan dengan polisi CAT (competent, accountable, transparent) mereka, DAP semakin diragui tetapi masyarakat Cina masih ramai berharap DAP mampu perjuangkan nasib mereka dan mengenepikan MCA.

Isu yang sering dibangkitkan masyarakat Cina adalah berkaitan pendidikan dan ekonomi. Sememangnya DAP berjaya menghasut masyarakat Cina dengan dua isu besar ini sehingga MCA digambarkan gagal menanganinya. Tetapi setelah 2 pilihanraya DAP berjaya mempengaruhi mereka, isu-isu ini kekal tidak dapat diatasi dan yang kekal, DAP hanya mampu kekalkan kebencian.

Akibatnya, bukan saja MCA dipandang serong oleh masyarakat Melayu malahan keharmonian rakyat Malaysia juga turut terjejas di mana masyarakat Melayu dan Cina mula meragui antara satu sama lain sehinggakan soal agama dan budaya masing-masing telah mula dicabar, dipertikai malahan telah ada usaha-usaha mencabar perlembagaan negara.

Di dalam setiap ucapan dalam perhimpunan mega MCA, Presidennya Datuk Liow sering mengingatkan ahli-ahlinya bagaimana negara mencapai kemerdekaandan jawapannya hanyalah dengan bersatu bersama-sama UMNO dan MIC. Kesetiaan MCA kepada komponen parti lain juga tidak pernah dicemari walaupun terdapat hasutan dari DAP.

Hasutan dan kebencian yang ditanam DAP ke dalam minda masyarakat Cina terhadap kerajaan dan MCA nampaknya tidak memadai. DAP kini sehingga sanggup mengguna kekerasan dan hasutan melampau. 


Bukan saja DAP gemar berpindah-pindah kawasan untuk bertanding, yang nyata, mereka terpaksa mencari kawasan lain untuk bertanding setelah gagal memberi khidmat dan menunaikan janji-janji yang diberikan setelah menang di pilihanraya lalu. Kerosakan yang telah dibuat di kawasan yang terdahulu, kini ingin pula dibawa ke kawasan-kawasan yang telah dimenangi MCA.

Contohnya di parlimen Bentong dan Ayer Hitam, bukan saja kedua-dua kawasan ini dimenangi ketua-ketua tertinggi MCA, malahan bakti dan nasib rakyat setempat telah terbela malahan sentiasa ditingkatkan. Masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai fahaman ugama dan budaya, malahan mereka juga terdiri mereka yang berbeza sokongan parti politik, telah hidup dalam harmoni dan bahagia.

Kedatangan DAP hanyalah untuk merosakkan kesemua itu. Lihat saja apa yang berlaku di Yong Peng, oleh kerana DAP menghantar seorang perosak, kejadian samseng telah pun berlaku di mana ia tidak pernah dialami oleh masyarakat Yong Peng di dalam kempen pilihanraya sebelum ini. Wong Tack yang sangat dikenali sebagai seorang gemar mencetus huru-hara, di hari penamaan calon pun telah saling cabar-mencabar dengan Datuk Liow.

Janganlah dibenarkan perosak-perosak dari pakatan pembangkang terutamanya dari DAP dan PKR menghancurkan segala yang telah dibina dan diusahakan oleh pemimpin-pemimpin MCA yang ternyata telah dan akan terus membela rakyat.

Monday, April 30, 2018

KERUSI-KERUSI PARLIMEN REBUTAN DAP DARI MCA


Pada 28 April (Sabtu) telah berlangsung penamaan calon-calon yang akan bertanding secara rasminya untuk PRU14 di seluruh negara untuk Parlimen dan DUN kecuali DUN untuk Sarawak yang telah pun diadakan pada tahun lalu. Sebanyak  222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN dipertandingkan apabila BN bertanding di kesemua kerusi parlimen dan DUN manakala MCA telah meletakkan seramai 39 calon parlimen dan 90 calon DUN.

Sejak dari dulu, sejarah politik negara menyaksikan DAP adalah musuh tradisi MCA dan yang pasti, setiap calon yang diletak MCA akan ditentang. Namun, sejarah politik negara juga menunjukkan yang DAP hanya berani bertanding di kawasan-kawasan majoriti pengundinya adalah bangsa Cina.

Pada PRU12 dan PRU13 lalu, DAP kekal tidak berani meletakkan calon-calon mereka di kawasan majoriti Melayu walaupun bezanya tidaklah ketara sangat dan DAP mendapat sokongan padu dari penyokong PAS.

Kali ini, menjelang PRU14, kita menyaksikan beberapa peristiwa yang menyebabkan DAP menimbulkan beberapa strategi dalam bertembung dengan MCA. Setelah Dr Mahathir menyertai pakatan mereka bersama-sama PKR dan PAN, kita juga dihidangkan dengan pelbagai ketegangan dalaman parti masing-masing dan termasuklah DAP di mana beberapa ahli senior telah pun keluar parti.

Kemudian, MCA secara agresif telah membuat serangan balas dalam beberapa isu penting negara terkini dan di antaranya termasuklah isu pengiktirafan UEC, pendidikan komuniti Cina, perkampungan baru, RUU 355, isu air Selangor, isu tanah Ijok dan terkini isu paling sensasi dan paling korup iaitu terowong dasar laut Pulau Pinang.

Justeru, memandangkan DAP sekarang mendapati segala kelemahan dan pembohongan mereka telah didedahkan dan kekuatan menghasut semakin tercabar, mereka mula mendapatkan satu strategi baru iaitu 'King kills King' dalam pertarungan PRU14 nanti. Maka bermula gembar-gembur dengan Kit Siang akan meninggalkan parlimen Gelang Patah dan bakal bertembung di Bentong.

DAP dan Kit Siang semakin marah apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong bertalu-talu menyerang anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut Pulau Pinang sehinggakan imej Guan Eng turut tercalar lebih dahsyat selepas musibah banjir paling teruk di Pulau Pinang. Datuk Wee ternyata sangat berani sehingga mampu mencabar Guan Eng berdebat tetapi kedua-dua bapa dan anak ini tidak berani menghadirkan diri kerana mengetahui mereka akan teruk dibelasah Datuk Wee di hadapan rakyat Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, Kit Siang masih ingin teruskan strategi 'King kills King' tetapi terlalu takut untuk berhadapan samada Presiden MCA dan juga Timbalannya memandangkan kedudukan mereka kini agak kukuh dan risikonya agak tinggi jika Kit Siang bertanding di sana. Namun, Kit Siang masih ingin teruskan strateginya terutama Datuk Wee memandangkan beliau juga adalah ketua strategi perang MCA untuk PRU14. Oleh itu, DAP akhirnya terpaksa hantar Liew Chin Tong yang digelar sebagai 'Johor slayer' menentang di parlimen Ayer Hitam.

Samada Kit Siang berjaya ataupun tidak, parlimen Ayer Hitam mempunyai hampir 60 peratus pengundi Melayu dan ini adalah kali keempat Datuk Wee bertanding dan 3 penggal dipilih rakyat sebagai Ahli Parlimen mereka. Strategi 'King kills King' DAP masih diteruskan dan beberapa kerusi panas MCA telah pun dikenalpasti seperti berikut;
 
P089-Bentong










P148-Ayer Hitam










P128-Seremban

 








P009-Alor Setar
 









P043-Bagan
 









P071-Gopeng
 









P080-Raub
 









P152-Kluang
 








 
P162-Iskandar Puteri


 








MCA adalah rakan setia Barisan Nasional dan kita pastikan kesemua kerusi panas yang menjadi idaman serta rebutan DAP ini mampu dikekalkan kepada Barisan Nasional.
 

Friday, February 23, 2018

"ORANG KUAT DAP" MELATAH DENGAN PERANGKAP WARTAWAN



 

Sedang Datuk Wee bertalu-talu melontarkan soalan-soalan berbisa sehingga terserlahnya ketakutan dan kebingungan pihak DAP dan Lim Guan Eng dalam skandal Terowong dasar Laut Pulau Pinang, gagal menjawab dengan tepat, kini mereka mendapat satu bahan yang cukup bagus untuk mengelakkan perhatian rakyat.

Pertama, Kit Siang cuba kacau kawasan parlimen Datuk Wee dan cuba beri bayangan yang berkemungkinan orang seperti beliau akan mencabar Datuk Wee.

Apabila Datuk Wee memberi respon, yang sesiapa saja DAP boleh letakkan calon mereka dan yang pasti, calon itu tentulah orang kuat DAP, yang pasti Datuk Wee tidak menamakan sesiapa pun termasuklah samada Guan Eng mahupun bapanya Kit Siang. Apabila Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan "orang kuat DAP", bukan saja Datuk Wee, malahan sesiapa saja akan terpandang muka dua anak beranak Lim tersebut dan siapa yang boleh nafikan?

Tanpa mendengar kenyataan sebenar Datuk Wee dan hanya berpandukan soalan wartawan, Guan Eng pula yang melatah. Melatah dan gembira kerana dapat lari untuk sementara waktu dari pening kepala terpaksa menjawab soalan-soalan Datuk Wee. Sepatutnya Guan Eng tanyakan samada benarkah Datuk Wee berkata sedemikian sepertimana yang selalu beliau lakukan. Kali ini nampaknya Guan Eng seronok melatah dan menampakkan betapa beliau perlukan satu isu yang boleh mengalihkan tumpuan rakyat daripada skandal projeknya.

Kemudian, ada pula akhbar harian berbahasa Mandarin yang melaporkan Datuk Wee keluar kenyataan yang meramalkan UMNO akan kalah pada PRU14.

Dalam satu temuramah, menurut Datuk Wee, beliau diajukan dengan soalan-soalan andaian seperti apa akan jadi jika Dr Mahathir tidak menang cukup kerusi? Apabila soalan andaian yang diberikan, sudah pasti Datuk Wee pun beri jawapan dalam bentuk andaian. Bagi beliau, segalanya mungkin berlaku dan politik adalah seni segala kemungkinan.

Malahan Datuk Wee menyifatkan PRU14 akan datang dijadikan sebagai referendum masyarakat Cina terhadap Dr Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percayakan beliau”, walaupun tempoh pentadbirannya dihadkan.

Tetapi apa yang ditulis, Datuk Wee meramalkan UMNO akan kalah pula. Bukankah begitu jauh menyimpang maksudnya. Lebih jelas, ia mungkin sengaja ditulis sebegitu agar Datuk Wee dikutuk ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya beliau dialihkan tumpuan menyerang Guan Eng dan DAP.

Justeru tanpa berlengah lagi, Datuk Wee mengarahkan akhbar berkenaan supaya menyemak semula rakaman wawancara dengannya dan terus membuat penjelasan segera. Apakah mereka telah membuat perubahan? Jelas tidak dan fahamlah kita, mereka sengaja putarbelitkan kenyataan Datuk Wee untuk kepentingan pihak tertentu.

Menjawab Ketua DAP Johor yang membawa kemungkinan DAP dan UMNO akan bekerjasama selepas keputusan PRU14 nanti, bukan saja Datuk Wee atau pun MCA, malahan semua kepimpinan UMNO dan termasuk ahli-ahlinya mengetahui ia tidak akan terjadi sampai bila-bila.

Apakah DAP begitu cemburu dengan kerjasama UMNO dan PAS dan apakah DAP tidak yakin dengan kekuatan parti Dr Mahathir? MCA adalah rakan setia UMNO sejak merdeka dan kedua-dua parti ini telah bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam keadaan apa jua. Bagi UMNO, kepimpinan DS Liow dan DS Wee menerajui MCA adalah terbaik dan memang telah nampak perubahan di kalangan komuniti Cina yang kini lebih mempercayai MCA.

Apa pun angan-angan DAP untuk bekerjasama dengan UMNO, mereka ternyata bukan rakan politik yang boleh dipercayai. Lihat saja keangkuhan mereka membubarkan Pakatan Rakyat dan menyerang peribadi Presiden PAS. DAP adalah racun kepada kemakmuran negara dan seharusnya komuniti Cina menyedari hakikat ini.

Jika dahulu telah berjanji kepada PAN (parti tajaan DAP) meletakkan calon mereka, dengan sesuka hati boleh mengikarinya. Apakah DAP rakan yang baik jika dibandingkan dengan MCA?

Wednesday, January 24, 2018

MCA : MAHATHIRISMA, APAKAH DAP SEKALI LAGI AKAN MENIPU MASYARAKAT CINA?


Sekali air bah, pantai pun berubah tapi bagi DAP, selama 22 tahun air bah baru kini mereka berubah dari menjadikan Mahathir sebagai subjek utama untuk mengkritik segala bentuk korupsi, penipuan, salah guna kuasa, kerajaan yang tidak efisen, penindasan dan semua yang negatif. Bukan itu saja, selama 22 tahun itu juga Mahathir diberi pelbagai gelaran dan pelbagai bentuk ejekan samada di pentas ceramah ataupun di dalam penulisan dan sidang media mereka.

Tetapi hari ini setelah Mahathir bekerjasama, di mulut pemimpin DAP, segala cemuhan dan tuduhan selama 22 tahun telah dimaafkan dan kini Mahathir adalah pemimpin yang suci yang ingin selamatkan Malaysia.

Bagi MCA, apakah ini tidak sama seperti ketika DAP sedang bekerjasama dengan PAS? DAP berkempen agar pengundi Cina menyokong hukum hudud PAS dan menerima ekstrimisma PAS yang satu ketika dulu sangat anti-MCA sehinggakan ahli-ahli dan pemimpin UMNO juga dipanggil kafir. Di dalam Pakatan Rakyat, bukan DAP tidak tahu PAS akan melaksanakan hukum hudud mereka di Kelantan, tetapi demi mendapatkan undi, masyarakat Cina dibohong yang hudud PAS hanya melibatkan orang Melayu.

Selepas berjaya menipu masyarakat Cina dengan hudud PAS, DAP telah mendapat satu lagi idea untuk perdaya masyarakat Cina. Kali ini DAP bekerjasama dengan musuh utama mereka, Dr Mahathir aka MahaFiraun, MahaZalim dan MahaKorup dan orang yang menyebabkan punca utama Malaysia ini rosak. PRU14, DAP inginkan masyarakat Cina terima Mahathir sebagai seorang malaikat atau bayi tua yang suci.

Dahulu, DAP salahkan Mahathir kerana telah campurtangan dalam sistem perundangan negara yang sepatutnya bebas dari pengaruh politik, DAP kritik Mahathir yang zalim kerana pecat Anwar, mendedahkan kepada semua tentang kerugian Forex, Perwaja Steel, MAS, Proton dan pelbagai kerugian dalam ideologi penswastaan Mahathir sehingga timbulnya perkataan dari 'privatisation' ditukar ke 'piratisation' yang menguntungkan kroni-kroni Mahathir.

DAP bukan saja bekerjasama dengan Mahathir dalam kempen 'Save Malaysia' tetapi mereka juga yang bertanggungjawab melantik beliau sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan. Kini, DAP bersetuju memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri PH dan sekali lagi masyarakat Cina akan cuba ditipu. Bukankah dahulu DAP yang bersungguh-sungguh ingin Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan alasan beliau telah terlalu lama berkuasa? Apabila Mahathir enggan, DAP pun menggelarnya 'DIKTATOR'.

Kononnya DAP tidak suka MCA dan UMNO kerana kedua-dua parti ini rasis yang hanya ada satu kaum saja. Tetapi DAP tidak lagi mahu bercakap mengenainya lagi apabila PPBM berkeras untuk mengekalkan parti mereka kepada bangsa Melayu sahaja. Bukankah jelas, Mahathir masih kekal dengan ultra-Melayunya dan bukankah perkara ini sangat-sangat dikutuk DAP? Bagaimana Kit Siang dan DAP mampu kekalkan 'Malaysian Malaysia' mereka apabila Mahathir sendiri enggan menerimanya?

Masyarakat Cina telah membuktikan yang mereka telah menolak Mahathirisma apabila pada PRU11, ramai yang mengundi untuk BN dan setelah Mahathir meletak jawatan. BN memperolehi 198 kerusi parlimen daripada 220 yang dipertandingkan. Tetapi pada PRU12 dan PRU13 lalu, DAP berjaya mempengaruhi mereka dengan janji 'Ubah' yang mereka yakin dapat menakluk Putrajaya dan DAP kekal menyerang Mahathir.

Masyarakat Cina memilih untuk mempercayai DAP yang akhirnya hampir 80% telah beri kemenangan kepada mereka walaupun gagal menakluk Putrajaya. Kini, setelah DAP puas beri janji palsu kepada masyarakat Cina dengan kembalikan Mahathirisma, apakah mereka akan terus ditipu untuk kali ketiga di  PRU14 nanti? Ubah yang dijanjikan rupanya DAP sendiri telah khianati!

Monday, December 18, 2017

GUAN ENG, KIT SIANG DAN DAP MELENTING DENGAN KENYATAAN PRESIDEN MCA. KENAPA PULA?


DAP, Kit Siang dan anaknya Guan Eng sememangnya gemar berlakun terlupa apa yang pernah berlaku di dalam DAP sejak mereka bersahabat dengan Dr Mahathir dan nampaknya sindrom mudah lupa telah menyerap dengan begitu ketara sekali. Malang bagi mereka, rakyat Malaysia tidak pernah lupa terutama MCA. Setiap dakwaan bongkak mereka untuk meracun pengundi Cina kini terbukti sekadar kata-kata kosong sahaja.

Namun, hasrat Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri bukan sesuatu yang baru dan jika DAP, Kit Siang dan Guan Eng cuba menutup hajat hati memegang tampuk kuasa tertinggi, MCA ingin kembalikan ingatan sengaja lupa mereka akan kata-kata mendiang Karpal Singh ketika beliau adalah Pengerusi DAP.
 
Sekitar tahun 2012, mendiang pernah berkata yang selagi beliau hidup, beliau akan terus berjuang agar seorang bukan Melayu menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia dan beliaulah pemimpin DAP yang pertama mendedahkan yang tiada dalam Perlembagaan Malaysia yang menentukan seorang Perdana Menteri mestilah berbangsa Melayu.

Oleh itu, apabila Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai membuat kenyataan yang hanya Kit Siang saja mengetahui samada dirinya berhasrat untuk menjadi PM atau Timbalan, kenapa perlu DAP dan terutamanya Guan Eng perlu melenting? Bukankah ia selaras dengan apa yang pernah diperkatakan mendiang Pengerusi DAP dahulu? Apakah setelah Karpal telah tiada, maka Guan Eng dan DAP tidak lagi ingin menghormatinya?

Yang pasti, DAP sangat gusar dengan kenyataan tegas Presiden MCA bahawa idola mereka telah digambarkan sebagai seorang yang mampu kucar-kacirkan negara kerana sejarah Kit Siang yang telah membuktikan beliau seorang yang telah dan sentiasa ingin mewujudkan perbalahan kaum di negara ini. Sememangnya sukar untuk rakyat Malaysia menafikan penglibatan Kit Siang dalam tragedi berdarah di dalam pertembungan kaum pada Mei 1969.

Oleh kerana sukar untuk menafikan hasrat Kit Siang, DAP seperti biasa akan mengaitkan pendirian Presiden MCA hanya mengikut telunjuk UMNO dan dahulunya permainan Perakasa. Lebih terdesak lagi apabila Guan Eng cuba membawa PAS didalam dakwaannya. Apa agaknya rasional mereka atau lebih tepat, muslihat yang tersirat?

Janji-janji DAP kepada pengundi Cina untuk menawan Putrajaya akan terbukti gagal untuk kali ketiga pada PRU14 nanti walaupun mereka telah berjaya menawan Pulau Pinang dan Selangor. Itu tidak mencukupi dan Putrajaya adalah matlamat utama DAP dan itulah yang sering dijanjikan kepada pengundi Cina pada PRU12 dan PRU13.

DAP mengetahui walaupun mereka telah berjaya mempengaruhi 80% pengundi Cina, tanpa sokongan dari pengundi Melayu yang ternyata adalah penentu kalah dan menang dalam pilihanraya umum. Ketika di dalam Pakatan Rakyat, DAP menggunakan PAS tetapi kini menyedari ia adalah satu langkah yang salah dan merugikan, mereka mendampingi Dr Mahathir dan PPBM serta Perkasa pula.

Hubungan di antara UMNO dan PAS bukanlah kerjasama politik. Ia sangat berbeza dengan apa yang telah DAP lakukan kepada PAS pada suatu waktu dahulu dan kini dengan PPBM dan juga Perkasa iaitu gabungan mereka bertujuan politik semata-mata. Oleh kerana takut dilihat sebagai mengkhianati masyarakat Cina yang mereka sedang bekerjasama dan menerima baik Perkasa, DAP yang suatu ketika sangat anti-Perkasa kini telah membuat pusingan yang maha besar dan menjijikkan.

Bukan sukar mengetahui muslihat DAP dan di manakah kesalahan atau kesilapan kenyataan Presiden MCA itu? Atau DAP yang sedang sakit apabila muslihat mereka kini telah didedahkan MCA?

Tuesday, December 05, 2017

APA SUMBANGAN DAP KEPADA PENDIDIKAN CINA SELAIN DARI CAKAP KOSONG?


Ahli Parlimen DAP Rasah Teoh Kok Seong telah mendakwa dalam sidang akhbar di Parlimen yang kerajaan telah menghentikan peruntukan untuk Tunku Abdul Rahman University College (KUTAR) di bawah Bajet 2018.

Berikut adalah penjelasan Kementerian Pendidikan Tinggi;
SIARAN MEDIA

PERUNTUKAN GERAN MENGURUS KEPADA KOLEJ UNIVERSITI TUANKU ABDUL RAHMAN (KUTAR)

Kementerian Pendidikan Tinggi ingin memberikan penjelasan lanjut kepada pertanyaan YB Ahli Parlimen Rasah dan YB Ahli Parlimen Tanjung Piai semasa  Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 28 November 2017.

Kedua-dua YB Ahli Parlimen berkenaan telah mengemukakan pertanyaan kepada YB Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi sebab-sebab kenapa peruntukan kewangan kepada KUTAR tidak diberikan pada tahun 2018.

Bagi tahun 2018, peruntukan kewangan tidak dimasukkan ke dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di bawah Butiran 010000 Operasi Pendidikan Tinggi.  Walaubagaimanapun, peruntukan sebanyak RM30 Juta di bawah OS42000 (Pemberian Dalam Negeri) Butiran 040000 (Pengurusan Sektor Pendidikan Tinggi) telah disediakan dan akan disalurkan kepada KUTAR bagi menampung kos operasi mengurusnya pada tahun 2018.

Kementerian Pendidikan Tinggi

PUTRAJAYA

30 November 2017

Oleh yang demikian, DAP seharusnya berasa malu dengan tuduhan palsu mereka dan terus-terusan cuba meletakkan kesalahan kepada MCA dan kerajaan Barisan Nasional. Bukankah jelas Kementerian Pendidikan Tinggi telah kekalkan peruntukan RM30 juta untuk kos operasi KUTAR bagi tahun 2018?

Lebih memualkan lagi apabila Teo Kok Seong telah mengeluarkan tuduhan yang "tidak satu sen" pun diperuntukkandan dengan penjelasan KPT, segala dakwaan dan tuduhan Kok Seong telah tersasar jauh dan jelas ia berniat jahat.

Kini, setelah KPT membuat penjelasan dan terbukti MP DAP berbohong, tanpa segan silu Guan Eng pula cuba ambil kredit dan menghentam MCA seperti tidak mengambil peduli tentang masa depan KUTAR. Sedangkan selama ini MCA yang menubuh dan membangunkan KUTAR tetapi DAP sekadar membuat pelbagai dakwaan kosong dan tuduhan palsu.

Rakyat Malaysia terutama dari kalangan masyarakat Cina amat mengetahui yang DAP akan melakukan segala taktik kotor untuk menutup kelemahan mereka dalam mentadbir Pulau Pinang di bawah kepimpinan Setiausaha Agong mereka Lim Guan Eng.

Seharusnya masyarakat Cina mula menyedari yang DAP telah selama ini menipu mereka dalam semua aspek dan tiba masanya mereka kembali menyokong MCA yang jelas telah 'champion' pelbagai isu yang berkaitan masyarakat Cina dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.

Apa pun tuduhan liar DAP terhadap MCA, dengan usaha keras MCA, peruntukan bajet untuk pendidikan Cina tidak pernah disalurkan setiap tahun.

Persoalan yang timbul kini, apa sebenar sumbangan DAP untuk pendidikan masyarakat Cina melainkan hanya cakap kosong saja!

Thursday, November 23, 2017

ISU UEC, APAKAH DAP BERCANGGAH DENGAN PPBM SAJA ATAU TOP DOG PAKATAN HARAPAN JUGA?


Pada 10 Januari 2017, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin memberi amaran yang tiada siapa dalam Pakatan Harapan mesti bersetuju mengiktiraf sijil Unified Examination (UEC) Sekolah Menengah Cina persendirian jika mereka berjaya menawan Putrajaya dengan alasan UEC bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Beberapa isu telah ditolak Dong Jiao Zong seperti matapelajaran Sejarah dan kaedah pengajaran serta peperiksaan dalam satu bahasa.

Bagi MCA pula, Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai sememangnya membuka ruang perbincangan lanjut memandangkan ia hanya melibatkan proses teknikal. Apabila UEC diterima Kementerian Pendidikan Tinggi, MCA berpandangan ia mampu membangunkan Malaysia ke arah sebuah negara yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan.

Ini telah dizahirkan di dalam AGM MCA yang ke 63 pada November lalu di dalam resolusinya agar pemegang sijil UEC dapat diterima masuk ke universiti tempatan.

Penentangan UEC ini bukan saja datang dari Presiden PPBM, malahan ia juga ditentang hebat Pengerusinya Dr Mahathir  yang kini juga adalah Pengerusi Pakatan arapan yang ahlinya terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM. Dr Mahathir pernah isytihar perang ke atas kerajaan jika UEC bersetuju diiktiraf. Bagaimana pula dengan pendirian DAP? Apakah mereka akan bersetuju dengan pendirian Mahathir dan Muyiddin?

Baru-baru ini, Teo Nie Cheng dari DAP telah secara terbuka membantah amaran Muyiddin. Teo Nie Cheng adalah Ahli Parlimen Kulai dan juga Timbalan Setiausa
ha Publisiti DAP, terpaksa membuat kenyataan bercanggah kerana baginya pengiktirafan UEC telah terkandung di dalam Buku Jingga iaitu manifesto Pakatan Rakyat.

MCA mendapati ia agak pelik apabila Teo Nie Cheng bersuara untuk menentang seseorang yang mempunyai kedudukan di dalam Pakatan Harapan jika dibandingkan dengan beliau yang hanya berjawatan di dalam parti. Apakah kerana terdesak dan tersepit dengan amaran Muyiddin dan cabaran dari MCA, maka Teo Nie Cheng terpaksa merujuk kepada dokumen dari pakatan yang telah pun dibubarkan mereka sendiri?

MCA juga berpandangan yang seharusnya membuat kenyataan balas adalah pemimpin tertinggi dari Pakatan Harapan kerana Muyiddin memberi amarannya mewakili pakatan baru itu. Sekarang di manakah pendirian Dr Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng? Bukankah apabila mereka terus berdiam diri, jelas membuktikan tiada kesepakatan dalam erti kata sebenar?

Inilah DAP yang terang-terang sekadar membuat kenyataan populis untuk menipu pengundi Cina. akikatnya mereka tidak akan mampu melaksanakannya. Inilah juga taktik menipu yang sama DAP guna ketika berbaik dengan PAS yang menyeru masyarakat Cina menerima hukum hudud.

Jauh bezanya persefahaman yang ada di antara pemimpin Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan agar mengambil perhatian serius terhadap isu yang telah berpanjangan tanpa penyelesaian selama lebih dari dua dekad. Justeru, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Dong Jiao Zong untuk mengetahui aspirasi sebenar mereka.

Di dalam isu UEC ini, MCA berpandangan yang UMNO bukanlah penghalangnya sebagaimana dituduh DAP tetapi pengiktirafan UEC telah keras dihalang oleh Dr Mahathir, Perkasa dan juga Muyiddin. Sekarang, apakah Kit Siang, Guan Eng dan Anthony Loke bakal menjadi penghalangnya juga?

Wednesday, November 22, 2017

KEGAGALAN PENTADBIRAN DAP DI PULAU PINANG BUKAN KERANA MELAYU


Siapa mampu nafikan dominasai bangsa cina di dalam DAP dan artikel ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan sentimen rasis tetapi ingin membuka mata kepada penyokong DAP bahawa tuduhan mereka selama ini terhadap keupayaan bangsa Melayu yang sering diperlekeh dan hanya dipandang sebelah mata adalah salah sama sekali.

Target utama serangan DAP adalah UMNO, kerana apa? DAP menyingkir PAS dari Pakatan Rakyat kerana apa? Jawapannya adalah jelas, kerana parti ini juga didominasi bangsa Melayu. Mengapa DAP pernah berazam untuk mengurangkan perkidmatan kakitangan awam? Kerana kebanyakannya terdiri dari bangsa Melayu. Tanpa menyebut bangsa Melayu, kita faham DAP bertanggungjawab membina kebencian teradap bangsa Melayu.

Jauh bezanya dengan UMNO, walaupun parti ini didominsai bangsa Melayu dan adalah tunggak Barisan Nasional, Pulau Pinang kekal diterajui bangsa Cina sejak merdeka dan terbukti UMNO adalag parti yang bukan rasis didalam menerajui pentadbiran negara apabila tetap memberi ruang kepada MCA dan MIC menduduki di dalam barisan kabinet menteri walaupun telah mengalami kekalahan teruk di dua PRU lalu.

Apa terjadi kepada Pulau Pinang di bawah DAP hari ini?

Guan Eng boleh putar belitkan setiap laporan kerajaan negeri terutamanya di dalam pembentangan bajet dan beliau juga boleh kelirukan rakyat dengan setiap teguran laporan Audit Negara tetapi Guan Eng tidak akan mampu menipu lagi apabila bencana demi bencana menimpa Pulau Pinang yang membuktikan negeri di bawah kepimpinan DAP ini adalah sebuah negeri yang sedang menuju kegagalan.

Justeru, telahan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa aar Guan Eng mengakui apa yang terjadi di negeri itu adalah atas faktor kelemahan pentadbiran DAP yang selama ini sentiasa bersikap angkuh dan memandang rendah kemampuan orang lain. Pernah DAP menuduh UMNO gemar buli MCA dan rakan-rakan parti komponen BN tetapi di Pulau Pinang, DAP adala top dognya, apa yang sedang berlaku?

Teguran demi teguran tehradap kerakusan mengaut keuntungan pentadbiran Guan Eng dan DAP bukan saja dari pihak lawan malahan beberapa NGO juga telah bersuara dan membuat bantahan. Guan Eng bukan saja tidak pedulikan teguran mereka, malahan sering mengeluarkan kenyataan yang bongkak kononnya pentadbiran beliau jauh lebih baik daripada BN. Apakah benar?

Berikut adalah di antara fakta kegagalan Guan Eng dan DAP mentadbir Pulau Pinang. Nilailah sendiri;

1. Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.

2. Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.

3. Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi. Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

4. Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

5. Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.

6. Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.

7. Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Pulau Pinang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.

Apakah kepincangan dan kegagalan Pulau Pinang ini diterajui bangsa Melayu?

Tuesday, October 17, 2017

MCA : KERJASAMA KIT SIANG DAN MAHATHIR DITOLAK DALAM HIMPUNAN ANTI-KLEPTOKRASI


Membuat bantahan melalui perhimpunan adalah kerja utama pembangkang yang kini sangat digemari Pakatan Harapan. Itu adalah telahan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang menyifatkan itulah satu-satunya cara Pakatan Harapan untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional, manakala proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan sewenang-wenangnya dicemari.

Di dalam terlalu ingin mempromosikan kempen anti-kleptokrasi, Pakatan Harapan yakin dan bercita-cita besar sehingga meletakkan target kehadiran seramai lebih dari 100,000. Namun apa yang berlaku adalah sangat memalukan sehingga portal berita pro-pembangkang MalaysiaKini hanya menulis di sekitar 5,000 kehadiran.

Sehingga 1 tengahari, apabila mendapati kehadiran yang sangat kurang, kita mendapati beberapa pemimpin Pakatan Harapan masih menghantar mesej di media sosial menyeru orang ramai agar hadir ke perhimpunan. Walaupun nama-nama besar pemimpin Pakatan Harapan seperti Pengerusinya Dr Mahathir dan penasihat DAP Lim Kit Siang, ternyata target 100,000 jauh dari yang diharapkan sehingga ke waktu malamnya apabila ceramah mega mereka dimulakan.

Dengan kehadiran yang sangat memalukan ini, MCA menganggap yang PH tidak akan mampu melaksanakan apa saja seperti mana mereka gemar berjanji.

Kawasan yang diadakan pula adalah di Petaling Jaya di bawah jajahan politik DAP. Kehadiran bangsa Cina juga sangat berkurangan. Ini adalah mesej yang terang lagi jelas yang pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama Kit Siang/DAP dan Dr Mahathir, apalagi retorik dari mereka berdua. Kandungan  ceramah mereka pun sekadar kitar semula yang hanya berkitaran menghentam parti kerajaan dan kepimpinannya.

Malangnya, apa yang telah ditonjolkan DAP kepada rakyat terutamanya pengundi Cina, hipokrasi mereka kali ini lebih terserlah. Dahulu, pengundi Cina diperguna untuk menerima PAS dan hukum hudud, kini mereka sekali lagi ingin diperguna DAP untuk menerima Dr Mahathir yang sekian lama telah dijadikan bahan kritikan ceramah mereka selama lebih dari 30 tahun.

Perhimpunan yang dianggap mega oleh Pakatan Harapan ini telah gagal tanpa mendapat sokongan padu dari NGO dan yang lebih jelas adalah PAS terbukti menjadi kekuatan bagi setiap perhimpunan pembangkang. Kesilapan DAP membatalkan kerjasama dengan PAS juga memberi kesan kepada kehadiran yang sangat sedikit.

Imej DAP juga telah tercalar dengan keputusan RoS yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC mereka sebanyak dua kali. Walaupun CEC akan diadakan pada 12 November nanti, isu utama yang sedang diperkatakan di kalangan pengundi Cina dan penyokong DAP, apakah Lim Guan Eng yang telah menunjukkan rekod buruk di Penang dan sedang berhadapan dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa akan dibenarkan bertanding semula untuk jawatan terpenting DAP sebagai setiausaha agong?

Hari ini, pengundi DAP telah memahami apa itu DAP? Bercakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa yang mereka cakap dan lebih nyata, pengundi Cina telah diperalat demi Dinasti Lim kekal berkuasa. Itu saja.

 

Monday, October 16, 2017

Perjuangan4All : DAP DAN ISLAM, BERPISAH ITU ADALAH SEMESTINYA


Tidak ada sebab mengapa DAP perlu melenting jika dikatakan mereka dari sejak penubuhan parti itu sehingga kini, tidak akan meneruskan segala agenda Islam dan Melayu. Malahan, selagi ideologi Malaysian Malaysia kekal dalam perjuangan mereka, Kit Siang dan siapa juga yang menerajui DAP kekal anti-Islam dan anti-Melayu.

Oleh itu, jika Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kepada rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO yang mereka hanya ada 2 pilihan, samada memilih BN yang diterajui UMNO atau memilih PH yang dikuasai DAP sebagai kerajaan yang memerintah pada PRU14 akan datang. Ini adalah sangat mustahak!

Kita akan sering mendapati kepimpinan DAP menafikan dakwaan yang mereka menguasai Pakatan Harapan, tetapi sejarah telah membuktikan kepada kita, apabila Pakatan Rakyat dibubarkan dan PAS dinyahkan dari pakatan itu, Anwar dan Wan Azizah yang kononnya adalah Ketua mereka, namun keputusan itu telah diumumkan terlebih dahulu sebelum ketuanya Wan Azizah.

DAP juga tidak akan mampu dapat memadamkan sejarah di Perak apabila Pakatan Rakyat telah berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada PRU12 lalu, apabila Menteri Besar dari PAS sekadar dijadikan 'puppet' mereka dan segala keputusan muktamad datangnya dari kehendak DAP dan bukan keputusan bersama.

Baru-baru ini, apabila RUU355 yang melibatkan agenda perundangan Islam, parti-parti rakan di dalam Pakatan Harapan yang kononnya mewakili bangsa  Melayu yang beragama Islam, mereka gagal memberi sokongan dan terpaksa mengeluarkan perbezaan pandangan yang ternyata terpaksa menjaga hati kepimpinan DAP.

Lebih ketara apabila Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang sekali lagi dijadikan 'puppet' PH dibawah penguasaan DAP, tidak mampu untuk bersuara tegas menolak acara pesta arak tahunan. Rakyat juga terkejut apabila diberitahu yang agenda Islam dan Melayu tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Apabila TS Annuar menerangkan apa yang terkandung dalam perlembagaan DAP di mana negara sekularisma adalah perjuangan mereka dan Malaysian Malaysia adalah pegangan mereka, jelas soal agama dan pemerintahan negara diasingkan. Ini bermakna, agenda Islam akan berkubur jika Pakatan Harapan  menang dalam pilihanraya.

Malahan, di dalam kerajaan Pulau Pinang yang kini diterajui DAP, apabila ada mana-mana orang Melayu yang lantang bercakap apa saja yang mampu mencabar kedudukan Islam dan Melayu, mereka diberi kedudukan tinggi dan bergaji lumayan.

Apakah kita masih tidak nampak yang di antara DAP dan agenda Islam, berpisah itu adalah semestinya.

Inilah cabaran perjuangan UMNO apatah lagi ketika pilihanraya umum yang ke 14 berada di penghampiran garisan bagi memilih kerajaan seterusnya. Memberi penerangan seluas-luasnya kepada rakyat agar mereka faham apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan.

Berbeza sekali dengan apa yang dipertahankan kerajaan Barisan Nasional sejak mencapai kemerdekaan di mana kontrak sosial yang telah dipersetujui akan tetap diteruskan. Formula pembentukan negara dan juga perlembagaan yang ada di Malaysia hari ini telah ternyata berjaya sehingga segala nikmat yang dikecapi rakyat berbilang kaum adalah berasaskannya.

TSAM juga mengingatkan yang UMNOlah yang telah menghantar memorandum untuk memastikan  Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia di dalam Perlembagaan negara dan terus-terusan mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Pilihlah dengan bijak, mengekalkan Barisan Nasional yang diterajui UMNO atau membenarkan kuasa Pakatan Harapan dengan agenda anti-Islam dan  anti-Melayu DAP nanti?

Friday, October 13, 2017

ONG KIAN MING (DAP) GAGAL DALAM KAJIAN MENYELURUH MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DARAT DI BANDAR


Rakyat terutama di kawasan sekitar bandar sangat menghargai usaha kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak yang telah memberi keutamaannya kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat. Justeru, kerajaan telah membuat pelaburan terbesarnya di bawah Pengangkutan Awam Bandar NKRA.

Dengan pelaburan yang menelan berbilion ringgit ini telah mendapat perhatian pihak pembangkang. Setelah melihat segala infrastruktur yang telah dan sedang giat dibangunkan terutamanya rangkaian MRT dan LRT di sekitar kawasan Lembah Kelang, maka segala isu perbelanjaan tidak dapat memberi ruang kepada mereka untuk mempertikaikannya.

Namun pembangkang akan tetap mencari isu lain dan kini isu jumlah penumpang pula disentuh. Sebagaimana yang dipersoal Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang, telah meragui samada jumlah penumpang yang mengguna pengangkutan awam telah memadai dengan perbelanjaan yang telah dilaburkan kerajaan.

Sesuatu yang baru dari lazimnya tidak akan mudah diubah walaupun yang lazim itu menyusahkan dan mampu memudaratkan kita. Isu kesesakan jalanraya bukan sesuatu yang baru dan kita sering menyaksikannya di dalam kawasan bandaraya di waktu puncaknya sehinggakan lebuhraya di seluruh negara juga mengalami kesesakan jalanraya yang dahsyat di masa-masa perayaan.

Dengan keluhan rakyat ini, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan berpandangan jauh, mereka telah memperbaiki sistem pengangkutan awam darat dan memberi alternatif kepada rakyat untuk memilih rel daripada membina lebih jambatan bertingkat ataupun jalan terowong yang masih tidak mampu mengatasi kesesakan jalanraya.

Industri rel moden yang telah diperkenalkan kepimpinan terdahulu yang hanya meliputi beberapa kawasan di dalam Kuala Lumpur juga tidak mampu mengatasi kesesakan jalanraya memandangkan kesinambungannya dan akses dari stesen keretapi ke suatu kawasan lain agak terputus. Maka, kerajaan hari ini telah memperluaskan sambungan rel  ke luar kawasan sekitar Lembah Kelang yang menjangkau kepadatan penduduknya.

Pengangkutan awam darat bukan saja meliputi industri rel, malahan agar pembangunan rel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan efisien, sistem bas dan teksi juga telah selari diperbaiki dan dipertingkatkan. Kesemua itu melibatkan keselesaan penumpang.

Maka, jika DAP dan Ong Kian Ming ingin mempertikaikan samada usaha kerajaan berbaloi dengan pelaburan yang telah menelan berbilion pelaburan, beliau seharusnya bukan sekadar melihat penumpang rel malahan keseluruhan industri pengangkutan awam darat yang meliputi industri bas dan teksi juga. Walaubagaimanapun, pihak SPAD tetap memberi penerangan. Berikut adalah ringkasan kenyataan rasmi dari pihak SPAD mengenai peningkatan jumlah penumpang pengangkutan dan faktor penurunan penumpang rel di bandar;

- Pada tahun 2010, penumpang pengangkutan awam darat hanyalah di sekitar 10% dan melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang telah diperkenalkan pada tahun 2013, kerajaan telah mensasarkan peningkatan 40% mod ke pengangkutan awam darat di dalam bandar menjelang 2030.

- Dengan usaha bersepadu, kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah penumpang sebanyak 20% pada 2015. Ketika ini, tambang keretapi telah  disemaksemula sejak 19 tahun yang lalu. Walaupun telah menyebabkan penuruan jumlah penumpang sebanyak 9%, namun pada 2017, jumlah penumpang harian telah mampu ditingkatkan sebanyak 12%.

- Pada tahun ini saja, penumpang LRT Kelana Jaya telah meningkat ke 26% berbanding tahun sebelumnya, manakala penumpang LRT laluan Ampang telah meningkat sehingga 14%.

- Perkhidmatan KTM Komuter pula telah menurun sebanyak 5% disebabkan proses kerja pemulihan untuk memodenkan laluan Klang Valley Double Track (KVDT) sepanjang 42km meliputi peningkatan sistem landasan dan isyarat yang dijangka selesai pada tahun 2019.

- Penumpang KL Monorel pula telah berkurangan sebanyak 11% pada tahun ini berbanding 2016 kerana pihak Prasarana telah mengurangkan tren mereka yang disah melibatkan faktor keselmatan dan kini sedang menyelesaikan masalah teknikal secara berperingkat-peringkat.

Keseluruhan kenyataan media dari SPAD boleh dibaca ... DI SINI

Satu faktor yang Ong Kian Ming tidak boleh nafikan mahupun pertikaikan apabila rakyat mampu menjimatkan perbelanjaan perjalanan mereka yang menaiki pengangkutan awam berbanding memiliki sebuah kereta yang setiap hari terpaksa membayar kos petrol, toll, parking dan termasuk masa yang lebih panjang yang terbuang.

Di antara langkah kerajaan untuk membantu kos harian kehidupan rakyat termasuk juga pendekatan pengurangan Touch n Go sebanyak 50% untuk pelajar, warga emas dan OKU. Pihak SPAD juga akan melancarkan 'Plan Perjalanan' untuk suku tahun ke empat 2017 dan sistem tiket bersepadu yang dijangka berjalan sepenuhnya pada tahun 2019.

Jika pihak DAP sekadar melihat peratus penurunan penumpang rel sahaja, ini tidak menggambarkan peratus penumpang keseluruahnnya. Manakala mereka juga telah sengaja menafikan usaha-usaha berkaitan kelebihan sampingan yang mampu memanfaatkan rakyat.

Bukan saja pihak SPAD yakin yang kerajaan berada di landasan betul dalam merancang dan pelaksanaan pengangkutan awam darat dalam plan induk pengangkutan awam mereka, rakyat juga telah dapat merasai manfaatnya. Inilah membuktikan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang berpandangan jauh dan sentiasa mengutamakan kehendak rakyat berbanding DAP dan blok pembangkang yang bukan saja tidak mampu memberi pandangan-pandang bernas malahan masih di tahap ingin mengagalkan usaha kerajaan dan seterusnya menidakkan hak rakyat.
 

Thursday, October 12, 2017

MCA : DULU UNDI PAS ADALAH UNTUK DAP, HARI INI UNDI PAS UNTUK UMNO?


Ketika bersekongkol dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang pernah mengakui yang jika bangsa Cina mengundi PAS, ia sama juga memberi undi untuk DAP bagi menghalalkan penerimaan perlaksanaan hukum hudud di kalangan penyokong dan pengundi Cina. Nampaknya, DAP bukan saja terjerat dengan permainan kata-kata mereka sendiri, DAP juga kehilangan modal untuk menerangkan kepada pengundi Cina senario politik yang berlaku hari ini yang jelas berpunca dari mereka sendiri.

Di dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mencari idea ke atas penipuan mereka terdahulu, Guan Eng baru-baru ini telah nampaknya terpaksa memusing pendirian DAP yang jika sesiapa mengundi PAS bermakna mereka memberi undi kepada UMNO. Undi untuk UMNO?

Bagi MCA, mana mungkin dakwaan Guan Eng ini ada asasnya memandangkan PAS bukanlah parti komponen Barisan Nasional. Sekiranya PAS bertanding, apakah UMNO/BN tidak akan meletakkan calonnya? PAS dan UMNO/BN akan bersaing di PRU14 nanti, ini jelas menunjukkan mereka tetap bersaing.

Kerjasama UMNO dan PAS bukanlah kerjasama politik sepertimana yang pernah berlaku di dalam Pakatan Rakyat di antara DAP dan PAS. Mereka hanya akan bersefahaman di dalam aspek kepentingan Islam dan Melayu. Ini terserlah apabila berlangsungnya PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila calon PAS dan UMNO bertanding di kawasan yang sama.

MCA melihat yang DAP sangat tertekan apabila mengetahui pengundi Cina telah menyedari yang mereka sebenarnya bukanlah parti yang mempunyai prinsip sejati atau lebih tepat, prinsip DAP akan mudah berubah-ubah dan flip-flop.

DAP telah membuktikan sedemikian apabila lebih dari 30 tahun, Dr Mahathir adalah musuh utama mereka tetapi pada hari ini, bekas Presiden UMNO itu adalah pemimpin utama mereka di dalam Pakatan Harapan. Dr Mahathir yang sering dianggap sebagai diktator yang korup, orang yang bertanggungjawab menghancurkan sistem kehakiman dan zalim menyekat kebebasan suara rakyat dan media.

Sepertimana yang telah dinyatakan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai, Kit Siang tidak henti-henti menyerang Dr Mahathir ddi dalam skandal kehilangan rezab BNM dalam forex, tetapi pada hari ini beliau telah berubah untuk menyokong kesalahan mantan Perdana Menteri itu.

Malahan, DAP juga telah menaja kewujudan dan bekerjasama dengan parti serpihan dari PAS, PAN dan rata-rata hampir kesemua ahli dan pemimpin PAN datangnya dari PAS. Hakikatnya, samada PAN ataupun PAS, DAP adalah sebahagian daripada sebab-sebab wujudnya fahaman Taliban di Malaysia apabila bekerjasama dengan PAS dan membantu mereka bertapak.

Oleh itu, demi kepentingan politik mereka semata-mata, adalah lebih tepat jika Kit Siang, Guan Eng dan DAP sekarang ini memberitahu penyokong-penyokongnya yang mereka telah membuat pusingan 180 darjah di mana jika mereka mengundi DAP, itu adalah untuk menyokong ekstrimisma ugama dan Mahathirisma.

Wednesday, October 11, 2017

5 SOALAN DARI KIT SIANG, RAKYAT BOLEH JAWAB BAGI PIHAK ANNUAR MUSA


Di dalam artikel terkininya yang diterbitkan portal MalaysiaKini bertajuk 'What did Annuar Musa have to do to remain Umno info chief?', jelas sekali Kit Siang sangat terkesan dan gabra dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Beliau bertanya apakah benar Dr Mahathir telah terhasut dan termakan dengan dengan janji-janji manisnya?

Namun, bila dibaca lebih lanjut, tajuknya membawa persepi lain daripada isi kandungan yang keseluruhannya ingin memberi prasangka kepada Tan Sri Annuar dengan isu rasuah ketika beliau adalah Pengerusi MARA dan KAFA. 5 soalan diajukan agar Tan Sri Annuar menjawab. Nampaknya, Tan Sri boleh tersenyum kerana 30 juta rakyat Malaysia boleh menjawab untuk beliau termasuklah 10 juta lebih ahli-ahli Barisan Nasional.

Apabila Kit Siang menyentuh soal salah guna kuasa dan rasuah dan cuba mengaitkan dengan sesiapa saja pemimpin lain di Malaysia ini, pasti ramai yang akan gelakkan beliau. Anak sendiri kaki rasuah, Setiausaha Agong parti sendiri terpalit dengan rasuah, Kit Siang masih ingin kaitkan rasuah dengan orang lain?

Beza ketara yang berlaku di antara isu rasuah Tan Sri Annuar dan Guan Eng, TSAM hanya disiasat. Malahan beliau sendiri telah pergi ke SPRM dengan rela hati membantu dalam siasatan. Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu, Guan Eng telah didakwa dan menunggu perbicaraan di mahkamah. Guan Eng juga sedang berusaha untuk melengah-lengahkan kes dakwaan SPRM dan rakyat juga tertanya-tanya, jika tidak bersalah, mengapa perlu dilengahkan?

TSAM digantung dari tugas ketika siasatan SPRM berlangsung dan itu adalah keputusan pentadbiran MARA. Begitu juga berlaku kepada FGV di mana CEOnya digantung tugas ketika SPRM dan Audit dalam sedang menyiasat. Ia adalah adil kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan tiada percanggahan sehingga siasatan selesai.

Bagaimana pula dengan Guan Eng? Tony Pua dan beberapa pemimpin DAP lain pernah membuat saranan agar pemimpin yang telah didakwa SPRM di mahkamah perlu meletakkan jawatannya. Di mana Guan Eng hari ini? Mengapa Kit Siang tidak beri 5 soalan kepada Guan Eng? Guan Eng juga masih memegang jawatan Setiausah Agong DAP dan mengapa Kit Siang tidak berani mendesak Guan Eng melepaskan jawatannya kerana telah didakwa?

Jika asyik gemar berkokok tetapi terlupa ekor yang sedang sarat dengan najis. Itulah wajah sebenar Kit Siang yang walaupun ekor berada di belakang namun bau dan rupa najis itu tetap dibawa ke mana-mana walaupun beliau cuba tersenyum.

Tan Sri Annuar Musa adalah seorang pemidato terkenal yang pernah berkhidmat di dalam kabinet menteri zaman Dr Mahathir dan juga ketika beliau adalah Presiden UMNO. Beliau juga pernah mendapat kepercayaan Dr Mahathir dilantik sebagai menteri walaupun telah kalah dalam pilihanraya umum. Apa maksudnya?

Bukankah jelas, Tan Sri adalah seorang yang berkaliber dan berintegriti di mata Dr Mahathir yang Kit Siang baru ingin berjinak-jinak? 

Musuh dalam politik boleh bertukar-ganti tetapi syaitan tetap syaitan walaupun wajah bertukar setelah lebih 30 tahun. Itu yang terjadi di antara Dr Mahathir dan Kit Siang. Tuduh menuduh boleh lenyap kerana lidah tidak bertulang tetapi prinsip dan jati diri mereka sedang dinilai rakyat setelah masing-masing cuba menukar wajah yang bertopengkan syaitan di sebaliknya.

Dalam apa suasana yang sedang dialami UMNO terutamanya di saat-saat genting dari dahulu lagi, Tan Sri Annuar kekal berada di dalam UMNO di mana Kit Siang serta DAP tetap musuh utama UMNO, agama Islam, bangsa Melayu, Barisan Nasional dan rakan-rakannya. 

Apakah najis yang dilemparkan kepada Dr Mahathir selama lebih 30 tahun kini menjadi makanan rugi mereka? Oleh itu, Kit Siang perlu cermin dirinya dahulu sebelum ingin soal integriti dan jati diri TSAM. 5 soalan untuk TSAM itu adalah lebih tepat jika rakyat Malaysia ajukan saja kepada Kit Siang dan DAP.

Wednesday, October 04, 2017

#PERJUANGAN4ALL, BALIK PULAU, PULAU PINANG - KENALI WAJAH SEBENAR DAP


Salah satu sebab utama mengapa DAP sentiasa anti-UMNO adalah kerana sejarahnya sendiri. UMNO yang wujud 20 tahun lebih awal dari DAP telah bergabung tenaga dengan wakil bangsa Cina melalui MCA dan wakil bangsa India dari MIC, berjuang menuntut kemerdekaan sehingga berjaya. Ketika itu DAP belum lagi wujud dan gabungan parti-parti dalam Perikatan telah bersama-sama berkongsi kuasa tanpa ada politik perkauman.

Malangnya setelah wujud DAP 20 tahun kemudian, dalam beberapa tahun saja, sejarah telah membuktikan tercetusnya tragedi rusuhan kaum di antara bangsa Melayu dan Cina pada Mei 1969. Belum lagi kita sentuh serangan komunis yang telah menyerang negara secara berterusan walaupun setelah mencapai kemerdekaan. Kemudian Singapura pula dihalau dari Malaya kerana mendesak memperjuangkan "Malaysian Malaysia" yang diterajui Lee Kuan Yew yang tidak bersetuju dengan penguasaan UMNO dan Melayu.

Walaupun C. V. Devan Nair adalah pengasas DAP, bila dilihat dari sejarah dan matlamat penubuhannya, parti itu ditubuh hanya 2 bulan selepas Singapura  berpisah dari Malaysia. Oleh kerana PAP telah dibubarkan di Malaysia, agenda China perlu diteruskan, maka Lee Kuan Yew telah mengarahkan Kit Siang kembali ke Malaysia untuk memastikan "Malaysian Malaysia" dapat dilakukan melalui DAP. DAP telah diambilalih oleh Kit Siang dengan memegang jawatan paling berpengaruh iaitu sebagai Setiausaha Agong parti dan Pengarang lidah rasmi mereka, the Rocket.

Sejarah Kit Siang, DAP dan PAP bukan tidak ada yang mengetahuinya tetapi apa yang berlaku hari ini telah membuktikan pendedahan UMNO adalah benar. Dua pilihanraya umum lalu telah memberi kemenangan besar kepada DAP sehingga 80% pengundi cina telah beralih arah kepada kerana dakyah dan doktrin kempen mereka. Akhirnya DAP dapat menguasai Pulau Pinang secara mutlak dan mempunyai pengaruh cukup besar di Kedah, Perak dan Selangor.

Setelah menguasai Pulau Pinang, apa yang disifatkan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa sebagai nasib rakyat Pulau Pinang hari ini terpaksa memakan buah dan bunga yang busuk kerana sebelum ini terpengaruh dengan buah yang ranum dan bunga yang cantik yang telah dibawa DAP sebenarnya beracun dan busuk, akhirnya mereka tersilap percaturan.

Lihat saja apa yang terjadi kepada rakyat Pulau Pinang yang saban hari terpaksa menanggungnya sehinggakan prestasi ekonomi negeri bertambah merudum, rasuah berleluasa di kalangan pemimpin negeri, malapetaka banjir semakin merosakkan pulau itu dan lebih ketara apabila rakyat tempatan tidak mendapat pembelaan tetapi pelabur dari Singapura dan dari luar negara diberi perhatian.

Permasalahan ini bagi Tan Sri Annuar telah berlaku kerana rakyat tidak memahami asas dan asal kepada sesebuah perjuangan parti sehingga mereka telah terpedaya dengan permainan DAP yang mengamalkan politik kebencian yang memastikan bangsa Cina membenci Melayu, Islam, UMNO, Barisan Nasional dan juga rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu.

Jika disingkap sejarah perjuangan UMNO pula, Tan Sri Annuar mendedahkan yang perhimpunan UMNO yang pertama juga turut membincangkan kerakyatan bangsa Cina dan India. Ini jelas menunjukkan UMNO dari awal penubuhannya telah memikirkan kepentingan bangsa lain dan akhirnya berjaya menggabungkan mereka untuk berkongsi kuasa.

Sememangnya nyata, apabila tidak mengetahui asas berpolitik, makan akan jadilah caca marba ibarat terputus dari akar tetapi sekadar nampak daun, bunga dan buah sedangkan benih pokok tidak diambil peduli asal usulnya. Oleh itu, lihatlah DAP dengan wajah sebenar mereka yang bertopeng di sebalik nama parti yang mendakwa mereka adalah sebuah parti demokratik.

Thursday, September 28, 2017

DAP PERALAT DR MAHATHIR UNTUK SARAWAK DAPAT JANJI PALSU


Sememangnya kehadiran Dr Mahahtir di Sarawak baru-baru ini walaupun di atas kapasiti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, ia adalah anjuran DAP memandangkan hampir kesemua yang hadir adalah pemimpin DAP dan penyokongnya. Ia juga jelas apabila pemimpin tertinggi yang lain terutamanya Wan Azizah tidak turut serta jika perhimpunan itu atas nama Pakatan Harapan.

Lebih jelas apabila Dr Mahathir tidak diiringi Presiden PPBM mahupun di kalangan Majlis Tertingginya. Maka perhimpunan itu adalah semata-mata agar Dr  Mahathir berucap untuk kempen DAP. Apa muslihatnya?

Di dalam Program Bicara BH yang bertajuk PRU14: Antara Mimpi dan Realiti, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ingin membuka mata rakyat terutamanya di kalangan ahli-ahli UMNO serta mereka yang di dalam DAP perly menyedari yang parti cauvinis Cina ini tidak akan dapat memegang tampuk pemerintahan negara, mereka perlukan alat untuk dapat mengawalnya.

Jika dahulu mereka gagal kerana PAS sudah dibuang keluar, kini satu lagi parti dominan Melayu perlu diganti. Maka PPBM adalah alat terbaru mereka dan Dr Mahathir perlu diusung ke pentas politik mereka di seluruh negara. Perkara yang sama telah berlaku di Perak, di mana PAS diperalatkan untuk DAP menguasai pemerintahan.

Pakatan Harapan dengan diterajui DAP berhasrat untuk merampas 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Apakah ia mampu jadi realiti atau sekadar satu mimpi? Tan Sri Annuar juga telah berkongsi apa yang telah berlaku di zaman Dr Mahathir selama 22 tahun beliau adalah Perdana Menteri. Memang benar UMNO bertapak di zaman beliau adalah Presidennya, namun apakah benar Sabah diberi perhatian penuh?

Walaupun UMNO tiada di Sarawak tetapi tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional di zaman Dr Mahathir. Persoalannya, apakah selama ini, segala rintihan dan aduan dari Sarawak telah menunjukkan yang beliau tidak mengabaikan pembangunan fizikal di negeri itu?

Yang pasti, TS Annuar selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah pentadbiran Dr Mahathir menjelaskan yang Dr Mahathir ketika berkuasa mengawal ketat Sabah dan Sarawak sehinggakan beliau tidak mengambil perhatian masalah kawasan pendalaman di Sarawak.

Apabila sudah tidak berkuasa dan berpeluang membuat segala kajian untuk memperbaikinya, barulah sekarang beliau gambarkan agar Perjanjian Malaysia 1963 hendak dikaji. Apakah dengan niat Dr Mahathir untuk memperbodohkan rakyat Sarawak dapat mempengaruhi mereka?

Berbeza sekali dengan pentadbiran yang diterajui PM Najib Razak. Bukan saja prasarana pendalaman diperbaiki, malahan Lebuhraya tanpa tol seperti Lebuhraya Pan-Borneo telah dilakukan sekarang. Malah, PM Najib dengan pendekatan terbukanya bersedia melihat perkara itu kerana menyedari Sarawak punyai hak tetapi ia boleh dirunding secara jujur dan ikhlas.

Setelah mengetahui segalanya adalah tujuan jahat taktik DAP, apakah bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan mudah menelan janji-janji lapuk mereka dan membiarkan dikuasai oleh sebuah parti yang hanya ingin perjuangkan bangsa Cina? Apakah sudah terjadi kepada segala kritik pedas dan penghinaan terhadap Dr Mahathir selama ini?

Kepada DAP dan Rakyat di Sarawak, jika benar Dr Mahathir serius mementingkan mereka, Deklarasi Rakyat yang diusahakan Dr Mahathir, mengapa tidak langsung menyentuh hal ehwal Sarawak? Jika benar Pakatan Harapan mementingkan rakyat Sarawak dan Sabah, mengapa tidak seorang pun di kalangan pemimpin mereka dilantik di dalam Ahli Majlis Tertinggi? Di manakah dikatakan keadilan untuk rakyat Sarawak dan juga Sabah?

Sunday, September 24, 2017

DAP DAKWA PELABURAN KWAP DALAM UBER ADALAH RASUAH... BENARKAH?


