Thursday, July 03, 2014

@liowtionglai DIHARAP JANGAN IKUT RENTAK DAP

Pada 27 Jun, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, telah menulis di dalam The Rocket bertajuk 'Liow Tiong Lai’s first test as Transport Minister' mendesak Menteri Pengangkutan baru dari MCA mengambilalih SPAD sebagai tugas pertamanya.
"I had previously said that for MCA to rejoin the Cabinet and assume the Transport portfolio, one of the preconditions should include placing SPAD within the purview of the Transport Ministry." - Liew Chin Tong, DAP
Tanah runtuh... SPAD dipersalahkan?

Kini lanjutan daripada Kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah telah menyebabkan kesesakan jalan raya dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia disebabkan oleh pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) atau pembinaan persimpangan bertingkat membabitkan ibu pejabat Polis Kuala Lumpur yang berjalan sekitar kawasan terbabit.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa tanah mendap yang berlaku pada pukul 10.38 pagi tadi adalah akibat saluran paip air pecah. Ini yang telah menyebabkan kawasan tersebut diresapi air dan mengganggu struktur tanah serta berlaku mendapan sedalam 6 meter. 



Terang dan jelas ini bukan kesalahan SPAD.

Namun apabila perjalanan pengangkutan awam terjejas, tugas SPAD ialah mengawalselia perkhidmatan pengangkutan awam darat ini dan bukan bertanggungjawab
ke atas kerosakan jalanraya. Tugas dan tanggungjawab SPAD boleh dibaca DI SINI dan menteri yang bertanggungjawab adalah YB Nancy Shukri.

Di dalam isu ini, Liow Tiong Lai seharusnya berhubung terus dan berbincang dengan menteri yang bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan kenyataan di Twitter peribadinya seperti di bawah untuk mengelirukan rakyat.


Sebagai menteri baru di Kementerian Pengangkutan dan mewakili parti MCA, Liow Tiong Lai diharap janganlah seperti duri dalam daging kerana SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri. 
SPAD juga adalah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perlu diingat, hasutan dari DAP melalui Liew Chin Tong mencari populariti murah telah bermula apabila pengumuman oleh SPAD membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA. Yang menjadi pelik, portfolio Chin Tong ialah pendidikan tetapi yang menjadi target beliau ialah pengangkutan dan SPAD. Apakah terdapat kepentingan peribadi beliau di dalam pengangkutan awam?

Sebelum menteri baru kementerian pengangkutan dari MCA membuat kesilapan dan dituduh sebagai suara DAP di dalam kabinet, adalah disarankan beliau adakan pertemuan mesra dengan pihak SPAD dengan kadar segera agar memahami tanggungjawab dan bidangkuasa SPAD.

No comments: