Tuesday, May 06, 2014

TERESA KOK DIDAKWA... JIKA BERSALAH, HILANG KELAYAKAN

Teresa Kok ketika di Mahkamah Session Kuala Lumpur

Siapa saja tidak akan lupa kontroversi video Tahun Baru Cina yang diacarakan Tereka Kok bertajuk "Ondeful Malaysia" telah mendapat kritikan hebat rakyat Malaysia. Teresa Kok dari parti DAP, menafikan tuduhan-tuduhan yang beliau menghina anggota tentera, isteri Perdana Menteri dan umat islam. Bagi Teresa video tersebut hanyalah satu satira yang berunsur hiburan.

Kritikan tersebut bukan saja datang dari majoriti rakyat Malaysia iaitu berbangsa Melayu tetapi bangsanya sendiri melihat video tersebut bukanlah cara untuk meraikan Tahun Baru Cina dan disengajakan untuk menimbulkan jurang harmoni antara kaum dan ugama yang berbeza di negara ini.

Hari ini, Teresa Kok telah didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur dan beliau mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Dikatakan kesalahan kejadian berlaku di sebuah apartment di No 9071, Apartment Ria, Jalan Bangsar pada jam 9 pagi, 1 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Akta Hasutan Seksyen 4(1)(b) dengan penjara selama 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya. Akibatnya, Teresa bakal kehilangan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Seputeh. 

Apa yang kita saksikan ialah, Teresa dan DAP mengambil sepenuh kesempatan untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat berbilang kaum dan menghalang kerajaan daripada meneruskan perpaduan kaum dan agama di negara ini.

Teresa dan DAP terlalu angkuh apabila mereka berjaya memenangi PRU 13 dengan Teresa berjaya mendapat majoriti terbesar dan DAP berjaya mendapat sokongan bangsa Cina sebanyak 95%. 

Tetapi apa yang mereka terlupa ialah bangsa Melayu terdiri daripada bangsa paling ramai di Malaysia. Walaupun 95% bangsa Cina telah beri sokongan kepada DAP, namun ia hanya 25% dari rakyat Malaysia. 

Kejayaan DAP di PRU13 di kalangan minoriti tidak memberi lesen kepada mereka untuk menghasut rakyat membenci bangsa dan ugama lain serta kerajaan yang memerintah. Mereka telah bersembunyi di sebalik karya satira  video tetapi yang pasti mesej sebenar mereka adalah menghasut rakyat untuk menimbulkan kebencian melampau.

Teresa dan DAP masih megah dengan keputusan PRU13 lalu sehingga terlupa yang mereka masih GAGAL tawan PUTRAJAYA dan undang-undang di negara ini bukan milik mereka.



No comments: