Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts

Friday, May 15, 2015

APAKAH SUARA KEADILAN CUBA MENGELAK GANTI RUGI RM100 JUTA KEPADA FELDA?



Tiga artikel yang pernah disiarkan di dalam Suara Keadilan iaitu 'Felda Bankrap', 'Kotroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' telah memberi kemenangan kepada Felda dalam kes saman RM100 juta pada tahun lalu.

Perbicaraan taksiran ganti rugi telah berlangsung bagi menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Suara Keadilan dan akan bersambung pada 11 Jun nanti.

Apakah ini bermakna kerosakan reputasi yang telah dilakukan Suara Keadilan terhadap Felda dan anak syarikatnya perlu dikompromi?

Perlu kita faham, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap 3 artikel dari Suara Keadilan kerana ia adalah fitnah. Tujuan fitnah artikel tersebut berniat jahat untuk merosakkan reputasi Felda dan anak syarikatnya agar peneroka meragui kredibiliti pengurusan Felda. Yang lebih memberi kesan negatif adalah perniagaan Felda dan anak syarikatnya samada di dalam mahupun di luar negara termasuk. 

Felda and anak syarikatnya juga turut terjejas reputasinya untuk mendapat keyakinan bakal-bakal rakan kongsi perniagaan dan pelabur. Malahan ada di antara rakan kongsi sediada juga turut meragui kedudukan kewangan Felda.

Kerosakan reputasi  Felda juga telah memenuhi di ruangan media sosial dan sehingga dijadikan tajuk perbincangan samada di pentas-pentas politik mahupun di program-program wacana dan forum anjuran parti politik pembangkang.

Sebelum pihak Felda mengambil keputusan untuk membawa Suara Keadilan ke muka pengadilan, Suara Keadilan dan pengurusan tertingginya telah diminta untuk menarik semula tiga artikel tersebut dan seterusnya memohon maaf. Namun, Presiden PKR, Dr Wan Azizah dan Naib Presidennya ketika itu, Dr Syed Husin Ali dengan angkuh enggan berbuat demikian serta terus membiarkan ia terus disiar dan disebarkan.

Dzulkarnain Taib, editor Suara Keadilan ketika itu telah pun membuat pengakuan dan memohon maaf di mahkamah telah mendedahkan yang 3 artikel Suara Keadilan itu sengaja diterbitkan dengan tujuan memfitnah dan merosakkan reputasi Felda dan anak syarikatnya hingga ke tahap maksimum walaupun telah menasihatkan pengurusan kanan untuk tidak menyiarkannya.

Bersandarkan terkesannya akibat kerosakan maksimum dengan niat sengaja dari 3 artikel Suara Keadilan, apakah tuntutan gantirugi 100 juta perlu dikompromi?

Monday, October 20, 2014

BILA TERBUKTI WAN AZIZAH MEMFITNAH FELDA, IA JUGA ADALAH ANUGERAH TUHAN


Tajuk artikel Suara Keadilan -  'Felda Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' telah dibuktikan di mahkamah ia adalah FITNAH!

Ia juga telah menyebabkan Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd dan Rusnizam Mahat disaman oleh Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan Suara Keadilan itu menjejaskan imej mereka.

Ketika kes ini berjalan di mahkamah, 2 perkara yang terang-terang membawa kepada kemenangan kes. Pertama, apabila peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Presiden PKR telah mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Keduanya, apabila editor Suara Keadilan ketika itu, Dzulkarnain Taib telah memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Felda dan FGV dengan menjelaskan bahawa sememangnya niat menerbitkan artikel-artikel tersebut adalah bertujuan memfitnah dan memperkecilkan pihak Felda dan syarikat pelaburannya serta merosakkan reputasi mereka.

Dzulkarnain Taib seterusnya memberi keterangan di dalam mahkamah, tajuk 'Felda Bankrap' itu sengaja diterbitkan akhbar itu mensensasikan isu-isu Felda. Sebagai editor 'Suara Keadilan' pada masa itu, beliau telah menyarankan bahawa tajuk utama berada dalam bentuk soalan dan menyarankan bahawa kenyataan seperti itu boleh membawa kepada saman fitnah. Namun pengurusan kanan PKR 'Suara Keadilan' berkeras terus dengan niat untuk menyebabkan kerosakan maksimum.

Namun, peguam yang mewakili barisan Suara Keadilan, Francis Pereira telah membangkitikan mengenai keupayaan Felda untuk memulakan saman terhadap anak guamnya dengan alasan Felda menjadi sebuah badan berkanun yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965, dengan alasan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu .

Malah N Surendren juga pernah cuba mempertikaikan kes ini kononnya FELDA dan FGV tidak boleh saman Suara Keadilan kerana menurut Surendren FELDA tidak boleh saman kerana FELDA ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat.

Akhirnya, oleh kerana terlalu yakin dengan hujah separuh masak mereka, kebenaran telah dibuktikan di mahkamah apabila Wan Azizah dan barisan Suara Keadilan didapati bersalah

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. Hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. Felda juga berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pernah mengingatkan sesetengah pihak supaya tidak mengorbankan Felda demi kepentingan politik mereka. Felda akan bercakap atau menulis berkenaan perniagaan untuk menguntungkan peneroka sendiri tetapi 'makhluk perosak' seperti ini bercakap soal politik sahaja tanpa memikirkan apa terjadi kepada Felda akibat perbuatan mereka.

Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA
Hari ini, telah terbukti kata-kata Tan Sri Isa sangat bertepatan di mana kumpulan ini merupakan makhluk perosak dan tidak akan memikirkan implikasi dari kenyataan-kenyataan yang dibuat.
PKR dan Suara KeAdilan telah membuktikan bahawa kekuatan politik mereka hanya bermodalkan ‘politik fitnah’, ‘politik kebencian’,  'politik tohmahan' dan ‘keyakinan palsu’, maka fahamlah kita bahawa ia juga merupakan satu anugerah tuhan kepada mereka-mereka yang berada di dalam PKR.