Tuesday, December 31, 2013

ORANG SINGAPURA CUBA MERASUAH PENGUATKUASA SPAD

Masih teringat kata-kata tegas Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni bahawa perkara utama yang tidak akan beliau kompromi adalah sekiranya ada di antara pegawai penguatkuasanya ditangkap menerima rasuah.

Ketegasan Dato Che Hasni telah disambut baik oleh pegawai-pegawainya dan dengan kerjasama pegawai SPRM telah berjaya menangkap 3 warganegara Singapura seperti berikut:
 
  • Shaik Mohamed bin Shaik Zain, 69, Pemandu Van Pelancongan turut mengaku bersalah memberi rasuah RM50.00 kepada Safiuddin bin Badrulhisham, Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya tidak dikenakan denda atas kesalahan tidak memiliki lesen pengendali pelancongan yang sah daripada SPAD di bawah peruntukan Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat.
  • Turut mengaku salah, Segaran Naidu, 58, pemandu van pelancongan kerana memberi suapan RM100 kepada Asmadi bin Mat, Pegawai Eksekutif Penguatkuasa, SPAD supaya beliau tidak di kompaun atas kesalahan menggunakan kenderaan pelancong dan tiada senarai penumpang.
  • Dalam Mahkamah yang sama, Lee Mong Seng, 70 tahun pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi suapan S$200.00 Dolar kepada Shahrul Effendy bin Mohamed, Pegawai Penguatkuasa SPAD atas kesalahan menjalankan perkhidmatan awam di Malaysia tanpa permit yang sah dan mohon di bicarakan. Hakim kemudian telah menetapkan beliau untuk diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin rakyat Malaysia dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 19 Januari depan.

Sumber : SPRM

Tetapi apa yang dilaporkan di YouTube oleh MynewshubChannel adalah sebaliknya pula.... dengan tajuk "Penguatkuasa SPAD Ambil Rasuah Dan Rakam Sendiri Kebodohan Mereka".

MynewshubChannel

Cuba baca laporan dan video dari  TV3 (pada minit 1.03) dan gambar di bawah ini pula...


Adakah ia menunjukkan orang yang sama yang telah dibicarakan?

Kejadian yang telah dilaporkan di mana Lee Mong Seng cuba memberi wang sogokan kepada pegawai SPAD adalah pada bulan Oktober tetapi rakaman yang dibuat MynewshubChannel hanyalah beberapa hari yang lalu.

Tanya diri kita, apa tujuan MynewshubChannel sebenarnya? Sekira tujuannya untuk mencalar nama baik SPAD maka pihak SPAD perlu bertindak tegas terhadap perbuatan ini.

Ingin dimaklumkan bahawa laporan dari pihak SPRM, tangkapan ini berlangsung ketika SPAD membuat operasi bersepadu bersama-sama pihak PDRM dan juga SPRM.

Monday, December 30, 2013

ORANG AWAM AMBIL ALIH CATATAN TERTINGGI RASUAH

 
 
Laporan ini diterima dalam inbox saya dan sesuatu yang mengejutkan!
 
1. Warga asing terdiri dari orang awam  yang paling ramai 
    memberi rasuah kepada penguatkuasa.

2.  Nilai rasuah terendah yang cuba diberi ialah RM5

3. Nilai rasuah tertinggi pula ialah RM700,000

4. Warganegara Indonesia dan Singapura yang paling ramai 
    cuba merasuah.

5. Johor dan Selangor paling banyak tangkapan.
 
Warga Asing Lakukan Kesalahan Di Negara Ini Turut  Tawar Rasuah Kepada Penguatkuasa

Melaka, 19 Disember - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan berhubung kes-kes melibatkan Seksyen 17(b)  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu melibatkan kes penawaran dan pemberian suapan.

Suruhanjaya ini memandang serius berhubung tingginya jumlah tangkapan terhadap orang awam, ini termasuklah tangkapan terhadap warga asing bagi kes-kes penawaran dan
pemberian rasuah pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2013 sahaja, SPRM mencatatkan sebanyak 481 tangkapan atas kesalahan rasuah, dan 68% (326) adalah melibatkan tangkapan terhadap orang awam dan selebihnya 32% (155) terdiri dari penjawat awam.

Dalam pada itu, sejumlah 157 daripada 481 tangkapan orang awam ini adalah atas kesalahan seksyen 17(b) ini. Daripada jumlah tersebut, 61 tangkapan bersamaan 39% terdiri daripada individu warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahan di negara ini dan kemudian menawarkan rasuah kepada penjawat awam bagi melepaskan diri dari tindakan undang-undang.

Bagi keseluruhan tangkapan kes seksyen 17(b) ini,  nilai terendah yang ditawarkan adalah RM5 (pengadu membenarkan OKT memasuki kawasan tapak pembinaan yang dilarang masuk) dan tertinggi RM700,000, melibatkan kes memperakukan bayaran bagi pembekalan ubat yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

Pada tahun ini, warganegara asing Indonesia dan Singapura mencatat angka tertinggi iaitu 23 warga Indonesia dan 11 warga Singapura yang ditangkap selepas memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa di negara ini, selepas melakukan pelbagai kesalahan antaranya kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987  dan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sementara itu, lapan tangkapan adalah warganegara Myanmar dan tujuh daripada Bangladesh, empat daripada Vietnam, tiga daripada Pakistan, dua India dan satu daripada Jepun.
Kecenderungan warganegara asing khususnya warga daripada negara jiran ini agak membimbangkan kerana sikap berkenaan tidak ditonjolkan di negara mereka sebaliknya apabila memasuki negara ini, mereka menganggap penguatkuasa di negara ini boleh dirasuah.

Negeri Johor dan Selangor mencatat tangkapan terhadap warga asing tertinggi hasil kerjasama melaksanakan operasi antara Suruhanjaya ini bersama agensi penguatkuasaan di negeri terbabit.
Daripada jumlah tersebut, 63 individu telah dituduh di mahkamah dan pada tahun ini seramai 53 individu juga telah disabitkan bersalah atas pertuduhan memberi/menawarkan rasuah. Jika disabit, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau sepuluh ribu ringgit mana-mana yang lebih tinggi.

SPRM menyeru agar kesalahan ke atas individu yang memberi dan menawarkan rasuah ini dihukum dengan hukuman yang setimpal agar memberi pengajaran kepada mereka yang lain.

Datuk Hj Mustafar Ali
Pengarah Bahagian Siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya
19 Disember 2013

Tanya kepada diri kita, siapa sebenar penyumbang yang menaikkan index rasuah di negara kita?



RASUAH DAN BANGSA CINA ... JANGAN DIPISAHKAN!

Terbaca laporan dari The Star mengenai pendedahan sebenar siapa itu bangsa Cina di Malaysia ini;


KUALA LUMPUR: A survey of Malaysian Chinese, aged between 16 and 45, showed that almost half of them are clueless about the government agency, which handles complaints about corruption.

Some 48% in a survey of 216 people by the Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) replied “no” to the question “do you know which agency to report bribery to?” -  REPORTING!!!

“Among the 92 people who are aware of such a body, only some know its exact name,” said Huazong Youth president Ong Chong Keng. - NOT CLUELESS BUT DELIBRATELY IGNORANT!


Other respondents thought that the agency to report to was the Election Commission or the police, he told reporters here yesterday. - CHINESE DENYING LAW AND ORDER


While corruption cases were investigated by the police in the past, anti-corruption efforts have been undertaken by the Anti-Corruption Agency (ACA) since 1967.

The ACA’s name was changed to Malaysian Anti-Corruption Commission in 2009.

The study, called the Integrity and Corruption Survey, was conducted among Malaysian Chinese nationwide from various sectors including government, banking and construction. - ONLY FOR THE SAKE OF NEWS REPORTING

It was carried out between October and December by the Huazong Youth’s Integrity and Crime Prevention Bureau.

Ong urged the MACC to create greater awareness on how the public could contact the commission and hire more Chinese officers to improve communications with the community. - CREATE GREATER AWARNESS? ARE CHINESE YOUTH NOT IT LITERATE?

The survey also found that 78% of the respondents thought it was acceptable to take free meals from contractors who were interested in
doing business with them. - A PRACTISE EVER SINCE THEIR FOREFATHERS

Some 54% of the respondents also believed it was acceptable to take company stationery home. -MISCONDUCT IS ALWAYS THEIR LIFESTYLE

“Taking company stationery home may seem harmless but it could be considered as mismanagement of company resources,” Ong said.

For traffic rules, the study showed that 54% of the respondents thought it was reasonable to speed depending on the situation. - A CLEAR CASE OF DELIBRATE MISCONDUCT

Among its recommendations, Huazong Youth urged all political parties to support amendments to the MACC Act to introduce corporate liability so that transparency can be upheld in the private sector.
*(Komen saya dalam teks berwarna puteh)

Oleh itu, bangsa Cina di Malaysia sememangnya :
 
  • Jenis yang tidak menghormati dan gemar melanggar undang-undang. 

