Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts

Thursday, July 03, 2014

@liowtionglai DIHARAP JANGAN IKUT RENTAK DAP

Pada 27 Jun, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, telah menulis di dalam The Rocket bertajuk 'Liow Tiong Lai’s first test as Transport Minister' mendesak Menteri Pengangkutan baru dari MCA mengambilalih SPAD sebagai tugas pertamanya.
"I had previously said that for MCA to rejoin the Cabinet and assume the Transport portfolio, one of the preconditions should include placing SPAD within the purview of the Transport Ministry." - Liew Chin Tong, DAP
Tanah runtuh... SPAD dipersalahkan?

Kini lanjutan daripada Kejadian tanah runtuh di persimpangan Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah telah menyebabkan kesesakan jalan raya dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia disebabkan oleh pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) atau pembinaan persimpangan bertingkat membabitkan ibu pejabat Polis Kuala Lumpur yang berjalan sekitar kawasan terbabit.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa tanah mendap yang berlaku pada pukul 10.38 pagi tadi adalah akibat saluran paip air pecah. Ini yang telah menyebabkan kawasan tersebut diresapi air dan mengganggu struktur tanah serta berlaku mendapan sedalam 6 meter. 



Terang dan jelas ini bukan kesalahan SPAD.

Namun apabila perjalanan pengangkutan awam terjejas, tugas SPAD ialah mengawalselia perkhidmatan pengangkutan awam darat ini dan bukan bertanggungjawab
ke atas kerosakan jalanraya. Tugas dan tanggungjawab SPAD boleh dibaca DI SINI dan menteri yang bertanggungjawab adalah YB Nancy Shukri.

Di dalam isu ini, Liow Tiong Lai seharusnya berhubung terus dan berbincang dengan menteri yang bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan kenyataan di Twitter peribadinya seperti di bawah untuk mengelirukan rakyat.


Sebagai menteri baru di Kementerian Pengangkutan dan mewakili parti MCA, Liow Tiong Lai diharap janganlah seperti duri dalam daging kerana SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri. 
SPAD juga adalah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perlu diingat, hasutan dari DAP melalui Liew Chin Tong mencari populariti murah telah bermula apabila pengumuman oleh SPAD membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA. Yang menjadi pelik, portfolio Chin Tong ialah pendidikan tetapi yang menjadi target beliau ialah pengangkutan dan SPAD. Apakah terdapat kepentingan peribadi beliau di dalam pengangkutan awam?

Sebelum menteri baru kementerian pengangkutan dari MCA membuat kesilapan dan dituduh sebagai suara DAP di dalam kabinet, adalah disarankan beliau adakan pertemuan mesra dengan pihak SPAD dengan kadar segera agar memahami tanggungjawab dan bidangkuasa SPAD.

Sunday, June 08, 2014

MESEJ KERAS SPAD KEPADA PEMANDU TEKSI DEGIL DI IBU KOTA

Masih ingat klip video yang telah viral di media sosial pada April lalu?


Dikatakan kejadian ini berlaku di bahagian selatan Pavilion Mall apabila pegawai SPAD cuba menasihat pemandu-pemandu teksi yang berbaris panjang menunggu penumpang. Jelas mereka bukan saja cuba menghalang pegawai penguatkuasa menjalankan tugas namun akibat kedegilan mereka telah mengakibatkan kesesakan jalanraya yang teruk di Kuala Lumpur.

Pihak SPAD juga telah membuat laporan polis terhadap sekumpulan pemandu teksi termasuk Pengerusi Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur, Mohamed Ashraf Yasin kerana gemar mengasari pegawai penguatkuasa SPAD ketika mereka membuat rondaan di sekitar Bukit Bintang.

Rentetan daripada kejadian itu, nampaknya seperti Asraf tidak berpuas hati dan kini mengadakan demonstrasi 3 baris teksi selama 3 jam dan bertengkar dengan pegawai penguatkuas yang mengakibatkan kenderaan di jalanraya tidak bergerak langsung. Ia tidak berhenti di situ, malahan Asraf telah mencabar untuk mengadakan demonstrasi yang lebih besar lagi pada hari Isnin yang akan datang.

Difahamkan SPAD, JPJ, DBKL dan pihak PDRM akan menjalankan satu operasi besar-besaran iaitu 'Ops BBKLCC' terhadap pemandu teksi yang degil dan engkar bermula hari Isnin ini.




Walaubagaimanapun, ini adalah mesej dan amaran kepada mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam demonstrasi nanti;

Kejadian di Pavilion Selatan

KENYATAAN OLEH ENCIK MOHD NUR ISMAL MOHAMED KAMAL, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF S.P.A.D. :
SPAD AKAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP PEMANDU TEKSI YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG 

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi pada hari Rabu lepas di Bukit Bintang.
S.P.A.D. juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis dan JPJ untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut sehingga menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.
Dalam hal ini, S.P.A.D. memandang serius akan sikap  pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut. 
S.P.A.D. ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang.

Dan ini pula mesej rakyat kepada pemandu-pemandu teksi degil ini;

Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bertindak tegas terhadap mereka yang degil dan tidak mengikut undang-undang. Perlu diingat, ini adalah tindakan demi kepentingan rakyat dan bukan untuk segelintir sahaja. SPAD mengambil tindakan berdasarkan maklumat rakyat dan hampir setiap hari, SPAD mendapat aduan yang banyak terhadap sikap tidak bertanggungjawab pemandu-pemandu teksi bandaraya.

Terima kasih kepada pihak berkuasa yang akan melaksanakan Ops BBKLCC terhadap mereka yang degil dan kita perlu bersama-sama SPAD dan pihak berkuasa yang lain memastikan agar imej negara tidak tercalar hanya kerana sikap dan perangai sesetengah pemandu teksi yang degil dan melanggar undang-undang.