Sebelum rumah dibina, DAP lantang menyalak minta kerajaan membina tetapi setelah segala kajian dan perancangan dibuat rapi oleh SPAD, dibawa untuk mendapat kelulusan parlimen tanpa ada bantahan dari pihak DAP, kini setelah didirikan dengan elok dan berjalan lancar, ada pula pihak luar yang membuat pelbagai tuduhan, DAP persoalkan keputusan kerajaan ibarat rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Begitulah yang terjadi setelah pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 yang meluluskan perkhidmatan e-hailing pada bulan Julai, DAP mempersoalkannya. Ini hanyalah kerana laporan dari Bloomberg yang US DoJ mendakwa sedang menyiasat syarikat Uber samada mereka telah melanggar undang-undang yang mensabitkan rasuah di luar negara.

Laporan tersebut juga menyentuh siasatan firma guaman Uber yang mendapati sejumlah wang telah didermakan ke MaGIC pada tahun 2016 dan pada masa yang sama, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah membuat pelaburan ke Uber.

Kerana kononnya ingin menguatkan hujahnya, MP Kluang DAP Liew Chin Tong mendakwa yang beliau pernah menuntut jawapan ke atas dakwaan US DoJ ketika perbahasan pindaan Akta untuk meluluskan e-hailing dan tidak mendapat sebarang jawapan dari YB Datuk Nancy. Ironinya, setelah YB Nancy semak semula Hansard Parlimen, Chin Tong tidak langsung menyentuh isu ini dalam perbahasan mahupun membuat sebarang pertanyaan lisan.

Kenapa setelah pindaan Akta yang telah diluluskan di Parlimen, DAP mula menyalak dan membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi? Apa sebenarnya berlaku sehingga US DoJ membuat siasatan ke atas pelaburan luar negaranya yang DAP tidak nyatakan dan mungkin sengaja tidak nyatakan?

Siasatan itu bermula selepas mendakwa bahawa seorang pekerja Uber di Indonesia telah membuat beberapa pembayaran kecil kepada polis dan memberi gambaran bahawa Uber akan dibenarkan untuk terus beroperasi dari sebuah pejabat yang terletak di zon bukan perniagaan mereka. Siasatan tersebut kemudiannya berlanjuta ke China, India, Malaysia dan juga di Korea Selatan.

Jika DAP anggap pelaburan KWAP ke Uber dan derma ke MaGIC adalah satu kesalahan dan boleh dianggap rasuah, sememangnya dangkal telahan tersebut. Ini adalah kerana sememangnya untuk memantapkan lagi kedudukan dana KWAP, mereka perlu membuat pelaburan yang membawa keuntungan. Jika KWAPmenderma kepada MaGIC, ia adalah untuk mempromosikan keusahawanan. Maka di manakah kesalahannya jika transaksi di antara KWAP dan MaGIC adalah telus? Apakah DAP tidak faham yang apa dilakukan KWAP, MaGIC dan Uber adalah satu bentuk 'smart partnership'?

Maka jawapan YB Datuk Nancy Shukri yang menyatakan tiada sebarang salahlaku mahupun dalam bentuk ganjaran yang dianggap DAP sebagai rasuah dalam membuat keputusan kelulusan Akta perkhidmatan e-hailing, adalah tepat!

Perkhidmatan e-hailing bukan saja melibatkan Uber, malahan aplikasi ini telah digunapakai oleh syarikat teksi lain seperti "2GO", "eevom", "EzCab" dan "PICKnGO" dan ini membuktikan perkhidamatan langganan teksi melalui talian telah diterima secara meluas di negara ini untuk memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin tinggi.

Oleh yang demikian, usaha kerajaan yang kini diterajui dan dipertanggungjawabkan kepada SPAD bagi memastikan industri teksi bukan saja kekal relevan malahan mampu berkembang dan telah melalui satu transformasi yang berjaya, sekali gus menunjukkan betapa DAP bukan saja gemar memutar belitkan sesuatu isu dan laporan, malahan mereka juga sentiasa gagal mendapatkan fakta sebenar.
 

Saturday, September 23, 2017

RAHSIA KEKUATAN UMNO DAN PENYATUAN BN YANG TIDAK MUNGKIN DITIRU PEMBANGKANG


Sejak pilihanraya pertama, pelbagai cara dilakukan parti-parti pembangkang untuk kalahkan pesaing utamanya iaitu Perikatan dan kini adalah Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Dan sejak itu juga, pembangkang menyedari untuk kalahkan parti pemerintah Barisan Nasional, UMNO adalah target utama mereka.

Maka kita dihidangkan pula di antara parti-parti pembangkang bertali-arus menyerang UMNO dan kononnya untuk memantapkan lagi serangan, mereka telah cuba untuk bersatu dengan meniru gabungan parti-parti seperti Barisan Nasional. Justeru, wujudlah Gagasan Rakyat yang diterajui Semangat 46 terdiri dariapada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF) manakala PAS yang enggan berganding bahu dengan DAP kekal di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama BERJASA, HAMIM dan KIMMA.

Kesemua gabungan itu samada Gagasan Rakyat mahupun APU diwujudkan kerana ingin meniru konsep Barisan Nasional tetapi akhirnya terkubur dan BN yang diterajui UMNO kekal sebagai parti pemerintah.

Kemudian, kehadiran Anwar Ibrahim di dalam blok pembangkang, wujud pula Barisan Alternatif yang menyaksikan gabungan PAS dan DAP bersama-sama parti Anwar Ibrahim - PKR. Gabungan ini kemudiannya diberi nama Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim mewakili PKR telah berjaya menawan Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak manakala PAS mengekalkan penguasaan di Kelantan.

Pada PRU13, Kedah ditawan BN dan Perak kekal di tangan BN semula dan DAP adalah parti terkuat di antara parti gabungan Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai hampir kesemua kerusi yang ditandinginya berbanding PAS dan PKR. Apabila PAS meneruskan untuk melaksana hukum hudud di Kelantan, bermula persengketaan di antara DAP dan PAS manakala PKR berpihak kepada DAP dan akhirnya Pakatan Rakyat dibubarkan.

Sekali lagi parti-parti pembangkang dengan Pakatan Rakyatnya yang cuba meniru konsep BN gagal dikekalkan dan UMNO tetap menjadi target utama serangan mereka kerana parti terkuat ini terus menerajui Barisan Nasional.

Di samping itu, DAP telah cuba memporak-perandakan PAS apabila team tajaan mereka yang diketuai Mat Sabu telah mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan pemimpan PAS. Akhirnya Mat Sabu dan teamnya diberi nyawa oleh DAP untuk menubuh PAN dan bercerai dari PAS untuk bergabung dalam Pakatan Harapan.

Sekarang, setelah Dr Mahathir wujudkan parti baru berasaskan bangsa Melayu yang terdiri daripada bekas pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, mereka berhajat untuk mengganti UMNO di dalam blok pembangkang. Maka parti-parti pembangkang bersatu di dalam Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat tanpa PAS.

Ironinya, pakatan baru ini mempunyai 3 kepala iaitu Anwar, Dr Mahathir dan Wan Azizah. Walaupun DAP tidak dilihat menduduki kepimpinan tertinggi, namun apa yang disaksikan rakyat, DAP sering menentukan hala tuju gabungan baru ini. Lebih jelas apabila rakyat menyaksikan pertelingkahan sesama parti secara terbuka dan telah berlaku ketika PRN Sarawak di mana PKR dan DAP telah bertanding di kawasan yang sama.

UMNO tetap dijadikan target utama dan gabungan Barisan Nasional tetap ingin ditiru. Malangnya, walaupun ada usaha untuk mendaftarkan Pakatan Harapan dan terdahulu Pakatan Rakyat, namun oleh kerana mereka sentiasa tidak memenuhi syarat-syarat utama pendaftaran, maka Pakatan Harapan juga kekal hanya pada nama tanpa sebarang ikatan rasmi yang mampu menyatukan mereka secara mutlak.

Berikutan sejarah parti-parti pembangkang ini, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan yang kekuatan UMNO dan konsep Barisan Nasional (BN) itu tidak boleh ditiru sama sekali kerana ianya adalah "originaliti". Rahsia yang dikongsikan TS Annuar adalah;
“Benda original ini dibentuk dalam masa yang panjang… nak tubuh UMNO bukan mudah, bila nak lahirkan satu wadah perjuangan, kita sampingkan soal kaum dan kelompok, kita ikat berasaskan sendi agama di mana asalkan Islam maka Melayulah semua. Dari situ Melayu menjadi besar. Asalnya Melayu terlalu kecil.

“Ini sangat-sangat salah… kalau tidak kerana Islam, UMNO tidak akan terwujud, kerana UMNO terwujud adalah kerana Islam dan dalam Islam cakap membentuk pemerintahan itu satu kewajipan,satu fardu kifayah… itu asasnya."

Pokoknya, UMNO diwujudkan dengan berpaksikan agama Islam dan berteraskan perpaduan untuk semua pihak tanpa mengenpikan bangsa-bangsa lain dan juga penganut agama lain. Apakah pembangkang mampu melaksanakan sepertimana UMNO dan Barisan Nasional lakukan dalam erti kata yang sebenar?

Selagi DAP yang terang-terangan adalah anti-Melayu dan anti-Islam dengan Malaysian Malaysia mereka, parti-parti pembangkang akan kekal berpecah.