Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts
Showing posts with label Teresa Kok. Show all posts

Monday, January 16, 2017

MCA KEPADA DAP DAN MISS KOK : JANGAN PURA-PURA LUPA


Dari sejak DAP ditubuhkan sehinggalah mereka telah bersekongkol dengan Dr Mahathir, nampaknya keseluruhan kepimpinan DAP telah mengalami sindrom penyakit yang gemar dikatakan rakan barunya iaitu - MUDAH LUPA!

Baru-baru ini, salah seorang kepimpinan tertinggi DAP dan juga ahli parlimen Seputeh Teresa Kok telah menganggap yang MCA adalah parti konservatif dan tidak inginkan perubahan. Kenyataan Miss Kok ini timbul setelah mereka terpaksa menerima persahabatan yang dianggap jelek untuk menerima Dr Mahathir dan Muhyiddin sebagai rakan politik mereka.

Miss Kok tanpa segan silu mengaku yang DAP saja yang sentiasa menerima perubahan sedangkan mereka tidak sedar yang prinsip parti mereka yang sentiasa  berubah-ubah. Segala pertukaran prinsip mereka dilakukan DAP hanyalah semata-mata untuk kepentingan politik rakus mengikut kesesuaian keadaan dan ini juga menunjukkan betapa terdesaknya DAP.

Senator Dato Chai Kim Sen yang juga Pengerusi Biro Publisiti MCA ingin mengingatkan Miss Kok tentang 3 perkara yang tidak mungkin akan dilupakan rakyat jelata sehingga bila-bila walaupun beliau bersusah-payah cuba untuk memadamkannya.

Pertama sekali , MCA bukan saja menjadi bahan kritikan DAP malahan Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim juga adalah bahan utama kritikan DAP ketika kedua-dua mereka berada di dalam kerajaan. Pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah juga pernah dijadikan bahan cemuhan dan kritikan DAP.

Apa yang tidak pernah DAP gelarkan Dr Mahathir dan yang paling terkenal adalah gelaran sebagai seorang pemimpin kuku besi, perasuah dan salah guna kuasa. Tetapi setelah Kit Siang membawa masuk Dr Mahathir ke dalam kumpulan pembangkang, segalanya bagai telah terlupa dan malahan Dr Mahathir telah disucikan dari segala tuduhan dan kecaman DAP yang lalu sehingga beliau kini diangkat sebagai hero.

Begitu juga dengan Anwar ketika di zaman Menteri Pendidikannya, beliau dikecam DAP sebagai seorang rasis yang ekstrim apabila cuba menggugat perkembangan pendidikan kebangsaan China. Setelah Anwar dipecat, DAP sanjung beliau sebagai hero dan penyelamat negara. PAS juga tidak terkecuali dan selepas Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat, DAP terus sanjung PAS sebagai parti yang sama-sama liberal. Apakah Miss Kok sudah lupa?

Miss Kok tuduh kononnya MCA takut untuk berubah seperti DAP. Di dalam konteks ini, MCA bukan saja tidak mahu berubah malahan pasti tewas dengan DAP dalam perlakuan mereka yang selalu berubah-ubah seperti pendirian MCA yang tidak akan berganjak menentang hukum hudud yang dibawa PAS.

Ketika sedang bertungkus-lumus membersihkan salahlaku Dr Mahathir dan Anwar, DAP juga tidak akan teragak-agak untuk membuat hubungan dengan PAS.

MCA yakin jika PAS terima pinangan mereka untuk sekian kalinya, parti yang pernah mereka cemuh dan kritik, akan disucikan dan segala tindakan saman akan pasti lenyap dan terpadam.

Oleh itu, MCA ingin mengingatkan DAP agar janganlah terlalu bersusah-payah untuk menjadi 'mudah lupa' kerana walaupun mereka terus mencuba, namun ia mudah dibuktikan dengan segala kenyataan lampau yang sedia terbentang dan dibuka semula oleh rakyat untuk dijadikan bukti betapa DAP adalah satu parti yang sebenarnya tidak berprinsip.

Monday, May 16, 2016

#MCA CABAR DAP DEDAHKAN SEMUA DAN BUKAN MEMILIH TINDAKAN


Baru-baru ini secara meluas DAP telah umumkan kepada media cetak dan juga portal-portal berita yang mereka telah bertindak melucutkan keahlian DUN Teluk Datok, Loh Chee Heng kerana tuduhan salahguna dana kerajaan negeri selepas parti menyiasat aduan bertulis dan mendapati ia berasas.

