Showing posts with label #PRKKajang. Show all posts
Showing posts with label #PRKKajang. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

MEI FUN BERHARAP WAN AZIZAH TUNAIKAN MANIFESTO KAJANG


Keputusan rasmi PRK Kajang berpihak kepada PKR sebanyak 16,741 dan BN sebanyak 11,362 dengan majoriti  5,379.

Walaupun BN telah kalah, namun apa yang dapat dibanggakan ialah PKR gagal menambah majoriti dan MCA berjaya meningkatkan undi cina dari 16% ke 25% serta mengakui kurang sokongan pengundi muda. Oleh itu, BN telah berjaya mengurangkan majoriti PRU13 dan target DAP agar Mei Fun hilang wang pertaruhan juga telah GAGAL!

Berikut adalah mesej calon BN kepada pengundi Kajang, rakan-rakan BN dan terutamanya kepada Wan Azizah;

KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun
23.03.2013

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.


#PRKKajang : LAPORAN LANGSUNG DARI #KAJANG @chewmeifun


Hari ini rakyat Kajang menentukan masa depan mereka dalam pilihanraya kecil.

Ikuti laporan langsung perkembangan yang berlaku di Kajang;

Doa Mei Fun di pagi hari sebelum melawat PDM


20.22 mlm – PDM Majoriti Cina yang merupakan kubu kuat bagi PKR iaitu Sungai Chua 1 sehingga 5 menyaksikan penurunan majoriti PKR yang amat ketara.  Pada PRU-13 kelima-lima PDM ini telah menyumbang sebanyak 5,705 majoriti bagi PKR, namun bagi PRK Kajang kali ini, penurunan majoriti sebanyak 1,592 undi telah berlaku. Kaum Cina berkemungkinan berasa PRK kali ini sia-sia dan tidak perlu untuk membuang undi.

20.10 mlm - Didapati 4 PDM majoriti PKR meningkat iaitu PDM Saujana Impian, Taman Mesra, Kantan Permai dan Bandar Kajang yang berjumlah hampir 500 peningkatan majoriti. Ini mungkin kerana pengundi BERJASA pada PRU-13 yang berjumlah hampir 400 undi mengundi Wan Azizah atas dasar kaum Melayu/Islam.

20.09 mlm – Sekiranya diambil kira keputusan undi awal adalah sama dengan PRU-13, maka PKR menang dengan majoriti 5,707

20.03 mlmKeputusan Keseluruhan Tidak Rasmi BN 10,323, PKR 16,774. Maka dengan ini secara tidak rasmi PKR menang 6,451 undi. (Tidak termasuk Undi AWAL)

20.02 mlmKeputusan Penuh PDM Taman Mesra BN 423, PKR 557 PKR Menang  Majoriti = 134

20.00 mlm – Daripada analisis mudah yang dijalankan, didapati BN kalah di kebanyakan saluran khusus untuk golongan muda. Penurunan peratusan pengundian juga berkemungkinan adalah kerana pengundi atas pagar yang condong ke arah BN tidak mahu keluar mengundi kerana sudah tahu BN akan kalah.

19.50 ptg – BN 9,900 PKR 16,217 PKR Menang Majoriti = 6,317 (Tidak termasuk PDM TAMAN MESRA)

19.48 ptg – Kami masih menunggu keputusan daripada PDM TAMAN MESRA SAHAJA

19.45 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Delima BN 631, PKR 625 BN Menang Majoriti = 6
 
19.43 ptgKeputusan Penuh PDM Kantan Permai BN 1,031, PKR 1,350 PKR Menang Majoriti = 319

19.40 ptg –  BN 8,405, PKR 14,424, PKR Menang Majoriti = 6,019

*Tidak termasuk

PDM Taman Mesra

PDM Kantan Permai

PDM Taman Delima
19.39 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua 5 BN 366, PKR 1099 PKR Menang Majoriti = 733

19.35 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Delima BN 622, PKR 775 PKR MenangMajoriti = 153

