Tuesday, May 06, 2014

PRESIDEN PARTI POLITIK PALING TIDAK BERMARUAH DI DUNIA



Selepas Pilihanraya Umum 2004, Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya semenjak gerakkannya dengan pelbagai nama seperti Parti Rakyat Malaysia, GERAK, ADIL dsb. semenjak 1998. Semenjak itu, Wan Azizah  adalah Presidennya sehingga kini.

Satu laporan dari Utusan Malaysia bertajuk "Tindakan Wan Azizah diselar, lari daripada tanggungjawab" telah menunjukkan siapakah Wan Azizah selaku Presiden PKR sebenarnya;

PULAU PINANG 5 Mei - Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.
Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang’ yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.
Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.
"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ke­tua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pemilihan semalam, jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Amir Md. Ghazali.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi.
Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli-ahlinya sendiri selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.
Aminah menambah, tindakan Wan Azizah juga menunjukkan beliau bimbang berlaku penolakan terhadapnya dalam kalangan ahli PKR Permatang Pauh.
"PKR ini hanya gah disebabkan Anwar sahaja dan pemimpin lain termasuk Wan Azizah sendiri tidak ada tempat dalam parti termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri," katanya.
Mengenai insiden kekecohan memalukan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini, Aminah berkata, perkara itu bukan menghairankan kerana pemilihan tersebut berlangsung dalam keadaan parti tiada hala tuju.
"Sepatutnya pada tahap ini PKR sudah matang mampu mengadakan pemilihan dengan sempurna dan lancar tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan parti ini lemah.
"Kalau pemilihan parti pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana untuk mentadbir negara?" katanya.

Menarikkan? Itulah perangai sebenar Wan Azizah yang licik berpolitik samada di luar atau dalam parti politiknya.

Apakah tindakan Wan Azizah adalah kerana Pulau Pinang telah didominasi DAP dan PKR perlu kukuhkan kuasa mereka di Selangor?

Kita tahu PAS ada Kelantan dan DAP ada Pulau Pinang tetapi Selangor adalah berkongsi kuasa di kalangan parti politik pembangkang dan PKR mempunyai kerusi DUN yang paling sedikit.

Oleh kerana kroniknya situasi kedudukan PKR selepas PRU13, maka Anwar dan Wan Azizah perlu mengukuhkan survival parti mereka walaupun terpaksa mengkhianati ahli dan pengundi mereka.

Wan Azizah bukanlah seorang yang mampu berkhidmat kepada rakyat tetapi oleh kerana sikap wanita yang hanya menurut kata suaminya dan survival politik keluarganya, beliau perlu akur dengan kehendak suami walaupun di dalam parti beliau ialah seorang PRESIDEN.

Inilah sebenar perangai dan tujuan Presiden PKR dan adakah kriteria seorang Presiden Parti Politik yang perlu dimegahkan?

 

1 comment:

Anonymous said...

MANUSIA ni pelik sungguh, pegang jawatan lama dikatakan gila kuasa... bila tak nak pertahankan jawatan dikatakan lari tanggunjawab. Yang pelik nya apa tanggungjawab Ketua Cabang PKR kepada wanita UMNO???