Tuesday, January 30, 2018

SIFIR KIT SIANG TAWAN PUTRAJAYA


Barisan Nasional pasti akan bertanding kesemua 222 kerusi Parlimen dan DUN Negeri di seluruh Malaysia tapi bagi Kit Siang, apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah menang selama 3 penggal di Parlimen Ayer Hitam, Pakatan Harapan telah menawan bukan saja Johor tetapi telah menawan Putrajaya juga.

Itulah sifir Kit Siang yang boleh kita gelakkan bersama. Namun mengapa Timbalan Presiden MCA ini menjadi target utama Kit Siang? Apakah ia satu muslihat atau ada sesuatu yang tersirat di sebalik kenyataan Kit Siang tersebut?

Satu Malaysia telah mengetahui yang Timbalan Presiden MCA baru-baru ini telah melemparkan beberapa soalan kepada anak Kit Siang. Isunya adalah skandal projek terowong bawah tanah Pulau Pinang dan paling hangat dibicarakan rakyat Malaysia adalah apabila Datuk Wee mendedahkan yang Guan Eng telah anugerahkan projek berbilion itu kepada sebuah syarikat fesyen VOIR. Anda boleh baca ... DI SINI

Lebih pahit apabila Datuk Wee cuba memulihkan ingatan Guan Eng di mana ketika beliau berkempen untuk PRU12 tentang syarat-syarat ketat yang dikenakan kepada syarikat yang telah berjaya mendapat projek ini. Di antara yang dibanggakan Guan Eng adalah syarikat itu mempunyai kekuatan modal kewangan dan kedua, mereka mempunyai track record kepakaran.

Malang bagi anak Kit Siang ini, Datuk Wee dapat membuktikan Guan Eng telah berbohong kepada penduduk Pulau Pinang dan rakyat Malaysia yang 2 syarikat gergasi Cina adalah sebahagian dari syarikat konsortium projek berbilion ringgit kerajaan Pulau Pinang adalah palsu semata-mata. Malahan yang kekal dalam syarikat konsortium ini adalah syarikat yang mempunyak kepakaran membuat pakaian lelaki dan wanita.

Sebagai seorang yang berpengalaman, Datuk Wee adalah jurutera bertauliah dan pernah bekerja sebagai konsultan kejuruteraan, beliau terus membuat pelbagai pendedahan pembohongan Guan Eng dan menuntut jawapan balas darinya. Yang mampu dilakukan Guan Eng hanyalah menunjukkan marahnya kepada wartawan dan memberi pelbagai gelaran kebudak-budakan terhadap Datuk Wee.

Melihat anaknya gagal menjawab soalan-soalan Datuk Wee, Kit Siang yang baru lepas menjalani rawatan tumornya tidak akan dapat duduk diam. Setelah sebulan menghilangkan diri, beliau telah muncul di Yong Peng. Kehadirannya sememang dijangkakan dan di kesempatan itu, Kit Siang mengumumkan yang DAP akan bertanding di Ayer Hitam menentang Datuk Wee.

Pada PRU13 lalu, DAP telah bersusah payah berkempen untuk calon PAS dan setelah DAP memutuskan hubungan politiknya, maka calon dari PAN telah dipersetujui sepertimana diumumkan pada konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini. Amarah Kit Siang terhadap Datuk Wee tidak dapat dibendung sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang Datuk Wee adalah ukuran untuk menakluk Putrajaya, maka DAP yang akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam nanti. Lebih ironi, apabila Kit Siang yang akan bertanding di Ayer Hitam.

Hasrat Kit Siang bukan sukar untuk dikesan dan bukanlah juga satu kebetulan. Ia hanyalah satu strateginya agar Datuk Wee berhenti mengganggu anaknya yang kini kelihatan sangat tertekan dan terkesan dengan pelbagai pendedahan Datuk Wee. Oleh itu, Datuk Wee perlu disekat dari terus menyerlahkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri DAP yang tidak cekap dan penuh dengan pembohongan.

Setelah memenangi 3 pilihanraya umum di Parlimen Ayer Hitam dan masih kekal mendapat sokongan pengundi Ayer Hitam walaupun pada 2 PRU lalu DAP telah berjaya menguasai pengundi Cina, Datuk Wee tetap diberi mandat. Manakala Kit Siang yang kini menjuarai ahli parlimen yang gemar melompat dari satu kawasan ke kawasan lain, berhasrat menentang Datuk Wee?

Parlimen Ayer Hitam bukanlah kawasan majoriti bangsa Cina seperti kawasan-kawasan yang pernah dimenangi Kit Siang. Ia merupakan kawasan parlimen dengan 56 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan 4 peratus pengundi India. Walaupun Datuk Wee telah bertanding sebanyak 3 kali, ini membuktikan pengundi Melayu kekal berpihak kepadanya.

Sedangkan PAS yang lebih berpengaruh dari PAN di Ayer Hitam, manakala masyarakat Cina pula ketika itu sedang kuat dipengaruhi DAP, Datuk Wee masih mampu menewaskan calon pembangkang. Oleh yang demikian, jika sifir Kit Siang ingin berjaya menawan Putrajaya dengan menewaskan Datuk Wee, ia bukan saja satu perhitungan yang tersasar malahan ia adalah sekadar satu gertakan untuk Datuk Wee dari Kit Siang saja.

Walaupun PAN akan terpaksa akur kepada kehendak Kit Siang nanti, parti dan calon yang tidak pernah berkhidmat kepada rakyat Ayer Hitam, apakah mereka mampu menang sekadar dengan maki-hamun dan menabur lagi janji-janji kosong? Jika Kit Siang berhasrat bertanding di Ayer Hitam, ini adalah peluang terbaik beliau untuk membuktikan yang bangsa Melayu terutamanya Bangsa Johior telah benar-benar menerimanya yang sememangnya terkenal dengan seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Kepada Kit Siang, selamat datang ke Ayer Hitam dan pasti Bangsa Johor akan memberi satu pengajaran kepadanya.

No comments: