Baru-baru ini, satu email telah singgah di dalam kotak mesej yang lengkap dengan maklumat tangkapan seperti berikut;
Tangkapan Orang Awam
Nama OKT: Zainol Abidin bin Mohamed
Tarikh dan masa tangkapan 23.5.2013 jam 1645 hrs.
Tempat: Syed Bistro, No 8, Jalan AU 5d, Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pengurus Besar, Munla Holding Sdn Bhd
Seksyen Kesalahan: 16 (a)(aa). Aduan Shah Alam 33/2014. Kesalahan kerana menerima suapan RM4000 daripada pengadu sebagai balasan utk melanjutkan tarikh penamatan kontrak syarikat MNI Multiresources.
Bila ditanya di antara rakan-rakan bloggers, beliau ialah calon ketua cabang Gombak. Jika dah bercabang tu, semestinyalah PKR kerana jika UMNO akan dipanggil bahagian atau cawangan. Yang nak bercabang-cabang ala Indon selalunya datang dari PKR.
Kemudian, ini pula yang terjumpa;
Dikatakan ini adalah calon di dalam kem Azmin Ali. Sedang rancak pemilihan PKR sedang berlangsung, ini pula yang terjadi. Adakah ini satu kebetulan, satu perangkap atau memang amalan songsang golongan-golongan ini. Jika dilihat tarikh tangkapan, hanya beberapa hari yang lalu saja....
Terbaca pula blog FlyingKick yang menulis hampir sama dengan laporan tangkapan. Di antara yang ditulis adalah;
- Ketua AMK PKR yang baru, Zainol Abdidin bin Mohamad ditangkap SPRM.
- Kontrak sisa pepejal dan pembersihan melibatkan MPAJ dibolot sepenuhnya oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin.
- MPAJ sendiri dipenuhi oleh penyokong Pakatan Rakyat, dari Yang Dipertuanya, sehinggalah Ahli Majlis dan pegawai-pegawai tender.
Bak kata Tun Mahathir, jika kita tersalah memilih pemimpin maka terima padahnya!
No comments:
Post a Comment