Showing posts with label DBKL. Show all posts
Showing posts with label DBKL. Show all posts

Friday, September 22, 2017

MCA TIDAK MUDAH TERPERANGKAP DENGAN PERMAINAN DAP DALAM PESTA ARAK


Meskipun MCA adalah parti yang mewakili masyarakat Cina yang sememangnya menghidangkan arak adalah sebahagian daripada tradisi masyarakat ini meraikan sesuatu kejayaan ataupun perayaan, namun keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak - "Better Beer Festival 2017" di ibu negara atas faktor keselamatan, diterima dengan lapang dada tanpa bantahan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan pendirian MCA ketika membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet dan memaklumkan yang keputusan pembatalan DBKL di atas nasihat pihak polis berasaskan faktor keselamatan di patuhi kerana sebagai parti dan kerajaan yang bertanggungjawab, keselamatan orang awam akan sentiasa mendapat keutamaan.

Ini juga menunjukkan yang MCA sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional memahami sensitivi ugama dan kebudayaan rakan mereka yang lain terutamanya dari UMNO.

Ini ternyata berbeza dengan amalan di dalam Pakatan Harapan di mana DAP tidak menghormati langsung parti baru Dr Mahathir yang berasaskan ahli-ahli yang seratus peratus adalah Melayu yang beragama Islam dan juga PKR yang majoritinya adalah juga masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Di blok pembangkang, PAS adalah suara paling lantang menentang pesta arak yang berasal dari negara Jerman dan disambut 4 tahun sekali, namun peliknya, parti Melayu seperti PPBM dan PAN tidak langsung menentang dan begitu juga pemimpin-pemimpin dari Melayu dari PKR.

Pembatalan pesta beer ini bukan di atas dasar ugama semata-mata tetapi apa perlunya budaya barat perlu diserapkan ke negara kita sedangkan terlalu banyak budaya negara dari pebagai kaum boleh diketengahkan untuk dijadikan tarikan pelancung luar negara.

Lebih dangkal apabila ada di antara pemimpin DAP yang cuba memutar-belitkan tindakan DBKL dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan akan mengharamkan rakyatnya meminum minuman keras.

Apabila disebut pesta, pasti ada yang terlalu asyik meraikannya dan apa tah lagi jika hidangan utama merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu mabuk. Apakah mampu DAP mengawal jika ada yang terlebih minum minuman keras ini dan menjadi mabuk? Apa akan jadi jika mereka yang mabuk ini berkeliaran ataupun memandu pulang? Apakah DAP tidak menghargai nyawa mereka?

DAP inginkan undi dari Melayu tetapi sensitivi mereka langsung tidak diendahkan malahan mereka dengan lantang memperlekeh sensitivi mereka. Berbeza sekali dengan MCA yang faham dan menghormati kehendak masyarakat Melayu.

Mujurlah dengan keikhlasan dan kematangan MCA berpolitik, mereka tidak mudah terperangkap dengan permainan kotor DAP yang pasti akan meletakkan kesalahan dan menuduh MCA sekali lagi tunduk dengan kehendak UMNO. Sebelum mereka membuat tuduhan ini, apakah DAP berani memindah venue pesta tersebut ke Selangor ataupun Pulau Pinang?

Sunday, November 30, 2014

KENAPA HENTIAN BAS PUTERA DITUTUP?

Pihak SPAD telah pun mengarahkan operator bas-bas ekspres Hentian Putra berpindah ke TBS dan berkuatkuasa mulaiesok. Apa perlunya sehingga diarah berpindah sedangkan sekian lama telah bertapak di Hentian Putra?

Ini adalah keadaan Hentian Bas Putra sekarang...


Hentian Bas Putra

dan diarahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ...

Terminal Bersepadu Selatan

Beberapa perkara penting telah dikenalpasti pihak SPAD setelah berbincang dengan DBKL dan di antara sebab-sebabnya adalah;

1. Laporan DBKL menyatakan keadaan struktur bangunan HBP yang telah uzur dan lama adalah tidak selamat.

2. Kesesakan trafik di PWTC dan ulat tiket masih bermaharajalela.

3. Di TBS yang penting ada perkhidmatan laluan LRT, KTM Komuter, KLIA Transit, bas dan teksi. 

4. Kemudahan CCTV, skrin paparan jadualn perjalanan bas, sistem tiket berpusat, loker untuk simpanan bagasi, kiosk ATM dan kedai serbaneka.

5. Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah faktor utama tindakan SPAD.





Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD;

KENYATAAN AKHBAR - SPAD
PERPINDAHAN PERKHIDMATAN BAS EKSPRES DI HENTIAN BAS PUTRA KE TERMINAL BERSEPADU SELATAN BERKUATKUASA 1 DISEMBER 2014 

20 November 2014 – Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh bagi penumpang bas ekspres, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa perkhidmatan bas ekspres laluan Pantai Timur di Hentian Bas Putra (HBP) akan dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) berkuatkuasa pada 1 Disember 2014.

Destinasi yang terjejas melibatkan perjalanan ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.  

Tindakan ini diambil berdasarkan laporan DBKL pada awal bulan Ogos yang lalu mengenai keadaan bangunan HBP yang tidak lagi selamat kerana kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan yang sudah lama dan uzur. Langkah pemindahan ini telah diambil demi keselamatan dan keselesaan penumpang serta memperbaiki operasi bas di hentian ini.

Laporan itu dibuat berikutan beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada bulan Mei lepas. Mesyuarat tersebut telah memperbincangkan pelbagai isu seperti kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan PWTC dan bagaimana membendung aktiviti ulat tiket. 

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan  mempunyai kapasiti yang cukup untuk menampung keperluan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Pantai Timur ini dan  operasi bas  dapat dijalankan dengan lebih cekap dan teratur. Terminal ini menawarkan kemudahan yang selesa dan moden kepada penumpang serta memberi pelbagai pilihan kesalinghubungan ke pusat bandar seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit, bas dan teksi. 
Skrin paparan jadual perjalanan bas juga digunakan di terminal ini yang menyenaraikan jadual ketibaan dan perlepasan setiap bas. Terminal ini juga dilengkapi dengan sistem tiket berpusat (Centralised Ticketing System) yang  mana melalui sistem ini, akitiviti ulat tiket dapat dibendung.

Selain itu, terminal ini juga mempunyai 500 kamera CCTV yang dipantau oleh polis bantuan, loker bagi simpanan bagasi, mesin ATM, kedai serbaneka dan medan selera. 

Selaras dengan usaha berterusan dalam mempertingkatkan ekosistem pengangkutan awam darat di Malaysia, SPAD mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan syarikat persendirian untuk membina terminal di lokasi yang bersesuaian di negeri masing-masing bagi mencapai rangkaian pengangkutan awam yang lebih efisyen, dipercayai dan selamat.  
  
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Puan. Radhamani Govindawarrier, Ketua Komunikasi (0193772290) atau Pn Nurul Asyikin, Pengurus, Bahagian Komunikasi (0126227832). 

Thursday, July 03, 2014

@liowtionglai DIHARAP JANGAN IKUT RENTAK DAP

Pada 27 Jun, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, telah menulis di dalam The Rocket bertajuk 'Liow Tiong Lai’s first test as Transport Minister' mendesak Menteri Pengangkutan baru dari MCA mengambilalih SPAD sebagai tugas pertamanya.
"I had previously said that for MCA to rejoin the Cabinet and assume the Transport portfolio, one of the preconditions should include placing SPAD within the purview of the Transport Ministry." - Liew Chin Tong, DAP
Tanah runtuh... SPAD dipersalahkan?

Kini lanjutan daripada Kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah telah menyebabkan kesesakan jalan raya dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia disebabkan oleh pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) atau pembinaan persimpangan bertingkat membabitkan ibu pejabat Polis Kuala Lumpur yang berjalan sekitar kawasan terbabit.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa tanah mendap yang berlaku pada pukul 10.38 pagi tadi adalah akibat saluran paip air pecah. Ini yang telah menyebabkan kawasan tersebut diresapi air dan mengganggu struktur tanah serta berlaku mendapan sedalam 6 meter. 



Terang dan jelas ini bukan kesalahan SPAD.

Namun apabila perjalanan pengangkutan awam terjejas, tugas SPAD ialah mengawalselia perkhidmatan pengangkutan awam darat ini dan bukan bertanggungjawab
ke atas kerosakan jalanraya. Tugas dan tanggungjawab SPAD boleh dibaca DI SINI dan menteri yang bertanggungjawab adalah YB Nancy Shukri.

Di dalam isu ini, Liow Tiong Lai seharusnya berhubung terus dan berbincang dengan menteri yang bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan kenyataan di Twitter peribadinya seperti di bawah untuk mengelirukan rakyat.


Sebagai menteri baru di Kementerian Pengangkutan dan mewakili parti MCA, Liow Tiong Lai diharap janganlah seperti duri dalam daging kerana SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri. 
SPAD juga adalah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perlu diingat, hasutan dari DAP melalui Liew Chin Tong mencari populariti murah telah bermula apabila pengumuman oleh SPAD membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA. Yang menjadi pelik, portfolio Chin Tong ialah pendidikan tetapi yang menjadi target beliau ialah pengangkutan dan SPAD. Apakah terdapat kepentingan peribadi beliau di dalam pengangkutan awam?

Sebelum menteri baru kementerian pengangkutan dari MCA membuat kesilapan dan dituduh sebagai suara DAP di dalam kabinet, adalah disarankan beliau adakan pertemuan mesra dengan pihak SPAD dengan kadar segera agar memahami tanggungjawab dan bidangkuasa SPAD.

Sunday, December 08, 2013

SIAPA KATA CUKAI PINTU DI KL AKAN DINAIKKAN?



MESRANYA BILA DI HADAPAN MENTERI


Menteri Wilayah, Tengku Adnan telah mengadakan satu perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan samada di pihak BN atau Pakatan Pembangkang bagi menerangkan semakan semula "Nilai Hartanah" oleh DBKL di Kuala Lumpur... penerangan selanjutnya boleh dibaca di blog PERISIK RIMBA.

Benarkah cukai pintu akan dinaikkan dan membebankan rakyat seperti dituduh pihak pembangkang? Apa kata menteri?




Sekarang, apa pula kata-kata pooooosing Ahli-Ahli Pembangkang yang turut hadir di dalam taklimat Menteri?

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Ku Loon - Optimis Putrajaya akhirnya akan mengkaji semua tarif cukai yang memberi kejutan kepada penduduk bandar setelah menerima notis cadangan kenaikan nilai taksiran tinggi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah - Mereka juga mempersoalkan adakah ia satu bentuk hukuman daripada Putrajaya berikutan tindakan penduduk mengundi PR dalam pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua - akan memberi beberapa kertas cadangan kepada Tengku Adnan dan salah satu daripadanya ialah mengenai penangguhan kenaikan tarif cukai.

Kenyataan ini semua boleh didapati di Malaysia Insider.

Apa sebenarnya berlaku ialah...





Kadar cukai pintu dikatakan tidak akan berubah seperti berikut :
Premis komersial dab perdagangan : 12%
Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%


tetapi .... KADAR NILAI HARTANAH DI KUALA LUMPUR AKAN DIBUAT PENILAIAN SEMULA UNTUK PERTAMA KALI SEJAK 21 TAHUN YANG LALU WALAUPUN MENGIKUT PERUNDANGAN DBKL BOLEH MELAKUKANNYA SETIAP 5 TAHUN.

Bolehkah dibantah? ... maklumat sepenuhnya DI SINI

Kepada warga kota, sekali lagi dimaklumkan bahawa :

1. Masih ada masa untuk membuat bantahan atau rayuan hingga 17 Disember 2013
2. Pendengaran bantahan dilanjutkan hingga Mac tahun depan.
3. Tarikh untuk laksanakan belum ditetapkan lagi.

Apa pula kata pemimpin-pemimpin UMNO WP?

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Mustafa Kamal Mohd Yusoff - (DBKL) perlu memastikan kenaikan cukai pintu berbeza mengikut faktor ekonomi, jenis perumahan serta aktiviti yang dijalankan. Malah, saya yakin kenaikan cukai pintu yang akan diperkenalkan tahun depan ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan golongan peniaga itu sendiri. - HarianMetro

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mencadangkan agar DBKL mengenakan rebat cukai pintu kepada pemilik rumah yang tinggal menetap di premis.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee - Penilaian kadar baru itu juga turut mengambil kira kemampuan ekonomi golongan miskin dan pertengahan di bandar raya ini. 

