Sunday, January 14, 2018

MUSLIHAT WAN AZIZAH DI SEBALIK PERLANTIKAN DR MAHATHIR


Satu percaturan yang agak menarik dalam Pakatan Harapan apabila Kit Siang dan Wan Azizah telah bersetuju menjadikan Dr Mahathir Perdana Menteri Pakatan Harapan sebagai bahan kempen di PRU14 ini. Namun apa yang berlaku agak mudah diertikan dan apa yang berlaku di sebalik tabirnya pun memang diketahui.

Dalam program diskusi Anda Tanya Kami Jawab, bukan sekadar membincangkan pelantikan Dr Mahathir malahan beberapa perkara telah turut didedahkan apabila di antara panel yang menyertainya adalah bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli di samping Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab UMNO Luar  Negara, Dr Kusyairi Ahmad; Ahli Jawatankuasa Penerangan MIC Pusat, A Subash Chandrabose; Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin; Pengarah Operasi Aktivis Belia Malaysia (MALAYA), Farhan Khairuddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.

Persoalan yang telah dilontarkan adalah kenapa D Mahathir? Kenapa DAP dan PKR sebulat suara setuju keputusan itu? Kenapa Wan Azizah setuju sedangkan siapa yang membuat suaminya merengkok dalam penjara? Kenapa DAP juga setuju, ini telah terjawab ... mereka mahu Dr Mahathir skrew UMNO untuk mereka nanti. Malahan DAP mengetahui yang kekuatan PAN dan PKR tidak mencukupi dan sukar untuk ditambah.

Paling utama adalah PKR dan Wan Azizah. Apakah benar ini keputusan sebulat suara dari PKR atau sesuatu sedang berlaku di balik tabir PKR?

Jika menurut satu undian yang diadakan di media sosial, ramai yang memilih Azmin Ali dan keduanya adalah Mukhriz malahan undian untuk Dr Mahathir dan Wan Azizah jatuh ke tangga ke akhir.

Kita juga telah menyaksikan beberapa mesej Azmin dalam akaun twitternya memerli Dr Mahathir dan Nurul Izzah ketika dihalang dari berjumpa Anwar di hospital dan secara terbuka, Azmin telah menyatakan pendirian PKR Selangor tidak menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Lebih ketara apabila PKR Selangor tidak menyertai konvensyen PH pada Ahad lalu.

Menurut Nazmi, bekas Setiausaha PKR Selangor, di antara team Wan Azizah dan team Azmin Ali, mereka sememangnya dua kumpulan yang berbeza dan di antara Wan Azizah dan Azmin, mereka kerapkali tidak sependapat.

Apakah Azmin berniat untuk dicalonkan? Jawapannya iye tetapi mengapa?

Seringkali kita diberitahu yang Azmin bercita-cita merampas takhta Wan Azizah. Justeru, pelbagai gerakan dilakukan agar Anwar kekal lama di dalam penjara. Kelicikan Azmin dapat dilihat ketika berjaya merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Anwar dan Wan Azizah apabila beliau bekerjasama dengan PAS Selangor.

Kini, sentimen seolah-olah Pakatan Harapan ketandusan pemimpin sehingga terpaksa memilih seseorang yang menghampiri sepuluh dekad umurnya, mempunyai alasan kukuh. Manipulasi sebegini yang diingini Azmin dan teamnya. Maka dilaungkan yang walaupun Anwar tidak mungkin akan layak bertanding untuk PRU14, calon PM PH selayaknya datang dari PKR dan bukan parti yang tiada rekod kemenangan yang besar.

Desas-desus juga kedengaran baru-baru ini, team Wan Azizah pula membongkar niat sebenar Azmin untuk bukan saja kekal menerajui Selangor, malahan merampas takhta Wan Azizah dan seterusnya melayakkan dirinya sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Sebolehnya, Anwar kekal di dalam penjara.

Melihat kepada perebutan kuasa di dalam PKR, DAP juga tiada pilihan nampaknya dan terpaksa memilih Dr Mahathir. Inilah sebabnya, Wan Azizah juga terpaksa bersetuju memandangkan Azmin serius menentangnya dan mengharapkan Dr Mahathir mampu mengatasi Azmin.

Kepada rakyat, apakah kita perlu serahkan negara dan masa depan generasi kita kepada perebutan kuasa dalaman parti-parti Pakatan Harapan. Belum lagi pergelutan yang berlaku di dalam PPBM dan DAP. Manakala PAN pula, ia sebuah parti yang tidak akan mampu mengatasi kekuatan PAS kerana mereka akan hanya menurut segala yang telah ditentukan DAP.

Siapa pun pilihan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, pengakhiranannya, perebutan takhta akan tetap berlaku dan apakah kita akan lihat jawatan sementara ini akan bakal menjadi jawatan sekejap-sekejap dan Perdana Menteri bertukar-ganti. Jika ini yang diwawasankan PH, bersedialah untuk kehancuran negara!

No comments: