Showing posts with label Azmin. Show all posts
Showing posts with label Azmin. Show all posts

Sunday, April 15, 2018

SYABAS DISAMAN RM4.22 BILION, KENAPA AZMIN SOROKKAN ISU INI?


Dalam Azmin berbelanja besar menjelang PRU14 ini dan menabur janji kepada pengundi Selangor, MCA Selangor ada satu soalan. Minggu lepas, syarikat yang mengendali air rawatan di negeri Selangor - SPLASH, telah kemukakan saman di mahkamah di atas tuntutan hutang sebanyak RM4.22 bilion terhadap SYABAS. Apakah kerajaan Selangor ingin menafikan hutang ini dan seterusnya tidak akan mengaku yang SPLASH bukan milik kerajaan negeri?

SPLASH pernah membuat kenyataan yang SYABAS telah diambilalih kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Azmin dan pakatan pembangkang dan sejak itu syarikat ini hanya telah melangsaikan 36% hutang tertunggak tetapi dipaksa beroperasi sehingga 110% keupayaannya menyalurkan air bersih kepada rakyat Selangor.

Oleh kerana kerajaan pakatan pembangkang di bawah kepimpinan Azmin gagal membuat pembayaran, SPALSH juga terpaksa berhutang dengan jumlah yang agak besar kepada TNB dan lebih perit apabila segala peralatan dikerah beroperasi secara berterusan yang telah menyebabkan ia gagal berfungsi dan akhirnya rakyat Selangor menerima akibat air disalurkan seringkali terganggu.

MCA Selangor mendapati sejak kerajaan Selangor mengambil-alih SYABAS sepenuhnya, syarikat ini mengalami kerugian setiap tahun dan di dalam semakan SSM dalam laporan kewangan 2016, syarikat milik kerajaan negeri Selangor ini mengalami kerugian sebanyak RM1.19 bilion. Laporan dari Jabatan Audit juga telah membutkitkan yang di tahun kedua di bawah kepimpinan Azmin, defisit yang tercatat adalah RM145 juta berbanding dengan lebihan yang konsisten ketika Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Lebih parah lagi apabila disebalik pengumuman Azmin yang kerajaan negeri mempunyai rizab RM3 bilion lebih, rupa-rupanya Selangor telah menandatangani pinjaman dengan kerajaan pusat sebanyak RM9.65 bilion pada tahun 2015 untuk mengambil-alih SYABAS dan dua lagi syarikat lain.

Bagi MCA Selangor, rakyat seharusnya gusar dengan saman mahkamah ke atas SYABAS yang berhutang sehingga RM4.22 bilion dan ingin tahu mengapa hanya 36% hutang dijelaskan. Sekiranya kerajaan Selangor kalah dalam saman ini, bayangkan apabila rizab Selangor akan terus terhapus malahan tinggal negatif saja.

Amat memusykilkan apabila Azmin dan pakatan pembangkang tidak langsung berani menyentuh status saman SPLASH ini. Malahan kini ditambah dengan pinjaman yang dipohon Azmin tiga tahun lalu sebanyak RM9.65 bilion.

Persoalannya, dengan segala pendedahan yang dibuat MCA Selangor, apakah Azmin dan pakatan pembangkang sedang membawa Selangor ke arah muflis? Perlu kita ingat, SYABAS ialah syarikat milik kerajaan Selangor dan mana mungkin Azmin dan pakatan pembangkang harus melepaskan tanggungjawab ini.

Apakah isu ini tidak penting untuk diketahui rakyat Selangor atau Azmin terlalu takut apabila rakyat telah mengetahuinya?
 

Sunday, January 14, 2018

MUSLIHAT WAN AZIZAH DI SEBALIK PERLANTIKAN DR MAHATHIR


Satu percaturan yang agak menarik dalam Pakatan Harapan apabila Kit Siang dan Wan Azizah telah bersetuju menjadikan Dr Mahathir Perdana Menteri Pakatan Harapan sebagai bahan kempen di PRU14 ini. Namun apa yang berlaku agak mudah diertikan dan apa yang berlaku di sebalik tabirnya pun memang diketahui.

Dalam program diskusi Anda Tanya Kami Jawab, bukan sekadar membincangkan pelantikan Dr Mahathir malahan beberapa perkara telah turut didedahkan apabila di antara panel yang menyertainya adalah bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli di samping Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab UMNO Luar  Negara, Dr Kusyairi Ahmad; Ahli Jawatankuasa Penerangan MIC Pusat, A Subash Chandrabose; Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin; Pengarah Operasi Aktivis Belia Malaysia (MALAYA), Farhan Khairuddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.

Persoalan yang telah dilontarkan adalah kenapa D Mahathir? Kenapa DAP dan PKR sebulat suara setuju keputusan itu? Kenapa Wan Azizah setuju sedangkan siapa yang membuat suaminya merengkok dalam penjara? Kenapa DAP juga setuju, ini telah terjawab ... mereka mahu Dr Mahathir skrew UMNO untuk mereka nanti. Malahan DAP mengetahui yang kekuatan PAN dan PKR tidak mencukupi dan sukar untuk ditambah.

Paling utama adalah PKR dan Wan Azizah. Apakah benar ini keputusan sebulat suara dari PKR atau sesuatu sedang berlaku di balik tabir PKR?

Jika menurut satu undian yang diadakan di media sosial, ramai yang memilih Azmin Ali dan keduanya adalah Mukhriz malahan undian untuk Dr Mahathir dan Wan Azizah jatuh ke tangga ke akhir.

Kita juga telah menyaksikan beberapa mesej Azmin dalam akaun twitternya memerli Dr Mahathir dan Nurul Izzah ketika dihalang dari berjumpa Anwar di hospital dan secara terbuka, Azmin telah menyatakan pendirian PKR Selangor tidak menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Lebih ketara apabila PKR Selangor tidak menyertai konvensyen PH pada Ahad lalu.

Menurut Nazmi, bekas Setiausaha PKR Selangor, di antara team Wan Azizah dan team Azmin Ali, mereka sememangnya dua kumpulan yang berbeza dan di antara Wan Azizah dan Azmin, mereka kerapkali tidak sependapat.

Apakah Azmin berniat untuk dicalonkan? Jawapannya iye tetapi mengapa?

Seringkali kita diberitahu yang Azmin bercita-cita merampas takhta Wan Azizah. Justeru, pelbagai gerakan dilakukan agar Anwar kekal lama di dalam penjara. Kelicikan Azmin dapat dilihat ketika berjaya merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Anwar dan Wan Azizah apabila beliau bekerjasama dengan PAS Selangor.

Kini, sentimen seolah-olah Pakatan Harapan ketandusan pemimpin sehingga terpaksa memilih seseorang yang menghampiri sepuluh dekad umurnya, mempunyai alasan kukuh. Manipulasi sebegini yang diingini Azmin dan teamnya. Maka dilaungkan yang walaupun Anwar tidak mungkin akan layak bertanding untuk PRU14, calon PM PH selayaknya datang dari PKR dan bukan parti yang tiada rekod kemenangan yang besar.

Desas-desus juga kedengaran baru-baru ini, team Wan Azizah pula membongkar niat sebenar Azmin untuk bukan saja kekal menerajui Selangor, malahan merampas takhta Wan Azizah dan seterusnya melayakkan dirinya sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Sebolehnya, Anwar kekal di dalam penjara.

Melihat kepada perebutan kuasa di dalam PKR, DAP juga tiada pilihan nampaknya dan terpaksa memilih Dr Mahathir. Inilah sebabnya, Wan Azizah juga terpaksa bersetuju memandangkan Azmin serius menentangnya dan mengharapkan Dr Mahathir mampu mengatasi Azmin.

Kepada rakyat, apakah kita perlu serahkan negara dan masa depan generasi kita kepada perebutan kuasa dalaman parti-parti Pakatan Harapan. Belum lagi pergelutan yang berlaku di dalam PPBM dan DAP. Manakala PAN pula, ia sebuah parti yang tidak akan mampu mengatasi kekuatan PAS kerana mereka akan hanya menurut segala yang telah ditentukan DAP.

Siapa pun pilihan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, pengakhiranannya, perebutan takhta akan tetap berlaku dan apakah kita akan lihat jawatan sementara ini akan bakal menjadi jawatan sekejap-sekejap dan Perdana Menteri bertukar-ganti. Jika ini yang diwawasankan PH, bersedialah untuk kehancuran negara!

Monday, September 18, 2017

AZMIN TIDAK BEGITU MARAH MAT TAIB KELUAR PKR, TETAPI SESUATU TELAH TERBONGKAR


Sebenarnya Azmin tidaklah begitu marah apabila Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib keluar dari PKR tetapi setelah diteliti dan diamati alasan-alasan yang diberikan beliau untuk kembali kepada UMNO, satu perkara besar yang telah didedahkan kepada umum terutamanya rakyat Selangor yang menyebabkan Azmin dan PKR Selangor begitu marah dan terkesan, adalah bahawa kerajaan yang diketuai Azmin dan PKR tidak membincangkan agenda Melayu dan Islam di dalam PKR negeri mahupun Pakatan Rakyat Selangor. 

Dalam perkataannya sendiri, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai TS Mat Taib di kalangan rakan-rakan politiknya telah berkata;

"Hal agenda Melayu, hal agama tidak disentuh ini tidak sihat. Satu masa nanti wujud pergeseran yang kuat (akhirnya) politik dikuasai oleh orang lain". Ini telah memberi gambaran jelas yang kepentingan Melayu dan Islam bukan agenda PKR Selangor dan PR Selangor.

Oleh yang demikian agenda siapa yang Azmin, PKR dan Pakatan Rakyat utamakan selama ini jika tidak semata-mata untuk kepuasan dan kepentingan DAP sahaja. Maka, terjawablah mengapa DAP di Selangor kini tidak langsung berbunyi menentang Azmin apabila beliau mengekalkan PAS di dalam barisan exconya dan kekal bersama mentadbir Selangor bersama-sama DAP. 

Inikah perjanjian syaitan dan rahsia besar yang ada dalam pandora box yang Azmin telah buat dengan DAP agar mereka tidak membantah? Jika selama ini kita tertanya-tanya mengapa DAP tidak lagi membantah keputusan Azmin mengekalkan kerjasama dengan PAS Selangor, segalanya telah pun terjawab.

Namun segala alasan yang diberikan Azmin di akaun Twitternya yang menggambarkan TS Mat Taib sebagai surat khabar lama, jelas menunjukkan taraf alasan seorang ahli politik yang berjawatan bawahan walaupun ternyata menunjukkan kekecawaannya. Tetapi apabila TS Mat Taib dedahkan yang pentadbirannya tidak meletakkan agenda Melayu dan Islam sebagai keutamaan, apakah nada text Twitternya akan berterusan seperti kebudak-budakan yang menyerang kredibiliti TS Mat Taib?

Amat malang bagi pengundi Melayu yang terdiri daripada penyokong kuat PKR Selangor apabila kepentingan mereka dan agama mereka tidak dibincangkan dan ini menunjukkan bukan saja undi mereka diperlukan untuk mereka berkuasa, malahan membenarkan agenda "Malaysian Malaysia" DAP yang tidak mahu bangsa Melayu dan agama Islam terus diberi perlindungan dan keistimewaan.

Negeri Selangor sangat bernasib baik kerana masih di bawah naungan seorang Raja yang didaulatkan negara. Jika tidak, Azmin akan terus-terusan membiarkan Selangor menerima nasib sepertimana DAP melayan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Tetapi apa gunanya seorang Melayu dilantik sebagai ketua pentadbir negeri jika apa yang pernah berlaku di Perak, kini berulang di Selangor?

Bukan saja perjuangan PKR "is a waste" seperti yang diakui TS Mat Taib, malahan ia sangat merbahaya kepada masyarakat Melayu dan umat Islam apabila Azmin hanyalah seorang ketua pentadbir puppet di bawah telunjuk DAP. Apakah rakyat Selangor lupa sehinggakan Sultan Selangor telah terpaksa berkeras ke atas Sivarasa yang telah melanggar titah tuanku kerana berceramah politik di An-Nur Mosque in Kampung Melayu Subang tetapi Azmin dan PKR tidak mengambil apa-apa tindakan displin ke atas Sivarasa. 

Kesucian masjid telah dicabul dan titah Sultan telah diingkari dengan tanpa rasa bersalah sedangkan Azmin gagal bertindak tegas. Apakah ini tidak cukup membuktikan yang Azmin hanyalah seorang pupet yang dilantik Pakatan Harapan untuk berada di bawah telunjuk DAP? Apakah kini duplicate bekas MB Nizar di Perak sedang ditempah Azmin di Selangor?

Saturday, September 20, 2014

KEPALA ANWAR BOLEH TERCABUT DENGAN LAPORAN MEDIA

Dalam tempoh 30 minit saja, dua laporan yang bercanggah telah dikeluarkan sebentar tadi. Mula-mula telah dilaporkan oleh Malaysia Insider online;

Anwar angguk... Malaysia Insider

Antara lain dilaporkan Anwar telah telefon Saifuddin Nasution dari Turki untuk membuat keputusan dengan bersyaratkan perlantikan Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawainya di pejabat Menteri Besar nanti.

Seterusnya boleh dibaca ... DI SINI

Tidak sampai 30 minit, laporan bercanggah pula diterbitkan;

Anwar geleng ... MalayMail

MalayMail Online pula menulis yang laporan awal adalah tidak benar dan disahkan oleh beberapa pemimpin PKR kerana mereka baru saja memohon untuk menghadap Sultan Selangor untuk meyakinkan tuanku tentang sokongan majoriti ADUN, sebelum MB baru dilantik Selasa, minggu hadapan.

Jika rajin, bacalah seterusnya ... DI SINI

PKR benar-benar sudah kelam kabut dibuatnya.

Inilah hasil daripada kedegilan, keangkuhan Anwar dan PKR. Yang pasti, dapat dirasakan Tuanku Sultan Selangor telah membuat keputusannya.

Kita tunggu saja upacara melantik Menteri Besar yang baru pada hari Selasa nanti.

Laporan-laporan sebegini, mampu membuat bukan saja kepala Anwar akan tercabut, malahan kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat tercabut juga.

Yang pasti, Tuanku Sultan telah membuat keputusannya dan yang lebih pasti, Wan Azizah bukan pilihan Tuanku.