  • DAP yang mewakili bangsa Cina terbesar, konon selalu mencerminkan diri sebagai suci dari segala kesalahan, kini terbukti DAP gagal mendidik bangsanya sendiri.

  • Bangsa Cina dinobat sebagai pemegang ekonomi Malaysia tetapi hasil daripada laporan ini menunjukkan mereka berjaya dalam perniagaan kerana amalan rasuah adalah sebahagian cara mereka berniaga.

  • Secara langsung, bangsa Cina bukan jenis taat dan setia kepada tempat mereka dilahirkan atau tempat mereka mencari makan tetapi kesetiaan mereka hanyalah kepada tanah tumpah nenek moyang mereka iaitu negara yang telah membuang dan mencampakkan mereka ke Tanah Melayu, iaitu Tanah Besar China.

  • Kesalahan yang dilakukan bangsa Cina ini samada sengaja atau pun tidak, sebaik mungkin dialihkan kepada kerajaan sesebuah negara yang memerintah. Ini termasuk Malaysia, di mana kerana keengganan mereka mematuhi undang-undang negara tetapi kerajaan pula dikatakan tidak berinfomasi.

  • Bangsa Cina memang gemar mengambil kesempatan dan peluang terutama jika ianya PERCUMA!

  • Mereka dengan sengaja ingin memisahkan diri mereka dari pelbagai kaum di Malaysia tetapi gemar menuntut hak sebagai rakyat Malaysia.

  • Setiap isu yang dibangkitkan kaum Cina sebenarnya adalah untuk kepentingan bangsanya sahaja dan bukan untuk kesejahteraan negara.

  • Taktik bangsa Cina yang selalu menggambarkan diri mereka tertindas tetapi sebaliknya mereka yang menindas bangsa lain.

  • Bangsa Cina tidak akan senang selagi bangsa Melayu menguasai kuasa pemerintahan di Malaysia. FULL STOP!

Sunday, December 29, 2013

OPS TEGAS SPAD DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN





Seringkali mengikuti operasi yang dilakukan penguatkuasa SPAD secara penyamaran tetapi kali ini penguatkuasa SPAD menjalankan operasi mereka secara terang-terangan dan kali ini dipanggil OPERASI TEGAS. Pendekatan Operasi Tegas adalah bertujuan untuk menunjukkan kehadiran pihak penguatkuasa SPAD dan mereka kali ini tidak akan sekali-kali berkompromi dengan setiap kesalahan yang dilakukan dan memastikan kenderaan pengangkutan awam darat mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Operasi Tegas terhadap teksi dan bas, telah dilaksanakan baru-baru ini di sekitar kawasan panas iaitu di kawasan segitiga emas - Pavilion, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Pudu.

Hasil daripada Operasi Tegas ini, terdapat 11 kes yang melibatkan pemandu tidak berpakaian seragam, gagal mengemukakan lesen pengendali dan PSV telah tamat tempoh serta menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan. Sebuah van yang membawa penumpang tanpa ada lesen pengendali telah disita dan sebuah teksi telah ditinggalkan di tepi jalan dan notis telah dikeluarkan untuk disiasat.

Menurut Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, dalam tahun 2013 sebanyak 1955 kes berkaitan kesalahan teksi telah dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan.
 

Jika tersabit kesalahan, seksyen yang dikenakan di mana kesalahan ini tidak boleh dikompaun dan mengakibatkan hak dilucut dan denda 1 ribu hingga 10 ribu dan 2 tahun penjara.

GPS YANG DICADANG SPAD DEMI KESELAMATAN DAN BUKAN SEKADAR MEMANTAU



Nampaknya ekoran daripada tragedi kemalangan ngeri Genting Highlands yang lalu telah mendapat perhatian serius dari pihak kerajaan terutama pihak SPAD untuk meningkatkan mutu keselamatan pengangkutan awam terutama bas awam.

Baru-baru ini Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi  SPAD telah membuat cadangan agar semua kenderaan awam terutama bas melengkapi kenderaan mereka dengan alat GPS (Global Positioning System).

Beliau yang mengambil contoh sistem pemantauan terhadap pemandu pengangkutan awam di negara China  bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling pelaksanaan pemasangan GPS ke atas bas ekspres sahaja. Ia telah pun berkuatkuasa pada 18 Ogos 2008 dan maklumat adalah seperti berikut;


Maklumat Lanjut... DI SINI

Sebagai rakyat, kita mengalu-alukan cadangan SPAD ini kerana memandangakn tuntutan demi tuntutan dari pihak pengusaha bas awam untuk menaikkan tambang perlu selari dengan peningkatan perkhidmatan mereka terutama ciri-ciri keselamatan penumpang. Kita juga memahami senario peningkatan kos operasi yang ditanggung pengusaha dan kita juga sanggup menerima kenaikan tambang bas asalkan tuntutan pengusaha ini dapat meningkatkan perkhidmatan mereka.

Pemasangan GPS ini pasti satu tindakan yang sangat baik untuk memantau had laju kenderaan yang sedang bergerak dan ini juga pasti akan membuat pemandu-pemandu bas awam agar lebih berhati-hati ketika memandu kerana pergerakan mereka akan dipantau.

Saturday, December 28, 2013

THE ROYAL MOTHER AND SON DUET... EASES THE PAIN

Recently, I attended a royal fund raising dinner in Kuantan Pahang for their rakyat's ease who were the victims of recent flood tragedy.


What caught my attention was the speech delivered by the host and that is Her Royal Highness Sultanah Pahang and her prince, Tengku Fahad, the CEO of an NGO, Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET)... it was a duet!

I was mesmerized not only by the beauty and flare of Her Royal Highness but the mother and son's message to their rakyat, shows how lucky they are and only wishes if I am one of them.

Some phrases that I wish to share;

But I am trying my best, and I have come to realize that sometimes it is the moral support which comes from our hearts that give the helpless hope and brings back joy to their lives. Sometimes just showing that you care is actually more important than money - Sometimes just stopping the car and speaking and listening to people you can see are in trouble makes them realize - they are not alone. 
You can read the whole text ... here


Thursday, December 26, 2013

SPAD : INISIATIF TANPA MENUNGGU TINDAKAN KERAJAAN

Apabila ada syarikat tempatan yang mengambil inisiatif sendiri tanpa menunggu tindakan kerajaan bagi membantu menaikkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat dan memberi keselesaan kepada rakyat, ia adalah satu usaha yang patut dipuji dan dibanggakan.

Inilah yang dimaksudkan Tan Sri Syed Hamid, Pengerusi SPAD ketika melancarkan Bas KL City Airport seperti berikut;
“SPAD sebagai badan bertanggungjawab terhadap perjalanan dan keberkesanan pengangkutan awam dan darat di negara ini, menyambut baik usaha syarikat yang mempunyai pandangan inovatif dengan matlamat memberi kepada rakyat”




Hasil daripada sikap prihatin dan kreativiti KTB atau Konsortioum Transnasional Berhad, mereka telah memudahkan perjalanan rakyat di sekitar Subang dan kawasan bandar yang ingin menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark) atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang dengan mengadakan perkhidmatan bas ulang-alik lapangan terbang (airport shuttle bus) atau diberi nama "KL City Airport".

Perkhidmatan bagi laluan Hentian Bas Titiwangsa (juga dikenali sebagai Hentian Bas Pekeliling di pusat bandar raya Kuala Lumpur) ke bangunan terminal LTSAAS ini telah bermula sejak 11 Oktober 2013 lepas. Dari Hentian Bas Pekeliling, bas KL City Airport akan melalui Plaza Damas, eCurve Mutiara Damansara and stesen LRT Kelana Jaya LRT seperti berikut;


Apakah ciri-ciri keistimewaan bas ini?

Di samping kemudahan laluan perjalanannya, bas KL City Airport menyediakan keselesaan penumpangnya seperti ruang lantai yang lebar tanpa anak tangga bagi penumpang memudahkan membawa atau mengeluarkan bagasi dari bas dan disediakan ruang meletak bagasi yang besar atau kecil. Warga emas, OKU dan kanak-kanak juga diberi diskaun sebanyak 25 peratus. Selain itu, kad "prepaid" akan diperkenalkan dan tambahan nilai akan diberi kepada penumpang yang membuat "top up" paling minima RM100.

Dengan kegelisahan rakyat akibat daripada subsidi minyak yang dikurangkan, maka ini adalah cara terbaik mengatasinya. Kurang berbelanja ke atas petrol dan kita ubah mod kenderaan kepada pengangkutan awam. Ia murah, selesa, selamat dan perkhidmatan yang efisien.

Diharap kita janganlah mensia-siakan usaha yang telah diadakan ini dan ini adalah sebenar-benar "UBAH" yang perlu dilakukan rakyat.


JANGAN TINGGALKAN 2013 TANPA INI.... "PHD"

Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2013 untuk melangkah ke 2014...

Terlalu banyak kenangan samada pahit atau manis yang telah berlaku kepada kita secara peribadi dan juga negara. Ada di antara peristiwa yang berlaku ke atas negara pasti memberi kesan kepada kita sebagai rakyat Malaysia dan yang pasti sejarah yang dilakar dari pihak pembangkang terutama yang mengangkat dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri dalam kabinet bayang-bayangnya...

Oleh itu, sebelum kita melangkah ke tahun baru 2014, semua rakyat Malaysia diseru agar jangan meninggalkan kenangan ini dan saksikanlah....


Semoga kita tidak lagi memberi peluang kepada gerombolan "PERMENANT HEAD DAMAGE" - PHD ini menipu kita di hari-hari yang akan datang...

Ada juga rakan-rakan blogger mencadangkan kompilasi video ini patut dihantar ke arkib negara selain arkib blog masing-masing...

Wajib tonton dan wajib tayang.

SELAMAT TAHUN BARU .... 2014


Wednesday, December 25, 2013

SPAD: PROJEK PERINTIS PERKHIDMATAN BAS KONTRAK... PENYELESAIAN KEKAL

PROJEK PERINTIS

Dalam usaha mempertingkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan sistem pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan projek perintis perkhidmatan bas kontrak pertama di negara ini bagi 19 kawasan dan laluan terpilih di semua negeri Semenanjung Malaysia. Semua negeri memiliki sekurang-kurangnya satu kawasan perintis kerana itu ia memerlukan pembabitan kerajaan negeri di kawasan setempat.

Ini adalah satu projek perintis yang menjadi tanda komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu pengangkutan awam yang telah banyak dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.


Menerusi projek perintis ini, pengendali perkhidmatan bas swasta perlu membida tender bagi kontrak laluan yang ditawarkan dan jika berjaya, pengendali akan menerima bayaran secara tetap bagi setiap kilometer perkhidmatannya mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui bersama. 


Mohd Nur Ismal

Menurut Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, sistem perintis itu adalah penyelesaian kekal kepada masalah kerugian dalam kalangan operator bas swasta kerana kurang penumpang, tidak berkualiti dan laluan tidak menyeluruh dan pihak SPAD membentangkan model itu kepada kerajaan tidak lama lagi dan jika diluluskan, pihaknya bersedia melaksanakan projek perintis itu bermula bulan depan.

Walaupun secara kasar memang sistem ini dilihat membebankan kerajaan dengan kerugian yang ditanggung operator bas, tetapi manfaatnya adalah lebih besar mengatasi bebanan itu di mana ia mampu membantu kerajaan meraih penguasaan 40 peratus perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, mengurangkan kenderaan, pencemaran, menggalakkan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan baru dan membantu pengguna daripada keperluan memiliki kereta. Justeru, ini akan menjana potensi ekonomi yang lebih baik.

INSYAALLAH, dengan komitmen yang jitu dari pihak kerajaan, mudah-mudahan cita-cita dalam usaha membangun dan menaiktaraf perkhidmatan bas dapat direalisasikan bersama.

Kepada pengendali-pengendali pengangkutan awam yang terpilih, diharap mereka memberi komitmen tinggi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan meletakkan standard yang tinggi dari segi pengurusan operasi selaras dengan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang telah telah diperkenalkan.

SPAD : SATU LAGI PROJEK REL UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT SEKITAR SUBANG

Satu lagi projek rel yang didalam perancangan bagi menyediakan pengangkutan awam kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta penduduk sekitar untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan seturusnya ke KLIA Sepang. 

 

Perkhidmatan rel yang mesra alam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sediada serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan jaringan integrasi dengan sistem pengangkutan rel LRT serta MRT.

 


RINGKASAN PROJEK

Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan.

Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik akan menggunapakai sistem sediada di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan tren komuter KTMB.

Landasan berkembar tersebut bermula dari Km17.37 Seksyen Subang Jaya – Batu Tiga sepanjang 8.157km dan berakhir di Stesen Terminal Skypark yang terletak di hadapan Terminal 3 Lapangan Terbang SAAS.

Pembinaan landasan berkembar turut melibatkan Sistem Elektrifikasi 25kV, Sistem Persemboyanan dan Komunikasi serta kawalan terus dari Pusat Kawalan Tren di KL Sentral. Perkhidmatan Komuter KTMB dari KL Sentral ke Terminal Skypark secara ulang-alik akan disediakan apabila projek tersebut siap sepenuhnya kelak.

Dalam masa yang sama, integrasi sistem perkhidmatan KTMB Komuter dengan sistem perkhidmatan LRT dapat dilaksanakan di Stesen Subang Jaya apabila kedua-dua projek tersebut siap spenuhnya.

Projek landasan berkembar tersebut dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen ‘at grade’ sepanjang 4.09km dan Seksyen landasan bertingkat sepanjang 4.067km yang akan dibina disepanjang jajaran Sungai Damansara.

Projek di atas melibatkan pembinaan satu stesen iaitu Stesen Terminal Skypark di Ch 8.000 yang melibatkan pembinaan platform di sepanjang landasan sepanjang 150m.

TARIKH PROJEK BERMULA : 21 FEBRUARY 2013
TARIKH TAMAT PROJEK : 20 FEBRUARY 2016

Laporan sepenuhnya boleh di dapati DI SINI...

Satu penerangan ringkas akan diadakan berhubung perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang serta mengumpul maklum balas dari orang awam berhubung projek tersebut.

TEMPAT
  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
  5. KL Sentral

TARIKH PEMERIKSAAN AWAM BERMULA DAN TAMAT : 
2 Disember 2013 sehingga 28 Februari 2014.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT
Sila hubungi

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
En. Ismail Said
Tel. No. : 03-2263 1270
Email: ismailsa@ktmb.com.my


KONSORTIUM SKYPARK LINK – LION PACIFIC
Puan Syarwani Bt. Abd Kadir @ Jaafar
Tel. No. : 03-7832 6635
Email: syarwani@skyparklink.com


KL CONSULT ASSOCIATES SDN. BHD.
En. Arshad B. Puasa
Tel. No. : 03-7832 6635
Email: skyparkrail@klconsult.com

 

Monday, December 16, 2013

RAKYAT PAHANG DIDEKATI SULTANAH PAHANG

Baru-baru ini, DYMM Tuanku Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom telah menemui rakyatnya yang telah mengalami bencana banjir di Pekan Pahang. Kasih dan sayang Tuanku telah disambut baik oleh rakyatnya yang sama-sama cuba meringankan beban yang dialami.

Satu majlis penyerahan bantuan telah dilaksanakan di Sek Men Sains Ahmad Shah, Pekan, Pahang dan diiringi oleh 2 menteri iaitu Dato Rosnah Karim mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Dato Shahidan Kassim, menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang perlu diketahui, sebagai ketua pemerintah negeri, Sultanah Kalsom sanggup turun padang untuk mendengar keluhan kesusahan rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Saksikanlah sendiri....





Majlis ini adalah hasil usaha Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) dan foto-foto seterusnya boleh didapati DI SINI

dan saksikan video ini pula....

KENAIKAN TAMBANG... DI ANTARA SPAD,PENGUSAHA DAN RAKYAT

Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam yang terdiri daripada rel, teksi, bas kini telah mendesak pihak SPAD untuk mengumumkan kenaikan tambang. Sebagai suruhanjaya yang bertanggungjawab, bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan bagi pihak SPAD apabila kepentingan rakyat didahulukan. Kepentingan rakyat yang diberi perhatian juga termasuk kepentingan pengusaha-pengusaha pengangkutan awam di sampingkepentingan pengguna kerana pengusaha adalah rakyat juga.



Beberapa hari lepas, pihak pengusaha-pengusaha rel dan di antaranya Prasarana, KTMB dan ERLSB telah memohon pihak SPAD untuk mengkaji semula tambang rel dengan alasan kos operasi mereka pasti terjejas teruk ke atas kenaikan tarif eletrik sebanyak 15% di Semenanjung Malaysia dan 17% di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pihak pengusaha-pengusaha rel ini telah memberi alasan bahawa kali terakhir tambang rel dinaikkan ialah 10 tahun yang lalu.

Sekarang segala tumpuan menuju kepada SPAD.

Ini adalah jawapannya;
Ketika ura-ura harga tambang tren penumpang akan dinaikkan tahun depan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan, pihaknya tidak memberikan sebarang kelulusan bagi tujuan itu. 
 
Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, semuanya masih dalam peringkat kajian. 
 
"SPAD tidak meluluskan sebarang struktur tambang baru bagi industri rel. Bagaimanapun, SPAD kini sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh ke atas struktur tambang industri rel,"ujar beliau dipetik sebuah portal. 
 
Jelas Syed Hamid, terdapat empat faktor utama yang akan diambil kira oleh SPAD apabila menyemak semula tambang. 
 
Ia termasuklah struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
 
"Struktur tambang sedia ada termasuk kemampuan rakyat, kajian semula perbezaan antara semua pengusaha dan mengharmonikan struktur tambang," katanya.
 
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik Syed Hamid sebagai berkata, SPAD sedang mengkaji semula tambang pengangkutan awam dan dijangka berlaku kenaikan tahun depan. 
 
Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.
 
"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail. 
 
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.
 
"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.
 
"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan  pasaran saham pengangkutan awam," katanya.
 
Sementara itu, laporan mStar Online hari ini yang memetik Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengalu-alukan kenaikan tambang yang dicadangkan itu, sambil menambah bahawa sudah lama menunggu saat itu.
 
"Saya fikir adalah betul untuk melakukan perkara ini. Kami tidak mempunyai kenaikan lebih daripada 12 tahun," katanya.
 
Shahril berkata, Prasarana terpaksa mengimbangi tambang tidak berubah dengan kenaikan kos.
 
"Tenaga sahaja meliputi lebih 30 peratus daripada kos. Tenaga kerja adalah kira-kira 40 peratus dan bakinya adalah operasi dan penyelenggaraan yang lain. Jika kos terus naik, bagaimana kita mahu memberi perkhidmatan?" katanya.
 
Syarikat itu juga melabur lebih RM1.5 bilion dalam 4 tahun lepas secara berperingkat, termasuk sistem tiket baru, kereta api baru dan kemudahan lain.
 
Shahril berkata, Prasarana mengadakan beberapa perbincangan dengan SPAD mengenai perkara itu.
 
Beliau turut meminta kajian semula tambang automatik, salah satu yang akan diadakan dalam setiap dua atau tiga tahun.
 
Shahril bagaimanapun berkata, apa-apa kajian tambang perlu secara adil kepada penumpang Prasarana, kerana tidak mahu membebankan kepada mereka.
 
Laporan berkaitan kenaikan tambang ini semalam berjaya menarik perhatian ramai pembaca Sinar Harian Online apabila lebih 100, 000 pembaca membaca berita itu, lebih 200 yang berkongsi dari laman Facebook rasmi kami serta lebih 1,000 pembaca memberikan komen. 
 
Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan kos sara hidup pada tahun hadapan memandangkan banyak kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini. - SH
Terima kasih kepada pihak SPAD untuk kenyataan di atas. Sekali lagi setiap tindakan dan keputusan yang bakal diambil, kepentingan dan kemampuan rakyat  diutamakan.

Walaubagaimanapun, agar pihak pengusaha tidak terbeban, maka kepentingan mereka juga diambilkira.

Maka, sama-samalah kita memahami keadaan ini dan bagi pihak pengusaha, seandainya mereka sentiasa berkompromi dan terkesan sehingga menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk, ini juga bakal memberi kesan seterusnya kepada rakyat kerana perkhidmatan rel merupakan salah satu mod pengangkutan utama rakyat.

Kita juga telah diberi jaminan pihak SPAD bahawa kenaikan tambang ini adalah mengikut kemampuan rakyat dan juga pengusaha.

Tuesday, December 10, 2013

KWSP DAN SKIM PENCEN SWASTA ADALAH BERBEZA... RAFIZI TAK TAHU?

Dalam kenyataan Keadilan Daily iaitu Laman Berita Rasmi PKR, bertajuk ...Bantah cukai keatas pengeluaran skim persaraan swasta dan petikan adalah seperti berikut;

KEADILAN membantah cadangan kerajaan meminda Akta Cukai 1967 yang mengenakan cukai keatas pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun.

“Ini bermakna (kerajaan) mencukai manfaat simpanan persaraan,” kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang media di lobi parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN menyatakan, pindaan Akta Cukai 1967 menetapkan pengeluaran Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun kecuali atas sebab kemalangan dan kehilangan upaya akan dikenakan cukai penuh.

“Konsepnya sahaja sudah salah. Dengan kata lain, kerajaan mencukai pencen (orang ramai). Simpanan tidak boleh dicukai,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Skim Persaraan Swasta adalah mana-mana tabungan persaraan selain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

“Paling tidak bermoral apabila ia bertentangan dengan janji Perdana Menteri semasa melancarkan inisiatif menggalakkan pekerja menabung di dalam skim pekerjaan swasta pda Julai 2012,” kata Rafizi.

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razai ketika itu adalah pendapatan dari skim tersebut dikecualikan daripada cukai.

Nampaknya, Rafizi cuba atau sengaja mengaitkan Skim Persaraan Swasta dengan KWSP dan kerajaan. 

Ini pula kenyataan rasmi KWSP:



Jika kita melayari internet (di hujung jari je...) Skim Pencen Swasta atau PRS (Private Retirement Scheme) kita akan faham dengan mudah kerana ia bukan skim kerajaan atau KWSP.

Kepada Rafizi, buatlah homework menyeluruh sebelum terus-terusan menipu rakyat... Kerana anda, PKR telah mengesahkan parti ini memang khusus untuk kelentong rakyat!

p/s : Sebelum ini, Rafizi juga cuba kelentong rakyat dgn isu SPRM... DI SINI




Sunday, December 08, 2013

SIAPA KATA CUKAI PINTU DI KL AKAN DINAIKKAN?



MESRANYA BILA DI HADAPAN MENTERI


Menteri Wilayah, Tengku Adnan telah mengadakan satu perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan samada di pihak BN atau Pakatan Pembangkang bagi menerangkan semakan semula "Nilai Hartanah" oleh DBKL di Kuala Lumpur... penerangan selanjutnya boleh dibaca di blog PERISIK RIMBA.

Benarkah cukai pintu akan dinaikkan dan membebankan rakyat seperti dituduh pihak pembangkang? Apa kata menteri?




Sekarang, apa pula kata-kata pooooosing Ahli-Ahli Pembangkang yang turut hadir di dalam taklimat Menteri?

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Ku Loon - Optimis Putrajaya akhirnya akan mengkaji semua tarif cukai yang memberi kejutan kepada penduduk bandar setelah menerima notis cadangan kenaikan nilai taksiran tinggi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah - Mereka juga mempersoalkan adakah ia satu bentuk hukuman daripada Putrajaya berikutan tindakan penduduk mengundi PR dalam pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua - akan memberi beberapa kertas cadangan kepada Tengku Adnan dan salah satu daripadanya ialah mengenai penangguhan kenaikan tarif cukai.

Kenyataan ini semua boleh didapati di Malaysia Insider.

Apa sebenarnya berlaku ialah...





Kadar cukai pintu dikatakan tidak akan berubah seperti berikut :
Premis komersial dab perdagangan : 12%
Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%


tetapi .... KADAR NILAI HARTANAH DI KUALA LUMPUR AKAN DIBUAT PENILAIAN SEMULA UNTUK PERTAMA KALI SEJAK 21 TAHUN YANG LALU WALAUPUN MENGIKUT PERUNDANGAN DBKL BOLEH MELAKUKANNYA SETIAP 5 TAHUN.

Bolehkah dibantah? ... maklumat sepenuhnya DI SINI

Kepada warga kota, sekali lagi dimaklumkan bahawa :

1. Masih ada masa untuk membuat bantahan atau rayuan hingga 17 Disember 2013
2. Pendengaran bantahan dilanjutkan hingga Mac tahun depan.
3. Tarikh untuk laksanakan belum ditetapkan lagi.

Apa pula kata pemimpin-pemimpin UMNO WP?

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Mustafa Kamal Mohd Yusoff - (DBKL) perlu memastikan kenaikan cukai pintu berbeza mengikut faktor ekonomi, jenis perumahan serta aktiviti yang dijalankan. Malah, saya yakin kenaikan cukai pintu yang akan diperkenalkan tahun depan ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan golongan peniaga itu sendiri. - HarianMetro

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mencadangkan agar DBKL mengenakan rebat cukai pintu kepada pemilik rumah yang tinggal menetap di premis.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee - Penilaian kadar baru itu juga turut mengambil kira kemampuan ekonomi golongan miskin dan pertengahan di bandar raya ini. 

SEKARANG, SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG MENGAPI-APIKAN KEMARAHAN RAKYAT? Mengapa ahli2 Parlimen tidak berani meyatakan yang benar dalam isu ini kerana mereka hanya menumpukan perhatian untuk memutarbelit ayat menteri dan terus menghantar mesej mengikut fahaman mereka demi keuntungan politik mereka.


Friday, December 06, 2013

SPAD : PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM DARAT PERTAMA KALI DIBERI ANUGERAH DAN DIRAIKAN



Pengendali di dalam industri pengangkutan awam darat samada rel, bas, kenderaan barangan dan teksi telah diberi pengiktirafan buat pertama kalinya di negara kita. Sumbangan dan pencapaian mereka telah diraikan sempena Malam Gala Simposium LPT 2013 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang telah diadakan di Hotel Istana.

Malam Gala yang julung kali diadakan ini, telah memberi ruang untuk agensi-agensi kerajaan, pengendali dan peserta simposium di dalam industri pengangkutan awam untuk melebarkan rangkaian perniagaan mereka di samping bertukar-tukar maklumat dan pandangan.

Acara kemuncak Malam Gala ini adalah pengumuman pemenang-pemenang pengendali pengangkutan awam darat yang telah dipilih berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 70% seperti yang telah ditetapkan jemaah hakim dan pemenangnya adalah seperti berikut;

Pengurusan Kenderaan Terbaik bagi kategori bas:
– Konsortium Transnasional Berhad
- Sani Express Sdn Bhd

Pengurusan Modal Insan Terbaik – Express Rail Link Sdn Bhd

Inovasi Terbaik – Century Total Logistics Sdn Bhd

Di antara pemenang-pemenang anugerah ... DI SINI




Garis panduan telah disediakan oleh pihak SPAD bagi setiap kategori dan standard kriteria yang di nilai adalah sangat terperinci dan merangkumi aspek-aspek seperti peranan pengurusan dalam pelaksanaan dasar keselamatan dan pencapaian KPI untuk mutu perkhidmatan dan khidmat pelanggan... sepenuhnya DI SINI

Maklumat Pemenang Anugerah:

Konsortium Transnasional Berhad telah mendapat markah sebanyak 75% ke atas Pengurusan Pemandu, Skim Gaji dan Pengurusan Rekod. YBhg Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan syarikat ini dan telah menjalankan perniagaan lebih dari 30 tahun dengan mempunyai 200 desitnasi bas dan 1,000 pelepasan setiap hari yang meliputi di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura. Konsortium Transnasional Berhad juga adalah syarikat yang pertama mengguna sistem tiket eletronik.

Sani Express Sdn Bhd juga telah dianugerah sebagai Pengurusan Kenderaan Terbaik dengan memperolehi 75% markah yang juga merangkumi Pengurusan Pemandu, Skim Gaji dan Pengurusan Rekod. Syarikat ini telah memulakan operasi semenjak Januari 9, 2007 dan CEOnya ialah Major (Rtd) Tn. Hj. Abu Bakar Bin Mohammad. Di awal operasi syarikat ini, laluan bas hanyalah di antara Kuala Terenggan ke Kuala Lumpur sehingga pada tahun 2009, syarikat ini telah melebarkan laluan perjalanan ke Utara iaitu Kuala Perlis, Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Express Rail Link Sdn Bhd pula telah merangkumi markah sebanyak 98% bagi kategori Pengurusan Modal Insan Terbaik di dalam Pengurusan Pemandu, Skim Gaji dan Pengurusan Rekod. Puan Noormah Mohd Noor adalah CEO syarikat ini dan telah memulakan perniagaan semenjak 1996. Syarikat inilah yang telah membina rel laju ke airport yang pertama pada tahun 97-98. Pada tahun 2002, 2 perkhidmatan penting iaitu KLIA Ekspres dan KLIA transit. Pada tahun 2012, syarikat ini telah memenangi North Star Air Rail Link of the Year di Global Air Rail Awards.

Century Total Logistics Sdn Bhd telah merangkul kategori Inovasi Terbaik. Syarikat ini diterajui Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Phua Sin Mo dan memulakan perniagaan mereka sebagai agen penghantaran pada tahun 1970. Syarikat merupakan pembekal perkhidmatan treler terkemuka di Malaysia. Dengan inovasi mereka memperkenalkan penggunaan perkhidmatan treler, syarikat ini telah berjaya mengurangkan kesan karbon, kesesakan lalulintas, mengurangkan jumlah perjalanan, penjimatan kos dan masa serta waktu penghantaran tepat. Oleh itu, anugerah Inovasi terbaik adalah sangat bertepatan.

Akhir sekali, pihak SPAD juga telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan 'Journey Planner' yang telah pun membuka pertandingan ini terutamanya kepada pengendali web dan pelajar2 semenjak September 2013 yang lalu.


Pemenang-pemenangnya adalah:

•    Best Journey Planner Award 
-    Team Apptivity Lab
-    Team Bizdotasia
-    Team Primus

•    Design Creativity Award
-    Team Primus

•    Feature Innovation Award 
-    Team Bizdotasia 


Wednesday, December 04, 2013

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN : MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

DI MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

“MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI”

Bismillahirrahmanirrahim.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ 
حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda
YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri
YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO
Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan, dif-dif jemputan dan para pemerhati sekalian

1.​Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada malam ini kita dapat berhimpun untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013. Untuk kesekian kalinya, kita pewaris perjuangan bangsa Melayu sejak turun temurun meneruskan tradisi menghadiri perhimpunan terbesar umat Melayu demi menyambung risalah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

2.​Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita menjadi insan yang terpilih untuk berada di dalam saf perjuangan UMNO. Melalui wadah UMNO, para pejuang bangsa kita yang terdahulu telah berjaya menyatukan hati umat Melayu untuk memerdekakan tanahair dan seterusnya menggembeleng usaha mengangkat martabat agama dan bangsa kita.Semua pejuang UMNO yang berada di sini pada malam ini, dan di seluruh pelusuk negara, merupakan penyambung risalah perjuangan suci ini.Dalam mengemudi haluan perjuangan parti kita, yang kita harapkan hanyalah pertolongan dan redha Allah jua. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 69:
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Yang bermaksud:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
3.​Terlebih dahulu, di awal ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah dipilih untuk menerajui ketiga-tiga sayap parti dalam pemilihan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat, Khairy dan Mas Ermiyati.Marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada mereka.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan exco Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan ketiga-tiga pergerakan di peringkat bahagian dan cawangan.

4.​Kita bersyukur kerana proses pemilihan parti kita telah berjalan lancar tanpa sebarang musibah. Saya yakin, pemilihan UMNO yang melibatkan ratusan ribu perwakilan di seluruh negara membuktikan bahawa proses transformasi UMNO menjadi parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil. Menerusi pemilihan yang lalu, kita semua dapat saksikan bahawa amalan demokrasi di dalam parti kita terus subur, malah jauh lebih baik berbanding parti pembangkang.

5.​Ada sebuah parti di negara kita yang sering menuduh kononnya UMNO tidak demokratik, tidak telus dan menipu semasa pilihan raya. Parti ini gemar mendabik dada dialah juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan bermacam-macam lagi.Kononnya dialah parti yang terbaik di negara ini.Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian. Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan. Bak kata pepatah:
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

6.​Perhimpunan tahun ini amat istimewa kerana diadakan selepas kita mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Setahun yang lalu di dewan inilah kita bulatkan tekad, jitukan semangat dan panjatkan doa kepada Allah untuk memenangi pilihanraya umum yang dikatakan amat mencabar bagi kita. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana doa kita telah dikabulkan olehNya dan ikhtiar kita telah mendatangkan kejayaan yang amat bermakna buat kita semua.

7.​Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Kepada orang Melayu dan Bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi kesemuanya. Dengan kemenangan ini, UMNO adalah parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional.

8.​Tidak kita nafikan bahawa PRU-13 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan Barisan Nasional terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

9.​Kita sedar dalam pilihanraya yang lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah s.w.t. kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

10.​Di sebalik kejayaan memenangi PRU-13, jangan kita lalai dan leka. Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah kemenangan bersyarat. UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi Barisan Nasional mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kita berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat UMNO seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

11.​UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan. Apakah selama ini sentuhan UMNO tidak begitu dirasai oleh mereka? Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada UMNO bahawa transformasi UMNO sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan.

12.​Bagi orang Melayu dan Bumiputera pula, mereka telah buktikan bahawa sokongan padu merekalah yang menjadi sumber kekuatan UMNO dan Barisan Nasional. Harapan mereka kepada UMNO semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada UMNO tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat UMNO terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, UMNO lah tempat mereka bernaung. Bak kata pepatah:
Uratnya tempat bersila
Batangnya tempat bersandar
Daunnya tempat berteduh

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

13.​Persoalan yang sedang berlegar di minda orang Melayu selepas PRU-13 ialah kemanakah halatuju UMNO? Apakah UMNO akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berikhtiar menyediakan peluang-peluang pendidikan, latihan dan biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera? Apakah UMNO akan terus berjuang menyediakan peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan kepada anak-anak orang Melayu dan Bumiputera? Bagaimanakah UMNO berhadapan dengan cabaran liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas? Masih adakah iltizam politik UMNO untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera bersaing dalam kancah ekonomi global? Masih adakah kekuatan pada UMNO untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan membantu syarikat-syarikat Bumiputera? Apakah orang Melayu masih boleh bergantung harap kepada UMNO untuk menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam?

14.​Di pentas ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus membela anda semua. Selama ini pun, berkat perjuangan UMNO, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya kita tingkatkan. Kadar kemiskinan Bumiputera menurun daripada 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% pada tahun 2012. Insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9% pada tahun 1970 kepada 0.3% pada tahun 2012. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan kasar bulanan isirumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, dan pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4% kepada 23.5%.

15.​Risalah perjuangan UMNO untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi terus diperhebatkan dengan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Melalui program terbaru ini, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan untuk membantu golongan Bumiputera.

16.​Kita mengucapkan syabas kepada YAB Presiden selaku Perdana Menteri atas komitmen dan usaha beliau untuk memperkasa ekonomi Bumiputera. Ketegasan YAB Perdana Menteri memperkasa ekonomi Bumiputera menambah keyakinan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO. Melangkah ke hadapan, kita perlu menjadikan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera sebagai satu agenda besar yang bertujuan meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam pelbagai bidang. Selain memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, pembangunan modal insan dan keusahawanan, dan pemilikan hartanah Bumiputera, kita perlu terus berikhtiar memajukan sektor-sektor ekonomi yang mempunyai impak besar kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ini termasuk memperkasa sektor pertanian, perikanan dan ekonomi luar bandar yang mempunyai kesan langsung kepada orang Melayu dan Bumiputera.

17.​ Di samping meneruskan usaha-usaha membasmi kemiskinan di luar bandar, program-program kesejahteraan bandar juga perlu berfokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup golongan Bumiputera kelas pertengahan dan mudah miskin. Mereka ini semakin hari semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang kian meningkat. Kita mahu peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja diukur dari segi peningkatan angka-angka pemilikan ekuiti dan pendapatan perkapita, tetapi benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian mereka.

18.​Secara khusus, 7 inisiatif utama hendaklah dilaksanakan segera untuk menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera:
 
Pertama, selaras dengan KPI yang telah ditetapkan, Ketua-Ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan hendaklah menyediakan pelan lengkap bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera. Senaraikan peluang-peluang yang boleh direbut oleh syarikat-syarikat Bumiputera dan kemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.
Kedua, anak-anak Bumiputera mesti segera merebut peluang menyertai pelbagai latihan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Ini termasuk pendidikan vokasional yang merupakan salah satu teras di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi asas pembentukan modal insan berkemahiran. Menerusi transformasi pendidikan vokasional, bilangan kolej-kolej vokasional akan ditambah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja Bumiputera yang berkemahiran, memenuhi kehendak pasaran dan berpendapatan tinggi. Penambahan kolej-kolej vokasional harus disegerakan bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar Bumiputera untuk mengikuti latihan vokasional.
Ketiga, kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha meningkatkan peratusan golongan profesional Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang. Sehingga kini kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan Bumiputra menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga peratusan mereka telah menjangkau 40-50% dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juruukur. Usaha ini hendaklah diteruskan dalam semua bidang profesional sehingga peratusan Melayu dan Bumiputra mencerminkan peratusan mereka dalam jumlah penduduk Negara.
Keempat, peniaga dan pengusaha Melayu dan Bumiputera mesti meningkatkan daya saing serta bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra-pasaran. Oleh itu, orang Melayu dan Bumiputera mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan dan merebut pelbagai peluang yang tersedia. Ini bertujuan supaya peniaga dan pengusaha Melayu lebih bersedia untuk menangani cabaran globalisasi dan pembukaan pasaran yang semakin mendesak ketika ini. Di samping itu, isu ketirisan dan pembaziran juga perlu diatasi untuk meningkatkan keberkesanan usaha membantu golongan Bumiputera.
Kelima, bagi mengukuhkan lagi kemajuan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera kerajaan mestilah meneruskan usaha membantu dan memajukan aset-aset kaum Melayu dan Bumiputra seperti tanah dan tabungan untuk melengkapkan usaha lain yang selama ini telah dilaksanakan. Usaha ini memerlukan sokongan yang padu dari kaum Melayu dan Bumiputera agar pihak Kerajaan dapat mengadakan program yang lebih mantap dan sesuai sebagai inisiatif baru di masa hadapan.
Keenam, kerajaan harus meneruskan usaha memenuhi tuntutan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Melayu dan Bumiputera, baik di kota mahupun di desa. Bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bumiputera di kota, skim perumahan mampu milik perlu diperluaskan dengan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa.
Ketujuh, bagi mengatasi masalah peningkatan kos hidup, lebih banyak program menjana pendapatan mesti dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar Bandar dan kawasan miskin Bandar. Kerajaan mesti memperluaskan industri berasaskan pertanian dengan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana, serta membantu peniaga-peniaga kecil, petani dan nelayan. Agensi-agensi yang menyediakan kemudahan pembiayaan, hendaklah mempermudahkan pemberian pembiayaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera yang layak. Selain itu, pihak-pihak berkuasa tempatan hendaklah mempermudahkan pemberian lesen kepada peniaga-peniaga kecil. Saya menyarankan agar Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, khususnya Biro Ekonomi, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk mempelopori usaha membantu usahawan dan peniaga Bumiputera meningkatkan pendapatan.
19.​Kesemua inisiatif ini disediakan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO untuk membantu golongan Bumiputera. Oleh itu, UMNO mesti mengambil peranan yang lebih penting untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri wajib melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan untuk menyokong usaha kerajaan memacu ekonomi Bumiputera. Kita telah meletakkan sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Kita hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi. Masa amat mencemburui kita. Apa makna kita menjadi negara maju jika orang Melayu dan Bumiputera tidak mendapat bahagian yang adil dan setimpal dalam kek ekonomi negara.

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

PENEGASAN UMNO
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20.​Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. UMNO tidak akan mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat. Kesemua ini adalah bukti komitmen UMNO untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan. UMNO sebagai parti terbesar umat Melayu akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa rasa takut atau gentar. UMNO juga bukan parti jumud yang kekal di takuk lama.Kita sentiasa mengharungi arus perubahan sambil menggalas agenda perjuangan.

21.​Melihat ke hadapan, menggalas harapan umat Melayu kepada UMNO bukanlah satu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran. Di pentas dunia, negara-negara Islam adalah antara negara yang paling banyak dilanda pergolakan dan pertumpahan darah. Ketika krisis di Palestin belum selesai, kita dikejutkan pula dengan tragedi di Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan negara-negara Islam yang lain. Bunuh-membunuh sesama umat Islam disebabkan perbalahan kabilah, perbezaan mazhab dan perebutan kuasa politik menjadi semakin lumrah.

22.​Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis seperti ini. Negara kita terus stabil. Rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Namun, jika bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam samada yang disebabkan oleh perseteruan politik atau perbezaan mazhab tidak segera dibendung, tidak mustahil kita juga akan ditimpa nasib yang sama. Kita berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua dijauhi daripada musibah ini.

PERPADUAN UMMAH

23.​Justeru, tugas utama UMNO adalah untuk memastikan perpaduan ummah sentiasa terpelihara. Untuk itu, UMNO akan terus berganding bahu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam untuk mempelopori usaha penyatuan ummah dalam ertikata yang sebenar. Pintu UMNO sentiasa terbuka luas untuk menyahut seruan perpaduan dan kerjasama dengan semua pertubuhan Melayu dan Islam.Inilah yang menjadi harapan umat Melayu dan Islam di negara kita. Mereka mahu melihat perpaduan ummah yang lebih jitu terbina kerana dengan perpaduanlah kepentingan umat Islam akan sentiasa dapat dibela.

24.​Maka, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, saya merasakan tidak sepatutnya ada tembok pemisah antara UMNO dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain untuk membentuk kerjasama dan membina perpaduan yang lebih jitu berasaskan semangat persaudaraan di dalam Islam demi memastikan kepentingan Islam sentiasa terbela. Saya yakin, jika ditanya setiap seorang yang ada di dalam dewan ini pada malam ini, pastinya kita semua bersetuju bahawa tiada yang paling utama bagi kita umat Islam yang berpegang dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah melainkan perpaduan di atas jalan Allah yang lurus. 

Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-An’am ayat 153:
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ
Yang bermaksud:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

CABARAN TERHADAP UMAT ISLAM
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

25.​Perpaduan ummah menjadi lebih penting ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran. Umat Islam bukan sahaja dilanda krisis dan pertumpahan darah, malah diasak dengan pelbagai serangan minda dan jiwa. Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain. Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penandaaras moral di peringkat global.

26.​Jika dipenuhi kesemua tuntutan hak asasi tanpa batas ini, kesucian institusi keluarga sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Malah, keruntuhan institusi keluarga dan akhlak insan pasti terjadi. Ini amat berbeza sekali dengan pandangan Islam mengenai hak asasi manusia. Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asas Manusia Dalam Islam yang diisytiharkan semasa Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC pada tahun 1990 mengiktiraf institusi keluarga sebagai tiang seri masyarakat dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya. Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak. Kandungan Deklarasi Cairo ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam.

27.​Malangnya, ada sesetengah pihak di negara kita yang mengatakan bahawa orang Melayu yang beragama Islam wajar diberikan hak untuk murtad sepertimana orang bukan Islam boleh menukar agama. Mereka persoalkan mengapa perlu dibezakan hak orang Islam dengan hak orang bukan Islam. Kalau orang bukan Islam boleh, mengapa orang Islam tidak boleh? Mengapa kita mendiskriminasi orang Islam? Mereka menuduh kononnya kita tidak mengamalkan prinsip kesamarataan atau equality yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

28.​Begitu juga dengan amalan gay dan lesbian. Mereka berkata kalau di Barat boleh, mengapa di Malaysia tidak boleh? Apa istimewanya Malaysia sehinggakan perkara yang diamalkan di Barat tidak boleh diamalkan di sini? Apabila mereka hendak menganjurkan festival gay di negara kita, kerajaan tidak benarkan kerana kita hendak menjaga masyarakat kita daripada keruntuhan moral dan akhlak.

29.​Kita juga tidak membenarkan penularan ajaran sesat di kalangan umat Islam. Kita hendak pastikan umat Islam di negara kita tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.Kita hendak menjaga akidah umat Islam. Tetapi mereka berkata atas prinsip kebebasan beragama sepatutnya kita biarkan orang Islam menganut apa sahaja fahaman atau ajaran. Kalau ada orang yang mengajar kononnya umat Islam boleh sembahyang dengan niat sahaja, tidak perlu mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., biarkan.Kerajaan tidak boleh menghalang. Kalau ada pihak yang menyebarkan ajaran kononnya orang Islam boleh mengerjakan haji dengan niat sahaja, tanpa perlu pergi ke Mekah, pun biarkan. Tiada siapa boleh menghalang.Kemudian, kalau ada pihak yang mengatakan orang Islam boleh berkahwin secara kontrak hatta untuk tempoh yang singkat sekali pun, tiada siapa boleh menegah. Kononnya agama adalah hak individu. Jika kita menghalang, mereka menuduh kita melanggar hak individu, tidak bersikap terbuka, tidak inklusif, tidak progresif dan sebagainya. Bagi mereka, atas nama kebebasan dan hak asasi, manusia boleh berbuat apa sahaja walaupun perbuatan itu jelas bercanggah dengan ajaran agama.

30.​Baru-baru ini satu pertubuhan bernama Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Kumpulan ini telah melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas. Antaranya, menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang mengiktiraf hak individu termasuk orang Islam untuk menukar agama.Malaysia juga digesa supaya mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain memansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks luar tabi’i seperti liwat sebagai satu kesalahan jenayah. Mereka juga mendesak supaya enakmen-enakmen mengenai kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, meminum arak, berjudi, mengamalkan ajaran sesat dipinda atau dimansuhkan atas alasan mengganggu hak peribadi orang Islam.

31.​Saya lihat desakan-desakan ini adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara kita. Kumpulan ini nampaknya mempunyai dana yang cukup besar sehingga mampu menghantar wakil-wakil mereka ke luar negara untuk melobi negara-negara asing supaya memberi tekanan kepada Malaysia. Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak.

32.​Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita. Mereka khuatir ini akan merosakkan aqidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan aqidah umat Islam. Pertubuhan-pertubuhan seperti PEMBELA, PERKASA, Majlis Perunding Melayu, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, para ulama’, guru-guru pondok, pendakwah bebas dan pertubuhan-pertubuhan yang seangkatan bangkit memperjuangkan keselamatan aqidah umat Islam. Mereka bangkit kerana merasakan nilai-nilai murni yang diamalkan selama ini diancam oleh satu bentuk penjajahan baru. Penjajahan dalam erti kata memaksa umat Islam menerima nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran Islam.
33.​Di sini, di pentas ini, di depan saudara dan saudari sekalian, saya memberi jaminan UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam aqidah umat Islam. Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

34.​UMNO tidak akan sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hukum Allah atas apa jua alasan sekalipun. Kerana itu, UMNO mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu bersama-sama kita mempertahankan akhlak, moral dan aqidah umat Islam. Saya yakin gandingan dalam perkara yang ma’ruf ini akan memperkukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama. 

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maaidah ayat 2:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

35.​Saya percaya benteng aqidah Islam akan lebih kukuh sekiranya umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna. Umat Islam di negara kita mestilah dididik dengan aqidah Islam yang sebenar berpandukan ajaran ahli sunnah wal-jamaah. Untuk itu, gerakan dakwah dan tarbiyah mesti diperhebatkan. Institusi-instiusi agama Islam mesti diperkukuhkan. Peluang untuk umat Islam mendapat pendidikan agama tidak harus terhenti di peringkat sekolah atau universiti sahaja, sebaliknya perlu diteruskan sepanjang hayat.Kerana itu saya ingin mencadangkan agar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kita. Menerusi dasar ini, kita boleh menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu-ilmu agama dengan sempurna. Pakar-pakar yang terlatih dan bertauliah dalam bidang agama Islam boleh ditempatkan di pusat-pusat ini untuk mengajar pelbagai bidang keilmuan Islam seperti ilmu tafsir, qur’an, hadith, fekah, tauhid, mu’amalat, akhlaq, mantiq, balaghah, falsafah dan lain-lain. Program persijilan boleh ditawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu Islam tanpa mengira peringkat umur. 

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:
“Utlubul ilma minal mahdi ila lahdi”
Yang bermaksud:
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

36.​Untuk melaksanakan dasar pengajian Islam sepanjang hayat ini, saya mencadangkan Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri berbincang untuk menjayakan inisiatif ini sebagai usaha bersama. Dengan adanya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, saya berharap inisiatif ini akan menjadi satu inisiatif nasional yang penting dan lestari. Buat permulaan, kelas-kelas pengajian yang dianjurkan oleh institusi-institusi pondok, maahad tahfiz dan masjid di seluruh negara boleh dinaiktaraf untuk dijadikan Kolej Komuniti Islam yang menawarkan kursus pengajian Islam kepada masyarakat Islam setempat.

37.​Sehubungan ini juga, saya ingin menjemput pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat menjayakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha ta’awanu ‘ala al-birri wal taqwa seperti yang disebut di dalam al-Qur’an. Saya berharap agar dasar ini boleh kita laksanakan dengan segera untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, dan sekaligus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan aqidah umat Islam. Selain itu, bagi memastikan ajaran ahli sunnah wal jama’ah sentiasa terpelihara, saya mencadangkan agar satu jaminan terhadap aliran ahli sunnah wal jama’ah sebagai pegangan umat Islam di negara kita dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

38.​Menyentuh mengenai kedudukan Islam di negara kita, saya menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan mesti kita pertahankan. Ini penting bukan sahaja untuk mempertahankan kesucian Islam, tetapi menjamin keseimbangan dalam hubungan antara kaum dan agama. Di dalam Perlembagan Persekutuan, terdapat banyak prinsip keseimbangan yang perlu kita pertahankan. Misalnya, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan diseimbangkan dengan hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputera diseimbangkan dengan hak kerakyatan kaum-kaum lain serta jaminan menjaga kepentingan semua kaum. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diseimbangkan dengan hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Prinsip-prinsip keseimbangan yang terkandung di dalam Perlembagaan ini tidak semuanya selari dengan idea kebebasan Barat. Tetapi kita tidak perlu bersikap apologetik kerana prinsip-prinsip ini penting untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara kaum dan agama di negara kita.

39.​Kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, menghina agama Islam, menghina institusi Raja, tidak menghormati bahasa Melayu dan lain-lain. Jika kecenderungan merungkai asas-asas perlembagaan ini diteruskan, apa lagi dengan menuntut perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, nescaya akan wujud suara-suara yang lebih ekstrem menuntut bermacam-macam perkara yang boleh menyebabkan hubungan kaum di negara kita menjadi lebih tegang. Trend ini amat tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum dan agama. Keadaan tidak akan menjadi aman dan segala usaha kita mempertahankan kestabilan dan keharmonian negara akan menjadi sia-sia. Bak kata pepatah:
Tuba binasa
Ikan tak dapat

PEMUJAAN DEMOKRASI LIBERAL BARAT
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

40.​Cabaran nilai dan budaya yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukanlah sesuatu yang terpencil. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejagat yang menganggap demokrasi liberal Barat sebagai satu-satunya sistem politik dan kerajaan untuk umat manusia. Bukan itu sahaja, nilai-nilai yang dibawa oleh pemikiran liberal barat juga dianggap sebagai nilai mutlak yang perlu dianuti oleh seluruh umat manusia. Seperti yang disebut oleh Francis Fukuyama di dalam bukunya “The End of History and the Last Man”, tidak ada ideologi lain yang layak menggantikan demokrasi liberal sebagai sistem politik dan kerajaan dalam evolusi sejarah manusia.