19.25 ptg - BN 7,417, PKR 12,550 PKR Menang Majoriti = 5,133

*Tidak termasuk
PDM Saujana Impian
PDM Taman Mesra
PDM Sungai Chua 5
PDM Kantan Permai
PDM Taman Delima

19.30 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua Satu BN 831, PKR 2,545 PKR Menang Majoriti = 1,714
 
19.20 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua Dua BN 481, PKR 1,547 PKR Menang Majoriti = 1,066

19.17 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Kajang Baharu BN 927, PKR 1,721 PKR Menang Majoriti = 794

19.15 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Sekamat BN 1,603, PKR 1,648 PKR Menang Majoriti = 45 undi

19.12 ptgKeputusan Penuh PDM Bandar Kajang BN 286, PKR 576 PKR Menang Majoriti = 290 undi

19.11 ptgKeputusan Penuh PDM  Kajang BN 569, PKR 1,019  PKR Menang Majoriti = 450 undi

19.04 ptg – Setakat ini PKR mendahului dengan majoriti 2,157 undi

18.55 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Kantan BN 1,038, PKR 813 BN Menang Majoriti = 225 undi

18.53 ptgKeputusan Penuh PDM Batu 10 Cheras BN 578, PKR 427 BN Menang Majoriti = 151 Undi

18.49 ptg – Setakat ini PKR mendahului dengan majoriti 2,204 undi

18.48 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Kota Cheras BN 638, PKR 1,185 Majoriti PKR Menang = 545 undi

18.47 ptgKeputusan Penuh PDM Sg. Chua Tiga BN 164 PKR 410 Majoriti PKR Menang = 286 undi

18.45 ptg – Taman Delima Saluran 2 BN 167 PKR 182 Majoriti PKR Menang = 15 undi

18.44 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 4 BN 131, PKR 234 Majoriti PKR Menang = 103 undi

18.42 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 3 BN 153, PKR 236 Majoriti PKR Menang = 83 undi

18.40 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 5 BN 101, PKR 240 Majoriti PKR Menang = 139 undi

18.30 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua 4 BN 157, PKR 369 Majoriti PKR Menang = 312 undi



5.00ptg

PDM Taman Mesra mencatatkan keluar mengundi tertinggi dengan 77.66% manakala PDM Taman Kota Cheras terendah dengan 46.97%.

Kesemua 16 pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Peti-peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di sini pada bila-bila masa sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan akan diketahui seawal pukul 9 malam ini.


2.00tgh

PDM Taman Mesra



1.00 tgh

Terkini! : Banyak cubaan, banyak dugaan! Kita teruskan kempen berhemah! Terus gerakkan pengundi putih kita! Jmlh pengundi putih belum keluar:-
1) Taman Kota Cheras: 1,090/1,459
2) Sg Sekamat: 2,194/3,413
3) Saujana Impian: 512/850
4) Taman Mesra: 523/742
5) Sg Kantan: 1,071/1,852
6) Taman Kajang Baharu: 934/1,271
7) Kajang: 364/741
8) Sg Chua 1: 844/1,077
9) Sg Chua 2: 464/573
10) Sg Chua 3: 62/94
11) Sg Chua 4: 107/166
12) Sg Chua 5: 244/332
13) Taman Delima: 856/1,372
14) Kantan Permai: 1,195/2,020
15) Bandar Kajang: 195/395
16) Batu 10, Cheras: 452/973
Pengundi putih tlh keluar 53.2%. Bacaan semakin positif menyebelahi kita! Fokus keluarkan baki pengundi putih.


12.00tgh

Sehingga jam 11.00am - 12,288 / 32.29% telah keluar mengundi

Setakat jam 10 am...

TAMAN KOTA CHERAS - 9.86%
SUNGAI SEKAMAT - 11.04%
SAUJANA IMPIAN - 14.12%
TAMAN MESRA - 15.98%
SUNGAI KANTAN - 17.28%
TAMAN KAJANG BAHARU - 14.01%
KAJANG - 12.84%
SUNGAI CHUA SATU - 12.29%
SUNGAI CHUA DUA - 11.19%
SUNGAI CHUA TIGA - 12.87%
SUNGAI CHUA EMPAT - 14.16%
SUNGAI CHUA LIMA - 12.84%
TAMAN DELIMA - 11.01%
KANTAN PERMAI - 14.2%
BANDAR KAJANG - 18.41%
BATU 10 CHERAS - 12.51%
Pecahan kaum spt berikut
Melayu=5290
Cina=3330
India=708
Lain=120
Jumlah=9448 (24.05%)
Setakat jam 11.45 am
Keseluruhan keluar mengundi 24.05% (9448/39278)


--------------------------------------------------------------------------

Calon BN di PDM SMK Convent Jalan Gereja

















10.35 am


Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga




PDM SG KANTAN





PDM TAMAN DELIMA


PDM TAMAN BAHARU KAJANG


PDM BANDAR KAJANG





 9.00am








8.00am




Saturday, March 22, 2014

#PRKN25KAJANG : BIRUKAN #KAJANG UNTUK @chewmeifun


Sejurus penamaan calon, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniup semboyan kepada semua jentera kempen Barisan Nasional (BN), khususnya Pemuda supaya ‘memBIRUkan’ seluruh Kajang bagi menunjukkan parti itu sedia mengambil tanggungjawab membela rakyat di kawasan ini.

Pergerakan itu perlu sedar bahawa perjuangan atau jihad BN bukan sahaja untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi lebih utama bagi membela nasib seluruh penduduk.

Pesanan Tan Sri kepada jentera BN supaya memenangkan calon (Datin Paduka Chew Mei Fun) walaupun dengan hanya satu undi adalah satu tanggungjawab.

BN sebagai parti yang perjuangkan nasib rakyat perlu bertemu pengundi di setiap ceruk kampung dan di mana sekalipun.

Hanya tinggal sehari kempen pilihanraya Kajang akan berakhir, kini nampaknya MEMBIRUKAN KAJANG bukan saja berada di tanah Kajang, tapi di alam maya pun telah turut serta.

Komitmen memBIRUkan Kajang juga disambut baik oleh kesemua parti komponen BN;

Boleh dianggap inilah kempen pilihanraya kecil BN yang terbaik, apabila kita pasti dapat melihat di serata Kajang diBIRUkan.

Syabas kepada parti-parti komponen BN... kita mampu buktikan kita sememangnya bersatu hati menentang fitnah pembangkang.

BN boleh!

Kepada pengundi Kajang... BERILAH MANDAT KEPADA BN UNTUK MEMBANGUNKAN KAJANG

Friday, March 21, 2014

#PRKN25KAJANG : KEMPEN TANGKAP PENGUNDI HANTU... TAWARAN RM1,000



Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong akan menjalankan satu kempen untuk mengesan dan menangkap pengundi luar samada ia pekerja asing atau dari luar Kajang. Beliau juga telah menawarkan saguhati sebanyak RM1,000 kepada sesiapa saja yang berani menangkap pengundi dan dibawa ke mahkamah. 

Tawaran ini adalah komitmen MCA untuk membenteras sebarang berita-berita palsu yang BN sedang berusaha membawa pengundi-pengundi hantu ini.

Sebenarnya inilah permainan pihak pembangkang ketika PRU13 lalu di mana mereka menuduh BN telah mengimport 40,000 pengundi dari Bangladesh. Akhirnya, apabila diminta bukti mereka gagal tetapi tetap memainkan isu ini bagi menimbul keraguan dan kemarahan rakyat.

Tidak menjadi satu kejutan jika pembangkang akan menimbulkan isu ini. Kita tidak perlu tunggu terlalu lama apabila Neng Jijah telah mempersoal kononnya terdapat pertambahan pengundi yang mendadak ketika undi pos beberapa hari lalu. Yang berlaku, pertambahan hanyalah seramai 17 pengundi. Neng Jijah tidak pun memohon maaf kesilapan beliau walaupun digelar PENIPU BESAR oleh pihak SPRM.

Di samping itu, Dato Wee talah meminta kerjasama media untuk menyebar dan memaklumkan kepada sesiapa yang menyebarkan khabar angin yang bilik gerakan MCA akan mengeluar BRIM atau saguhati... MCA TIDAK BERI DUIT DI SINI. Tetapi kepada sesiapa yang sudi untuk menyebarkan risalah... DATANGLAH KE BILIK GERAKAN MCA.

Datuk Wee menegaskan yang MCA tidak akan menjadikan amalan memberi saguhati sebagai satu budaya.

Oleh itu, MCA memang bersedia dengan serangan yang lebih hebat dijangka berlaku hingga hari mengundi.


Thursday, March 20, 2014

#PRKN25Kajang : PENIAGA #KAJANG DIABAIKAN PKR... HABISLAH!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR telah gagal beri perkhidmatan yang baik kepada penduduk terutamanya peniaga di Pasar Kajang. Selama 6 tahun diberi kepercayaa rakyat Kajang, Lee Chin Cheh telah gagal beri perhatian terhadap in infrustruktur dan keselamatan di kawasan ini.

Rungutan peniaga telah diabaikan PKR dan kini Mei Fun berjanji berjanji akan memberi khidmat terbaik dan mendengar denyut nadi penduduk andai diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.


Pemimpin pembangkang pernah menuduh kerajaan BN tidak menunaikan janji pilihan raya, tetapi apabila tinjauan dibuat di sekitar Kajang, didapati peniaga-peniaga di sekitar bandar Kajang merungut kerana kerajaan Selangor telah mengenakan caj pintu dan lesen perniagaan yang sangat tinggi. 

Kenaikan lesen dari 46 hingga 500 peratus telah dikenakan dengan sewenang-wenangnya ddan kerajaan Selangor yang diterajui PKR hanya mengambil pendekatan membisu dan tidak memikirkan soal hidup orang susah.


Wednesday, March 19, 2014

#PRKN25KAJANG : DAP DAN PKR SEDAR KHIDMAT CEMERLANG MEI FUN



Dalam laporan FMT, Datuk Lajim Ukin dikatakan bimbang jika Mei Fun menang nanti, beliau akan meletak jawatan bila tidak sehaluan dengan bosnya nanti.

Iye benar, Datin Paduka Chew Mei Fun pernah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan juga dalam parti sebagai Ketua Wanita MCA, TETAPI ATAS ALASAN APA?

Sebelum diulang mengapa Mei Fun letak jawatan, kita buka semula siapa dan apa itu Lajim Ukin.

Sebelum PRU 13, Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort. Dia telah meletak semua jawatan dalam UMNO tetapi enggan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini pula kata DS Najib;
 
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini. Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan."

Namun Lajim telah lupa peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Timbalan Menterinya terbatal secara automatik.

Kemudian, Lajim menyertai PKR dan terus dilantik sebagai Ketua PKR Sabah sehingga menyebabkan tindakan 11 pemimpin PKR Sabah keluar parti. Mereka bukan hanya keluar parti, malah turut melahirkan sokongan terbuka kepada BN.

Lajim yang keluar UMNO kini melompat ke PKR juga kerana tidak sehaluan.

Berbanding Datin Paduka Chew Mei Fun yang dibimbangkan Lajim, di mana Mei Fun meletak jawatan di atas alasan tidak sehaluan tetapi beliau masih setia dengan parti. Alasan Mei Fun ialah mengenai prinsip dan integriti tetapi alasan Lajim tidak sehaluan, APA? Jika Lajim menyertai PKR, kita fikirlah sendiri alasannya dan yang pasti ia bukan integritinya.

Kini, Mei Fun dicabar Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Datuk Teng Chang Khim yang meminta beliau menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang dan menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

APA JAWAPAN MEI FUN?
"Saya kembali ke arena politik kerana saya mahu memperjuangkan prinsip yang betul.

"Saya ingin mengingatkan mereka bagaimana pilihan raya kecil ini diadakan iaitu PKR dengan sengaja mengosongkan kerusi ini dan mempermainkan prinsip demokrasi."

Lajim dan Teng Chang Khim TERLUPA bahawa Mei Fun telah keluar kenyataan pendiriannya terlebih dahulu sebelum mengotakan apa yang dikata. Ini adalah satu perbezaan besar berbanding dengan Lajim.

Belum lagi disentuh mengenai Anwar dan Neng Jijah. Kata akan letak jawatan tetapi masih teringin bertanding sana sini.

Kepada pengundi Kajang terutama wanita, nilailah rekod pencapaiannya dalam memperjuangkan hak golongan itu ketika menjadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum keluar mengundi Ahad ini.

Dan kepada pengundi yang lain, nilailah pencapaiannya berhubung perkara sama ketika tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

APA YANG MEI FUN TELAH LAKUKAN?

Beliau telah perjuangkan untuk kaum wanita agar pemberian suntikan Human Papilloma Virus (HPV) secara pecuma kepada remaja perempuan berumur 13 tahun.

Beliau juga pernah mengesyorkan kepada Parlimen bagi meminda peraturan mesyuarat supaya semua Ahli Parlimen tidak mengeluarkan perkataan lucah sewenang-wenangnya terhadap wakil wanita.

Mei Fun berkata gesaan Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor supaya beliau menarik diri dalam tempoh 48 jam daripada bertanding disifatkan amat menghina kredibiliti beliau.

Tidak cukup dengan perangai Kor Ming, Chang Khim dari DAP ini sebenarnya hanya ingin menghina Mei Fun. DAP sengaja memperlekeh kekuatan dan perkhidmatan yang disediakannya ketika menjadi Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal.

Ini semua adalah kerana DAP sedar rekod pencapaian Mei Fun yang sangat baik selama ini dan terbukti bahawa beliau memang berkhidmat untuk masyarakat di PJ Utara.

NENG JIJAH PENIPU MELAMPAU, KATA SPR


Ada yang marah apabila Wan Azizah dipanggil Kak Wan kerana bagi mereka beliau tidak layak dipanggil kakak kerana beliau adalah seorang nenek sekarang. Itu adalah gurauan yang kedengaran di PRK Kajang.

Oleh itu, apakah gelaran yang lebih tepat? Maka ada beberapa rakan yang menyarankan beliau dipanggil "NENG JIJAH" dan rasionalnya adalah beliau sebagai seorang perempuan yang pura-pura berlakun menjual air mata.

Rupa-rupanya memang tepat gelaran tersebut. Dengan menjual air mata, neng jijah menjaja airmatanya untuk keadilan suami di pilihanraya Kajang.

Dan lebih tepat gelaran namanya, apabila bukan saja beliau menagih simpati dengan airmata tetapi cuba menipu rakyat.

Semalam berlangsung pengundian awal di Kajang dan Neng Jijah telah menjerit apabila pihak SPR tidak membenarkan wakil bertanding memantau dan terus membuat andaian yang SPR telah sengaja membuat pertambahan pengundi yang sangat banyak berbanding jumlah pengundi semasa PRU13.

Ketika PRU 13, Neng Jijah kata jumlah pengundi awal hanyalah 300 dan di PRK Kajang, SPR telah menambah ke 1,197.

Aduhai Neng Jijah... selepas berlakon kini menipu?

Ini penjelasan Tan Sri SPR;

"Jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu.

"Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan satu pembohongan besar dan melampau.

"Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan, maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Apa dah jadi dengan jentera pilihanraya PKR Neng Jijah? Tak semena-mena kamu dipanggil NENG JIJAH PENIPU pula.

Inilah contoh apabila asyik mengharapkan orang lain membuat kerja dan jika diberi maklumat palsu pun kamu tak tau. Apakah kamu layak menjadi wakil rakyat Kajang?

Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang : ISU SEKOLAH CINA... PKR ATASI MEI FUN?



Walaupun PKR adalah parti yang terdiri dari pelbagai kaum, tetapi nampaknya cina dalam PKR lebih rasis daripada DAP yang 95% adalah dominan kaum Cina. Ini dapat dibuktikan dalam kenyataan mereka di akhbar Harakah yang dipetik;

"Ketika isu sekolah ini timbul, Mei Fun yang merupakan Ahli Parlimen PJU bukan sahaja tidak membela nasib sekolah tersebut tetapi tidak pernah datang ke sekolah tersebut.

"SJK(C) Damansara ini terletak dalam kawasan parlimen beliau, tetapi beliau tidak mengambil berat dalam isu tersebut," jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

PKR bukan saja rasis tetapi telah membuat fitnah terhadap kredibiliti Mei Fun dengan tuduhan yang beliau akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih sebagai Adun Kajang.

Ini pula penjelasan Datin Paduka Chew Mei Fun;

Antaranya;
“Sekolah itu tidak pernah tutup. Kita ikut permintaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan pengurusan sekolah untuk pindah ke lokasi lebih besar, lebih kondusif dan sesuai supaya lebih ramai murid dapat belajar,”

“Itulah satu-satunya SJKC yang ada pendidikan istimewa. Tuduhan (pembangkang) saya tidak peduli adalah satu pembohongan. Itu untuk merosakkan imej serta hina saya. Hakikatnya, apa yang mereka cakap berbeza dengan mereka yang tahu (perkara sebenar).”

"Pemindahan sekolah itu juga merealisasikan permintaan ibu bapa."

“Mana ada elemen yang saya akan tutup sekolah Cina?"

DI MANA RASIONAL TUDUHAN PKR?

Berlatar belakangkan pendidikan Cina dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, apa mungkin Mei Fun akan menutup SJKC dan melakukan sesuatu yang akanmemudaratkan pendidikan Cina jika dipilih sebagai wakil rakyat Kajang?

Beliau memperoleh Sarjana Muda Dalam Pengajian Cina di Taiwan, dan menyambung pengajian di Universiti Tunku Abdul Rahman, UTAR, dengan membuat kajian mengenai masyarakat Cina Malaysia.

Inilah perangai PKR, apabila isu tempatan GAGAL ditangani ketika 6 tahun diberi peluang berkuasa di Kajang, kini dengan menimbulkan fitnah, mereka berharap dapat merosakkan imej Mei Fun.

Pendekatan tepat yang digunakan Mei Fun untuk menguatkan budaya Cina dengan kaum lain, bertepatan dengan ikrar Mei Fun kepada penduduk kajang sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

 

JIKA KOR MING KENCING BERLARI, PENGIKUT KENCING... MENGEPIT?

Kita masih ingat, cemuhan Nga Kor Ming menggelar calon PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan pelbagai gelaran dan sengaja memanggil Mei Fun dalam bahasa kantonis iaitu 'mee goreng'. Kor Ming juga telah mengaitkan Mei Fun sebagai pembantu rumah hanya kerana beliau memegang penyapu dalam satu gotong royong bersama masyarakat Kajang dan Mei Fun menggunakan objek seterika lama sebagai simbol di dalam mesejnya pada hari wanita sedunia.


Berikut adalah terjemahan lambang seterika tersebut;

"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

Dengan sabar Mei Fun hanya dapat mengatakan Kor Ming sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukan mencemuh tugas-tugas seorang wanita.

KOR MING KENCING BERLARI...

Perangai pemimpin DAP yang gemar mengguna pendekatan mencemuh pihak lawannya terutama seperti Nga Kor Ming inilah yang menjadi ikutan penyokong-penyokong mereka.

Memang benar kata Datin Paduka Chew Mei Fun, Kor Ming sepatutnya menjadi pemimpin contoh yang baik dan bukan sebaliknya.

Terkini, Mei Fun telah diserang sekali lagi dengan menyebar ilustrasi gambar yang tidak sopan di media sosial.


Wanita MCA telah mengutuk perbuatan hina 'cyber bullies' yang terang-terang bertujuan menjatuhkan maruah dan seterusnya merosakkan personaliti Mei Fun. Tingkah laku yang memalukan ini amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali.
 
Bagi menghalang perkara terkutuk ini berlaku lagi, pengundi Kajang hendaklah bersama-sama Datin Paduka Chew Mei Fun membela keadilan terhadap maruah wanita yang telah dicemuh pihak Pakatan Rakyat.

Berilah undi kepada Chew Mei Fun dan nayatakan secara terang-terangan
dengan mengatakan "TIDAK". Dengan ini kita sama-sama menunjukkan protes kepada perbuatan terkutuk terutama penganiayaan terhadap kaum wanita .



Monday, March 17, 2014

CALLING... CALLING... MEI FUN?


Saya tidak pernah menukar nombor telefonnya sejak 1992... Saya tidak akan tukar!
Ini janji saya, mereka yang nak cari saya dapat hubungi saya.

Ramai yang sering mengeluh bila ingin berhubung dengan wakil rakyat masing-masing tetapi berlainan dengan Datin Paduka Chew Mei Fun apabila nombor telefonnya kekal semenjak 1992. Ini terbukti Mei Fun bukan sekadar bercakap untuk kempennya tetapi telah membuktikan bahawa beliau seorang yang mudah dihubungi rakyat pada bila-bila masa.

Bukan setakat mudah dihubungi tetapi Mei Fun juga akan turut bersama-sama rakyat menyelesaikan masalah mereka. Beliau pernah berkata bahawa masalah rakyat akan diatasinya sendiri.

Betapa untungnya rakyat Kajang, seandai Mei Fun diberi peluang memenangi pilihanraya kecil nanti. Bukan sahaja boleh dihubungi tetapi pada bila-bila masa dan beliau akan turut bersama-sama.


Inilah untungnya apabila pengalaman Mei Fun yang pernah meneraju beberapa NGO serta komitmentnya dalam menangani masalah masyarakat.

Yang pasti, pengalaman dan dedikasi beliau akan dicurahkan kepada masyarakat Kajang.

Maka, kepada rakyat Kajang... rebutlah peluang ini dan jangan disia-siakan undi anda. Kepada kami yang bukan masyarakat Kajang.... KAMI JEALOUS!


Sunday, March 16, 2014

KERANA PERMINTAAN RAKYAT #KAJANG... MEI FUN BERIKRAR


BN bertanding di pilihanraya kecil DUN Kajang bukan sekadar untuk meletakkan calonnya atau sekadar untuk menabur janji. Tetapi menyambung kesinambungan manifesto PRU13... JANJI DITEPATI.

Oleh itu, sejurus diumumkan sebagai calon PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun telah turun padang dan berkampung di Kajang dan meninjau apakah kehendak masyarakat di sana.

Mengakui menulis sendiri ikrar dan janji yang dilafazkan, rata-rata masyarakat Kajang khasnya dan rakyat Malaysia umumnya berpendapat ia adalah realistik dan praktikal.

Berdasarkan kepada kegagalan wakil rakyat PKR terdahulu yang pernah diberi mandat selama 6 tahun,  Mei Fun telah menggariskan 5 janjinya.

Apakah IKRAR Mei Fun?

  • Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor.
  • Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.
  • Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif.
  • Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

 
Apa pula JANJI Mei Fun buat Masyarakat Kajang?

  • Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.
  • Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan, longkang, lampu jalan dan kebersihan persekitaran.
  • Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular.
  • Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.
  • Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan.

Kenapa Mei Fun berani berjanji dan berikrar?

Jika dilihat latarbelakang dan 'track rocord' kerjanya, Mei Fun adalah seorang yang berprinsip dan rajin bekerja. Beliau pernah meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana tidak bersetuju perlantikan presidennya yang terlibat dengan soal moral. Walaupun telah meletakkan semua jawatannya di dalam parti dan kerajaan, Mei Fun tidak langsung merajuk ataupun beralih arah ke parti lain, namun beliau tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan melalui NGO.

Bertepatan dengan tema kempennya, "DEMI INTEGRITI DAN KREDIBILITI', calon BN ini berjanji dan berikrar untuk DITUNAI BUKAN DIGADAI ... maka inilah calon yang pasti akan membawa kesejahteraan rakyat Kajang nanti.


Friday, March 14, 2014

#PRKKajang : WAN AZIZAH CALON BONEKA… SERBA TIDAK TAHU!

 
Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.

Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.

Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar.   Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.    

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang.  Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon.  Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri.   Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.  Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah.  Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.  Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.  

Maka jelaslah,  Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin?   Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.  Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN.  Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi.  Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun.  Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.  Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.  Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?


Thursday, March 13, 2014

ADAKAH WAN AZIZAH SEORANG WANITA... ZURAIDA MESTI JAWAB!!!

Adakah kita masih ingat cemuhan Zuraidah terhadap Datin Paduka Chew Mei Fun ketika dicalonkan untuk bertanding di PRK N25 Kajang?

Apa kata beliau?

 
Ketua Wanita PKR,  Zuraida Kamarudin yang menyifatkan pencalonan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil Kajang akan datang. YB Zuraida juga memberi alasan bahawa MCA hanya akan meletakkan calon lelaki jika ia akan membawa kemenangan.

Pada Zuraida, ia berbeza dengan calon yang diletakkan di pilihanraya kecil Kajang yang akan datang di mana MCA telah menamakan Datik Paduka Chew Mei Fun sebagai calonnya dan sekiranya BN kalah maka DP Mei Fun akan dipersalahkan nanti.

Sekarang, Wanita MCA mencabar Wanita PKR supaya mereka tidak bersetuju dengan kata-kata Ketua Wanita mereka yang terdahulu setelah meletak pencalonan seorang wanita dari MCA sebagai di'kambing hitamkan' kaum lelaki dari BN.

Apa yang berlaku hari ini, Wan Azizah telah dicalonkan PKR mengganti suaminya setelah didapati bersalah di dalam isu LIWAT KEDUANYA.

Maka, apakah jantina Wan Azizah?

Seandainya, wanita PKR berprinsip dan tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanitanya, maka PKR perlu menyingkirkan Ketua Wanitanya kerana masih
menghina pencalonan Wan Azizah kerana jantinanya. Zuraida juga perlu disingkirkan dari perlantikannya sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa pilihanraya kecil
PRK Kajang.

Apabila pencalon Chew Mei Fun diumumkan pada 21 Februari lalu, Zuraida telah mencemuh Mei Fun kerana menerima tawaran untuk bertanding dan akan merosakkan peluang kaum wanita untuk bertanding di masa hadapan.

Setelah rasmi Wan Azizah bertanding mewakili PKR, ternyata kata-kata cemuhan Zuraida terhadap Mei Fun adalah SALAH sama sekali dan beliau juga ternyata menghina maruah kaum wanita.

Seandainya Zuraida seorang yang bermaruah dan juga maruah barisan wanita PKR, beliau seharusnya meletak jawatan, memohon maaf dan tidak perlu untuk PKR mengambil tindakan terhadapnya.

Kita juga tertanya-tanya, Zuraida sebagai seorang wanita dan seorang ahli politik wanita, sepatutnya mendukung hak politik dan sosial serta kedudukan wanita dalam peluang yang diberi untuk bertanding di mana-mana pilihanraya. Tetapi, Ketua Wanita PKR sangat 'double standard' di mana pencalonan Wan Azizah disokong tetapi mencemuh Mei Fun. Adakah ini level Ketua Wanita PKR yang perlu dibanggakan ahli-ahlinya?

DI MANA MARUAH AHLI-AHLI WANITA PKR SEKARANG? APAKAH ZURAIDA MASIH LAYAK SEBAGAI KETUA WANITA PKR?