Showing posts with label ROS. Show all posts
Showing posts with label ROS. Show all posts

Tuesday, July 11, 2017

DAP GAGAL PATUH PERLEMBAGAAN, SILA SALAHKAN DIRI SENDIRI



Keputusan RoS tidak membatalkan pendaftaran DAP sangat menghampakan mereka kerana itulah yang dikempen Kit Siang dan DAP selama ini. Alasan dalam ceramah mereka mudah untuk meraih simpati justeru boleh menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan Barisan Nasional. Mereka juga dengan mudah akan menuduh PM Najib mengguna taktik jahat menghalang DAP bertanding pada pilihanraya akan datang.

Sepertimana arahan DS Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, apa pun keputusan RoS perlu profesional dan tidak menyalahi perlembagaan DAP. Maka RoS tidak membatalkan pendaftaran DAP tetapi berbalik kepada apa yang mereka sendiri telah gagal mematuhi perlembagaan parti.

Pemilihan semula CEC pada 2013 juga didapati tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti dan sepatutnya DAP mengadakan pemilihan CECnya pada tahun 2016 memandangkan tempoh penggal telah tamat. Ini bermakna tempoh layak Guan Eng sebagai Setiausaha Agong juga sepatutnya tamat. Namun, DAP menangguhkan pemilihan CEC parti selama lebih 18 bulan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa RoS telah pun beri peluang kepada DAP untuk tempoh 3 tahun lagi dan Guan Eng terus menjadi Setiausaha Agong dari 2013. Tempoh ini adalah untuk Guan Eng perbetulkan kesilapan pemilihan CEC yang telah silap untuk kali kedua. Namun ianya dianggap oleh DAP sbg nasihat sahaja.

Baru sekarang ROS umumkan secara umum. Sememmangnya benar yang pemakluman itu dilakukan kerana PRU14 akan hampir tetapi RoS tidak melakukannya untuk bermain politik sebagaimana yang selalu didakwa Kit Siang dan DAP. Ia adalah untuk kebaikan DAP dan calon-calon mereka.

Untuk pengetahuan, setiap calon yang akan bertanding mewakili parti politik perlu mendapat watikah kelulusan dari partinya dan watikah ini akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agong. Apabila CEC DAP tidak diiktiraf RoS kerana melanggar perlembagaan partinya sendiri, apakah Guan Eng sah untuk memegang jawatan Setiausaha Agong untuk keluarkan watikah dan apakah calon-calon DAP boleh bertanding dengan logo roket?

RoS sememangnya bertindak profesional kerana memberi peringatan kepada DAP dan sekali gus cuba selamatkan calon-calon DAP daripada dibatalkan kemenangan mereka nanti. Cuma sekarang Guan Eng dan CEC lama yang enggan mengikut arahan RoS untuk mengadakan pemilihan CEC yang baru. Apakah Guan Eng dan Kit Siang sedang tergugat jika diadakan pemilihan CEC dalam masa terdekat?

Seharusnya ahli-ahli DAP mendesak Guan Eng untuk diadakan pemilihan CEC setelah ditangguh selama 18 bulan demi selamatkan calon-calon mereka.  Jangan dibenarkan Guan Eng dan kuncu-kuncunya terus-terusan bermain politik dan salahkan RoS dan juga parti pemerintah Barisan Nasional. Sedangkan RoS tidak membatalkan pun pendaftaran DAP.

Jika Guan Eng dan Kit Siang ada keyakinan yang mereka masih kuat berpengaruh dan diperlukan di dalam DAP, tidaka ada apa sebab mereka perlu beri alasan untuk tidak mengikut arahan RoS melainkan jika mereka sebenarnya ingin DAP hancur nanti. Jika ia berlaku, Guan Eng perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan kerana sengaja melanggar perlembagaan parti DAP untuk kepentingan peribadinya.

Fahamkan kenyataan rasmi RoS ini;
07 JULAI 2017
PUTRAJAYA

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa orang pemimpin DAP mengenai status pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah diadakan pada 29 September 2013 dan juga kenyataan yang telah diberikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri pada 3 Julai 2017, yang menyebut bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan isu yang dibangkitkan tersebut.

Dalam hal ini, saya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan beliau telah menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), hendaklah berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri.

Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak JPPM menganggap bahawa Parti DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini pihak JPPM tidak berniat sama sekali untuk membatalkan Parti DAP. Bersabit dengan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013, pihak JPPM berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula ini, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15hb Disember 2012 iaitu yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan.

Justeru, JPPM mengambil pendirian supaya pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. Ini amat penting di sisi undang-undang memandangkan pelantikan bagi jawatan utama parti mempunyai peranan yang penting sebagai wakil parti yang mempunyai autoriti untuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehubungan dengan itu, JPPM ingin menegaskan bahawa arahan akan dikeluarkan kepada pihak DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang
baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan ini diiktiraf oleh JPPM.

#TAMAT#

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
Kementerian Dalam Negeri
7 Julai 2017

Monday, July 10, 2017

MCA : DRAMA AIRMATA KIT SIANG DAN DAP BERULANG DALAM KISAH ROS BATALKAN CEC


Bukan sukar untuk MCA mengesan taktik drama airmata Kit Siang dan DAP apabila kononnya kecewa yang parti itu bakal dibatalkan dan justeru tidak akan bertanding di PRU14 nanti. Itulah juga taktik yang sama digunakan Kit Siang dan DAP setiap kali pilihanraya umum akan tiba dan setiap kali itu juga mereka akan menggunakan taktik yang sama untuk menghentam Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Justeru, pesanan untuk Kit Siang dan DAP dari MCA ... Jika kalian tidak bosan menggunakan taktik yang sama, rakyat pula sudah tersangat bosan!

MCA mengetahui yang DAP akan menggunakan taktik 'Mula-mula menangis, kemudian menunjukkan rasa tidak puas hati dan seterusnya memohon simpati. Inilah Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka dan akan mengulanginya seperti sebuah skrip drama untuk kempen pilihanraya.

Pada PRU13 lalu, MCA telah dimaklumkan yang pemilihan semula CEC adalah hasil dari 'cut and paste' keputusan pemilihan yang dibatalkan sebelumnya. Ketika inilah juga, ahli-ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada RoS. Memandangan PRU13 hampir tiba, Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain menggunakan peluang yang terbaik untuk menagih simpati.

Mereka mendakwa yang oleh kerana terdapatnya taktik kotor dari pihak lawan untuk menganiaya mereka, berkemungkinan mereka tidak akan bertanding di bawah logo DAP dan terpaksa mengguna samada logo PAS atau PKR. Tetapi apa yang berlaku kemudiannya? Segala tuduhan dan dakwaan tidak berlaku dan logo DAP kekal digunakan.

Apabila baru-baru ini Setiausaha Media Perdana Menteri menasihatkan Kit Siang dan DAP agar tidak campur hal ehwal parti orang lain dan menjaga urusan sendiri, DAP timbulkan pemilihan CEC 2012 sekali lagi. Kit Siang dan kuncu-kuncunya pun mula berlakon walaupun setelah 5 tahun, DAP tetap dengan ulangtayang lakonan lapuk mereka yang kelihatan sangat memualkan.

Malahan Kit Siang juga mengancam jika DAP dibatalkan kelak, pengundi akan membalas kemarahan mereka kepada MCA dan Gerakan. Agak melucukan apabila DAP gagal menyelesaikan masalah sendiri, walaupun dengan menipu keputusan pemilihan semula, mengapa perlu rakyat marahkan MCA dan Gerakan? Apakah Kit Siang terus yakin yang rakyat Malaysia akan terus-terusan mudah ditipu?

Kepada Kit Siang dan DAP, MCA menasihatkan agar berikan tumpuan untuk memperbetulkan kesalahan sendiri di PRU lalu dan mereka tidak perlu risau terhadap pengundi-pengundi Cina yang akan marahkan MCA pula. Kesalahan pemilihan dan pemilihan semula telah pun dibuktikan sendiri oleh ahli-ahli DAP dan ini ternyata, apabila pemimpin-pemimpin CEC DAP sanggup menipu ahli-ahlinya, inikan pula rakyat jelata.

Drama airmata yang menjadi SOP Kit Siang dan DAP sebenarnya tidak lagi laku untuk dimainkan semula.

Tuesday, October 07, 2014

ROS SEKALI LAGI BUAT DAP BERMIMPI NGERI

Pendafatar Pertubuhan (ROS) nafi pernah iktiraf pemilihan Jawatankuas Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd. Norzam Mustapa mengesahkan ROS masih belum dapat sebarang makluman dari mahkamah.

Tetapi DAP telah membuat kenyataan seperti berikut;


Kenyataan di atas telah menunjukkan Amarjeet Singh dari ROS beri kenyataan tiada isu yang ROS tidak mengiktiraf CEC DAP dan sekali gus DAP umumkan menarik saman ke atas ROS.

Sebenarnya, ada dua isu mengapa pemilihan semula CEC diragui.

Pertama, sehingga kini sebanyak 15 aduan rasmi daripada ahli dan bekas ahli DAP telah dibuat kepada ROS mengenai salah laku termasuk penyelewengan semasa pemilihan CEC dilaksanakan, namun sehingga kini tiada satu maklum balas mahupun hasil siasatan dikeluarkan.

Kedua, dakwaan 120 cawangan yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, 29 September 2013.

Perkara kedua adalah sebenarnya menjadi mimpi ngeri DAP terutamnya Lim Guan Eng sebagai setiausah agung. Pihak ROS masih di dalam siasatan isu 120 cawangan itu dan ada juga kedengaran Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) sedang mendesak untuk menubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Apa yang kita fikirkan sekarang ialah;

Apakah kenyataan Amarjeet Singh mengatasi kenyataan Timbalan Ketua Pengarah ROS?

Mengapa dakwaan 120 cawangan masih tidak mendapat penjelasan dari DAP?

Mengapa ROS masih belum dapat makluman dari mahkamah?

Apakah ada hubungan di antara Amarjeet Singh dan Gobind Singh yang mewakili DAP?

Rakyat Malaysia terutama bangsa Cina perlu mendesak DAP jelaskan kepada mereka. Selagi 120 cawangan yang didakwa tidak mendaftar tetapi keluar mengundi itu tidak dijelaskan DAP, dengan jelas mereka yang mengaku telus kini sedang membohongi pengundi-pengundinya. 

Kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar dan mengundi pada pemilihan semula CEC itu jelas tidak sah berdasarkan Akta Pertubuhan 1966. Ini bukan sahaja kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung tidak sah, malah keseluruhan anggota CEC itu juga tidak sah.

Tuesday, August 20, 2013

ZAIRIL A/T (ANAK TIRI) KHIR JOHARI... BAKAL TUMBANG?


Kemenangan Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya ialah Christoper Ross Lim, dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz.   Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.  Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) parti.

Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.

Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.

Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis.  Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari.

Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!

Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.   

Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.  Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.  Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh?

Bagaimanapun, sukar bagi rakyat untuk merasa yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus.  Ini kerana, DAP tidak pernah mengambil tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.  

Sekali gus, mereka yang bertanggungjawab menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang bertanggungjawab menyebabkan ‘keajaiban’ dalam jumlah undi yang didapati oleh Zairil, masih lagi bebas.  Dan kemungkinan besar, pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang sama.

Justeru, apakah jaminan yang beliau atau mereka, tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi ‘menyelamatkan’ Zairil dan juga air muka DAP?