Showing posts with label SJKC. Show all posts
Showing posts with label SJKC. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

APABILA DAP GAGAL BANTU SEKOLAH CINA DI PULAU PINANG, GUAN ENG SALAHKAN MCA


Hari ini kerajaan rasmi Pulau Pinang adalah DAP, maka segala pentadbiran dan harta kekayaan negeri ini adalah di bawah tanggungjawab DAP yang diketuai Lim Guan Eng sebagai Ketua Menterinya. Apabila Guan Eng sengaja timbulkan isu kelewatan pengagihan peruntukan RM50 juta kepada SJKC termasuk di negeri pemerintahan DAP, seperti biasa beliau akan salahkan MCA tetapi disebaliknya, DAP telah terbukti gagal membantu dalam erti kata yang sebenar iaitu menghulur bantuan kewangan.

Di dalam memperjuangkan nasib bangsanya sendiri pun, Guan Eng dan DAP tetap ingin berterusan membohongi mereka sehinggakan soal pendidikan dipermainkan untuk kepentingan politik DAP. Jika kita mendalami sejarah pendidikan untuk bangsa cina, DAP tidak pernah berani menunjukkan sebarang statistik bantuan kewangan. Dan kini apabila pengundi cina memberikan Pulau Pinang kepada mereka, DAP tetap gagal mengeluarkan sebarang statistik untuk SJKC di negeri itu.

Kelewatan mengagihkan bantuan bukan bermakna MCA telah gagal seperti yang dituduh Guan Eng dan DAP tetapi mereka sengaja tidak ingin mendapatkan penjelasan dari pihak Kementerian malahan memilih untuk mereka-reka andaian yang tidak berasas. Guan Eng dan laman web pro-DAP telah berulang kali menyatakan seolah-olah kelewatan ini akan mengakibatkan SJKC akan lumpuh untuk beroperasi serta guru-guru mereka tidak akan dibayar gaji dan murid-murid bakal dimangsakan.

Setelah pengumuman 'recalibration' ke atas bajet Bajet 2016, semua kementerian termasuk bajet Kementerian Pendidikan telah dikurangkan kepada RM16.5 juta untuk setiap aliran sekolah daripada pengumuman RM500 juta yang diumumkan. Maka setiap sekolah aliran ini telah menerima peruntukan RM16.5 juta ini kecuali SJKC. Ini adalah kerana MCA berpendapat bahawa jumlah RM16.5 juta ini tidak memadai untuk 800 buah SJKC.

Maka MCA telah memohon kerajaan persekutuan untuk mengekalkan peruntukan RM50 juta seperti tahun-tahun sebelumnya. Kepimpinan tertinggi MCA telah mengadakan perbincangan dengan PM Najib dan melihatkan rasional yang diberi MCA, maka dipersetujui untuk ditingkatkan kepada RM50 juta. Ini adalah peruntukan untuk Bajet 2016 dan bukan Bajet 2017 seperti yang Guan Eng dan DAP sendiri telah keliru.

Oleh kerana ini adalah peruntukan dari Bajet 2016, maka ia perlu diselesaikan pembahagiannya terlebih dahulu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan kemudahan naik taraf SJKC. Peruntukan daripada Bajet 2017 hanya akan diagihkan pada akhir tahun 2017.

Bahagian mana yang DAP tidak faham? MCA terpaksa berbincang semula dengan PM Najib dan kemukakan rasionalnya sehingga berjaya tetapi pihak DAP buat apa?

Sedangkan apabila peruntukan untuk SJKC di Pulau Pinang daripada RM16.5 juta yang diluluskan pun, terdapat bukti yang kerajaan Pulau Pinang kepimpinan Guan Eng lewat membayar mereka dan ada di antaranya masih belum menerima sebarang bayaran. Alasan yang diberi Guan Eng, ada di antara SJKC tidak kemukakan laporan audit. Apakah MCA perlu dipersalahkan?

Itulah Guan Eng, kegagalan sendiri disembunyikan dan kemudian berpura-pura tunjuk prihatin dengan menghulur envelop kosong di atas pentas, lantas membohong bangsanya sendiri dan menuduh MCA yang gagal. Pokoknya, DAP dan Guan Eng tetap gagal membantu sekolah-sekolah Cina tetapi mengharapkan bantuan kerajaan yang diusahakan MCA!

Persoalannya, jika Pulau Pinang dibawah kepimpinan DAP ini berduit, kenapa Guan Eng sendiri tidak arahkan terus hulur bantuan kewangan dan tidak menagih bantuan kerajaan? Apakah kerajaan DAP mampu hulurkan bantuan kewangan atau sekadar hulurkan bantuan mulut saja?

Saturday, December 24, 2016

MCA: SIKAP 'NATO' GUAN ENG KINI BERLAGAK BADUT DALALAM ISU SJKC


DAP sekadar mendabik dada sebagai parti tindakan demokratik tetapi pada hakikatnya mereka adala apa yang sering dikatakan dalam bahasa inggeris
sebagai - No Action Talk Only (NATO) atau terjemahannya Tiada Tindakan tetapi Bercakap saja. Lebih terserlah pemimpin DAP seperti Guan Eng yang gemar membuat provokasi terhadap MCA tetapi sebenarnya menyerlahkan perangai badut yang sedang tercari-cari bahan lawak untuk menutup kelemahan sendiri.

Kononnya ingin berlagak seperti singa yang garang menyerang MCA, Guan Eng telah mengambil kesempatan ke atas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kewangan ke2 Dato’ Johari Abdul Ghani yang melibatkan peruntukan bajet RM50 juta ke atas SJKC.

Selama ini sejak merdeka lagi, nasib dan masadepan SJKC telah dibela dan diperjuangkan MCA. Malahan setiap tahun peruntukan berjuta-juta ringgit juga adalah hasil dari kerja keras MCA sehingga kini. DAP hanya sekadar menenggek usaha MCA dan jika ada isu-isu yang timbul, DAP akan menyerlahkan diri sebagai hero pembela bangsa Cina.

DAP lebih gemar berperangai seperti NATO dan mengutuk MCA sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa pun.

Lihat saja kerajaan kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang terserlah gagal menangani isu banjir yang sering berlaku dan menyusahkan rakyat. Akhirnya, apabila gagal, DAP terpaksa mengemis kepada kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional untuk mengatasi masalah kronik rakyat ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai anak Kit Siang, Guan Eng juga gagal membela nasib rakyat tempatan yang kebanyakannya adalah bangsa Cina, apabila tidak satu pun perumahan mampu milik disediakan. Rungutan rakyat Pulau Pinang untuk memiliki rumah tidak endahkan DAP malahan pangsapuri mewah yang dibina yang pasti rakyat berpendapatan rendah tidak akan mampu memilikinya.

Sebagai seorang Ketua Menteri, seharusnya Guan Eng bukan berpolitik dengan mulut celuparnya untuk membela nasib rakyat dan beliau seharusnya malu untuk mendabik dada untuk mengumumkan penambahan pendapatan kerajaan negeri kerana akhirnya rahsia DAP menjual tanah Pulau Pinang telah diketahui rakyat Pualu Pinang.

Sebenarnya, DAP sentiasa terkebelakang untuk bertindak ke atas nasib rakyat tetapi pendirian MCA adalah sentiasa konsisten serta dijadikan satu tanggungjawab membela nasib rakyat yang berhadapan dengan isu-isu besar, malah melayan rakyat ini dijadikan tugas yang tidak mungkin dipisahkan.

Sekiranya terdapat percanggahan di dalam dasar dan pentadbiran kerajaan, MCA juga akan sentiasa ketengahkan perkara-perkara terbabit kepada Kabinet untuk dibincangkan dan seterusnya dibuat pembetulan.

Walaupun DAP sering mengkritik MCA, namun tindakan mereka tidak sekali-kali mampu mendepani pendidikan Cina dengan apa cara sekali pun.

Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang : ISU SEKOLAH CINA... PKR ATASI MEI FUN?



Walaupun PKR adalah parti yang terdiri dari pelbagai kaum, tetapi nampaknya cina dalam PKR lebih rasis daripada DAP yang 95% adalah dominan kaum Cina. Ini dapat dibuktikan dalam kenyataan mereka di akhbar Harakah yang dipetik;

"Ketika isu sekolah ini timbul, Mei Fun yang merupakan Ahli Parlimen PJU bukan sahaja tidak membela nasib sekolah tersebut tetapi tidak pernah datang ke sekolah tersebut.

"SJK(C) Damansara ini terletak dalam kawasan parlimen beliau, tetapi beliau tidak mengambil berat dalam isu tersebut," jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

PKR bukan saja rasis tetapi telah membuat fitnah terhadap kredibiliti Mei Fun dengan tuduhan yang beliau akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih sebagai Adun Kajang.

Ini pula penjelasan Datin Paduka Chew Mei Fun;

Antaranya;
“Sekolah itu tidak pernah tutup. Kita ikut permintaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan pengurusan sekolah untuk pindah ke lokasi lebih besar, lebih kondusif dan sesuai supaya lebih ramai murid dapat belajar,”

“Itulah satu-satunya SJKC yang ada pendidikan istimewa. Tuduhan (pembangkang) saya tidak peduli adalah satu pembohongan. Itu untuk merosakkan imej serta hina saya. Hakikatnya, apa yang mereka cakap berbeza dengan mereka yang tahu (perkara sebenar).”

"Pemindahan sekolah itu juga merealisasikan permintaan ibu bapa."

“Mana ada elemen yang saya akan tutup sekolah Cina?"

DI MANA RASIONAL TUDUHAN PKR?

Berlatar belakangkan pendidikan Cina dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, apa mungkin Mei Fun akan menutup SJKC dan melakukan sesuatu yang akanmemudaratkan pendidikan Cina jika dipilih sebagai wakil rakyat Kajang?

Beliau memperoleh Sarjana Muda Dalam Pengajian Cina di Taiwan, dan menyambung pengajian di Universiti Tunku Abdul Rahman, UTAR, dengan membuat kajian mengenai masyarakat Cina Malaysia.

Inilah perangai PKR, apabila isu tempatan GAGAL ditangani ketika 6 tahun diberi peluang berkuasa di Kajang, kini dengan menimbulkan fitnah, mereka berharap dapat merosakkan imej Mei Fun.

Pendekatan tepat yang digunakan Mei Fun untuk menguatkan budaya Cina dengan kaum lain, bertepatan dengan ikrar Mei Fun kepada penduduk kajang sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.