Showing posts with label Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Kit Siang. Show all posts

Friday, April 06, 2018

GUAN ENG PENGECUT DAN KIT SIANG TAKUT. KENAPA?


Selepas MCA hantar surat jemputan debat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, bukan saja mereka berdua anak-beranak gagal hadir tetapi pelbagai alasan diberi dengan hanya satu niat, mengelak dari bertemu secara terbuka dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong.

Isu yang telah ditetapkan oleh MCA menyentuh skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan telah mendapat perhatian rakyat Malaysia amnya dan khususnya, rakyat Pulau Pinang perlu diberi penjelasan dan nampaknya ia sangat menggerunkan Guan Eng, bapanya dan juga DAP. Ini terbukti apabila mereka berdua gagal menghadirkan diri.

Isu yang ingin didebatkan bukan sesuatu yang remeh atau pun kecil malahan ia melibat berbilion duit rakyat Pulau Pinang dan juga masa depan mereka. Malahan DAP yang sering mendabik dada seolah-olah mereka sentiasa suci dan betul, kini tiba-tiba takut berhadapan menuntut keadilan.

Dalam pada itu, Guan Eng dan bapanya sering memberi pelbagai alasan mengelak dari bertembung secara terbuka dengan Datuk Wee yang mereka anggap tidak sesuai untuk berdebat tetapi hakikatnya mereka sengaja mewujudkan alasan kerana takut. Walaupun gagal memberanikan diri, Kit Siang terus beri alasan yang tidak munasabah termasuklah mencabar Datuk Wee bertanding di Bagan pula barulah mereka boleh berdebat.

Kemudian alasan Kit Siang berubah lagi, Datuk Wee kononnya tidak perlu berdebat hanya kerana Liew Chin Tong bakal menentangnya di Ayer Hitam. Lebih jelas ketakutan Guan Eng dan kali ini beri alasan menyamakan debat skandal terowong ini dengan debat kempen pilihanraya Presiden Amerika. Alasan yang sememangnya menyimpang jauh.

Datuk Wee dan rakyat Malaysia ingin mengingatkan Guan Eng dan Kit Siang yang cabaran debat ini adalah mengenai skandal projek RM20.5 bilion yang telah diluluskan exconya sendiri dan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah mempertahankan bermati-matian untuk sekian lama.

Apabila Kit Siang juga bermati-matian mempertahankan anaknya dengan pelbagai alasan tidak munasabah, teringat kita bila Guan Eng pernah beri alasan yang Datuk Wee hanyalah No. 2 dalam MCA dan secara langsung mengakui yang dia adalah No. 1 dalam DAP. Ini bermakna, Guan Eng telah meletakkan bapanya sebagai orang No. 2 saja di dalam DAP. Lantas, bagi Datuk Wee, kini beliau sememangnya layak untuk berdebat dengan Kit Siang.

Demi anaknya, beranikah Kit Siang berhadapan dengan Datuk Wee yang bukan saja seorang ahli politik tetapi seorang jurutera profesional yang jelas mampu menerangakan setiap inchi skandal projek mega terowong dasar laut? Sehubungan dengan itu, bukan Liew Chin Tong yang harus diletakkan mencabar Datuk Wee di Ayer Hitam pada PRU14 nanti, tetapi Kit Siang harus berani bertembung dengan Datuk Wee sepertimana kedudukannya telah diiktirafkan anaknya sendiri sebagai orang No. 2 dalam DAP.

Alasan demi alasan hanya untuk mengelak dari berdebat tidak akan mampu meleraikan pembabitan Guan Eng dalam skandal terbesar ini. Jelas sekali Guan Eng dan Kit Siang sangat takut berhadapan dengan Datuk Wee yang sememangnya tidak langsung gentar berhadapan dengan kedua-dua dinosur DAP ini.

 

Wednesday, February 07, 2018

MENYEKAT BERITA PALSU NAMPAKNYA BUKAN BERITA BAIK UNTUK KIT SIANG


Mengkritik kerajaan dan parti yang memerintah adalah tugas utama pihak pembangkang tetapi jika dilihat trend mereka hari ini, standard kritikan mereka tidak langsung menggambarkan mentaliti pembangkang yang diharapkan rakyat. Jelas sekali kritikan mereka berasaskan maklumat tidak benar dan ditambah pembangkang dengan pelbagai rekaan hanya untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

Rakyat kini telah menyedari yang blok pembangkang telah berjaya mendapat kejayaan terbaik di dua pilihanraya lalu adalah semata-mata kerana propaganda mereka dan segala bentuk berita-berita palsu rekaan mereka. Ditambah pula, kini platform untuk menyebar berita palsu terbentang luas di media sosial yang tiada batasannya dan pengawasan.

Walaupun blok pembangkang telah berjaya merampas Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, mereka kekal melemparkan pelbagai tuduhan palsu kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya. Di sebalik kejayaan mereka menguasai 4 negeri, mereka sebenarnya kekal kecewa kerana terpaksa menghampakan penyokong-penyokong yang telah diberi harapan palsu untuk menguasai Putrajaya. Justeru, pembangkang meneruskan hasutan agar rakyat menentang proses demokrasi.

Bukan menjadi sesuatu yang menghairankan apabila Lim Kit Siang adalah orang pertama yang menentang usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi mengekang berita palsu. Apakah beliau bimbang yang pembangkang tidak boleh lagi berbuat demikian pada PRU-14 nanti?

Tindakan Kit Siang ini seolah-olah menyokong pula penyebaran berita palsu dan tanpa disedari, beliau mengakui yang ini adalah senjata pembangkang yang terbaik untuk mengganggu proses pengundian di saat akhir. Melainkan strategi kotor ini untuk berkempen untuk PRU14 akan datang sangat berkesan untuk kemenangan mereka, maka mengapa Kit Siang sangat bimbang tentang undang-undang baru yang menyekat berita palsu?

Inilah yang telah dipersoalkan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Walaupun DAP dan Kit Siang tidak pernah setuju apa saja yang dilakukan kerajaan, namun menentang sebaran berita palsu seharusnya disokong jika mereka benar-benar inginkan proses demokrasi yang telus dan demi keharmonian rakyat dan lebih penting untuk selamatkan rakyat dari terjebak dengan kesilapan menentukan masa depan mereka.

Mereka dan penyebaran berita palsu yang dibuat adalah sememangnya dengan niat yang tidak baik dan tidak beretika. Malah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan termasuklah Kit Siang sendiri. Apabila ada pemimpin Barisan Nasional yang menyebar berita yang tidak benar mengenai beliau dan DAP, mengapa dengan pantas beliau ugut untuk ambil tindakan mahkamah?

Apa yang perlu Kit Siang takutkan kalau segala apa yang dia katakan adalah benar?

Tuesday, January 30, 2018

SIFIR KIT SIANG TAWAN PUTRAJAYA


Barisan Nasional pasti akan bertanding kesemua 222 kerusi Parlimen dan DUN Negeri di seluruh Malaysia tapi bagi Kit Siang, apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah menang selama 3 penggal di Parlimen Ayer Hitam, Pakatan Harapan telah menawan bukan saja Johor tetapi telah menawan Putrajaya juga.

Itulah sifir Kit Siang yang boleh kita gelakkan bersama. Namun mengapa Timbalan Presiden MCA ini menjadi target utama Kit Siang? Apakah ia satu muslihat atau ada sesuatu yang tersirat di sebalik kenyataan Kit Siang tersebut?

Satu Malaysia telah mengetahui yang Timbalan Presiden MCA baru-baru ini telah melemparkan beberapa soalan kepada anak Kit Siang. Isunya adalah skandal projek terowong bawah tanah Pulau Pinang dan paling hangat dibicarakan rakyat Malaysia adalah apabila Datuk Wee mendedahkan yang Guan Eng telah anugerahkan projek berbilion itu kepada sebuah syarikat fesyen VOIR. Anda boleh baca ... DI SINI

Lebih pahit apabila Datuk Wee cuba memulihkan ingatan Guan Eng di mana ketika beliau berkempen untuk PRU12 tentang syarat-syarat ketat yang dikenakan kepada syarikat yang telah berjaya mendapat projek ini. Di antara yang dibanggakan Guan Eng adalah syarikat itu mempunyai kekuatan modal kewangan dan kedua, mereka mempunyai track record kepakaran.

Malang bagi anak Kit Siang ini, Datuk Wee dapat membuktikan Guan Eng telah berbohong kepada penduduk Pulau Pinang dan rakyat Malaysia yang 2 syarikat gergasi Cina adalah sebahagian dari syarikat konsortium projek berbilion ringgit kerajaan Pulau Pinang adalah palsu semata-mata. Malahan yang kekal dalam syarikat konsortium ini adalah syarikat yang mempunyak kepakaran membuat pakaian lelaki dan wanita.

Sebagai seorang yang berpengalaman, Datuk Wee adalah jurutera bertauliah dan pernah bekerja sebagai konsultan kejuruteraan, beliau terus membuat pelbagai pendedahan pembohongan Guan Eng dan menuntut jawapan balas darinya. Yang mampu dilakukan Guan Eng hanyalah menunjukkan marahnya kepada wartawan dan memberi pelbagai gelaran kebudak-budakan terhadap Datuk Wee.

Melihat anaknya gagal menjawab soalan-soalan Datuk Wee, Kit Siang yang baru lepas menjalani rawatan tumornya tidak akan dapat duduk diam. Setelah sebulan menghilangkan diri, beliau telah muncul di Yong Peng. Kehadirannya sememang dijangkakan dan di kesempatan itu, Kit Siang mengumumkan yang DAP akan bertanding di Ayer Hitam menentang Datuk Wee.

Pada PRU13 lalu, DAP telah bersusah payah berkempen untuk calon PAS dan setelah DAP memutuskan hubungan politiknya, maka calon dari PAN telah dipersetujui sepertimana diumumkan pada konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini. Amarah Kit Siang terhadap Datuk Wee tidak dapat dibendung sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang Datuk Wee adalah ukuran untuk menakluk Putrajaya, maka DAP yang akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam nanti. Lebih ironi, apabila Kit Siang yang akan bertanding di Ayer Hitam.

Hasrat Kit Siang bukan sukar untuk dikesan dan bukanlah juga satu kebetulan. Ia hanyalah satu strateginya agar Datuk Wee berhenti mengganggu anaknya yang kini kelihatan sangat tertekan dan terkesan dengan pelbagai pendedahan Datuk Wee. Oleh itu, Datuk Wee perlu disekat dari terus menyerlahkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri DAP yang tidak cekap dan penuh dengan pembohongan.

Setelah memenangi 3 pilihanraya umum di Parlimen Ayer Hitam dan masih kekal mendapat sokongan pengundi Ayer Hitam walaupun pada 2 PRU lalu DAP telah berjaya menguasai pengundi Cina, Datuk Wee tetap diberi mandat. Manakala Kit Siang yang kini menjuarai ahli parlimen yang gemar melompat dari satu kawasan ke kawasan lain, berhasrat menentang Datuk Wee?

Parlimen Ayer Hitam bukanlah kawasan majoriti bangsa Cina seperti kawasan-kawasan yang pernah dimenangi Kit Siang. Ia merupakan kawasan parlimen dengan 56 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan 4 peratus pengundi India. Walaupun Datuk Wee telah bertanding sebanyak 3 kali, ini membuktikan pengundi Melayu kekal berpihak kepadanya.

Sedangkan PAS yang lebih berpengaruh dari PAN di Ayer Hitam, manakala masyarakat Cina pula ketika itu sedang kuat dipengaruhi DAP, Datuk Wee masih mampu menewaskan calon pembangkang. Oleh yang demikian, jika sifir Kit Siang ingin berjaya menawan Putrajaya dengan menewaskan Datuk Wee, ia bukan saja satu perhitungan yang tersasar malahan ia adalah sekadar satu gertakan untuk Datuk Wee dari Kit Siang saja.

Walaupun PAN akan terpaksa akur kepada kehendak Kit Siang nanti, parti dan calon yang tidak pernah berkhidmat kepada rakyat Ayer Hitam, apakah mereka mampu menang sekadar dengan maki-hamun dan menabur lagi janji-janji kosong? Jika Kit Siang berhasrat bertanding di Ayer Hitam, ini adalah peluang terbaik beliau untuk membuktikan yang bangsa Melayu terutamanya Bangsa Johior telah benar-benar menerimanya yang sememangnya terkenal dengan seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Kepada Kit Siang, selamat datang ke Ayer Hitam dan pasti Bangsa Johor akan memberi satu pengajaran kepadanya.

Thursday, January 25, 2018

POLITIK LOMPAT, PEMBANGKANG BOLEH MENANG ANUGERAH


‘Politik Lompat Perdaya Rakyat’, satu tajuk yang sememangnya perlu dibincangkan dan Penerangan UMNO telah membuat pilihan terbaik dalam forum "Anda Tanya Kita Jawab" baru-baru ini.

Selama ini kita dipersembahkan dengan pemimpin-pemimpin politik yang melompat dari satu parti ke satu parti lain tetapi ramai yang tidak sedar budaya politik lompat ini amat gemar diamalkan pembangkang. Setiap kali pilihanraya umum diadakan pula, tanpa segan silu, mereka akan bertanding dari satu kawasan ke kawasan lain. Apakah ia satu budaya demokrasi yang sihat dan apakah mereka bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat?

Paling ketara setelah menang di kawasan yang ditandingi, bukan khidmat bakti yang dicurahkan kepada pengundi yang telah memilih mereka sebaliknya lebih terarah sebagai politikus yang tidak matang dan hanya gemar mencari populariti selain sekadar gemar merampas kawasan tertentu.

Tugas wakil rakyat yang utama adalah membawa suara rakyat ke parlimen dan perbandingan politik matang antara BN dengan pembangkang jauh berbeza yang mana pembangkang sekadar lebih kepada kosmetik. Pembangkang akan berpindah ke kawasan lain apabila mendapati rekodnya tercalar kerana gagal berkhidmat kepada penduduk setempat yang telah mengundi mereka.

Penyakit suka melompat dari satu parlimen ke satu parlimen ini hanya ada pada pemimpin-pemimpin yang suka mungkir janji. Mereka akan tabur pelbagai janji kepada pengundi di kawasan itu dan setelah menang, segala janji-janji itu dilupakan begitu sahaja dan di pilihanraya lain, mereka berpindah ke kawasan yang lain pula.

Selain dari itu, pemimpin pembangkang ini tidak berkeinginan langsung untuk berkhidmat kepada pengundinya dan di penghujung tempoh penggal mereka, akhirnya rakyat sedar yang calon mereka pilih tidak pernah kelihatan di kawasan mereka. Maka, mengetahui popularitinya semakin merosot dan jika mereka kekal bertanding di kawasan yang sama, peluangnya adalah tipis untuk menang, mereka akan mencari kawasan lain untuk bertanding.

Contoh paling klasik di blok pembangkang adalah Lim Kit Siang di mana beliau telah berpindah kawasan sebanyak enam kali. Bermula di Kota Melaka kemudian terus ke Petaling Jaya, balik semula Kota Melaka, Tanjung, seterusnya ke Ipoh Timur dan di PRU13, beliau ke Gelang Patah pula. Di antara lain, Dr Hatta Ramli yang dahulu bertanding atas tiket PAS, tiba-tiba muncul di Kuala Krai dan Salahuddin Ayub pula teringin kembali ke Johor dan bertanding di Pulai yang merupakan tempat kelahirannya, namun beliau dikalahkan.

Pemimpin pembangkang yang berpindah kawasan ini merupakan pemimpin yang tidak mempunyai akar umbi dan mereka hanya sekadar memainkan emosi rakyat demi kepentingan politik dan akhirnya tidak tahu untuk mentadbir secara baik sekaligus menyebabkan rakyat dan penduduk setempat yang menjadi mangsa.

