Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Sunday, January 14, 2018

MUSLIHAT WAN AZIZAH DI SEBALIK PERLANTIKAN DR MAHATHIR


Satu percaturan yang agak menarik dalam Pakatan Harapan apabila Kit Siang dan Wan Azizah telah bersetuju menjadikan Dr Mahathir Perdana Menteri Pakatan Harapan sebagai bahan kempen di PRU14 ini. Namun apa yang berlaku agak mudah diertikan dan apa yang berlaku di sebalik tabirnya pun memang diketahui.

Dalam program diskusi Anda Tanya Kami Jawab, bukan sekadar membincangkan pelantikan Dr Mahathir malahan beberapa perkara telah turut didedahkan apabila di antara panel yang menyertainya adalah bekas Setiausaha PKR Selangor, Nazmi Rosli di samping Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab UMNO Luar  Negara, Dr Kusyairi Ahmad; Ahli Jawatankuasa Penerangan MIC Pusat, A Subash Chandrabose; Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin; Pengarah Operasi Aktivis Belia Malaysia (MALAYA), Farhan Khairuddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.

Persoalan yang telah dilontarkan adalah kenapa D Mahathir? Kenapa DAP dan PKR sebulat suara setuju keputusan itu? Kenapa Wan Azizah setuju sedangkan siapa yang membuat suaminya merengkok dalam penjara? Kenapa DAP juga setuju, ini telah terjawab ... mereka mahu Dr Mahathir skrew UMNO untuk mereka nanti. Malahan DAP mengetahui yang kekuatan PAN dan PKR tidak mencukupi dan sukar untuk ditambah.

Paling utama adalah PKR dan Wan Azizah. Apakah benar ini keputusan sebulat suara dari PKR atau sesuatu sedang berlaku di balik tabir PKR?

Jika menurut satu undian yang diadakan di media sosial, ramai yang memilih Azmin Ali dan keduanya adalah Mukhriz malahan undian untuk Dr Mahathir dan Wan Azizah jatuh ke tangga ke akhir.

Kita juga telah menyaksikan beberapa mesej Azmin dalam akaun twitternya memerli Dr Mahathir dan Nurul Izzah ketika dihalang dari berjumpa Anwar di hospital dan secara terbuka, Azmin telah menyatakan pendirian PKR Selangor tidak menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Lebih ketara apabila PKR Selangor tidak menyertai konvensyen PH pada Ahad lalu.

Menurut Nazmi, bekas Setiausaha PKR Selangor, di antara team Wan Azizah dan team Azmin Ali, mereka sememangnya dua kumpulan yang berbeza dan di antara Wan Azizah dan Azmin, mereka kerapkali tidak sependapat.

Apakah Azmin berniat untuk dicalonkan? Jawapannya iye tetapi mengapa?

Seringkali kita diberitahu yang Azmin bercita-cita merampas takhta Wan Azizah. Justeru, pelbagai gerakan dilakukan agar Anwar kekal lama di dalam penjara. Kelicikan Azmin dapat dilihat ketika berjaya merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Anwar dan Wan Azizah apabila beliau bekerjasama dengan PAS Selangor.

Kini, sentimen seolah-olah Pakatan Harapan ketandusan pemimpin sehingga terpaksa memilih seseorang yang menghampiri sepuluh dekad umurnya, mempunyai alasan kukuh. Manipulasi sebegini yang diingini Azmin dan teamnya. Maka dilaungkan yang walaupun Anwar tidak mungkin akan layak bertanding untuk PRU14, calon PM PH selayaknya datang dari PKR dan bukan parti yang tiada rekod kemenangan yang besar.

Desas-desus juga kedengaran baru-baru ini, team Wan Azizah pula membongkar niat sebenar Azmin untuk bukan saja kekal menerajui Selangor, malahan merampas takhta Wan Azizah dan seterusnya melayakkan dirinya sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Sebolehnya, Anwar kekal di dalam penjara.

Melihat kepada perebutan kuasa di dalam PKR, DAP juga tiada pilihan nampaknya dan terpaksa memilih Dr Mahathir. Inilah sebabnya, Wan Azizah juga terpaksa bersetuju memandangkan Azmin serius menentangnya dan mengharapkan Dr Mahathir mampu mengatasi Azmin.

Kepada rakyat, apakah kita perlu serahkan negara dan masa depan generasi kita kepada perebutan kuasa dalaman parti-parti Pakatan Harapan. Belum lagi pergelutan yang berlaku di dalam PPBM dan DAP. Manakala PAN pula, ia sebuah parti yang tidak akan mampu mengatasi kekuatan PAS kerana mereka akan hanya menurut segala yang telah ditentukan DAP.

Siapa pun pilihan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, pengakhiranannya, perebutan takhta akan tetap berlaku dan apakah kita akan lihat jawatan sementara ini akan bakal menjadi jawatan sekejap-sekejap dan Perdana Menteri bertukar-ganti. Jika ini yang diwawasankan PH, bersedialah untuk kehancuran negara!

Monday, July 31, 2017

WAN AZIZAH TENTUKAN MASA DEPAN POLITIK DR MAHATHIR?


Apabila Wan Azizah akur dengan kehendak aktivis reformis untuk menubuhkan suruhanjaya menyiasat tuduhan ke atas Dr Mahathir seandainya PH menang, apa maksudnya? Sedangkan pada masa yang sama, kedua-dua mereka telah bersekongkol dalam satu pakatan pembangkang.

Pelbagai andaian yang boleh kita buat memandangkan kenyataan Wan Azizah ini dibuat hanya setelah beberapa otai reformis menyatakan kekecawaan mereka terhadap Wan Azizah yang sanggup bersama-sama Dr Mahathir.

Sedangkan Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab penjarakan Anwar dan pecatnya dari UMNO dan jawatannya sebagai Timbalan PM.

Lebih mengecewakan otai reformis ini, seolah-olah Wan Azizah telah mudah untuk mengenepikan perjuangan mereka selama ini yang telah bersusah-payah membela Anwar untuk sekian lama.

Walau apa pun drama yang ingin diketengahkan Wan Azizah, seperti pendapat Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO, PKR tetap mengambil sikap berwaspada terhadap tindak tanduk Dr Mahathir dan diumpamakan seperti pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk di mana PKR adalah jeratnya dan Dr Mahathir adalah pelanduk yang dinanti-nantikan sebagai mangsanya.

TSAM juga yakin, yang amaran Wan Azizah datangnya dari Anwar. Itu tidak mustahil kerana setiap perbuatan dan percakapan Wan Azizah adalah di atas kehendak dan keizinan suaminya yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Jika kita masih ingat, di awal penglibatan Dr Mahathir dengan blok pembangkang dalam kempen 'Save Malaysia', Anwar sehingga mengutus surat dari Penjara Sungai Buloh kepada PKR memberi peringatan tipu-helah Dr Mahathir yang diibaratkan apa yang pernah Shakespeare pernah katakan sebagai; "beware the serpent that stings now wears the crown".

Pada masa yang sama, Wan Azizah juga telah keluarkan kenyataan yang pihak pakatan pembangkang telah bersetuju mengekalkan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi sehingga keputusan PRU14 dimuktamadkan nanti.

Sekali lagi, kenyataan Wan Azizah ini mengundang pelbagai andaian dan ia dibuat setelah Dr Mahathir mengumumkan beliau sebagai 'Top Dog' di dalam Pakatan Harapn seolah-olah beliau mengetuai PH dan mempunyai kuasa eksekutif ke atas pakatan ini.

Apakah dengan kenyataan balas dari Wan Azizah itu, beliau ingin menyatakan yang kedudukan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH hanyalah untuk sementara dan bergantung kepada prestasi Dr Mahathir di dalam PRU14? Ia juga boleh diibaratkan sebagai seorang pekerja yang diberi kontrak percubaan dan jika majikan berpuas hati, pekerja tersebut akan diserapkan sebagai pekerja tetap.

Pandai juga Wan Azizah berdrama di dalam menentukan masa depan politik Dr Mahathir. Di hadapan khalayak ramai, Wan Azizah menampakkan seolah-olah beliau telah bersedia memaafkan segala dosa Dr Mahathir terhadap Anwar tetapi apabila berhadapan dengan penyokong PKR, lain pula pendekatannya.

Pandangan TSAM adalah tepat sekali apabila mengatakan yang pakatan pembangkang ini mempunyai agenda masing-masing yang tersendiri dan juga mereka sentiasa mendahulukan kepentingan peribadi yang tidak langsung meletakkan agenda nasional. Justeru, ia sangat merbahaya jika diberi mandat untuk memerintah negara.

Ia adalah sangat jauh bezanya dengan perjuangan UMNO/BN yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan pro-rakyat yang sentiasa cuba menangani segala bentuk masalah rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

Persoalannya sekarang, apakah Wan Azizah, Anwar dan PKR adalah Top Dog yang akan menentukan nasib politik Dr Mahathir dan PPBM?

Wednesday, May 17, 2017

WAN AZIZAH VIA SECRETARY GENERAL VS AZMIN

If PAS is dignified and honourable, all existing positions in the Selangor state government must be relinquished. That insistence comes from PKR secretary-general Saifuddin Nasution, who at the same time is the Strategic Advisor to Lim Guan Eng in Penang effective January. His position as the PKR secretary-general was returned to him after Rafizi court cases for disclosing 1MDB audit reports.If we are to take a closer review at Saifuddin’s statement, one can say that he is not Azmin’s man but a favour to Wan Azizah. Given a position in Penang by Guan Eng, without any doubt, he is likely to be DAP’s spokesperson too.

PAS has initially in their recent muktamar decided unanimously to sever political ties with PKR, and now it is officially concluded through the decision of the Syura Council, the highest body of the party. But in the other situation, a decision to continue cooperation with Pakatan Harapan is not applicable in Selangor and Azmin too insisted on retaining those PAS leaders who are holding positions in his alliance.

Saifuddin’s statement is not merely intended to PAS but it will be more accurate to say that he is actually pointing them to Azmin Ali who is under pressure from within his own party to relinquish his position from his Minister Besar seat. Azmin was sworn in as Selangor MB after PKR’s and DAP’s single choice for Wan Azizah failed to receive consent from Sultan Selangor. Indeed, PAS President Hadi Awang meet with the Sultan to propose others is favoured and hence Azmin is chosen.

Notwithstanding the secretary-general’s insistence that was done in PKR’s official statement, PAS and Azmin did not take any heed to either carry them out or honour them. So much so, Hadi Awang insinuated Saifuddin as a worthless salesman.

Saifuddin’s official release are PKR’s voices and hence it represents the President too. Aware that Azmin will never accord and has every tendency to challenge her, hence to avoid from seen as boldly resisted publicly and Azmin being too powerful in Selangor, Wan Azizah needs to voice her dissatisfactions through others.

If Saifuddin is to adopt measures taken by DAP in Penang, where all PAS representatives are kicked out as soon as Pakatan Rakyat is dissolved, but unfortunately DAP did not dare to act against Azmin to do the same to PAS in Selangor. PAS is indeed easily pushed aside in Penang when they only have one ADUN seat but in Selangor, it is totally a different scenario.

Even though there are split in PAS, they still maintained more seats compared to PKR in which if they decided to join force with Selangor opposition, PKR will be at their deathbed eventually. Saifuddin should not forget that PKR’s nationwide support previously and even in the coming general election comes solidly from PAS.

Thus, the Azmin’s ‘farce’ to show as though everything is OK in Selangor and by maintaining his PAS allies in his line, this clearly indicates that the President’s man such as Saifuddin does not sell too well, yet Azmin has proven that he has no intention to move away even for an inch from his seat. They apparently are now compelled to submit to ‘Azmin’s Move’ rather than their own ‘Kajang Move’.

Friday, March 11, 2016

HIDDEN AGENDAS IN PEOPLE’S DECLARATION


To what extent is the People’s declaration led by Dr Mahathir will succesfully impact the nation? Even it is a talking point among the people since launched on last Friday,  skeptics and disagreements has started to surface within less than a week from both sides of their staunch supporters and even their leaders.

It is crystal clear that each of those present are only concerned with their own personal agenda. This is where the drama plot shall starts to differ even if the sole intention is to topple Prime Minister Najib Razak. But each of their hidden personal agenda could be seen clearly written on the wall.

Wan Azizah and Guan Eng absence is a BIG question... WHY?

Further read... HERE

Monday, October 20, 2014

BILA TERBUKTI WAN AZIZAH MEMFITNAH FELDA, IA JUGA ADALAH ANUGERAH TUHAN


Tajuk artikel Suara Keadilan -  'Felda Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' telah dibuktikan di mahkamah ia adalah FITNAH!

Ia juga telah menyebabkan Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd dan Rusnizam Mahat disaman oleh Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan Suara Keadilan itu menjejaskan imej mereka.

Ketika kes ini berjalan di mahkamah, 2 perkara yang terang-terang membawa kepada kemenangan kes. Pertama, apabila peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Presiden PKR telah mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Keduanya, apabila editor Suara Keadilan ketika itu, Dzulkarnain Taib telah memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Felda dan FGV dengan menjelaskan bahawa sememangnya niat menerbitkan artikel-artikel tersebut adalah bertujuan memfitnah dan memperkecilkan pihak Felda dan syarikat pelaburannya serta merosakkan reputasi mereka.

Dzulkarnain Taib seterusnya memberi keterangan di dalam mahkamah, tajuk 'Felda Bankrap' itu sengaja diterbitkan akhbar itu mensensasikan isu-isu Felda. Sebagai editor 'Suara Keadilan' pada masa itu, beliau telah menyarankan bahawa tajuk utama berada dalam bentuk soalan dan menyarankan bahawa kenyataan seperti itu boleh membawa kepada saman fitnah. Namun pengurusan kanan PKR 'Suara Keadilan' berkeras terus dengan niat untuk menyebabkan kerosakan maksimum.

Namun, peguam yang mewakili barisan Suara Keadilan, Francis Pereira telah membangkitikan mengenai keupayaan Felda untuk memulakan saman terhadap anak guamnya dengan alasan Felda menjadi sebuah badan berkanun yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, dengan alasan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu .

Malah N Surendren juga pernah cuba mempertikaikan kes ini kononnya FELDA dan FGV tidak boleh saman Suara Keadilan kerana menurut Surendren FELDA tidak boleh saman kerana FELDA ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat.

Akhirnya, oleh kerana terlalu yakin dengan hujah separuh masak mereka, kebenaran telah dibuktikan di mahkamah apabila Wan Azizah dan barisan Suara Keadilan didapati bersalah

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. Hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. Felda juga berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pernah mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak mengorbankan Felda demi kepentingan politik mereka. Felda akan bercakap atau menulis berkenaan perniagaan untuk menguntungkan peneroka sendiri tetapi 'makhluk perosak' seperti ini bercakap soal politik sahaja tanpa memikirkan apa terjadi kepada Felda akibat perbuatan mereka.

Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA
Hari ini, telah terbukti kata-kata Tan Sri Isa sangat bertepatan di mana kumpulan ini merupakan makhluk perosak dan tidak akan memikirkan implikasi dari kenyataan-kenyataan yang dibuat.
PKR dan Suara KeAdilan telah membuktikan bahawa kekuatan politik mereka hanya bermodalkan ‘politik fitnah’, ‘politik kebencian’,  'politik tohmahan' dan ‘keyakinan palsu’, maka fahamlah kita bahawa ia juga merupakan satu anugerah tuhan kepada mereka-mereka yang berada di dalam PKR.

Tuesday, May 06, 2014

PRESIDEN PARTI POLITIK PALING TIDAK BERMARUAH DI DUNIA



Selepas Pilihanraya Umum 2004, Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya semenjak gerakkannya dengan pelbagai nama seperti Parti Rakyat Malaysia, GERAK, ADIL dsb. semenjak 1998. Semenjak itu, Wan Azizah  adalah Presidennya sehingga kini.

Satu laporan dari Utusan Malaysia bertajuk "Tindakan Wan Azizah diselar, lari daripada tanggungjawab" telah menunjukkan siapakah Wan Azizah selaku Presiden PKR sebenarnya;

PULAU PINANG 5 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.
Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang’ yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.
Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.
"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ke­tua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pemilihan semalam, jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Amir Md. Ghazali.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi.
Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli-ahlinya sendiri selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.
Aminah menambah, tindakan Wan Azizah juga menunjukkan beliau bimbang berlaku penolakan terhadapnya dalam kalangan ahli PKR Permatang Pauh.
"PKR ini hanya gah disebabkan Anwar sahaja dan pemimpin lain termasuk Wan Azizah sendiri tidak ada tempat dalam parti termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri," katanya.
Mengenai insiden kekecohan memalukan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini, Aminah berkata, perkara itu bukan menghairankan kerana pemilihan tersebut berlangsung dalam keadaan parti tiada hala tuju.
"Sepatutnya pada tahap ini PKR sudah matang mampu mengadakan pemilihan dengan sempurna dan lancar tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan parti ini lemah.
"Kalau pemilihan parti pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana untuk mentadbir negara?" katanya.

Menarikkan? Itulah perangai sebenar Wan Azizah yang licik berpolitik samada di luar atau dalam parti politiknya.

Apakah tindakan Wan Azizah adalah kerana Pulau Pinang telah didominasi DAP dan PKR perlu kukuhkan kuasa mereka di Selangor?

Kita tahu PAS ada Kelantan dan DAP ada Pulau Pinang tetapi Selangor adalah berkongsi kuasa di kalangan parti politik pembangkang dan PKR mempunyai kerusi DUN yang paling sedikit.

Oleh kerana kroniknya situasi kedudukan PKR selepas PRU13, maka Anwar dan Wan Azizah perlu mengukuhkan survival parti mereka walaupun terpaksa mengkhianati ahli dan pengundi mereka.

Wan Azizah bukanlah seorang yang mampu berkhidmat kepada rakyat tetapi oleh kerana sikap wanita yang hanya menurut kata suaminya dan survival politik keluarganya, beliau perlu akur dengan kehendak suami walaupun di dalam parti beliau ialah seorang PRESIDEN.

Inilah sebenar perangai dan tujuan Presiden PKR dan adakah kriteria seorang Presiden Parti Politik yang perlu dimegahkan?

 

Friday, March 14, 2014

#PRKKajang : WAN AZIZAH CALON BONEKA… SERBA TIDAK TAHU!

 
Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.

Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.

Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar.   Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.    

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang.  Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon.  Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri.   Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.  Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah.  Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.  Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.  

Maka jelaslah,  Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin?   Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.  Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN.  Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi.  Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun.  Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.  Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.  Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?


Thursday, March 13, 2014

ADAKAH WAN AZIZAH SEORANG WANITA... ZURAIDA MESTI JAWAB!!!

Adakah kita masih ingat cemuhan Zuraidah terhadap Datin Paduka Chew Mei Fun ketika dicalonkan untuk bertanding di PRK N25 Kajang?

Apa kata beliau?

 
Ketua Wanita PKR,  Zuraida Kamarudin yang menyifatkan pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil Kajang akan datang. YB Zuraida juga memberi alasan bahawa MCA hanya akan meletakkan calon lelaki jika ia akan membawa kemenangan.

Pada Zuraida, ia berbeza dengan calon yang diletakkan di pilihanraya kecil Kajang yang akan datang di mana MCA telah menamakan Datik Paduka Chew Mei Fun sebagai calonnya dan sekiranya BN kalah maka DP Mei Fun akan dipersalahkan nanti.

Sekarang, Wanita MCA mencabar Wanita PKR supaya mereka tidak bersetuju dengan kata-kata Ketua Wanita mereka yang terdahulu setelah meletak pencalonan seorang wanita dari MCA sebagai di'kambing hitamkan' kaum lelaki dari BN.

Apa yang berlaku hari ini, Wan Azizah telah dicalonkan PKR mengganti suaminya setelah didapati bersalah di dalam isu LIWAT KEDUANYA.

Maka, apakah jantina Wan Azizah?

Seandainya, wanita PKR berprinsip dan tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanitanya, maka PKR perlu menyingkirkan Ketua Wanitanya kerana masih
menghina pencalonan Wan Azizah kerana jantinanya. Zuraida juga perlu disingkirkan dari perlantikannya sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa pilihanraya kecil
PRK Kajang.

Apabila pencalon Chew Mei Fun diumumkan pada 21 Februari lalu, Zuraida telah mencemuh Mei Fun kerana menerima tawaran untuk bertanding dan akan merosakkan peluang kaum wanita untuk bertanding di masa hadapan.

Setelah rasmi Wan Azizah bertanding mewakili PKR, ternyata kata-kata cemuhan Zuraida terhadap Mei Fun adalah SALAH sama sekali dan beliau juga ternyata menghina maruah kaum wanita.

Seandainya Zuraida seorang yang bermaruah dan juga maruah barisan wanita PKR, beliau seharusnya meletak jawatan, memohon maaf dan tidak perlu untuk PKR mengambil tindakan terhadapnya.

Kita juga tertanya-tanya, Zuraida sebagai seorang wanita dan seorang ahli politik wanita, sepatutnya mendukung hak politik dan sosial serta kedudukan wanita dalam peluang yang diberi untuk bertanding di mana-mana pilihanraya. Tetapi, Ketua Wanita PKR sangat 'double standard' di mana pencalonan Wan Azizah disokong tetapi mencemuh Mei Fun. Adakah ini level Ketua Wanita PKR yang perlu dibanggakan ahli-ahlinya?

DI MANA MARUAH AHLI-AHLI WANITA PKR SEKARANG? APAKAH ZURAIDA MASIH LAYAK SEBAGAI KETUA WANITA PKR?

WAN AZIZAH MARAHKAN KHAIRY KERANA BIADAP???

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail ‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggelarnya sebagai "boneka" kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah semalam dilaporkan berkata, Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah tertindas.

“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita” katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.
 
DEFINASI SOPAN DAN HORMAT WAN AZIZAH?





 
KHAIRY BIADAP?
 
Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah menegur tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti ‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar.

Malah mereka juga sebelum ini sering melabelkan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran. Mengapa semua itu tidak diambil kira?

Mungkin Wan Azizah beranggapan, apabila pimpinan muda PKR mengutuk dan menghina ‘orang tua’ di dalam BN ia dibenarkan dan tidak menjadi isu. Tetapi apabila ia melibatkan pembangkang ia biadap?

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.
 
Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihnaraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

Sedangkan apabila diteliti, kenyataan Khairy ini ada asasnya. Pilihanraya kecil Kajang ini terpaksa diadakan apabila Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding.

Malah perkara itu turut diakui oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan ia adalah merupakan sebagai daripada startegik #LangkahKajang yang diambil oleh parti itu bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Ia juga bagi membolehkan Anwar menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum dilihat lemah dalam mengurus pentadbiran negeri. Tambah memburukan keadaan apabila, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sering menjadikan Khalid sebagai ‘punching bag’ kerana dirasakan menjadi penghalangnya untuk menguasai pentadbiran negeri.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Atas sebab itu juga, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding yang akhirnya menyebabkan Wan Azizah dipilih untuk menjadi calon 'bidan terjun'.

Sunday, March 09, 2014

SEKARANG KAK WAN GANTI ANWAR... CALON AIR MATA #PRKKajang

Baru beberapa hari, blog ini menulis mengenai pelan 'B' Anwar di PRK Kajang nanti dan bakal memilih Wan Azizah menggantikan beliau setelah mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes sodomi II, justeru beliau dihukum penjara 5 tahun.

Peguamnya, Karpal Singh juga berpendapat bahawa Anwar tidak layak bertanding.


Dengan ini, sah Anwar dan PKR meletakkan Presidennya, Wan Azizah menggantikan pencalonan Anwar.

Oleh itu, kita tunggu apa seterusnya strategi Wan Azizah pula. Yang pasti, beliau akan berkempen menjaja simpati dan menjual air mata dan anak-anaknya serta cucunya berbanding Mei Fun yang akan menawarkan perkhidmatan pengalaman dan integritinya kepada rakyat Kajang

Apakah air mata Wan Azizah, anak-anaknya serta cucunya mampu membeli undi Kajang?

Sekarang Khalid Ibrahim sudah mampu tersenyum kerana semua telah maklum, Wan Azizah lebih memihak kepada beliau.

Kepada Azmin n gang, apakah mereka akan sabotaj kali ini?

Kita tunggu saja permainan jelek mereka nanti...

Friday, March 07, 2014

PELAN 'B' ANWAR ... WAN AZIZAH VS #ComeyFun di #PRKKajang



PRK Kajang adalah PRK paling kotor dalam sejarah kerana ia diadakan semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang gila publisiti dan kuasa.   

Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah.   PRK ini adalah cara terbaik untuk Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut.  Di samping itu, PRK Kajang juga boleh dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN sekiranya beliau kalah dalam perbicaraan nanti.   Skrip yang dijangka ialah ‘BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana takut beliau menjadi Menteri Besar’.

Ini boleh dikaitkan dengan kata-kata N Surendran, Timbalan Presiden KEADILAN apabila mempertikai tarikh perbicaraan Sodomi II Anwar dan mengaitkan dengan hari penamaan calon.

Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman PKR yang semakin meruncing, membuatkan Anwar semakin buntu.  

Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah ‘Allah’.  
 
Harapan beliau, keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya.   Dijangka, momentum ketegangan akan dipertingkatkan sehingga ke hari  keputusan
perbicaraan diumumkan.

Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa untuknya.  Semua orang sibuk menguruskan masalah masing-masing, terutama masalah air dan juga denggi di Selangor.   Malah, Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun sebelumnya.   Ramalan bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi nyata.

PELAN 'B'

Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja.  Kita pasti, Anwar telah bersedia dengan ‘Pelan B’ sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang dirancangnya.

Oleh itu, kita percaya yang Anwar tidak akan bertanding di Kajang.  Antara desas-desus yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang tetapi bukan dirinya.

Tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini. Mungkin tiada apa-apa, tetapi sekadar untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur langkah.  

Nurul Izzah dan Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di Kajang.  Kita tidak pasti bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke Putrajaya.

Namun, apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah.  Beliau sudah sampai ke penghujung jalan yang salah, dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.  

Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar.  Pun begitu, Anwar sendiri tahu bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.

Justeru, kita percaya, seperti juga kita semua, Anwar sendiri tidak tahu apakah perancangannya yang seterus melalui PRK Kajang.  Apa yang kita tahu, BN akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan  kerakusan nafsu politik Anwar dalam PRK ini, tidaklah sia-sia.