41.​Dakwaan ini nampak macam betul. Kerana menurut Laporan Freedom House 2013, sebanyak 118 daripada 195 negara di seluruh dunia sudah pun mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan demokrasi adalah minoriti. Namun, di dalam laporan Freedom House ini, Malaysia tidak disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Sebaliknya, negara seperti Bhutan, Georgia dan Libya pula dikatakan telah mengamalkan demokrasi, manakala Lesotho, Senegal, Sierra Leone dan Tonga telah menjadi negara bebas. Menurut laporan ini lagi, Malaysia berada sebaris dengan Rwanda, Nicaragua dan Korea Utara yang bukan merupakan negara demokrasi. Suara-suara sumbang seumpama ini boleh didapati dalam laporan-laporan mengenai hak asasi manusia yang diterbitkan oleh pertubuhan tertentu di negara kita dan juga di dalam akhbar-akhbar parti pembangkang.

42.​Tuduhan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi bunyinya agak pelik bagi kita. Kalau boleh saya katakan pelik bin ajaib kerana negara-negara yang baru sahaja bebas daripada cengkaman diktator pun telah diberikan status negara demokrasi, sedangkan Malaysia yang sudah merdeka lebih lima dekad dan mengadakan berpuluh kali pilihan raya, termasuk pilihanraya-pilihanraya kecil, belum boleh dikatakan sebuah negara demokrasi. Apatah lagi, dengan mengambil kira program transformasi politik yang telah dimulakan oleh YAB Presiden kita selaku Perdana Menteri, ruang demokrasi di negara kita menjadi lebih luas, dengan kerajaan mengambil sikap yang lebih responsif dan terbuka dalam memenuhi kehendak rakyat.

43.​Jadi, apakah sebenarnya muslihat mereka menuduh kita tidak demokratik? Adakah terdapat udang di sebalik batu? Adakah dengan mengatakan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi, mereka berharap kita akan mengambil tindakan tertentu untuk kononnya menjadi lebih demokratik, termasuk mengapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, membenarkan kebebasan beragama tanpa batas diamalkan di negara kita, menghapuskan institusi raja-raja Melayu untuk menjadi negara republik sepenuhnya, dan lain-lain lagi. Sebenarnya, niat mereka ialah untuk membentuk persepsi bahawa perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air seperti yang digalas oleh UMNO sebagai satu perjuangan yang tidak releven dan sia-sia. Inilah yang cuba dibuat oleh mereka. 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

44.​Mengapa saya bercakap agak panjang lebar mengenai soal agama dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera kerana inilah teras perjuangan UMNO. Umat Melayu dan Islam hari ini dilanda pelbagai ancaman secara halus yang boleh menyebabkan perbalahan, perpecahan dan penyelewengan akidah. Bagi memperkukuhkan perjuangan ini, mesti ada kesedaran, keinsafan dan kesepaduan di kalangan kita semua untuk menjadi benteng perjuangan parti kita. Jika kita gagal mengurus cabaran ini dengan betul, kita akan menerima padah perpecahan ummah yang parah.

45.​Sedarlah, UMNO adalah perisai Melayu dan benteng Islam yang sebenar. Walaupun ada sebuah parti di negara kita yang nampaknya berjuang untuk Islam, tetapi mereka seringkali terpaksa berkompromi dalam perkara-perkara asas mengenai Islam. Ini kerana parti ini bergantung kepada pihak lain untuk meraih kuasa. Oleh sebab itu, umat Islam tidak menaruh harapan yang tinggi kepada parti ini untuk memperjuangkan Islam. Sebaliknya, harapan umat Islam adalah kepada UMNO. Sebagai parti terbesar umat Melayu, parti kita tidak perlu berkompromi dalam hal agama semata-mata untuk meraih populariti dan kuasa politik.

PESANAN KEPADA WANITA, PEMUDA DAN PUTERI
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

46.​Pergerakan Wanita adalah pembawa obor perjuangan UMNO. Dalam setiap medan pertempuran UMNO menghadapi pilihanraya, pergerakan Wanita setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi. Pergerakan wanita sentiasa bersemangat waja merayu undi tak kira panas, hujan, ribut, taufan, mereka tetap setia berada di medan perjuangan. Wanita tidak pernah berundur walau selangkah.Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya adalah wanita. Maka dalam konteks parti kita, di sebalik kejayaan UMNO di belakangnya adalah pergerakan wanita kita.Selaku Timbalan Presiden parti, saya wajib memberikan pengiktirafan kepada sumbangan Wanita yang sebenarnyalah tulang belakang UMNO. Tahniah wanita!

47.​Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pewaris perjuangan UMNO. Masa depan perjuangan UMNO bergantung kepada citra generasi pelapis UMNO yang berada di dalam Pergerakan Pemuda dan Puteri hari ini. Jika Pemuda dan Puteri hari ini kental daya juangnya, hebat pemikirannya, kukuh imannya, kuat jatidiri Melayunya, mulia akhlaknya, saya percaya obor perjuangan UMNO akan terus menyala, dan rakyat akan terus memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai parti tempat mereka bernaung. Inilah ciri generasi UMNO yang ingin kita lahirkan.

48.​Yang penting, kita mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO. Kita berjuang di dalam UMNO bukan untuk UMNO, tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam UMNO bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang UMNO, tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera.Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Seperti yang saya sebut di awal ucapan saya, orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka. Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil.

49.​Saya percaya, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang merupakan tonggak kekuatan parti kita memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO. Tugas kita menggalas amanah besar ini insyaAllah akan menjadi lebih mudah jika kita bersatu hati, saling bantu-membantu, jujur dan ikhlas di dalam perjuangan, dan menggembeleng seluruh kekuatan kita secara bersama. Bak kata pepatah:
Yang kuat pembawa beban
Yang berani pelawan musuh
Yang cerdik pelawan perkara

50.​Saya percaya, watak-watak yang disebut di dalam peribahasa Melayu ini semuanya ada di dalam ketiga-tiga pergerakan UMNO. Yang kuat menyumbang tenaga kepada parti. Yang berani mara ke barisan paling hadapan di medan-medan pertempuran. Yang cerdik bijak berbahas, berdebat, bersyarah, berforum untuk mematahkan hujah-hujah parti lawan.

51.​Medan pertempuran kita yang seterusnya adalah PRU-14 yang pastinya lebih mencabar. Kita mesti ingat tempoh 4 tahun sebelum PRU-14 bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Kita mesti telah pun bersedia bukan hari ini, tetapi dari semalam. Kerjasama, perpaduan dan komitmen kita semua penting untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baru. Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

52.​Kita mesti lebih lantang, berani dan yakin supaya kehadiran kita lebih dirasai oleh masyarakat. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati. Terjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik. Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita.

53.​Orang muda lebih mengetahui kehendak generasi muda. Dekatilah mereka, bercakaplah dengan mereka, bersantailah dengan mereka. Ajaklah mereka menyertai perjuangan kita. Kita sedar bahawa UMNO yang diwujudkan enam dekad yang lalu kini berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Untuk terus releven, UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baru. Kempen membenci UMNO perlu ditangani dengan segera. Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Wanita perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita. Puteri perlu lebih persiapan untuk menjadi rakan dan taulan buat remaja perempuan yang begitu ramai di luar sana.

54.​Saya percaya dengan kehebatan Sdr Khairy berdebat, Datuk Seri Shahrizat yang mesra, Ermi yang rajin, pasti akan membawa perubahan buat parti kita. Prinsipnya jangan undur ke belakang, jangan bergerak berseorangan, jangan teragak-agak dan jangan gentar untuk berada di barisan hadapan untuk menjulang obor perjuangan parti dan mewujudkan keterujaan baru kepada UMNO.

55.​Saya ingin mengingatkan saudara-saudari bahawa anda semua memikul tugas yang amat besar dalam menyambung risalah perjuangan suci parti. InsyaAllah, saya dan Presiden akan membantu saudara-saudari. Kalau wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting wanita mampu menyahut apa jua cabaran.

56.​Pemuda dan Puteri pula wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda. Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat. Berusahalah dengan gigih tanpa mengenal jerit perih dalam menggalas harapan rakyat.

57.​Ingatlah, berjaya atau gagal perjuangan kita sebahagian besarnya terletak di atas bahu saudara-saudari semua. Maka seharusnya saudara-saudari sudah lebih daripada bersedia untuk menyahut cabaran besar ini. Akhirnya, berdoa dan bertawakkallah kepada Allah. Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberkati perjuangan kita dan memberikan kita kemenangan.

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Faiza azamta fa tawakkal ala Allah
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013.
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

HAYATI DAN LAKASANAKANNYA!!!