SEKARANG, SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG MENGAPI-APIKAN KEMARAHAN RAKYAT? Mengapa ahli2 Parlimen tidak berani meyatakan yang benar dalam isu ini kerana mereka hanya menumpukan perhatian untuk memutarbelit ayat menteri dan terus menghantar mesej mengikut fahaman mereka demi keuntungan politik mereka.


Tuesday, November 12, 2013

ROBOH KUIL ATAU AKTIVITI WHISKY?

PKR pernah membantah isu kuil di Jalam P Ramlee yang akan dirobohkan DBKL kerana  didakwa berumur lebih 100 tahun.



 
Tetapi bila dibaca laporan oleh Agenda Daily, jawapan yang diberi oleh Menteri Wilayah, YB Tengku Adnan Mansor, kita akan faham mengapa isu ini diputarbelitkan Sivarasa.

Berikut adalah ringkasannya...

  1. Tindakan DBKL adalah di atas perintah mahkamah.
  2. DBKL hanya merobohkan bahagian tambahan kuil.
  3. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik.
  4. Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. 
  5. Dibina di atas tanah kepunyaan Hap Seng tanpa kebenaran. Restoran di sisi kuil dibina secara haram.
  6. Tempat sembahyang itu akan diperindahkan.
  7. Memastikan supaya tanah-tanah milik kerajaan atau orang lain yang telah dicerobohi, dipulangkan kepada pemilik    yang  asal.
  8. Laporan dari seorang sami, kuil tersebut terdapat aktiviti haram.
  9. Hup Seng akan membiayai kos pengubahsuaian kuil berkenaan.

Persoalannya, di mana kesalahan DBKL dan Menterinya di dalam isu ini?

Apa yang paling menarik sekali ialah kenyataan oleh pihak Menteri;
"Baru-baru ini kita hantar seorang sami pergi melihat. Dia mahu ke bilik air tetapi telah ditahan. Bagaimanapun akhirnya dia dapat masuk dan terkejut melihat di dalam bilik air itu ada arak, botol brandi dan whisky. Maka, ada orang menyalahgunakan tempat ini. Sami itu malah meminta ia dirobohkan serta merta kerana katanya ia amat memalukan."

Dan penerangan mengenai mengapa kuil ini dipertahankan oleh pihak tertentu dijelaskan DI SINI... Antara penjelasannya ialah;
 
Macam ni, tempat ni asalnya adalah Restoran, tetapi setelah mendapat perintah untuk dirobohkan maka owner tempat tersebut tukar Restoran ni jadi Kuil. Sebab? Senang je, bila sudah jadi kuil maka tempat ni tak boleh roboh.  Jadi ini adalah satu penipuan sangat besar.

PENIPUAN... maka, benarlah kuil ini sengaja diadakan bagi menutup aktiviti haram dan itulah matlamatnya.

Ada yang lebih menarik lagi, bila di pihak penyokong kerajaan BN sama-sama diperguna dan ditipu oleh golongan mereka sendiri sehingga sanggup mencabar supaya pihak menteri meletak jawatan...


Komen mantra;

  • Tindakan Menteri Wilayah ini bukanlah satu tindakan yang popular tetapi demi menegakkan kedaulatan undang-undang, tindakan diteruskan.
  • Menteri bukan bertindak untuk kepentingan parti tetapi untuk mendahulukan rakyat yang berhak.
  • Pihak pembangkang memang sentiasa mencari publisiti murahan dan kononnya bersimpati dengan bangsa India tetapi gagal memberikan maklumat yang benar. Maka, janganlah cepat percaya dengan tuduhan-tuduhan pembangkang. Selidik dan terus selidik.
  • Tahun hadapan ialah Tahun Melawat Malaysia 2014 dan kuil ini bukan saja dibina di kawasan haram tetapi jika kita lihat keadaan persekitaran kuil yang sangat mencemarkan keindahan ibu negara, maka bukankah ia satu tindakan prihatin oleh pihak DBKL dan Menteri?
  • Kepada bangsa India, apakah keindahan tidak dituntut oleh ugama Hindu?
  • Kepada wargakota khasnya dan warga Malaysia umumnya, apakah tindakan Menteri ini tidak berperikemanusiaan?
  • Kepada T Mohan, jangan bertindak bodoh... jika terlalu ingin menjadi juara bangsa sendiri, berbincang dan dapatkan maklumat penuh dari pihak menteri dahulu sebelum tindakan kamu dijadikan bahan jenaka pihak pembangkang.