Tindakan DAP ini dilihat cuba meraih publisiti murah dan sekaligus cuba melihatkan parti mereka serius bertindak untuk menentang sebarang kesalahan samada rasuah dan kuasa.

MCA mencabar DAP sekiranya mereka benar-benar serius dan ikhlas menentang kesalahan, jangan sekadar memilih satu kes tetapi perlu bertindak tegas ke atas semua dakwaan yang pernah dikemukakan oleh ahli-ahli mahupun bekas ahli mereka.

Merujuk kepada kesalahan Loh Chee Heng, MCA mempersoalkan berapa banyak aduan samada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diterima ke atas kesalahannya? Apakah DAP memilih dalam tindakan mereka?

Apa terjadi dengan siasatan ke atas aduan SPRM terhadap Teresa Kok yang dibuat bekas pegawainya? Teresa juga dikatakan telah salah mengguna dana parti untuk pilihanraya umum yang lalu seperti yang dilakukan Loh Chee Heng.

Terkini, mengapa DAP tidak membuat sebarang pengumuman mengenai tuduhan kehilangan kutipan yang pada asalnya bertujuan untuk membiaya pelbagai projek rakyat seperti Derma Impian Sarawak dan Derma PRN Sarawak... DI SINI

Bagaimana pula dengan pendedahan Irene Chang terhadap jumlah wang sumbangan dari Persatuan Peniaga Foochow (Sibu) untuk membantu DAP dalam urusan pilihanraya sibu 2010 dan PRN Sarawak ke 10 (2011)?


Isu yang sama juga dipersoal MCA di mana jawatankuasa displin DAP tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Kajangnya, Lee Kee Hiong yang mengurus semua peruntukan Exco DAP Ean Yong Hian Wah selepas PRU 2008 di mana di dalam siasatan SPRM (ketika tragedi kematian Teoh Beng Hock), Kee Hiong mengaku bersaudara dengan Lee Wye Wing dan merupakan pengarah WSK Services. Kebanyakan projek di bawah RM20,000 telah diberikan kepada isteri Lee Wye Wing di bawah WSK Services.

Paling hangat di ketika ini, skandal Guan Eng dengan bungalo murahnya yang dibeli dari Ms Phang yang ada hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Kes ini masih di dalam siasatan SPRM dan Polis. Namun apakah DAP akan mengambil tindakan terhadap Guan Eng sekiranya jelas beliau bersalah nanti atau mungkin ia bukan kesalahan parti DAP yang mempunyai seorang Setiausaha Agong terlibat dengan rasuah?

DAP sepatutnya bertindak lebih profesional dan serius berdasarkan kepada isu dan jumlah aduan yang telah dibuat kerana selain daripada Loh Chee Heng, ahli-ahlinya terutamanya dan rakyat amnya masih belum melihat sebarang tindakan tegas mahupun apa-apa akauntabiliti awam dari DAP.

Dengan tegas, MCA menuntut DAP dedahkan segala tindakan kepada rakyat ke atas dakwaan-dakwaan terhadap mereka sebagaimana yang telah mereka bertindak terhadap Loh Chee Heng atau mereka sekadar bermain wayang saja.

Tuesday, May 06, 2014

TERESA KOK DIDAKWA... JIKA BERSALAH, HILANG KELAYAKAN

Teresa Kok ketika di Mahkamah Session Kuala Lumpur

Siapa saja tidak akan lupa kontroversi video Tahun Baru Cina yang diacarakan Tereka Kok bertajuk "Ondeful Malaysia" telah mendapat kritikan hebat rakyat Malaysia. Teresa Kok dari parti DAP, menafikan tuduhan-tuduhan yang beliau menghina anggota tentera, isteri Perdana Menteri dan umat islam. Bagi Teresa video tersebut hanyalah satu satira yang berunsur hiburan.

Kritikan tersebut bukan saja datang dari majoriti rakyat Malaysia iaitu berbangsa Melayu tetapi bangsanya sendiri melihat video tersebut bukanlah cara untuk meraikan Tahun Baru Cina dan disengajakan untuk menimbulkan jurang harmoni antara kaum dan ugama yang berbeza di negara ini.