Namun dengan adanya media sosial hari ini, di hujung jari saja rakyat akan tahu samada janji lepas yang ditaburkan kepada masyarakat akan dapat dilihat kembali samada telah ditunaikan atau sekadar janji kosong. Justeru kalau diulang lagi tentunya rakyat tidak akan percaya. Mereka yang gemarmelompat dari satu parlimen ke satu parlimen lain adalah mereka yang pasti akan mungkir janji dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil
rakyat.

Janganlah kita sesekali percaya dan undi mereka yang hanya mampu beri harapan palsu dan lihatlah kepada track record perkhidmatan mereka. Yang pasti, orang seperti Lim Kit Siang hanya ingin menang atas kepentingan peribadi dan kuasa sahaja. Namun untuk membela nasib rakyat di kawasannya, tidak sekali-kali malahan parti yang tidak menang iaitu Barisan Nasional tetap meneruskan membela rakyat sepertimana yang kini berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Oleh yang demikian, tanyalah diri sendiri, berapa kali kita ingin ditipu pembangkang terutamanya yang datang dari kelompok Pakatan Harapan?
 

Monday, December 18, 2017

GUAN ENG, KIT SIANG DAN DAP MELENTING DENGAN KENYATAAN PRESIDEN MCA. KENAPA PULA?


DAP, Kit Siang dan anaknya Guan Eng sememangnya gemar berlakun terlupa apa yang pernah berlaku di dalam DAP sejak mereka bersahabat dengan Dr Mahathir dan nampaknya sindrom mudah lupa telah menyerap dengan begitu ketara sekali. Malang bagi mereka, rakyat Malaysia tidak pernah lupa terutama MCA. Setiap dakwaan bongkak mereka untuk meracun pengundi Cina kini terbukti sekadar kata-kata kosong sahaja.

Namun, hasrat Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri bukan sesuatu yang baru dan jika DAP, Kit Siang dan Guan Eng cuba menutup hajat hati memegang tampuk kuasa tertinggi, MCA ingin kembalikan ingatan sengaja lupa mereka akan kata-kata mendiang Karpal Singh ketika beliau adalah Pengerusi DAP.
 
Sekitar tahun 2012, mendiang pernah berkata yang selagi beliau hidup, beliau akan terus berjuang agar seorang bukan Melayu menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia dan beliaulah pemimpin DAP yang pertama mendedahkan yang tiada dalam Perlembagaan Malaysia yang menentukan seorang Perdana Menteri mestilah berbangsa Melayu.

Oleh itu, apabila Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai membuat kenyataan yang hanya Kit Siang saja mengetahui samada dirinya berhasrat untuk menjadi PM atau Timbalan, kenapa perlu DAP dan terutamanya Guan Eng perlu melenting? Bukankah ia selaras dengan apa yang pernah diperkatakan mendiang Pengerusi DAP dahulu? Apakah setelah Karpal telah tiada, maka Guan Eng dan DAP tidak lagi ingin menghormatinya?

Yang pasti, DAP sangat gusar dengan kenyataan tegas Presiden MCA bahawa idola mereka telah digambarkan sebagai seorang yang mampu kucar-kacirkan negara kerana sejarah Kit Siang yang telah membuktikan beliau seorang yang telah dan sentiasa ingin mewujudkan perbalahan kaum di negara ini. Sememangnya sukar untuk rakyat Malaysia menafikan penglibatan Kit Siang dalam tragedi berdarah di dalam pertembungan kaum pada Mei 1969.

Oleh kerana sukar untuk menafikan hasrat Kit Siang, DAP seperti biasa akan mengaitkan pendirian Presiden MCA hanya mengikut telunjuk UMNO dan dahulunya permainan Perakasa. Lebih terdesak lagi apabila Guan Eng cuba membawa PAS didalam dakwaannya. Apa agaknya rasional mereka atau lebih tepat, muslihat yang tersirat?

Janji-janji DAP kepada pengundi Cina untuk menawan Putrajaya akan terbukti gagal untuk kali ketiga pada PRU14 nanti walaupun mereka telah berjaya menawan Pulau Pinang dan Selangor. Itu tidak mencukupi dan Putrajaya adalah matlamat utama DAP dan itulah yang sering dijanjikan kepada pengundi Cina pada PRU12 dan PRU13.

DAP mengetahui walaupun mereka telah berjaya mempengaruhi 80% pengundi Cina, tanpa sokongan dari pengundi Melayu yang ternyata adalah penentu kalah dan menang dalam pilihanraya umum. Ketika di dalam Pakatan Rakyat, DAP menggunakan PAS tetapi kini menyedari ia adalah satu langkah yang salah dan merugikan, mereka mendampingi Dr Mahathir dan PPBM serta Perkasa pula.

Hubungan di antara UMNO dan PAS bukanlah kerjasama politik. Ia sangat berbeza dengan apa yang telah DAP lakukan kepada PAS pada suatu waktu dahulu dan kini dengan PPBM dan juga Perkasa iaitu gabungan mereka bertujuan politik semata-mata. Oleh kerana takut dilihat sebagai mengkhianati masyarakat Cina yang mereka sedang bekerjasama dan menerima baik Perkasa, DAP yang suatu ketika sangat anti-Perkasa kini telah membuat pusingan yang maha besar dan menjijikkan.

Bukan sukar mengetahui muslihat DAP dan di manakah kesalahan atau kesilapan kenyataan Presiden MCA itu? Atau DAP yang sedang sakit apabila muslihat mereka kini telah didedahkan MCA?

Wednesday, October 11, 2017

5 SOALAN DARI KIT SIANG, RAKYAT BOLEH JAWAB BAGI PIHAK ANNUAR MUSA


Di dalam artikel terkininya yang diterbitkan portal MalaysiaKini bertajuk 'What did Annuar Musa have to do to remain Umno info chief?', jelas sekali Kit Siang sangat terkesan dan gabra dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Beliau bertanya apakah benar Dr Mahathir telah terhasut dan termakan dengan dengan janji-janji manisnya?

Namun, bila dibaca lebih lanjut, tajuknya membawa persepi lain daripada isi kandungan yang keseluruhannya ingin memberi prasangka kepada Tan Sri Annuar dengan isu rasuah ketika beliau adalah Pengerusi MARA dan KAFA. 5 soalan diajukan agar Tan Sri Annuar menjawab. Nampaknya, Tan Sri boleh tersenyum kerana 30 juta rakyat Malaysia boleh menjawab untuk beliau termasuklah 10 juta lebih ahli-ahli Barisan Nasional.

Apabila Kit Siang menyentuh soal salah guna kuasa dan rasuah dan cuba mengaitkan dengan sesiapa saja pemimpin lain di Malaysia ini, pasti ramai yang akan gelakkan beliau. Anak sendiri kaki rasuah, Setiausaha Agong parti sendiri terpalit dengan rasuah, Kit Siang masih ingin kaitkan rasuah dengan orang lain?

Beza ketara yang berlaku di antara isu rasuah Tan Sri Annuar dan Guan Eng, TSAM hanya disiasat. Malahan beliau sendiri telah pergi ke SPRM dengan rela hati membantu dalam siasatan. Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu, Guan Eng telah didakwa dan menunggu perbicaraan di mahkamah. Guan Eng juga sedang berusaha untuk melengah-lengahkan kes dakwaan SPRM dan rakyat juga tertanya-tanya, jika tidak bersalah, mengapa perlu dilengahkan?

TSAM digantung dari tugas ketika siasatan SPRM berlangsung dan itu adalah keputusan pentadbiran MARA. Begitu juga berlaku kepada FGV di mana CEOnya digantung tugas ketika SPRM dan Audit dalam sedang menyiasat. Ia adalah adil kepada kedua-dua belah pihak untuk memastikan tiada percanggahan sehingga siasatan selesai.

Bagaimana pula dengan Guan Eng? Tony Pua dan beberapa pemimpin DAP lain pernah membuat saranan agar pemimpin yang telah didakwa SPRM di mahkamah perlu meletakkan jawatannya. Di mana Guan Eng hari ini? Mengapa Kit Siang tidak beri 5 soalan kepada Guan Eng? Guan Eng juga masih memegang jawatan Setiausah Agong DAP dan mengapa Kit Siang tidak berani mendesak Guan Eng melepaskan jawatannya kerana telah didakwa?

Jika asyik gemar berkokok tetapi terlupa ekor yang sedang sarat dengan najis. Itulah wajah sebenar Kit Siang yang walaupun ekor berada di belakang namun bau dan rupa najis itu tetap dibawa ke mana-mana walaupun beliau cuba tersenyum.

Tan Sri Annuar Musa adalah seorang pemidato terkenal yang pernah berkhidmat di dalam kabinet menteri zaman Dr Mahathir dan juga ketika beliau adalah Presiden UMNO. Beliau juga pernah mendapat kepercayaan Dr Mahathir dilantik sebagai menteri walaupun telah kalah dalam pilihanraya umum. Apa maksudnya?

Bukankah jelas, Tan Sri adalah seorang yang berkaliber dan berintegriti di mata Dr Mahathir yang Kit Siang baru ingin berjinak-jinak? 

Musuh dalam politik boleh bertukar-ganti tetapi syaitan tetap syaitan walaupun wajah bertukar setelah lebih 30 tahun. Itu yang terjadi di antara Dr Mahathir dan Kit Siang. Tuduh menuduh boleh lenyap kerana lidah tidak bertulang tetapi prinsip dan jati diri mereka sedang dinilai rakyat setelah masing-masing cuba menukar wajah yang bertopengkan syaitan di sebaliknya.

Dalam apa suasana yang sedang dialami UMNO terutamanya di saat-saat genting dari dahulu lagi, Tan Sri Annuar kekal berada di dalam UMNO di mana Kit Siang serta DAP tetap musuh utama UMNO, agama Islam, bangsa Melayu, Barisan Nasional dan rakan-rakannya. 

Apakah najis yang dilemparkan kepada Dr Mahathir selama lebih 30 tahun kini menjadi makanan rugi mereka? Oleh itu, Kit Siang perlu cermin dirinya dahulu sebelum ingin soal integriti dan jati diri TSAM. 5 soalan untuk TSAM itu adalah lebih tepat jika rakyat Malaysia ajukan saja kepada Kit Siang dan DAP.

Tuesday, September 05, 2017

KIT SIANG PANIK DENGAN RCI FOREX BNM DAN APA PUTAR ALAMNYA SEKARANG?


Setelah Tan Sri Annuar Musa dedahkan yang Kit Siang bertanggungjawab seperti apa yang ditulis di dalam artikel ... DI SINI, kini beliau sebenarnya berada dalam situasi panik dan mula menggelabah. Manakan tidak, permintaan dan desakannya selama berpuluh tahun telah dipenuhi kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak.

Ikuti penjelasan Tan Sri Musa seterusnya;


Menarik persoalan TS Annuar, apakah Kit Siang ingin mencari fakta atau hendak menyerang institusi Perdana Menteri?

Pasti ramai yang mampu menjawab. Dahulu, tidak dinafikan yang beliau menuntut kebenaran dan pada ketika itu Perdana Menterinya adalah Dr Mahathir. Selama 22 tahun itu juga Dr Mahathir tidak melayan desakan Kit Siang, maka tanpa berputus asa Kit Siang telah menerbitkan sebuat buku khas mengenai skandal Forex ini.

Tidak cukup dengan bukunya, DAP telah mengadakan satu forum khas pula menjelang PRU13 dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang dari panelnya.

Hari ini, nampaknya RCI Forex BNM ibarat satu mimpi ngeri kepada Kit Siang apabila orang yang disasarkan bertanggungjawab telah berada di sisinya sebagai rakan sekutu. Bagaimana harus Kit Siang pertahankan rakan baiknya kini yang suatu ketika untuk beberapa dekad adalah target utamanya. Bagaimana harus Kit Siang menjawab kepada rakyat terutama yang menyokong DAP? Apakah beliau akan terus-terusan salahkan Dr Mahathir atau beliau akan terpaksa membuat U-turn dan membuktikan yang beliau telah berbohong?

Perlu kita ingat, Dr Mahathir juga adalah Pengerusi Pakatan Harapan dan sebagaimana kita ketahui, walaupun Kit Siang tidak memegang sebarang jawatan di dalam Pakatan Harapan namun pengaruh dan suaranya akan sentiasa mampu mempengaruhi setiap keputusan dan strategi politik mereka. Kini Kit Siang benar-benar panik dan apa pula strategi seterusnya?


Itulah jawapan yang paling tepat. Reka skrip lain untuk alihkan perhatian rakyat daripada beban RCI Forex BNM. Jelas sekali apa yang diperkatakan TS Annuar sememangnya sedang berlaku apabila Kit Siang dan Pakatan Harapan bertali arus mengkritik perjumpaan PM Najib dan Presiden Donald Trump. Mereka tidak berhenti menghasut di dalam tanahair malahan media luar negara juga turut digunakan dengan pelbagai sindiran yang memusatkan penulisan dengan isu 1MDB yang diulang-ulang walaupun tanpa sebarang bukti tetapi penuh dengan spekulasi.

Walaubagaimanapun, di pihak kerajaan terutamanya di pihak UMNO/BN, kesemua itu mudah untuk dijangka. Dan seperti biasa, segala jawapan telah tersedia dan yang pasti rakyat juga menanti permainan politik putar-alam Pakatan Harapan.

Apa pun persiapan mereka, rakyat telah mengetahui yang Kit Siang dan seluruh Pakatan Harapan sedang memikul beban Pengerusinya. Setelah beberapa minggu RCI dijalankan, pelbagai maklumat yang telah diterima di mana rata-rata tidak menafikan Dr Mahathir mengetahui segala kerugian yang berlaku dan jumlahnya lebih besar daripada apa yang dibentangkan di dalam parlimen oleh Anwar Ibrahim.

Kita tunggu dan lihat, apakah Kit Siang benar-benar inginkan kebenaran atau terus-terusan membohongi penyokong Pakatan Harapan?
 

Tuesday, July 25, 2017

MCA : KIT SIANG MASIH INGIN BERDALIH BILA DAP DIKETEPIKAN DALAM PH



Walau apa pun alasannya, DAP ternyata diketepikan dalam barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan jika Kit Siang ingin bandingkan demokrasi yang berlaku di dalam Barisan Nasional, beliau perlu berani berterus-terang dan tidak terus-terusan menipu rakyat.

Perbezaan kepimpinan di dalam Barisan Nasional adalah lebih adil dan demokratik dan merujuk kepada perlembagaan Barisan Nasional, setiap komponen parti dalam BN perlu melantik 3 wakil mereka untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi tanpa mengira jumlah Ahli Parlimennya samada yang paling ramai mahupun ada di antaranya yang tidak langsung mempunyai wakil Ahli Parlimen.

Susunan sedemikian bukan sahaja menjamin perwakilan semua parti komponen dalam BN, malahan menjamin kedudukan yang sama mewakili kaum yang berlainan. Tidak ada satu parti komponen atau bangsa yang diwakili lebih daripada 50 peratus dalam Majlis Tertinggi BN. Walaupun UMNO mempunyai ahli parlimen teramai, namun mereka tetap mewakili 10 peratus di dalam Majlis Tertinggi.

Di dalam setiap keputusan Majlis Tertinggi BN, ia adalah keputusan bersama dari kesemua parti-parti komponen di mana BN mengamalkan seandainya ada di antara parti komponen yang menentang dan tidak bersetuju dengan sesuatu usul, ia tidak akan diluluskan dan dilaksanakan.

Ini ternyata apabila usul untuk meminda undang-undang Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang ke Parlimen, oleh kerana Majlis Tertinggi BN tidak mendapat sokongan sebulat suara, akhirnya BN mengambil keputusan untuk tidak membentangkannya sebagai usul kerajaan.