Monday, June 24, 2013

"SOP" OPERASI DAN BIDANG KUASA SPAD



Semenjak  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan pada 2010, operasi yang dijalankan tidak pernah dilakukan secara solo atau bersendirian.

Berikut adalah beberapa siri operasi SPAD yang telah dijalankan dengan kerjasama PDRM, JPJ dan/atau beberapa agensi penguatkuasaan lain seperti DBKL dsb...

05 April 2013 : OPS TEGAS BERSAMA PDRM, JPJ DAN AADK

17 Ogos 2012 : OPS PARASIT DAN OPS SERKAP

12 Jun 2012 : OPS PARASIT (Ulat Tiket) & OPS Tegas (Kereta Sapu) di LTA PULAU PINANG DAN TERMINAL BAS SG NIBONG

29 Mei 2012 : OPERASI ANJURAN IPD BESUT DENGAN PERSATUAN KERETA SEWA JERTIH DAN KUALA BESUT
16Jan 2012 : OPERASI TAHUN BARU CINA DENGAN KERJASAMA DBKL, JABATAN IMIGRESEN, SPRM dan PDRM

18 Ogos 2011 : SPAD, JPJ, PDRM gabung tenaga dalam Ops Keselamatan Bersepadu
 
22 Julai 2011 : SPAD, Polis dan JPJ laksana penguatkuasaan pengangkutan awam

Terkini, pada 20 Jun 2013 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Operasi Tegas Bersepadu dengan kerjasama JPJ, PDRM dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

PROSEDUR PIAWAIAN OPERASI “SOP” SPAD

Setiap perasi bersepadu yang diadakan ini bertepatan dengan SOP Penyelarasan Penguatkuasaan Agensi-Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Malaysia yang telah dilancarkan pada 8 Oktober 2012 lalu. Standard Operating Procedure (SOP) ini telah menggariskan bidang tugas serta peranan setiap agensi dalam menjalankan operasi terancang dan operasi bersama agar lebih selaras dan efektif.

Beberapa perkara di dalam SOP ini telah ditetapkan seperti berikut:
  • Dalam operasi bersama, PDRM telah ditetapkan sebagai lead agency dan selain PDRM, agensi-agensi lain boleh menjadi host agency mengikut keperluan dan akan diputuskan dalam mesyuarat berkala Jawatankuasa Penyelaras Operasi.
  • Jawatankuasa Penyelaras Operasi Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan akan berfungsi secara kekal dan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali bagi menyelaras semua operasi yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan; dan
  • Skop SOP ini merangkumi prosedur kerja dalam operasi terancang agensi dan juga operasi bersama yang meliputi penyelarasan tugas, perancangan operasi, hebahan media dan penilaian operasi.
SPAD merupakan salah satu agensi yang diberi tugas bagi memastikan penguatkuasaan menjadi lebih sistematik dan menyeluruh berlandaskan kehendak perundangan.


Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat adalah SPAD akan mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.
Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.
Pegawai penguatkuasa SPAD akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa dari agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan perjalanan pengangkutan-pengangkutan awam.
Dengan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Pangangkutan Awam Darat 2010, beberapa kesalahan-kesalahan baru berkaitan pengangkutan awam dan kuasa penguatkuasaan telah diperkenalkan, seperti hukuman ke atas kesalahan pemalsuan, kuasa pegawai penguatkuasa SPAD untuk menangkap pesalah dan melakukan sekatan jalan. 

Undang-undang tersebut juga mengubah undang-undang sedia ada seperti pelanggaran syarat-syarat perlesenan di mana denda maksima telah dinaikkan kepada RM500,000 serta 2 tahun penjara dari denda maksima RM5,000 serta setahun penjara.