Hari ini, Teresa Kok telah didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur dan beliau mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Dikatakan kesalahan kejadian berlaku di sebuah apartment di No 9071, Apartment Ria, Jalan Bangsar pada jam 9 pagi, 1 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Akta Hasutan Seksyen 4(1)(b) dengan penjara selama 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya. Akibatnya, Teresa bakal kehilangan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Seputeh. 

Apa yang kita saksikan ialah, Teresa dan DAP mengambil sepenuh kesempatan untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat berbilang kaum dan menghalang kerajaan daripada meneruskan perpaduan kaum dan agama di negara ini.

Teresa dan DAP terlalu angkuh apabila mereka berjaya memenangi PRU 13 dengan Teresa berjaya mendapat majoriti terbesar dan DAP berjaya mendapat sokongan bangsa Cina sebanyak 95%. 

Tetapi apa yang mereka terlupa ialah bangsa Melayu terdiri daripada bangsa paling ramai di Malaysia. Walaupun 95% bangsa Cina telah beri sokongan kepada DAP, namun ia hanya 25% dari rakyat Malaysia. 

Kejayaan DAP di PRU13 di kalangan minoriti tidak memberi lesen kepada mereka untuk menghasut rakyat membenci bangsa dan ugama lain serta kerajaan yang memerintah. Mereka telah bersembunyi di sebalik karya satira  video tetapi yang pasti mesej sebenar mereka adalah menghasut rakyat untuk menimbulkan kebencian melampau.

Teresa dan DAP masih megah dengan keputusan PRU13 lalu sehingga terlupa yang mereka masih GAGAL tawan PUTRAJAYA dan undang-undang di negara ini bukan milik mereka.



Wednesday, February 05, 2014

TERESA KOK IALAH CINA DAP... FULL STOP!



Suatu ketika dahulu, Mingguan Malaysia telah menyiarkan satu cerpen pendek yang bertajuk "Politik Baru YB J" ditulis oleh Chamil Wariya. Ringkasan cerpen ini mengisahkan seorang YB yang hanya memperjuangkan nasib kaumnya yang dianggap sebagai politik baru.

Apa yang menarik ialah di akhir cerpen;

Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.

Cerpen pendek ini telah menjadi satu kontroversi politik tanahair yang dianggap sebagai isu perkauman dan satu ancaman bunuh dan targetnya ialah Teresa Kok. Itu adalah anggapan kiasu DAP.

Lim Kit Siang pula telah memuat turun sepenuhnya cerpen ini di blog beliau. Tanpa menyebut nama Teresa Kok, Kit Siang telah membuat andaiannya;

I lambasted Mingguan Malaysia and Datuk Chamil Wariya for this irresponsible piece of literary licence for inciting the killing of Teresa Kok during my budget speech in Parliament today.

I asked what would be the reaction of UMNO and BN MPs if the Prime Minister or Deputy Prime Minister had been similarly targetted like Teresa in a cerpen like in Chamil’s irresponsible short story

Mengapa Teresa Kok yang terasa YB Josephine ialah beliau? Bukankah ia hanya satu satira untuk dijadikan bahan bacaan dan sekadar menghiburkan?

Beberapa hari lalu, Teresa Kok telah mengeluarkan satu video khas untuk sambutan Tahun Baru Cina yang bertajuk "Onderful Malaysia" ...

Ada 3 watak master feng shui yang sedang menceritakan keadaan di Malaysia tanpa menyebut nama mana-mana pemimpin tertentu...

Beliau juga menganggap ia satu satira dan kali ini beliau menganggap ia hanyalah satu lawak jenaka.

Berbeza sekali respon Teresa dengan cerpen pendek di atas dan video Onederful Malaysia, kenapa?

Tidak sukar untuk membuat penilaian dan di dalam banyak-banyak hujah, satu saja dapat difikirkan iaitu TERESA KOK IALAH CINA DAP dan itulah perangai sebenar pemimpin DAP!

 

Memang bertepatan sekali di akhir cerpen karangan Chamil Wariya...

YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.
Kepada rakyat Malaysia, kerana seorang "Onederfool" ini, maka kita boleh faham mengapa beliau berjaya mendapat majoriti tertinggi di GE13 lalu... Inilah jenis Cina yang menjadi punca ancaman terhadap keharmonian berbilang bangsa di negara ini.