Berbanding dengan Pakatan Harapan yang telah mengumumkan 12 jawatan dalam struktur kepimpinannya, terbukti ia adalah sesuatu yang tidak boleh dikatakan adil dan demokratik sebagaimana yang didakwa Kit Siang, malahan ia adalah satu barisan kepimpinan yang benar-benar berat sebelah.

Kit Siang yang ternyata adalah ahli politik yang paling senior berbanding dengan yang lain termasuklah Anwar dan Dr Mahathir, beliau tidak diberikan sebarang jawatan pun. Jika perkara utama seperti ini pun tidak dianggap yang DAP tidak dipedulikan, maka apakah Kit Siang dan DAP masih ingin kelirukan penyokongnya?

Bukan itu saja, DAP yang mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dan terdiri daripada lebih dari 50 peratus dari jumlah MP pembangkang, mereka hanya diberikan jawatan untuk 1 Timbalan Presiden, 1 Naib Presiden dan Bendahari, apakah pemilihan PH ini adil sedangkan PPBM yang hanya ada 1 kerusi parlimen diberi 3 jawatan penting sebagai Pengerusi, Timbalan dan Naib Presiden?

Jika mengambil kira dari sudut wakil kaum atau kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak, terdapat 9 pemimpin Melayu yang mewakili 75 peratus dari jumlah Ahli Majlis Tertinggi PH, manakala hanya ada 2 yang mewakili bangsa Cina dan 1 untuk bangsa India. Dan lebih tidak masuk akal, hanya 1 saja yang mewakili Sabah dan Sarawak.

Apakah Kit Siang dan DAP berani mengaku yang Pakatan Harapan mewakili keseluruhan rakyat Malaysia? Apakah ini adalah demokrasi yang ingin dipertahankan DAP?

Monday, July 10, 2017

MCA : DRAMA AIRMATA KIT SIANG DAN DAP BERULANG DALAM KISAH ROS BATALKAN CEC


Bukan sukar untuk MCA mengesan taktik drama airmata Kit Siang dan DAP apabila kononnya kecewa yang parti itu bakal dibatalkan dan justeru tidak akan bertanding di PRU14 nanti. Itulah juga taktik yang sama digunakan Kit Siang dan DAP setiap kali pilihanraya umum akan tiba dan setiap kali itu juga mereka akan menggunakan taktik yang sama untuk menghentam Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Justeru, pesanan untuk Kit Siang dan DAP dari MCA ... Jika kalian tidak bosan menggunakan taktik yang sama, rakyat pula sudah tersangat bosan!

MCA mengetahui yang DAP akan menggunakan taktik 'Mula-mula menangis, kemudian menunjukkan rasa tidak puas hati dan seterusnya memohon simpati. Inilah Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka dan akan mengulanginya seperti sebuah skrip drama untuk kempen pilihanraya.

Pada PRU13 lalu, MCA telah dimaklumkan yang pemilihan semula CEC adalah hasil dari 'cut and paste' keputusan pemilihan yang dibatalkan sebelumnya. Ketika inilah juga, ahli-ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada RoS. Memandangan PRU13 hampir tiba, Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain menggunakan peluang yang terbaik untuk menagih simpati.

Mereka mendakwa yang oleh kerana terdapatnya taktik kotor dari pihak lawan untuk menganiaya mereka, berkemungkinan mereka tidak akan bertanding di bawah logo DAP dan terpaksa mengguna samada logo PAS atau PKR. Tetapi apa yang berlaku kemudiannya? Segala tuduhan dan dakwaan tidak berlaku dan logo DAP kekal digunakan.

Apabila baru-baru ini Setiausaha Media Perdana Menteri menasihatkan Kit Siang dan DAP agar tidak campur hal ehwal parti orang lain dan menjaga urusan sendiri, DAP timbulkan pemilihan CEC 2012 sekali lagi. Kit Siang dan kuncu-kuncunya pun mula berlakon walaupun setelah 5 tahun, DAP tetap dengan ulangtayang lakonan lapuk mereka yang kelihatan sangat memualkan.

Malahan Kit Siang juga mengancam jika DAP dibatalkan kelak, pengundi akan membalas kemarahan mereka kepada MCA dan Gerakan. Agak melucukan apabila DAP gagal menyelesaikan masalah sendiri, walaupun dengan menipu keputusan pemilihan semula, mengapa perlu rakyat marahkan MCA dan Gerakan? Apakah Kit Siang terus yakin yang rakyat Malaysia akan terus-terusan mudah ditipu?

Kepada Kit Siang dan DAP, MCA menasihatkan agar berikan tumpuan untuk memperbetulkan kesalahan sendiri di PRU lalu dan mereka tidak perlu risau terhadap pengundi-pengundi Cina yang akan marahkan MCA pula. Kesalahan pemilihan dan pemilihan semula telah pun dibuktikan sendiri oleh ahli-ahli DAP dan ini ternyata, apabila pemimpin-pemimpin CEC DAP sanggup menipu ahli-ahlinya, inikan pula rakyat jelata.

Drama airmata yang menjadi SOP Kit Siang dan DAP sebenarnya tidak lagi laku untuk dimainkan semula.

Friday, July 07, 2017

MEMILIH HUSAM, EMPAT KALI KIT SIANG BERMAIN WAYANG DENGAN PENGUNDI CINA


Walaupun DAP dan PAS telah umumkan untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dan menubuhkan PAN dari serpihan PAS, MCA mengingatkan yang Presiden PAN Mat Sabu kekal dengan kenyataannya bahawa ... "hukum hudud akan membawa kesejahteraan kerana mampu selesaikan segala masalah kemanusiaan". 

Manakala Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub pula pernah menyatakan yang parti serpihan PAS ini tidak akan berganjak dari rancangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan segala usaha ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah di antara DAP dan PAN (NST, 4 Julai 2017).

Samada pendirian Mat Sabu mahupun kenyataan dari Salahuddin, peliknya tidak mendapat sebarang bantahan dari DAP memandangkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin DAP lantang untuk menentangnya. 

Lagipun perlaksanaan hukum hudud ini adalah usaha PAS dan sebab utama yang menyebabkan DAP memutuskan kerjasama politik adalah apabila Kelantan berjaya meluluskan enakmen hukum syariah. Begitu juga yang berlaku apabila PAS membuat usul pindaan hukum mahkamah syariah baru-baru ini, DAP membisu apabila PAN, PKR dan PPBM menyokong usul PAS ini tetapi memilih untuk menghentam MCA.

Baru-baru ini pula, secara terbuka Kit Siang telah menamakan Husam Musa sebagai MB Kelantan jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri pentadbiran PAS. 

Adalah tepat sekali jika MCA menempelak Kit Siang dan DAP yang masih bekerjasama dengan PAS untuk mempermainkan kepentingan pengundi Cina dalam hasrat mereka berkuasa di Kelantan dan juga Putrajaya.

MCA mengingatkan penyokong-penyokong DAP yang ketika Husam Musa adalah Exco Kelantan di dalam kepimpinan PAS, beliau telah menyokong polisi kerajaan negeri untuk tidak membenarkan peniaga bukan Islam membuka kedai di waktu solat Maghrib. Penyokong DAP juga harus tahu bahawa Husam Musa dan 6 Ahli Parlimen PAN telah menyokong usul Hadi Awang dalam meningkatkan hukuman di Mahkamah Syariah.

Apakah tidak jelas yang DAP sedang bermain wayang dengan pengundi Cina? Di mana kebenarannya yang DAP benar-benar telah memutusakan hubungan politik dengan PAS di atas sebab tidak bersetuju dengan perlakasanaan hukum hudud di Kelantan? Bukankah sepatutnya DAP juga memutuskan hubungan dengan PAN yang jelas menyokong setiap polisi PAS?

Bagi MCA, jika DAP sanggup berbohong dan bermain wayang dengan pengundi Cina, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk melakukan yang sama kepada pengundi Melayu. 

Jika di Selangor DAP kekal bersama PAS dalam Pakatan Rakyat dan di Kelantan, DAP tidak membantah PAN yang menyokong hukum hudud, adalah tepat jika MCA melabelkan pemimpin-pemipin DAP terutamanya Kit Siang gemar mengguna politik hipokrasi di mana jua mereka berada untuk terus rakus membohong pengundi dan penyokongnya.

