Sunday, May 18, 2014

EKONOMI VIETNAM AKAN LUMPUH JIKA RUSUHAN ANTI-CHINA BERLARUTAN



Terjemahan :
Vietnam's anti-China riots destroy its economy
2014-05-16
Sin Chew Daily /Opinion

Sentimen anti-China semakin kritikal di Vietnam berikutan penempatan pelantar minyak Beijing di bahagian Laut China Selatan yang didakwa milik Hanoi. Beribu-ribu rakyat Vietnam telah berkumpul dan membantah di wilayah Tinh Binh dan beberapa zon industri bahagian selatan Vietnam. Bermula dengan perhimpuan yang penuh dengan emosi dan akhirnya tercetus rusuhan anti-China. Pemberontak telah menyala api, merompak dan merusuh kilang-kilang dan syarikat-syarikat milih China. Dilaporkan setakat ini, 16 rakyat China terbunuh dalam rusuhan ini.

Kerajaan Vietnam sekadar membisu manakala rusuhan merebak ke bahagian utara, kini telah mendapat perhatian antarabangsa. Keganasan tercetus dari kemarahan, tetapi pada masa yang sama rusuhan berdarah ini telah memaksa pelabur asing mengambil keputusan meninggalkan Vietnam dan seterusnya imej Vietnam tercalar di peringkat antarabangsa.



Wilayah Tinh Binh terletak di selatan Vietnam. Tawaran harga tanah yang rendah, serta pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan Vietnam, telah menarik banyak pelaburan asing. Terdapat sebanyak kira-kira seribu syarikat Taiwan, Jepun, Malaysia, Korea Selatan dan Singapura, tetapi hanya 23 adalah milik syarikat dari China di 28 zon industri di dalam wilayah tersebut.

Rusuhan anti-China yang tercetus di zon industri tersebut telah menjadikan pemilik yang tidak bersalah mangsa di kawasan tersebut. Ini tidak terkuacali syarikat-syarikat Malaysia, syarikat kilang-kilang milik Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan termasuk Perancis yang telah dirempuh dan diceroboh, serta syarikat milik Taiwan mengalami kerugian terbesar.

Kita memahami seandainya Vietnam ingin mempertahan kedaulatan mereka, tetapi pertelingkahan sempadan perairan ini perlu diselesaikan melalui saluran rasmi seperti Tribunal Antarabangsa demi penyelesaian aman. Melakukan tindakan yang tidak rasional untuk melepaskan kemarahan tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah ini tetapi hanya akan menjejaskan ekonomi negara.

Bagi mengatasi masalah dana, kerajaan Vietnam telah menawarkan pelbagai polisi keutamaan pada tahun-tahun kebelakangan ini termasuk cukai yang lebih rendah untuk menarik pelaburan asing dan sememangnya berjaya menarik ramai pelabur. Di samping syairkat Jepun, Korea Selatan dan Taiwan,  beberapa syairkat UK dan UStelah mula memasuki pasaran Vietnam. Sehingga Februari pada tahun ini, syarikat-syarikat Singapura dan Korea Selatan telah menduduki kedudukan teratas di antara pelaburan asing di Vietnam. Walaupun Taiwan hanya menduduki tempat keempat, jumlah pelaburan tetapi mencapapi US 28 bilion, atau 11.95% daripada jumlah pelaburan asing. Apabila kilang-kilang dibakar pemberontak, ini juga bermakna mereka sendiri menghancurkan peluang-peluang pekerjaan mereka sendiri, meruntuh ekonomi negara dan menghalang pelabur asing yang lain ke Vietnam.

Rusuhan anti-China yang tercetus ini seolah-olah membantah aktiviti menggerudi di dalam wilayah yang dituntut oleh Vietnam, tetapi peritkaian wilayah air ini adalah di antara kedua-dua negara dan kemarahan yang berpanjangan telah menyebabkan hubungan Sino-Vietnam menjadi semakin tegang. Kedua-dua negara telah berperang selama lebih dari setengah kurun dengan peperangan yang paling tragis pada tahun 1979. Pada 1980an, konflik persempadanan berterusan dan langkah-langkah terbaru China mengisytiharkan hak ke atas Laut China Selatan telah mencetus semula pergeseran lama Vietnam ke atas China. Amat dikhuatiri akibat daripada sikap keras dan bermusuhan tidak akan terhapus dalam masa terdekat. Seandainya perang Sino-Vietnam bakal tercetus, maka rantau Asia Tenggara pasti akan terjejas dan berkemungkinan bencana akan melanda.

Malah, pertikaian kawasan di Laut China Selatan tidak hanya melibatkan China dan Vietnam, tetapi Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Taiwan juga telah mengisytihar hak ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan. Oleh kerana ia melibatkan hak maritim dan kepentingan pelbagai negara, di samping menjejas keamanan dan kestabilan kawasan serantau, pertikaian ini perlu diselesaikan melalui rundingan damai.

Pada tahun 1980, kerajaan China telah membuat komitmen untuk " menangguhkan perbezaan dan mencari perkembangan bersama " dan dengan itu, tidak sepatutnya mereka menuntut kawasan Laut China Selatan dengan meletak pelantar minyak di kawasan perairan yang masih dalam pertikaian. China juga perlu bertanggungjawab ke atas rusuhan anti-China yang berlaku di Vietnam baru-baru ini.

No comments: