Jika dibaca notis di atas, ia sememangnya lucu walaupun tujuan syarikat pengendali bas ini cuba untuk displinkan penumpangnya. Namun ada di antara kita cuba manipulasi kesilapan bahasa yang digunakan seolah-olah ia sengaja dibiarkan pihak yang bertanggungjawab. Apa saja yang berkenaan pengangkutan awam darat, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan cuba dikaitkan dan akhirnya dipersalahkan.
Untuk pengetahuan, sekiranya ada notis dari pihak SPAD samada diletakkan di dalam kenderaan awam mahupun di kawasan-kawasan awam, ia akan dikeluarkan seperti berikut;
Paling utama, logo SPAD akan tertera dengan jelasnya dan penggunaan bahasa melayu atau inggeris yang betul pasti akan diambilkira.
Notis yang salah di atas telah ditemui oleh seorang Facebooker bernama Fong Shehiel pada tahun 2014 dan sehingga kini ia masih diulang-ulang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walau apa pun niat mereka, yang pasti notis tersebut bukanlah dari pihak SPAD dan ia sekadar inisiatif syarikat bas itu sendiri.
Untuk sekian kalinya, pihak SPAD terpaksa membuat penjelasan seperti berikut;
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan penjelasan bahawa notis di dalam bas seperti mana yang disebarkan melalui media sosial, tidak dihasilkan atau pun menerima kelulusan daripada Suruhanjaya. SPAD sebelum ini telah memberikan penjelasan yang sama berulang kali melalui media sosial.Bagi pengetahuan umum, notis-notis seumpama itu, merupakan inisiatif sendiri pihak pengendali bas. Bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku, SPAD telah menasihatkan pengendali-pengendali bas untuk memastikan bahawa notis-notis yang dipaparkan adalah jelas dan tidak mengandungi kesalahan penggunaan bahasa.Terima kasih.
Pasti prihatin rakyat dihargai SPAD. Namun sesuatu yang telah diberi penjelasan terang, jika diulang-ulang untuk meraih perhatian Facebooker, ia juga bukan sesuatu yang patut diraikan. Oleh itu, di dalam ingin sama-sama melihat rakyat Malaysia mampu mengguna bahasa yang betul, media sosial bukanlah tempat untuk langkah memperbaikinya.
Adalah lebih baik jika notis yang salah, terus dihantar ke pihak SPAD agar mereka dapat bertindak dan pasti kesilapan bahasa tersebut dapat diperbaiki. Sama-samalah kita lebih bertanggungjawab dan tidak segera membuat tuduhan, malah bantu syarikat-syarikat pengendali bas tersebut.
No comments:
Post a Comment