Tuesday, June 06, 2017

DAP VOWED TO BE CLEAN BUT …


In his Thaipusam message, Kit Siang called upon everyone to stay clear of political culture based on hatred, manipulation and intimidation in their campaigns for the next general election but the question is if Kit Siang and DAP are able to do so?Unknowingly, Kit Siang has admitted that DAP has had at all times resorted to these dirty tactics to gain votes and in particular the Chinese.

Such political culture of hatred, lies and incitement which is often adopted by DAP to knock down their opponents from Barisan Nasional component parties, they are in fact have triggered racism to destruct the country’s social harmony since before our independence.

When history never lies with the root to May 13, 1969 racial riot bloodshed tragedy, DAP and Kit Siang involvement are never doubted.

Even as DAP has joined forces with PPBM, but racial provocation still continues. This is evident in their views and statements in Prime Minister DS Najib visit to the Republic of China, who has led to the successful financing of investment projects in Malaysia.

DAP and PPBM are strongly criticising and associating it with their politics of hate and racism that they accused the present government’s efforts of selling the country.

This is just one example to demonstrate that Pakatan Harapan is the real cause of racism and the nation’s racial harmony uprooters.

In their desperate moves for Kit Siang and DAP to purify their image, they were unable to do so when within 48 hours of their call, DAP was back to their old habits that are dear to them over the years to resort to politics of hate and incitement.

A modified poster by adding PAS logo in Barisan Nasional’s ‘Ceramah Rakyat’ in Seberang Jaya Penang was distributed to the locals and appeared in the social media too. Their attempts to malign BN leaders who are supposedly in the same stage with PAS and thus aimed to portray that they are now political allies.

The fact is, even though DAP had earlier severed their political ties with PAS, they are obviously working hand in hand in Selangor nor they are earnest to get rid of the 3 PAS exco in the state administration. To cover up their failures in Pakatan Harapan, DAP had attacked BN with wild accusations and lies.

Make no mistake that DAP would not be able to change their old habits as they are already established and deep-rooted. Any apologies, pledges or promises not to repeat their political demagoguery, insults, hatred and racism are just mere lies to deceive us.

Supposedly in their sympathy plight to voters that DAP will give their utmost priority to integrity, truth-seeking, peace and harmony are a fake bid where it is just a skilful dirty trick them in concealing their racism images.

There is no other way to end DAP’s dirty politics but the rakyat ought to refrain from voting Pakatan Harapan. If they are given continued support, requiring the country’s political moderation in all aspects, especially when it comes to unity, will continue to fail.
Although anyone among the DAP leaders who wishes to repent, it will just be lip services for their hidden agendas will be full of false promises.

Wednesday, May 31, 2017

DAP TAKUT JAWAB BUKU HIMPUNAN ESEI UMNO TETAPI HANYA SEKADAR BERANI MENYALAK



Sejak pertandingan terbuka untuk menulis artikel yang membuktikan DAP dan Kit Siang adalah musuh utama bangsa Melayu dan penganut ugama Islam, nampaknya mereka telah terkesan dan serangan demi serangan terhadap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga tidak pernah terhenti. Rasa berang mereka disusuli pula dengan laporan polis oleh penyokong muda DAP.

Setelah berjaya dikumpulkan esei yang dipertandingkan dan kini dibukukan dengan tajuk 'DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia' yang memuatkan 16 rencana hasil pertandingan penulisan, seharusnya DAP bukan mempertikai samada UMNO takut atau tidak meletakkan nama penerbit, pencetak dan juga nama penulis.

DAP juga tidak perlu mengguna strategi lapuknya untuk menakutkan pihak lawannya dengan mengambil tindakan undang-undang. Adalah lebih tepat dan telus jika mereka menjawab setiap dakwaan di dalam buku itu. Sekadar menafikan juga bukan lagi satu tindakan yang diinginkan rakyat. 


Apakah kerana tidak mampu menjawab dakwaan-dakwaan di dalam buku tersebut memandangkan setiap penulisan disertakan dengan bukti-bukti sahih, maka DAP terpaksa mencari helah lain untuk menutup kebenaran politik kotor mereka? Di antara syarat utama pertandingan esei ini, ia perlu disertakan dengan bukti-bukti sahih.

Lebih ironi apabila DAP kini mula bercakap untuk menghindari politik kebencian sedangkan inilah kepakaran DAP sejak sebelum merdeka lagi untuk menghasut rakyat dan sebagai pencetus utama hancurnya keharmonian kaum di antara bangsa Melayu dan Cina.

Sepertimana yang telah dijelaskan Tan Sri Annuar Musa ketika berucap di majlis mengumumkan pemenang pertandingan “Kit Siang rasis” di Hotel Blue Wave Shah Alam, DAPlah perosak masyarakat Cina di negara ini. Berbeza dengan peranan yang dimainkan UMNO dan juga parti-parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA, masyarakat Cina dengan rela hati menerima dan menghormati bangsa Melayu dan UMNO.

Di samping itu, sejarah juga turut membuktikan yang Melayu UMNO adalah golongan masyarakat yang sangat menyayangi bangsa Cina kerana UMNO yang telah menyelamatkan mereka sehingga kewujudan sekolah-sekolah Cina adalah di atas restu UMNO dan kehebatan serta kekayaan mereka terjamin selagi UMNO masih ada.

Siapa selama ini yang memberikan perlindungan politik dan ekonomi kepada masyarakat Cina di negara ini jika bukan UMNO? Jika ingin dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, sehinggakan nama Cina juga tidak dibenarkan.

Parti yang pertama menerima kaum Cina dan India sebagai rakan politik adalah UMNO dan bukan parti lain. Ini memandangkan UMNO bertunjangkan perjuangan syiar Islam yang jelas termaktub di dalam perlembagaan parti yang mengajar agar tidak membenci kaum lain dan menyeru kedamaian. Apakah ini yang DAP dan sekutunya mendakwa UMNO mengamalkan rasisme?

Maka, apa yang ditegaskan Tan Sri Annuar Musa yang DAP sebenarnya telah merosakkan masyarakat Cina di Malaysia adalah tepat sekali. Sekiranya Kit Siang dan DAP ingin mensucikan diri mereka, adalah lebih baik menjawab setiap satu dakwaan yang terdapat di dalam buku tersebut. Dan sekiranya gagal, amaran Tan Sri Annuar perlu diberi perhatian agar kerosakan yang dibawa DAP selama ini perlu dicegah dan dibendung demi keamanan negara.
 

Friday, May 26, 2017

MCA : DAP INGIN BERTAUBAT TETAPI SEKADAR DI MULUT SAJA


Pada hari Thaipusam lalu, Kit Siang telah menyeru agar menghindari budaya politik kebencian, politik penipuan dan juga politik menakut-nakutkan di dalam berkempen untuk pilihanraya umum akan datang nanti tetapi persoalannya apakah ia benar-benar mampu dilakukan Kit Siang dan juga DAP? Pada masa sama, tanpa disedari Kit Siang, ini telah jelas menunjukkan bahawa DAP selama ini terpaksa melakukan pembohongan, kebencian dan hasutan untuk meraih undi terutamanya di kalangan bangsa Cina.

Budaya politik kebencian, pembohongan dan hasutan dari DAP tidak terhenti untuk menjatuhkan lawannya terutama MCA dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, mereka sebenarnya adalah juga pencetus perkauman dan pemusnah keharmonian di negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Sejarah tidak menipu dengan punca tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Walaupun DAP telah bergabung dengan PPBM, namun provokasi sentimen perkauman tetap diteruskan. Ini terserlah di dalam pandangan dan kata-kata mereka di dalam lawatan Perdana Menteri DS Najib yang telah membawa kejayaan pembiayaan projek-projek pelaburan di Malaysia dari Republik China. DAP dan PPBM sangat kuat mengkritik dan mengaitkannya dengan politik kebencian dan sentimen perkauman sehinggakan menuduh usaha kerajaan ini untuk menjual negara.

Inilah di antara contoh yang menunjukkan bahawa Pakatan Harapan adalah penyebab sebenar sentimen perkauman dan perosak keharmonian kaum di negara.

Di dalam gerakan terdesak Kit Siang dan DAP untuk mensucikan imej mereka, MCA telah mendapati mereka tidak mampu berbuat demikian apabila di dalam masa 48 jam dari seruan mereka, DAP telah kembali kepada politik kebencian dan menghasut yang terlalu sebati dengan mereka selama ini. Poster yang telah diubah di mana Ceramah Rakyat BN di Seberang Jaya Pulau Pinang dengan menambah logo PAS telah diedarkan. Niat jahat mereka adalah cubaan untuk memfitnah pemimpin-pemimpin BN yang kononnya sepentas dengan PAS dan sekali gus bertujuan untuk menuduh yang BN dan MCA telah menerima PAS sebagai sekutu politik.

Hakikatnya, walaupun DAP telah lebih awal memutuskan hubungan politik dengan PAS, mereka tetap bekerjasama di Selangor dan tidak pula bersungguh-sungguh untuk memecat 3 exco PAS di dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Untuk menutup kegagalan mereka di dalam Pakatan Harapan, DAP terpaksa menyerang MCA dengan pelbagai tuduhan dan pembohongan.

Percayalah yang DAP tidak akan mampu untuk merubah tabiat lama yang telah bertapak dan berakar-umbi. Segala permohonan maaf, ikrar atau janji mereka untuk tidak mengulangi politik hasutan, pembohongan, cercaan, kebencian dan perkauman hanyalah satu pembohongan semata-mata. Kononnya di dalam meraih simpati pengundi nanti, DAP akan mengutamakan integriti, mencari kebenaran, keamanan dan keharmonian juga satu tawaran palsu di mana ia hanya satu taktik kotor politik mereka di dalam menyembunyikan imej perkauman mereka.

Hanya satu cara saja untuk menamatkan politik kotor DAP ini. Rakyat perlu menolak daripada mengundi Pakatan Harapan kerana sekiranya mereka diberi sokongan, politik negara yang menghendaki kesederhaaan dalam semua aspek terutamanya apabila menyentuh perpaduan kaum, pasti akan terus gagal. Walau siapa pun di antara pemimpin DAP yang ingin bertaubat, ia sekadar mulut manis yang berbisa penuh dengan janji palsu.

 

Friday, April 14, 2017

RUU 355 : WALAUPUN SEKADAR PERSOAL KEBENARAN SPEAKER, DAP TETAP DENGAN WAJAH ANTI-ISLAMNYA


Sikap anti-Islam DAP tidak akan mampu ditutup rapi walau apa pun susunan strategi Pakatan Harapan dalam cubaan menggagalkan pembentangan usul persendirian untuk kali ke2 oleh MP Marang Datuk Seri Hadi Awang pada Jumaat lalu.

Setelah dibenarkan Speaker untuk Haji Hadi membaca usul, Kit Siang adalah orang pertama yang bangun untuk membantah kononnya telah melanggar peraturan mesyuarat. Kemudian dituruti dengan gangguan dari  Gobind Singh Deo, Lee Boon Chye, Gooi Hsiao-Leung dan N Surendran, kesemua mempersoal kewajaran Speaker membenarkan Hadi Awang membaca usulnya untuk kali kedua.

Setelah Speaker menjawab semua persoalan mereka, Hadi Awang berjaya membentangkan usul pindaan RUU355 ini dan perbahasan ditangguh selepas rehat tengahari.

Seolah-olah seperti telah mengetahui apa yang bakal disindir dan dibongkar oleh Setiausaha Agong PAS dan juga MP Kota Bharu Takiyuddin bin Hassan ketika berbahas untuk menyokong usul pindaan RUU355, DAP dan Ahli-Ahli Parlimen anti-Hadi Awang sengaja tidak hadir di sesi petang perbahasan ini. Jika ada yang hadir, mereka hanya berdiam diri.

Di dalam perbahasan menyokong usul Hadi Awang, MP Kota Bharu PAS telah membuka sejarah Akta 355 di mana pertama kali telah dibawa oleh Tun Abdul Rahman bin Yakub dari Sarawak. Kemudian disokong  oleh Haji  Abdul Hamid Khan bin Sakhawat Ali Khan daripada Batang Padang, dan seterusnya dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen yang kesemuanya adalah Islam sehingga diluluskan pada tahun pada 1965.

Menariknya, ketika itu ahli-ahli Parlimen seperti Lee  Kuan  Yew untuk Singapura, Dr. Tan Chee Kun Ahli Parlimen Batu, Lim Chong  Eu Ahli Parlimen Tanjong, Encik CV Devanaya daripada  Bangsar, tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini di mana jelas menunjukkan hormat mereka terhadap kepentingan masyarakat Islam.

Seterusnya Pindaan Pertama Akta 355 telah dibuat dan diluluskan pada tahun 1984 dan yang menariknya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw turut berada sebagai Ahli Parlimen tetapi tidak menentang mahupun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sepertimana pada tahun 1965, hanya ahli-ahli parlimen Islam saja yang berbahas dan begitu juga ketiak pindaan pertamanya pada tahun 1984.

Apa yang ingin dikatakan YB Takiyuddin adalah sejak mula Akta 355 dibaca dan dibahas di Parlimen, walaupun ketika itu ahli-ahlinya terdiri daripada bukan berugama Islam tetapi mengambil pendekatan untuk menghormati ugama Persekutuan ini, justeru tiada bantahan dan juga mempersoal tindakan Speaker.

Namun hari ini berbeza. Kit Siang yang dahulu tidak membantah tetapi hari ini mengetuai barisan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang bukan Islam untuk cuba menghalang usul pindaan undang-undang Islam ini. Apakah Kit Siang sengaja terlupa dan cuba menggalakkan Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam yang lain untuk mencampuri hal ehwal ugama persekutuan ini?

Kita pasti yang Kit Siang juga membuat homeworknya ke atas sejarah Akta 355 di mana Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mengambil bahagian dalam perbahasan dan ini bakal dijadikan subjek perbahasan Takiyuddin. Mengetahui kebenaran ini, maka Kit Siang dan anti-Hadi Awang tiada pilihan lain, melainkan cuba menghalangnya sebelum dibentangkan dengan mempersoal kewajaran Speaker membenarkan ia dibentang.

Pokoknya, ia adalah cubaan Kit Siang dan DAP untuk menghalang dan lebih teruk lagi adalah niat mereka untuk mencampuri hal ehwal ugama Islam. Kita hanya ingin bertanya, jika beliau dan kuncu-kuncunya bukan anti-Islam dan anti-Melayu, apa perlu tindakan Speaker dipersoalkan? Bukankah sekiranya Speaker gagal menjawab dakwaan mereka, maka usul ini juga akan turut dibatalkan?

Walau apa pun yang cuba Kit Siang dan DAP selindungkan, sikap anti-Islam mereka tetap terserlah dan telahan Tan Sri Annuar Musa untuk mengatakan yang Kit Siang adalah seorang diktator yang anti-Melayu dan anti-Islam adalah benar belaka.
 

Monday, April 10, 2017

PERTANDINGAN ESEI RM50,000 - SIRI 'MELAYU SCREW MELAYU'


Dengan adanya pertandingan yang dianjurkan Tan Sri Annuar Musa, maka menepati apa yang pernah 'Superman' Hew Kuan Yau kata ketika kempen di pilihanraya Sarawak pada May 2016 lalu yang “Malays to screw the Malays” sememangnya strategi politik DAP. Lantas ia disahkan oleh Ketua DAP Lim Kit Siang apabila membiarkan Dr Mahathir dan Wan Azizah menerajui Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, agak malang bagi Kit Siang apabila ramai yang menyedari taktik anti-Melayunya ini.

Jangan kita lupa yang Kit Siang satu-satunya pemimpin senior DAP sanggup mempertahankan kenyataan rasis Hew walaupun ramai yang mempersoalkannya dan termasuklah dari pihak MCA. Alasan Kit Siang juga adalah rasis apabila bersetuju yang Hew memberi gambaran seolah-olah hanya bangsa Melayu ini saja yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Bayangkan jika ayat yang sama datang dari mana-mana pemimpin UMNO walaupun beliau hanya berjawatan di peringkat bahagian, pasti DAP tidak akan tunggu walau sesaat pun untuk mengutuk dan seterusnya mendesak pihak polis menahan mereka. Tetapi bila kenyataan rasis sebegini keluar dari ahli DAP yang sedang berkempen di pentas mereka, mereka pertahan dan lebih menjijikkan apabila menyerang mereka yang membantah.

Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah bekas Timbalan Pengerusi DAP dan beliau adalah juga rakan Kit Siang. Beliau adalah satu-satunya yang pemimpin yang paling tepat untuk bercakap mengenai politik Kit Siang memandangkan yang beliau pernah menduduki salah satu kerusi tertinggi di dalam DAP. Penerimaan beliau ke dalam DAP dan lantikan beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam DAP juga adalah usaha dan restu Kit Siang.

Kita semua tahu yang Tunku Aziz telah meninggalkan DAP kerana bertelagah dengan anak Kit Siang yang dikatakan seorang yang angkuh dan biadap. Ironinya, Kit Siang sendiri telah membuat percubaan untuk memujuk Tunku Aziz kembali semula ke DAP tetapi gagal.

Kini walaupun Kit Siang enggan untuk menerajui Pakatan Harapan pada zahirnya tetapi di belakang tabir, beliau tetap akan mengatur dan menetapkan segala strategi politik rakan gabungan Pakatan Harapan yang kebanyakannya terdiri daripada bangsa Melayu dari PKR, PAN dan PPBM. Perkara yang sama telah pun berlaku semasa Pakatan Rakyat di mana Kit Siang sendiri telah mengumumkan pembubaran PR sehingga sanggup membelakangkan Wan Azizah sebagai Ketuanya.

Tidak mustahil apabila insiden yang sama mampu berulang di dalam Pakatan Harapan walaupun dengan kehadiran Dr Mahathir. Sikap diktator Kit Siang dan memanipulasi bangsa Melayu ini dengan mudah mampu dikesan rakannya Tunku Aziz. Apa yang pernah berlaku di Pulau Pinang juga menjadi pengajaran setelah berjaya menguasai negeri tersebut, Kit Siang akan sanggup melanggar apa saja termasuk peraturan partinya asalkan kuasa dapat digenggam. Kit Siang akan sanggup melanggar apa saja termasuk peraturan partinya asalkan kuasa dapat digenggam. Jangan pula Kit Siang ingin menafikannya apabila tegas melantik anaknya sendiri sebagai Ketua Menteri.

Oleh itu, sekiranya Kit Siang tegas ingin menafikannya, Tunku Aziz pula ingin mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenai sikap diktatornya di dalam DAP. Bagi pihak DAP pula, ahli-ahlinya perlu menggalakkan Kit Siang menyahut cabaran ini demi membuktikan kesilapan dakwaan Tunku Aziz dan pada masa yang sama menunjukkan kepada dunia yang parti ini benar-benar mengamalkan demokrasi di dalam partinya sepertimana yang dilambangkan sebagai 'Democratic Action Party'. Jika tiada sambutan dari pihak DAP, dengan sendirinya parti ini telah dan sedang dikuasai oleh seorang diktator bernama Lim
Kit Siang sejak 51 tahun lalu.
 

Wednesday, April 05, 2017

MESEJ SEBENAR TAN SRI ANNUAR MUSA DALAM PERTANDING ESEI RM50,000 - SIRI DIKTATOR

https://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Kit_Siang
Masih ada 2 bulan lagi sehingga akhir bulan Mei nanti, esei mengenai Kit Siang seorang diktator, anti-Melayu dan anti-Islam dengan ganjaran RM50,000, terbuka luas untuk rakyat Malaysia mengenali - Apa itu Kit Siang? Tawaran ini dibuat Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang mempunyai mesej yang sangat jelas untuk rakyat Malaysia mengetahui mengapa, bagaimana dan untuk apa Kit Siang masih bertakhta di dalam DAP sehingga sekarang selama 51 tahun.

Jika kita melihat sejarah hayat kepimpinan diktator dunia, Kim Il-sung adalah pemimpin utama Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah menguasai politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto mencengkam kuasa di Indonesia selama 30 tahun. Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba'ath beliau selama 30 tahun. Franois Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun dan di tanah air kita pula, Dr Mahathir adalah PM Malaysia dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Kit Siang nampaknya telah memecah rekod dunia kerana bertahan melepasi 50 tahun menguasai DAP dan bagaimana beliau lakukannya? Senarai di atas yang pernah disebutkan TSAM di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini adalah contoh pemimpin-pemimpin diktator dunia. Kini tanyalah diri kita, apakah DAP yang kononnya sebuah parti politik demokratik pada namanya sahaja sehingga Kit Siang enggan melepaskan kuasanya selepas 51 tahun?

UMNO bakal meraikan ulangtahunnya yang ke71 dan kepimpinan tertingginya juga telah bersilih-ganti sebanyak 7 kali di dalam amalan demokrasinya. Bagaimana dengan DAP? Apabila meraikan ulang tahunnya yang ke60, siapakah yang masih duduk di pentas utama selama lebih 50 tahun jika bukan diktatornya, Lim Kit Siang?

Jika kita terlepas pandang, inilah satu-satunya tuduhan yang beliau sebagai seorang diktator di dalam DAP ...TIDAK PERNAH DISANGKAL DAN DINAFIKAN!, oleh mana-mana pemimpin dan ahli DAP termasuklah dirinya sendiri, maka itulah juga mesej yang ingin disampaikan oleh TSAM dalam tawarannya.

Sekiranya Kit Siang mahupun pemimpin-pemimpin di dalam CEC DAP ingin menyangkal dakwaan yang beliau seorang diktator, mereka harus berani membatalkan pemilihan semula CEC yang pernah dipertikaikan ahli-ahlinya sendiri pada tahun  2012. Jika diadakan semula dan Kit Siang masih ingin menegakkan yang beliau bukan seorang diktator, beliau jangan bertanding.

Jika bukan kerana sikap kuku besinya di dalam DAP, Guan Eng bukanlah orang yang layak dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan anak tempatan negeri itu dan juga bukan Pengerusi DAP negeri. Mungkin Kit Siang juga teringin untuk menduduki kerusi tertinggi pentadbiran negeri itu tetapi memandangkan usianya yang agak lanjut dan ingin mengaburi mata ahli DAP lain, maka anaknya diputuskan Kit Siang untuk mewakili dirinya.

Sepertimana yang didakwa Kit Siang yang TSAM tidak ada bukti yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik, itu bukan mesej sebenar TSAM tetapi TSAM telah membuka mata semua rakyat Malaysia yang DAP dan Kit Siang tidak pernah berhujah untuk menafikan dakwaan ini.

Bayangkan dengan sikap diktator Kit Siang berjaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti yang disarankan Dr Mahathir, bukan saja DAP mampu digenggamnya malahan gabungan didalam Pakatan Harapan juga pasti dipaksa mengikut arahannya. Maka apa akan terjadi kepada kita rakyat Malaysia? Jika ahli-ahli DAP ada telah bertahun-tahun setia dengan parti Cina itu telah sanggup keluar parti kerana hilang kepercayaan kepimpinan anak Kit Siang, apakah kita masih yakin yang Dinasti Lim tidak wujud di dalam DAP?

Oleh itu, ambillah peluang tawaran TSAM bukan sekadar untuk ganjarannya tetapi memberi peluang untuk berkongsi fakta yang Kit Siang tidak pernah menafikan dirinya seorang diktator di dalam DAP.

Tuesday, March 28, 2017

KIT SIANG BUKAN RASIS ... WHAT? TONTON VIDEO NI....


Satu dunia boleh jadi saksi... Kit Siang anti-Melayu... anti-Islam