Monday, May 26, 2014

GTP 2.O : CTSS UNTUK PANTAU TEKSI BERKUATKUASA TAHUN HADAPAN

 
Hari kita akan menunggu teksi dan berhadapan dengan perangai pemandu teksi yang kurang sopan akan berakhir tidak lama lagi. Satu sistem kawalan satelit akandiguna oleh SPAD untuk memantau pemandu-pemandu teksi ini dan penumpang pula dapat membuat laporan dengan kadar segera.

Selain dari perlu dilengkapi dengan GPS (Global Positioning System) untuk memudahkan tujuan hala perjalanan, kini ketika Perdana Menteri membentangkan laporan GTP 2.0 (Government Transformation Program) pada 12 Mei lalu, Perdana Menteri telah menyentuh mengenai kepentingan mewujudkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS)

Di bawah GTP 2.0, lima aliran kerja yang meliputi bas, rel, teksi, integrasi dan permintaan perjalanan - diwujudkan untuk merealisasikan sasaran 750,000 pengguna  pengangkutan awam menjelang 2015.

Aliran kerja teksi merupakan inisiatif tambahan bagi GTP 2.0 yang menyasarkan untuk meningkatkan kualiti keseluruhan perkhidmatan teksi di Malaysia, dengan sasaran utamanya meningkatkan standard teksi dengan menetapkan sebanyak 25 peratus daripada teksi bajet di Kuala Lumpur setanding dengan standard terbaik
teksi di bandar-bandar ASEAN.

Antara inisiatif yang diambil untuk mencapai sasaran ini ialah menwujudkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS).

Ia merupakan sistem menyeluruh untuk membantu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali teksi yang tidak mematuhi peraturan.

CTSS berupaya memantau kesalahan seperti tidak menggunakan meter, memandu secara melulu dan mengendalikan teksi tanpa lesen yang sah.


Sistem CTSS juga memantau lokasi perkhidmatan teksi dan akan menyediakan kesalinghubungan untuk semua pengendali bagi membolehkan mereka berhubung terus dengan setiap pemandu.

CTSS yang bakal dilancarkan pada tahun 2015, dijangka membantu memenuhi tempahan penumpang, yang kini hanya mencatat 40 peratus - dengan menyelaraskan sistem sedia ada supaya pemandu dapat menggunakan rangkaian yang lebih baik.

Ini selaras dengan kenyataan CEO SPAD, En Mohamad Nur Ismal Kamal pada bulan Januari lalu di mana beliau mencadangkan CTSS untuk meletakkan kesemua teksi didalam satu sistem.

Menurut beliau, penumpang teksi akan berasa lega apabila mereka hanya perlu menekan satu nombor sahaja untuk tempahan teksi. Ini adalah kerana khidmat radio
teksi hanya perlu melanggan sistem SPAD sementara pemandunya perlu melanggan khidmat radio tersebut. Ini bermakna mereka boleh mendial nombor SPAD atau nombor syarikat teksi.

Dengan CTSS, satu panel khas akan diletakkan di tempat duduk penumpang di mana mereka boleh berinteraksi dengan SPAD ketika berada dalam teksi. Pemandu juga boleh membuat aduan dan membuat penilaian terhadap pemandu dan teksi.

Nampaknya, di masa akan datang pemandu-pemandu teksi bukan sahaja tidak akan mengambil kesempatan tetapi mereka juga dapat menambahbaik mutu khidmat dan menjaga kesopanan mereka.

Rasanya tidak sabar agar CTSS dilaksana dan dikuatkuasakan nanti. Ini kerana kita akan rasa bukan sahaja lebih selamat tetapi akan merasakan khidmat teksi di negara ini lebih bermutu dan bersistem setanding teksi-teksi terbaik di negara-negara dunia.

No comments: